='description'/>

Monday 5 May 2014

Saya kini seorang 'Bisnesswoman'

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Akademi BEkerja di Rumah


Alhamdulillah. Setelah lapan bulan di ABDR, banyak yang telah belajar tentang dunia bisnes terutama yang online. Walaupun tujuan asal saya berblog hanya untuk berkongsi, tetapi Allah ilhamkan saya dengan satu bidang baru yang sangat luas ilmunya. Bidang yang banyak mengubah saya yang agak 'takut-takut' peribadinya, kepada yang lebih berani sedikit berbanding saya yang dulu. Syukur masih dapat membina perniagaan sendiri walaupun dari rumah. :)


Sedikit perihal diri saya. 

Nama: Rafisuhaila binti Rahim. 
Umur: 37 tahun
Email: suhailarahim@gmail.com
Fanpage: Rafisuhaila Rahim

Senarai Blog dan Fanpage (selepas mengikuti kelas di ABDR):

    Fanpage: https://www.facebook.com/pages/Produk-Sunnah

    Fanpage: https://www.facebook.com/GedungEbookAnda


Saya hanya memulakan bisnes secara online ini selepas mengikuti kelas Asas Blog dan Penulisan di ABDR. Selepas tamat kelas asas saya mula membina tiga Blog Bisnes. Dua blog hanya sebagai Dropper di ABDR yang memasarkan produk—produk Akademi dalam bentuk produk fizikal dan ebook. Selain itu saya juga ada satu blog bisnes khas untuk produk fizikal yang dikeluarkan oleh bisnes yang saya telah daftarkan di bawah nama Aqnah Enterprise.

Selain dari produk-produk tersebut saya juga memberi servis perkhidmatan dalam bentuk mengambil upah untuk membuat blog peribadi dan bisnes bagi yang berminat. Di samping itu masih juga membuka peluang kepada yang berminat untuk melabur dalam unit amanah, Insurans berasaskan pelaburan serta Wasiat dibawah kelolaan syarikat CIMB-Principal Asset Management Bhd.

Memulakan perniagaan bukan satu yang mudah jika tidak dirancang dan tidak mendapat tunjuk ajar yang cukup. Memandangkan saya masih baru dalam bidang ini, buat masa ini saya hanya menggunakan medium blog dan Facebook sebagai teknik pemasaran secara online.

Untuk mengembangkan bisnes saya ini, saya masih perlu menghadiri kursus-kursus yang berkaitan, terutama dalam bidang pemasaran online yang masih baru bagi saya. Buat masa ini, saya cuba menghadiri kos-kos percuma yang yang dibuat secara online atau offline supaya dapat membantu saya mendalami bidang pernigaan online ini. In shaa Allah, dalam usaha untuk mendapatkan modal bagi menghadiri kelas-kelas berbayar pula.

Sehingga hari ini, saya telah mengikuti kelas Asas Blog di ABDR dan mula belajar sedikit demi sedikit bisnes secara dropship dan affiliate yang diajar di internet. Selain itu baru-baru ini saya berpeluang untuk mengikuti kelas untuk ‘Email Blasting’ sebagai keperluan untuk promosi dan urusan pembelian produk-produk yang dipromosikan. Impian terdekat saya sekarang ini adalah untuk mengikuti kelas Google Avatar. In shaa Allah.

Pengalaman bisnes yang belum setahun jagung ini banyak memberi pengalaman baru kepada saya terutama dengan pernigaan online. Tetapi, Alhamdulillah dengan menyertai ABDR, ia membantu saya dalam menaikkan trafik di blog dan secara tidak langsung produk-produk saya lebih mudah dijejaki di intenet.

Semoga bisnes yang saya jalankan ini akan sukses dan dapat membantu saya menambah pendapatan keluarga dan dapat meningkatkan ekonomi umat Islam. In shaa Allah.


2 comments:

  1. As salam. Saya mula mengikuti blog akak ni. Saya suka sebab kemas dan bersih dan straight to the point. Banyak yang saya 'integrate' ke blog saya dan belajar. Semoga bisnes bertambah maju. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi baca. Ini penulisan budak baru belajar :) Jom sama-sama belajar lagi menulis! jazakallah khair

      Delete