Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi
Bismillah. Tinggal beberapa hari sahaja lagi akan bermulanya tahun 2014. Rasanya begitu cepat masa berlalu. Meminjam kata-kata Ustaz Muhammad Abdullah (Ustaz Amin) dalam Rancangan Motivasi Pagi, 'kita ni pejam celik, pejam celik, dan nanti bila sampai waktunya kita pejam dah tak celik-celik'. Astaghfirullah... Semoga kita semua mengisi baki umur yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat. In shaa Allah.
Sempena sesi persekolahan yang bakal bermula beberapa hari lagi, saya ingin berkongsi cara-cara untuk membaiki buku latihan yang terlerai ditengah seperti gambar di bawah (Maaf jika gambar tidak memuaskan). Ilmu ini dikongsikan oleh kawan sekolah saya semasa di sekolah menengah. Beliau antara yang selalu meminjam buku latihan matematik saya sebagai 'rujukan'. Sebagai balasan yang tidak pernah saya minta, dia rajin membaiki buku latihan saya yang terlerai. Jom saya kongsikan cara-caranya.
1. Masukkan semula muka surat yang tertanggal ke buku tersebut seperti di bawah.
2. Ambil kertas dan potong kertas bersaiz segiempat sama bersaiz 1 inchi dan dilipatkan dua bahagian. Kertas kecil tersebut dimasukkan seperti gambar di bawah
Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat.
____________________________________________________
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment