='description'/>

Tuesday 29 October 2013

Pengalaman mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal atau perseorangan secara 'offline' di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Alhamdullillah, saya mendapati urusannya sangat mudah dibandingkan jika dilakukan secara 'online'. Saya memilih untuk mendaftar di kaunter SSM di Precint 2, Putrajaya.

Sebelum ke kaunter SSM, sila pastikan kita membawa satu salinan kad pengenalan bersama wang tunai sebanyak RM70 supaya urusan pendaftaran akan menjdi lebih mudah. Bila sampai di kaunter SSM, anda akan diberi lima helaian borang untuk diisi. Borang-borang tersebut perlu diisi dengan maklumat-maklumat asas pemilik perniagaan yang ingin didaftarkan. Tiga nama pilihan perlu ditulis dalam borang yang pertama. Anda juga dinasihat untuk menyediakan beberapa nama lain sebagai 'back up' sekiranya nama yang dicadangkan sudah digunakan. Nama yang digunakan juga mestilah bersesuaian dengan jenis perniagaan yang ingin didaftarkan.

Apabila sampai nombor giliran, serahkan borang-borang, salinan kad pengenalan, wang berjumlah RM70 beserta kad pengenalan asal  untuk rujukan pegawai di kaunter. Pegawai tersebut akan menyemak sama ada nama perniagaan yang dicadangkan masih belum digunakan. Setelah pemilik bersetuju dengan nama tersebut, permohonan akan diproses dan kita perlu menunggu seketika sebelum sijil perniagaan dikeluarkan. Alhamdullillah urusan di kaunter ketika itu tidak sibuk dan saya hanya menunggu dalam masa 10 minit sahaja.

Adalah dinasihatkan kepada semua yang mempunyai apa-apa perniagaan sama ada 'online' atau 'offline' untuk membuat pendaftaran di SSM untuk kemudahan dimasa akan datang. 


----------------------------------------------------------------------------------------------


Daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di 
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)

Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Monday 28 October 2013

Pelaburan dalam Skim Unit Amanah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Skim Unit Amanah atau 'Unit Trust Scheme' adalah satu bentuk pelaburan yang dibuat secara kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai matlamat yang sama mengumpulkan wang mereka dan kemudiannya dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan professional pelaburan. 

Berbanding dengan situasi di pasaran saham yang biasa kita tahu, pelaburan unit amanah adalah bentuk pelaburan secara beramai-ramai ke dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini akan melaburkan wang yang terkumpul dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bon ataupun aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur-pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit, FMUTM dan Kementerian Kewangan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh SC pada 31 Ogos 2013 menunjukkan bahawa, terdapat 40 buah UTMC yang menguruskan dana amanah yang konvensional dan yang patuh syariah.

Dalam skim Unit Amanah, pelabur-pelabur tidak membeli sekuriti/saham secara terus dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders). Pelabur-pelabur bukan sebagai pemegang saham dalam sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang diwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ‘surat ikatan’ (the deed) dalam skim ini, pemegang amanah (trustee) mesti dilantik untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit. 

Nilai atau harga satu unit dalam skim unit aanah dikenali sebagai 'Nilai Aset Bersih' atau 'Net Asset Value (NAV)'. Satu unit dalam skim unit dalam unit amanah merupakan 'bahagian' berkadar daripada jumlah pelaburan yang terkumpul. Sekiranya nilai pelaburan dalam portfolio skim unit amanah  meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Jika dibandingkan dengan skim unit amanah yang diuruskan oleh kerajaan (contohnya ASB) di mana portfolio tidak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. Harga saham pula akan berubah-ubah pada setiap kali urusniaga. NAV bagi sesuatu dana unit amanah hanya dikira pada setiap penutup hari urusniaga dan maklumat tersebut akan disiarkan dalam beberapa akhbar utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urus niaga. Pulangan atau 'returns' pelaburan akan dibuat dalam bentuk agihan atau dividen (cash distribution), tambahan nilai modal (capital gains) atau melalui pecahan unit (unit split).
  

Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Mungkin dengan modal yang kecil kita tidak mampu secara langsung untuk melabur dalam syarikat-syarikat besar seperti Telekom, TNB dan sebagainya. Ini kerana untuk membeli satu lot saham-saham tersebut memerlukan modal yang besar serta perlu menanggung kos-kos lain seperti kos broker saham dan lain-lain lagi. Oleh itu dengan pelaburan unit amanah kita boleh melabur dalam saham-saham ini walaupun dalam jumlah yang kecil dalam pelbagai jenis syarikat. Konsep ini dipanggil kepelbagaian atau 'diversification’ yang mana dapat membantu pelabur untuk mengurangkan risiko berbanding jika melabur dalam satu satu portfolio sahaja.


Tuesday 22 October 2013

Salam persahabatan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam persahabatan saya mulakan sebagai entri pertama saya dalam blog saya yang pertama ini. Syukur Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan dan memberi ilham kepada saya untuk memulakan blog ini. Sebelum ini pernah juga terlintas difikiran untuk memilikki blog tetapi rasa 'segan' menguasai diri walaupun ada kalanya terasa nak berkongsi. Moga dengan adanya blog Panduan melabur untuk suri rumah ini kita dapat berkongsi dan bertukar pendapat mengenai ilmu pelaburan walaupun saya bukan pakar dalam bidang ini

Sedikit perihal diri saya. Saya diberi nama  Rafisuhaila binti Rahim. Seorang ibu kepada sepasang cahayamata. Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah menjadi suri rumah sepenuh masa semenjak Mei 2012. dan bekerja secara separuh masa sebagai 'Wealth Advisor' dengan CIMB Wealth Advisor. Selain itu juga saya mengambil upah menjahit langsir secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga.

Saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) dan memiliki pengalaman kerja selama 12 tahun (tujuh tahun di NGO).

Saya  berhenti bekerja pada tahun 2012 kerana majikan membuat keputusan untuk berpindah ke lokasi baru. Memandangkan lokasi tersebut jauh dan memerlukan kos dan masa yang lebih, dengan memohon petunjuk Allah melalui istikharah, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja. Alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan dan moga dimudahkan urusan seterusnya. Amin.


Saya tidak mempunyai pengalaman khusus dalam bisnes. Walaupun pernah menceburi bisnes dalam beberapa MLM tetapi semuaya dalam jangka masa beberapa bulan sahaja. Tetapi semenjak kecil, saya ada sedikit pengalaman membantu mak di kedai jahit yang diusahakan secara kecil-kecilan.

Oleh kerana selalu membantu mak, minat menjahit saya sudah teratanam sejak dari kecil. Saya masih bercita-cita untuk mendalami ilmu jahitan secara professional sekiranya ada kemampuan dari segi masa dan wang ringgit suatu hari annti. In shaa Allah

Sebelum menyertai ABDR saya tidak mempunyai sebaranbg blog atau Fanpage.

Di antara buku-buku yang saya minati ialah buku-buku keagamaan dan motivasi, buku jahitan dan sulaman, buku masakan dan DIY.

Di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) saya mengikuti Kelas Blog dan penulisan. Matlamat saya dengan adanya blog ini saya dapat mengasah kemahiran menulis, dapat berkongsi minat dan sedikit ilmu yang ada. Selain itu saya berharap saya boleh membantu menambah pendapatan keluarga, tambah jaringan dan kawan-kawan. Moga jadi titik tolak saya untuk memiliki blog bisness pula nanti.


-------------------------------------------------------------------------------


Sehingga kini Akademi Bekerja Di Rumah telah mempunyai 330 blog dengan 13 guru online dedikasi bertugas, masih menerima pendaftaran masuk dibuka setiap hari. Jika anda ingin menjadi salah seorang ahli Akademi Bekerja Di Rumah, sertai kami dengan mengambil salah satu pakej kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelasa asas blog dan fan pge
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
Contoh blog: http://suhailarahim.blogspot.com/
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho


Pendaftaran dibuka setiap hari.Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim