='description'/>

Monday 30 December 2013

Kisah motivasi: Katak yang pekak

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Bismillah.. mungkin ada yang pernah terbaca kisah ini. Kisah ini mengenai sekumpulan katak yang membuat perlumbaan siapa yang bejaya memanjat menara yang sangat tinggi. Ketika beberapa katak yang mengambil bahagian memanjat, ada sekumpulan katak lagi bersorak untuk memberi semangat kepada katak-katak yang mengambil bahagian. 

Semasa bermulanya perlumbaan tiada siapa yang yakin katak-katak yang berlumba itu akan sampai ke puncak menara. Ada suara-suara yang menjerit, menyatakan tidak mungkin katak-katak itu akan berjaya dengan memberi pelbagai alasan. 

"Perlumbaan ini sangat sukar!"
"Mereka tidak akan berjaya!"
"Tiada siapa yang akan berjaya kerana menara ini sangat tinggi!"

Selepas mendengar jeritan-jeritan itu, satu persatu katak yang berlumba jatuh dari pendakian masing. Katak yang bersorak di bawah terus-terusan menjerit.

"Susahnya! Tiada siapa akan berjaya sampai ke puncak!" 

Mendengar jeritan-jeritan itu lagi banyak katak yang terkandas dan terus jatuh dari terus mendaki.

Tetapi ada seekor katak yang terus memanjat menara tersebut dan akhirnya hanya katak itu sahaja yang berjaya sampai ke puncak menara. Katak-katak lain di bawah merasa hairan bagaimana katak tersebut berjaya. Apabila diselidiki dimaklumkan bahawa katak yang menang dalam pertandingan tersebut adalah seekor katak yang pekak.

Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini ialah jangan mendengar kata-kata orang yang negatif atau pesimis. Apabila kita terpengaruh dengan kata-kata negatif ini, seolah-olah dia meragut impian dan cita-cita kita. Kita perlu positif dan sesekali perlu memekakkan telinga dari mendengar kata-kata yang tidak memberi manfaat untuk mencapai impian dan matlamat sendiri. Jika kita mempunyai kawan-kawan yang berimpian, jadilah pembakar semangat kepada mereka untuk berjaya. Semoga Allah memberi kejayaan untuk kita semua. Aamiin.

Semoga bermanfaat!
____________________________________________________


Akademi Bekerja dari Rumah
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah, sertai kami dengan mengambil salah satu pakej kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
Contoh blog: http://suhailarahim.blogspot.com/
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho

Pendaftaran dibuka setiap hari.Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Saturday 28 December 2013

Hari pertama ke sekolah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Bismillah.. Hari ini adalah hari pendaftaran dan  hari orientasi pelajar Tahun 1 sekolah Aqil. Sejak awal pagi lagi dia begitu teruja untuk berjumpa kawan-kawan lama dan beberapa kawan baru yang ditemuinya sewaktu berlangsungnya Ujian pengesanan untuk tahun 1 pada hari Selasa yang lalu. Alhamdulillah Aqil berjaya mendapat kelas 1 Utarid iaitu antara 5 kelas untuk tahun satu. 

Hari ini murid-murid mula ditempatkan mengikut kelas yang ditetapkan. Dari riak wajah nampak dia gembira bila berada di kelas. Moga kekal gembira bila bermulanya persekolahan minggu depan. Pendaftaran pelajar, bayaran yuran dan pembahagian buku-buku teks telah mula diuruskan oleh guru darjah bersama ibubapa. Urusan dilakukan awal supaya tidak mengganggu proses pembelajaran yang akan bermula 2 Januari nanti. 

Sessi persekolahan hari ini tamat pada pukul 10.30 pagi. Selamat menempuh alam persekolahan yang baru Muhammad Aqil! Semoga gembira di sekolah baru bersama cikgu-cikgu dan rakan-rakan baru!


--------------------------------------------------------

Jangan lepaskan peluang ini!


Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Thursday 26 December 2013

Nostalgia di Acheh

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Bismillah.. Hari ini genap sembilan tahun tragedi Tsunami. Bila mengimbas kembali pengalaman itu saya jadi rasa sayu dan hiba. Ketika itu saya bekerja dengan sebuah NGO yang telibat secara langsung dalam aktiviti bantuan kepada mangsa-mangsa tsunami. 

Tugas saya ketika itu tertumpu di pejabat sahaja memandangkan ia bermulanya fasa kecemasan (Emergency Phase). Oleh itu beberapa misi kemanusiaan dihantar ke tempat-tempat bencana hanya akan disertai oleh beberapa pakar dalam fasa ini antaranya doktor, jururawat, paramedik dan beberapa orang yang bertugas untuk logistik. Sebagai staf biasa kami hanya memberi sokongan dalam bentuk menyediakan keperluan yang diperlukan di kawasan bencana. 

Secara jujur banyak yang saya belajar dalam tragedi ini, suatu kejadian yang sangat menginsafkan dan membuka mata saya dalam banyak perkara. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit beberapa foto yang masih saya simpan ketika menziarahi salah satu kawasan yang terjejas teruk akibat Tsunami iaitu Aceh.  

Setahun selepas tragedi Tsunami saya di beri peluang oleh pihak pengurusan untuk menyertai misi kemanusiaan ke Aceh iaitu antara kawasan yang paling terjejas teruk akibat Tsunami. Kebetulan ketika itu ada majlis penyerahan beberapa projek yang kami jalankan untuk mangsa-mangsa Tsunami hasil daripada sumbangan yang telah diterima oleh orang ramai. Antaranya rumah, sekolah, bantuan biasiswa kepada pelajar, rumah anak yatim dan kolej kejururawatan. 

Maaf jika tiada catatan panjang dalam entri ini. Moga perkongsian beberapa foto di bawah memberi sedikit iktibar kepada kita semua. Doakan saya diberi kekuatan untuk menulis lagi kisah ini di dalam entri seterusnya. In shaa Allah..


Antara penempatan rakyat Aceh yang terjejas.




Bot yang tersadai di kawasan penempatan akibat dibawa arus Tsunami

 Antara masjid yang selamat dari kemusnahan akibat Tsunami



 Kapal yang telah dibawa ombak ke daratan





____________________________________________________
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Tuesday 24 December 2013

Resepi tepung pisang goreng rangup


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat
½ sudu baking powder
½ sudu serbuk kunyit
1 biji telur 
2 sudu besar margerin
Sedikit garam dan air untuk bancuhan

Cara-caranya:
  1. Cairkan margerin
  2. Masukkan semua bahan kecuali margerin dan gaul sehingga sebati
  3. Bila sudah pekat masukkan margerin cair


Selamat mencuba!

___________________________________________________

Dapatkan 2 Ebook 'Panduan Asas Bisnes Online' dan '101 Idea Home-Based Bisnes' ini dengan harga promosi RM80 sahaja. Promosi dibuka sehingga 30 Januari 2014.




Mohon isi Borang tempahan untuk pembelian.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Sunday 22 December 2013

DIY: Membaiki buku latihan sekolah yang terlerai

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Bismillah. Tinggal beberapa hari sahaja lagi akan bermulanya tahun 2014. Rasanya begitu cepat masa berlalu. Meminjam kata-kata Ustaz Muhammad Abdullah (Ustaz Amin) dalam Rancangan Motivasi Pagi, 'kita ni pejam celik, pejam celik, dan nanti bila sampai waktunya kita pejam dah tak celik-celik'. Astaghfirullah... Semoga kita semua mengisi baki umur yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat. In shaa Allah.

  Sempena sesi persekolahan yang bakal bermula beberapa hari lagi, saya ingin berkongsi cara-cara untuk membaiki buku latihan yang terlerai ditengah seperti gambar di bawah (Maaf jika gambar tidak memuaskan). Ilmu ini dikongsikan oleh kawan sekolah saya semasa di sekolah menengah. Beliau antara yang selalu meminjam buku latihan matematik saya sebagai 'rujukan'. Sebagai balasan yang tidak pernah saya minta, dia rajin membaiki buku latihan saya yang terlerai. Jom saya kongsikan cara-caranya.

1. Masukkan semula muka surat yang tertanggal ke buku tersebut seperti di bawah.
 
2. Ambil kertas dan potong kertas bersaiz  segiempat sama bersaiz 1 inchi dan dilipatkan dua bahagian. Kertas kecil tersebut dimasukkan seperti gambar di bawah


Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat. 

____________________________________________________
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim



Friday 20 December 2013

Al-Quran dan bakul arang

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Salam Jumaat kepada semua. Cerita Al Quran dan bakul arang ini mungkin ada yang pernah mendengar atau terbaca di mana-mana. Hari ini saya ingin berkongsi kisah yang sangat bermanfaat ini. Semoga memberi pengajaran kepada diri saya dan kita semua.

Kenapa kita baca Al-Quran walaupun tidak memahami isinya?

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni”. Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

"Tak ada gunaya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.

Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”


Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa.

____________________________________________________

Promosi Ebook





Mohon isi Borang tempahan untuk pembelian.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Wednesday 18 December 2013

Hari untuk belajar

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Bismillah.. Hari ini bersiaran dari Damansara Perdana. Alhamdulillah cuaca cerah dan menyamankan. Perjalanan dari Kajang mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai ke Damansara. Sudah sekian lama tidak keluar rumah seawal pagi, terlupa sekejap dengan kesesakan jalan raya yang biasa di waktu pagi. Oleh ini tiba agak lewat ke kelas hari ini. 

Sudah sekian lama rasanya tidak menghadiri mana-mana kelas. Oleh itu  perlu  'warm up' balik mood untuk belajar. Duduk lama sedikit pun dah rasa gelisah dan tidak keruan. Jika di rumah dikala ini, sudah kehulu-hilir mengejar anak yang sudah laju berjalan. Sudah siap urusan dapur dan kain di ampaian. Sesekali sahaja  dapat menonton tv dan diselang seli dengan tugas membuat catatan diblog. Bila sudah lali dengan rutin sebegitu, hari ini kaku sekejap di kerusi dan diselang seli dengan rasa mengantuk yang tidak dapat ditahan. 

Apapun kelas ini berjalan dengan baik dan dapat berkenalan dengan ramai kawan. Hari ini berkesempatan juga mempromosi kelas online untuk mereka yang berminat. Apapun, Alhamdulillah..

____________________________________________


Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah

Anda mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk? 

Kini anda tidak perlu risau lagi.

Berdaftar Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!

Anda akan mendapat Satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.

Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet

Mudahkan!
Apa yang kalian dapat ialah satu Blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHO directory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan
Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH!
Mahu menjadi Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah? Apa tunggu lagi, mendaftarlah segera!
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Monday 16 December 2013

Cerita gemuk dan kurus..

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi


"Mak, macam mana nak kurus?" Soalan Aqil pada suatu malam sebelum melelapkan mata. Pelik pula soalan malam ini, getus hati saya.
"Aqil kena kurangkan makan." Jawapan saya ringkas. 
"Lagi?" Aqil bertanya. 
Saya menyambung jawapan "Kena rajin bersenam.
"Lagi?" Soalan yang bertalu-talu.
Dalam hati tengah berfikir jawapan, kalau mahu dijawab kurangkan tidur, dia memang susah nak tidur. Kalau jawapannya banyakkan main, dia memang suka bermain. Dalam pada saya berfikir jawapan, saya dapati dia telah tidur. Alhamdulillah, tidak pening lagi nak mencari idea malam ini. 
Terfikir dihati, apalah yang dirisaukan kanak-kanak berumur enam tahun ini tentang bagaimana mahu kurus. Mungkin terfikir dibenaknya, bila membandingkan diri yang  sememangnya agak 'lebih besar' daripada rakan-rakan seusia.  Walaupun beratnya mencecah 44 kg, tetapi dengan tinggi yang sudah mencapai bahu saya, saya kira dia tidak terlalu gemuk seperti yang dia fikirkan.


Keesokkannya, usai solat Maghrib, dia bertanya lagi, "Mak, macam mana nak kurus? Soalan semalam diulang. Untuk kali ini saya terus suruh dia bersenam.

"Bersenam macam mana? soal Aqil. "Macam ni." Sambil menunjukkan kepadanya  cara nak buat 'sit-up', 'pumping' dan senaman pinggang. Sekadar menyebut dan menunjukkan cara-cara beberapa senaman masa zaman sekolah yang saya ingat. Malam tu, dia buat beberapa kali untuk setiap senaman dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Saya cuma diamkan sahaja walaupun dalam hati rasa tercuit rasa lucu. 

Habis bersenam dengan termengah-mengah sambil melihat perutnya, dia berkata, "Mak, tak kurus pun!". Saya senyum sambil berkata "Kalau nak kurus Aqil kena buat senaman tu selama sebulan.

"Sebulan? Lamanya,. macam mana ni Aqil tak nak 'gemuk banyak' macam ni, nak 'gemuk sikit 'macam mak" mengeluh seperti tidak  berpuas hati. Saya senyum sendiri, sambil terlintas dihati bagaimanalah anak kecil ini membezakan 'gemuk sikit' atau 'gemuk banyak'. 


Habis berbual pasal gemuk, tiba-tiba Aqil membuat permintaan. 
"Mak, Aqil nak makanlah lagilah. Rasa lapar sangat!. "La, kata nak kurus!" saya membalas sambil tersenyum.

_________________________________________________________________



Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah

Anda mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk? 

Kini anda tidak perlu risau lagi.

Berdaftar Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!

Anda akan mendapat Satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.

Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet

Mudahkan!

Apa yang kalian dapat ialah satu Blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHO directory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH!

Mahu menjadi Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah? Apa tunggu lagi, mendaftarlah segera!

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim