='description'/>

Sunday, 1 December 2013

Cerita semalam..


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

 

Semalam seharian saya di Damansara menghadiri kursus. Seronok juga setelah sekian lama tidak mengikuti mana-mana kursus atau seminar. Berkesempatan bertemu dengan seorang sahabat  lama yang saya kenali semasa mengikuti kursus tentang Wasiat lebih setahun yang lalu.  Seorang muslimah yang ceria dan bekerjaya sebagai juruaudit dan memiliki firma auditnya sendiri. Beliau juga seorang ibu yang mempunyai 2 pasang cahayamata. Pada pandangan mata saya ketika itu, dia seorang yang sangat berjaya dengan kerjaya serta bahagia bersama keluarga. Seorang yang sangat  independent’ dan kuat berusaha menambah pendapatan dengan membuat kerja sampingan sebagai ‘Perunding Kewangan’ seperti saya. Sebenarnya, tidak banyak kisahnya yang saya tahu selepas pertemuan dua hari  itu kerana kami tidak bertemu dan behubung lagi selepas itu.

Semalam kami ditemukan lagi dan kami sempat berbual sekejap sebelum bermula seminar sesi petang. Kami berkongsi tentang tahap pencapaian dalam bidang yang kami ceburi ini. Dalam kerancakan bercerita dia juga berkongsi kehidupannya sekarang setelah bergelar ibu tunggal. Pada mulanya saya terkejut tetapi saya cuba untuk tidak bertanya pelbagai soalan supaya dia selesa untuk bercerita sebahagian kisah hidupnya. Dia menganggap dugaan diterima adalah ujian dari Allah. Dia kini banyak bermuhasabah diri dan sudah mula mendekatkan diri dengan belajar Al Quran, banyak bersedekah dan membanyakkan ibadah. Dalam masa yang sama dia kini perlu memperuntukan lebih banyak masa bersama anak-anak supaya mereka tidak terabai dengan ketiadaan seorang ayah disisi. Dia kini bersendirian dalam mencari rezeki untuk keluarga.

Dalam perbualan singkat itu, dia mengingatkan saya bahawa ujian paling besar dalam hidup kita ini ialah bila kita senang. Bila kita senang kita akan mudah lupa, dan bila kita susah kita akan mudah sujud kepadaNya untuk memohon pertolongan. Perbanyakkan sedekah kerana sedekah tak perlu tunggu bila kita  kaya dan berharta. Bersedekahlah walaupun sedikit dari apa yang kita ada. Subhanallah.. sangat menyentuh hati bila ada insan yang ingin mengingatkan diri ini. Saya doakan sahabat ini dikurniakan semangat dan kekuatan oleh Allah untuk mencari rezeki untuk anak-anaknya dan dimudahkan urusan-urusannya.  Ameen..

No comments:

Post a Comment