Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi
Bismillahirrahmanirrahim..
Foto: Koleksi Peribadi
Bismillahirrahmanirrahim..
Salam persahabatan saya mulakan sebagai entri pertama saya dalam blog saya yang pertama ini. Syukur Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan dan memberi ilham kepada saya untuk memulakan blog ini. Sebelum ini pernah juga terlintas difikiran untuk memilikki blog tetapi rasa 'segan' menguasai diri walaupun ada kalanya terasa nak berkongsi. Moga dengan adanya blog Panduan melabur untuk suri rumah ini kita dapat berkongsi dan bertukar pendapat mengenai ilmu pelaburan walaupun saya bukan pakar dalam bidang ini
Sedikit perihal diri saya. Saya diberi nama Rafisuhaila binti Rahim. Seorang ibu kepada sepasang cahayamata. Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah menjadi suri rumah sepenuh masa semenjak Mei 2012. dan bekerja secara separuh masa sebagai 'Wealth Advisor' dengan CIMB Wealth Advisor. Selain itu juga saya mengambil upah menjahit langsir secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga.
Saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) dan memiliki pengalaman kerja selama 12 tahun (tujuh tahun di NGO).
Saya berhenti bekerja pada tahun 2012 kerana majikan membuat keputusan untuk berpindah ke lokasi baru. Memandangkan lokasi tersebut jauh dan memerlukan kos dan masa yang lebih, dengan memohon petunjuk Allah melalui istikharah, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja. Alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan dan moga dimudahkan urusan seterusnya. Amin.
-------------------------------------------------------------------------------
Saya tidak mempunyai pengalaman khusus dalam bisnes. Walaupun pernah menceburi bisnes dalam beberapa MLM tetapi semuaya dalam jangka masa beberapa bulan sahaja. Tetapi semenjak kecil, saya ada sedikit pengalaman membantu mak di kedai jahit yang diusahakan secara kecil-kecilan.
Oleh kerana selalu membantu mak, minat menjahit saya sudah teratanam sejak dari kecil. Saya masih bercita-cita untuk mendalami ilmu jahitan secara professional sekiranya ada kemampuan dari segi masa dan wang ringgit suatu hari annti. In shaa Allah
Sebelum menyertai ABDR saya tidak mempunyai sebaranbg blog atau Fanpage.
Di antara buku-buku yang saya minati ialah buku-buku keagamaan dan motivasi, buku jahitan dan sulaman, buku masakan dan DIY.
Di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) saya mengikuti Kelas Blog dan penulisan. Matlamat saya dengan adanya blog ini saya dapat mengasah kemahiran menulis, dapat berkongsi minat dan sedikit ilmu yang ada. Selain itu saya berharap saya boleh membantu menambah pendapatan keluarga, tambah jaringan dan kawan-kawan. Moga jadi titik tolak saya untuk memiliki blog bisness pula nanti.
-------------------------------------------------------------------------------
Sehingga kini Akademi Bekerja Di Rumah telah mempunyai 330 blog dengan 13 guru online dedikasi bertugas, masih menerima pendaftaran masuk dibuka setiap hari. Jika anda ingin menjadi salah seorang ahli Akademi Bekerja Di Rumah, sertai kami dengan mengambil salah satu pakej kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelasa asas blog dan fan pge
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
Contoh blog: http://suhailarahim.blogspot.com/
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho
Pendaftaran dibuka setiap hari.Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelasa asas blog dan fan pge
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
Contoh blog: http://suhailarahim.blogspot.com/
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho
Pendaftaran dibuka setiap hari.Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment