='description'/>

Monday, 29 December 2014

Ujian Banjir - moga mereka kuat dan tabah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Alhamdulillah, pagi ini hujan renyai lagi. Cuaca masih sejuk dan mendung. Baru sahaja pulang dari kampung halaman lewat malam tadi. Namun, dua hari di kampung cuacanya masih sama. Tetapi syukur walaupun masih hujan, masih belum mencapai tahap banjir seperti saudara-saudara kita di pantai timur. Semoga mereka tabah menghadapi ujian Allah ini. 

Mereka adalah insan-insan yang terpilih, moga Allah memberi lebih baik disebalik ujian ini. Bila membaca, melihat, memerhati foto-foto dan tulisan luahan hati mereka yang terlibat, ada kala saya menitis air mata bagaimana mereka kuat bila hilang anak, hilang keluarga dan hilang segala-galanya. Allahu. Sesungguhnya hambaMu ini tidak kuat.


Kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) dengan rendah hati memohon jasa baik rakan-rakan semua untuk sama-sama menyumbang bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.
Kutipan sedang dijalankan untuk menyediakan kelengkapan berikut:
Tikar, selimut, telekung solat, tuala.

Bagi yang mahu menyumbang, boleh hubungi guru online saya, Puan Aishah Hussein untuk keterangan lanjut. Kalian boleh wassap terus ke 013-3837768
atau bank in terus ke Maybank 562478147639

Boleh juga menyumbang melalui guru online Zaila Mohamad dan Mie Normi
Terima kasih di atas jasa baik semua.
------------------------------
MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, MINAT DAN HOBI MELALUI BLOG
1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan

2. Untuk catatan harian
Menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?

3. Untuk penulisan pengalaman
Tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya
Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.

Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.

Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.

Berminat untuk mula menulis di blog? Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR)
Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Wednesday, 24 December 2014

Nazifah Jamil - Ulasan Kelas Blog

Teks: Nazifah Jamil


Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA selesai sudah tugasan-tugasan yang diberikan oleh Akademi bekerja Dari Rumah iaitu saya berjaya menyiapkan 44 entri seperti mana yang telah ditetapkan. Bersyukur sekali lagi kerana diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan seharian dan masih terus bernafas di muka bumi ini. Selama 4 bulan saya di ABDR, Alhamdulillah saya sangat berpuas hati kerana kelas yang dijalankan secara fleksibel. Tiada had masa yang ditetapkan, di mana saja boleh menulis, yang penting ada internet.


Terima kasih di ucapkan kepada guru bimbingan saya iaitu Puan Masayu Ahmad selaku pengasas ABDR. Beliau banyak membantu saya, menjawab soalan saya tanpa jemu bertalu-talu di FB dan memberi kata semangat. Apa yang saya dapat daripada ABDR ini ialah dari segi menulis, InshaAllah tiada masalah. Kerana telah dilatih menulis sebanyak 44 entri. Cuma teknik-teknik yang lain seperti pautan dengan rakan-rakan blog, label, kategori, cara mencantikkan blog dan lain-lain lagi masih belum mahir dan saya perlu belajar lagi. Lagi pun saya perlu fokus menulis 44 entri dahulu, kata Puan Masayu.

Adakalanya bila masa terluang, saya membaca beberapa blog rakan-rakan yang lain. Seronok membaca kisah hidup orang lain. Walaupun kehidupan semua orang tidak sama, tetapi apa yang saya lihat matlamat kebanyakan rakan ABDR majoriti semuanya sama iaitu ingin menjadi Work at Home Mom (WAHM). Rata-rata semuanya ingin menjadi housewife fulltime. Begitu juga saya. Hanya wanita sahaja yang memahami wanita. Naluri dan fitrah semulajadi wanita ialah kembali ke rumah dan anak-anak. Dan itulah yang disyariatkan oleh Allah. Semoga impian kita semua tercapai, Aamin. Niat yang baik disusuli dengan usaha yang gigih pasti Allah tolong. InshaAllah pasti ada jalan.

Akhir kata, semoga saya terus konsisten dalam ABDR, berjaya mencapai impian saya, diberi rezeki yang luas serta ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan dapat berkongsi diblog ini untuk orang lain. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Masayu Ahmad kerana mencetuskan ABDR. Semoga usaha beliau diberkati Allah, Aamin. Harapan saya agar ABDR ini terus maju kerana dengan adanya ABDR ini para suri berkongsi masalah, impian dan matlamat yang sama.

Berkenalan dengan penulis, Nazifah Jamil
Kelas blog penulisan, pengurus online akademi
Belajar menjana pendapatan melalui blog sebagai pengurus online akdemi
Pendaftaran dibuka setiap hari.

-------------------


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 900 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Monday, 22 December 2014

Catatan hamil: Bila bacaan hb darah rendah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

“Sepatutnya sebulan lagi appointment, tapi bacaan hb darah puan tidak mencapai tahap yang sepatutnya, kita jumpa lagi dua minggu ya!” Pesan doktor mengakhiri temujanji hari ini.

Aduh! Liatnya nak datang. Minggu lepas baru habis ‘denda’ datang dua kali seminggu akibat kenaikan berat badan. Minggu ini ada ‘denda’ baru pula. Allahu Akbar banyak betul ujian bila hamil kali ini.

Apa berlaku bila bacaan hb darah rendah ketika hamil?

Bacaan hb adalah suatu pengukuran yg diambil melalui sampel darah untuk menentukan paras haemoglobin (hb) di dalam darah seseorang. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.


Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat: 11-12 g/dl (gram per deciliter).


Zat besi diperlukan dalam menghasilkan hemoglobin yang merupakan sejenis protein di dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke sel-sel badan ibu dan juga kepada bayi dalam kandungan. Semasa hamil, keperluan zat besi turut meningkat bagi menghasilkan lebih banyak hemoglobin, selain diperlukan untuk pembesaran bayi dan plasenta (uri). Kuantiti zat besi yang diperlukan semasa hamil meningkat sehingga 18mg ke 27mg sehari.

Sebelum hamil, anda memerlukan kira-kira 15 miligram (mg) zat besi sehari. Jumlah ini agak banyak. Kebanyakan daripada kita mungkin tidak dapat memenuhi keperluan yang disarankan ini. Semasa hamil, anda perlukan lebih zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi. Jika anda tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi anda berdua, anda mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi. Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan. Kira-kira satu dalam lima wanita mengalaminya semasa hamil.

Seorang wanita hamil memerlukan 30mg zat besi setiap hari. Seperti mana kebanyakan vitamin dan mineral lain, makanan ialah sumber terbaik bagi zat besi. Anda sepatutnya tidak perlu mengambil suplemen jika anda makan banyak sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Ini bermakna anda perlu makan banyak sayur-sayuran berdaun hijau tua, roti bijian penuh, bijirin yang diperkaya dengan zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, kismis, prun dan kekacang.

Vitamin C membantu badan anda menyerap zat besi dalam pemakanan. Cuba minum banyak jus oren atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu mengelak daripada mendapat anaemia.

Ibu hamil dinasihatkan supaya mengelak dari mengambil makanan berkafein seperti teh dan kopi, kerana ia menyukarkan badan untuk menyerap zat besi.

Wanita yang mengamalkan diet yang rendah zat besi lebih berkemungkinan mengalami anaemia. Anda juga lebih berkemungkinan menghidap anaemia akibat kekurangan zat besi semasa hamil jika bekalan zat besi dalam badan anda telah sedia berkurangan, mungkin kerana jarak antara kehamilan terdahulu dan kehamilan kini sangat rapat, atau darah haid anda keluar sangat banyak sebelum anda hamil.

Kandungan anak kembar juga boleh meningkatkan risiko anda mengalami anaemia.

Tanda-tanda penyakit Anameia
Keletihan dan sesak nafas adalah tanda-tanda biasa bagi anaemia. Namun anda mungkin tidak sedar bahawa anda menghidap anaemia kerana simptom-simptom ini juga dialami oleh ramai lagi wanita hamil yang tidak mengalami anaemia.

Sakit kepala, tinnitus (telinga berdengung) dan jantung berdebar adalah simptom-simptom lain anaemia, selain mempunyai tabiat mengidam makanan yang tidak biasa. Kelopak mata, dasar kuku dan lidah juga mungkin kelihatan pucat.

Rawatan untuk Anameia
Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang pemakanan untuk memastikan anda makan cukup makanan yang betul, dan beliau juga mungkin mempreskripsikan pil zat besi.

Keburukan pil zat besi ialah walaupun ia boleh memperbaiki tahap zat besi dalam badan, ia juga mempunyai kesan sampingan yang kurang menyenangkan. Pil zat besi boleh menyebabkan sembelit dan masalah perut yang lain seperti loya, cirit-birit dan sakit perut. Namun, meningkatkan pengambilan serat dalam diet semasa mengambil pil zat besi boleh membantu mengelakkan sembelit. Mengambil pil tersebut semasa waktu makan pula boleh membantu mengurangkan kesan sampingan yang lain.

Jika anda rasa kesan sampingan tersebut menjada masalah serius kepada anda, mintalah doktor anda mempreskripsikan jenama yang lain atau mengurangkan dos yang perlu anda ambil kerana dos yang rendah mungkin lebih baik daripada tidak mengambilnya langsung.

Kesan Anameia pada bayi
Melainkan anda menghidap anaemia yang serius, anda tidak perlu bimbang mengenai bayi anda. Badan anda akan memastikan bahawa bayi mendapat jumlah zat besi yang diperlukannya sebelum anda mendapatnya. Oleh itu, anda akan kekurangan zat besi dahulu sebelum bayi anda. Bayi anda menggunakan bekalan zat besi paling banyak dalam trimester kedua dan ketiga kehamilan, oleh itu, masa inilah anda perlu lebih menjaga diri sendiri.

Namun, Anaemia semasa hamil juga boleh membawa kepada:
·        Bayi lahir tidak cukup bulan
·        Bayi lahir kurang berat
·        Bayi lahir mati (‘stillbirth’)
·        Mempengaruhi kesihatan ibu hamil
·        Tumpah darah semasa bersalin
·        Peningkatan risiko meroyan (postpartum depression)
·        Mempengaruhi simpanan zat besi bayi di peringkat awal kelahiran
·        Bayi berisiko tinggi untuk menghidap anemia.

Jadi anemia semasa hamil mestilah dipandang serius oleh ibu kerana risiko yang datang bersamanya adalah besar.Amalkan diet yang seimbang dan kaya dengan zat besi seperti mengambil daging merah, kacang, tofu, kismis, sayuran hijau atau kerang.


------------------------------
MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, MINAT DAN HOBI MELALUI BLOG
1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan

2. Untuk catatan harian
Menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?

3. Untuk penulisan pengalaman
Tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya
Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.

Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.

Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.

Berminat untuk mula menulis di blog? Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR)
Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim




Friday, 19 December 2014

Mingggu ubahsuai baju sekolah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Minggu ini, menempuhi hari-hari yang saya perlu tidur lewat. Bertapa sekejap di stor rumah yang juga merangkap bilik jahit. Minggu ini perlu segera menghabiskan kerja-kerja ubah suai baju sekolah anak. Walaupun anak bersekolah baru seorang, banyak kerja-kerja perlu dilakukan termasuk menjahit sampin. Maklumlah, walaupun Aqil baru Darjah dua, tapi baju yang dibeli bersaiz untuk pelajar berumur Tingkatan Dua. Sampin siap yang dijual di kedai tiada yang sesuai dengan saiz pinggangnya. Memandangkan dia belum lagi pandai mengikat sampin sendiri jadi sampin perlu dijahit siap-siap. Jika dibiarkan alamatnya sampin hanya jadi sangkutan dibahu bila pulang dari sekolah nanti. :)

Asyik menjahit tiba-tiba teringat dengan mak. Ketika mak masih gigih mencari rezeki, saat-saat inilah antara waktu sibuknya menyiapkan tempahan baju. Ketika ini mak yang selalu tidur lewat dalam menyiapkan kerja jahit-jahitannya. Dulu, ada satu tiang seri dalam rumah yang arwah Atuk buat. Di tiang itulah selalunya mak duduk menjahit tulang belut untuk leher baju kurung. Selagi tak siap mak tak akan tidur selagi sasarannya untuk menyiapkan beberapa helai baju sehari akan tercapai. Sambil menjahit, mak memantau kerja sekolah anak-anak. 

Itulah mak saya. Sumber inspirasi setiap saat dan ketika. Walaupun saya tak tahu, boleh ke saya jadi segigih mak. huhuhu..

------------------------------
Set E-Iqra RM210 (termasuk kos pos)

Rafisuhaila Rahim's photo.

Inginkan Anak Bijak Tajwid?
Dapatkan E-iqra - belajar quran dan tajwid secara interaktif
Harga satu set E-Iqra RM210 (termasuk kos pos)
Isi borang tempahan di sini.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
sms/Tel/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Wednesday, 3 December 2014

Noor Azila Mohamad - Ulasan Kelas Blog Mula Bisnes

Guru Online : Anys idayu zakaria
protege : noor azila mohamad 
sumber :  http://noorazilamohamad.blogspot.com/2014/07/ulasan-tentang-blog-asas-dan-fanpage.html

Teks: noor azila mohamad
Alhamdulillah, akhirnya hampir selesai segala tugasan yang diberikan. Sebulan yang lalu, diperkenalkan oleh Nor Adilah kepada tenaga  pengajar ABDR, Cikgu Anysidayu Zakaria. Sebelum mengenali ABDR, saya sering mengikuti beberapa kursus untuk mula berjinak-jinak dengan bisnes. Yelah, sebelum bertindak kita kenalah persiapkan diri dengan ilmu yang perlu. Kalau tidak, umpama, terjun ke laut tanpa ilmu renang. Saya mula mengikuti kursus Dr. Azizan sewaktu mengandungkan anak pertama. Di situ saya mula membuka mata, seseorang pelajar yang mempunyai kelulusan, dengan gaji RM5k adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan seorang usahawan. Tetapi sebelum bergelar usahawan, pastikan kita memantapkan diri dengan ilmu-ilmu yang dapat membantu kita mengharungi segala cabaran dan dugaan sebelum bergelar usahawan.

Faktor yang menyukarkan saya untuk mengikuti beberapa kursus ialah masa dan anak-anak. Jika saya mengikuti kursus, suami perlu bercuti atau menghantar saya. Malah anak-anak pula, tidak pernah berjauhan walaupun hanya sehari. Pernah satu ketika, sewaktu anak pertama berusia 8 bulan, saya dan suami bawa bersama mengikuti kursus pemasaran di Kuala Lumpur. Nasib baik mereka membenarkan, tetapi hanya separuh hari saya mengikutinya, anak dah mula menunjukkan rasa tidak selesa, saya hanya membiarkan suami mengikutinya sehingga tamat.

Namun, setelah diperkenalkan dengan ABDR, saya rasa sangat bersyukur , saya dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan mampu menaikkan semangat saya untuk bergelar usahawan. Kelas asas blog dan fanpage ini cukup mudah. Saya tidak perlu lagi menyusahkan suami untuk menghantar, tidak perlu lagi risau tentang anak-anak, semuanya hanya secara 'online'. Masa untuk belajar pun, tidak membebankan, bila-bila ada masa terluang saya akan berhubung dengan cikgu anys. Ada kalanya, saya akan luangkan masa untuk belajar, tengah malam, selepas anak-anak tidur, kadang-kadang awal pagi.Namun cikgu anys, sentiasa ada untuk membantu dan cukup memahami. Seperti kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".  Terima kasih juga kepada pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, kerana cukup memahami keperluan suri.

Sebelum ini, saya mengenali 'bisnes online' hanya menggunakan fb. Setelah mempelajari di ABDR, saya rasa ia lebih mudah, apatah lagi jika kita dapat gabungkan kemahiran pemasaran blog dan fb. Dengan blog, kita lebih mudah untuk menghuraikan mengenai sesuatu produk, lebih mudah untuk mempamerkan produk dan service yang kita ada, dan lebih meyakinkan. Alhamdulillah, saya semakin jelas dengan halatuju untuk bergelar usahawan. In shaa Allah...

---------------------------------------------------------------------------

Ebook: Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Masih promosi ebook rahsia khidmat pelanggan, hanya untuk 36 pembeli sahaja lagi untuk harga RM30.

Beli satu ebook bonus 1 ebook lagi. Harga selepas ini RM50.


Bayar di sini 
http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online
Bab 2: Mengembirakan Pelanggan
Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan
Bab 4: Menawan Hati Pelanggan
Bab 5: Menghargai Pelanggan
Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan
Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional
Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati
Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 
Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira

Tempahan-->
http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Tuesday, 2 December 2014

Syukuri dengan rezeki setiap hari

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Ahmadulillah, baru selesai makan malam. Hari ini makan menu kegemaran saya Sayur sawi goreng, Sambal Ikan Bilis Cili Padi dan nasi yang dimakan panas-panas. Masak ringkas sahaja malam ni. Suami pun jenis tak kisah. Dia lagi suka menu macam ni. Cuma, jika dapat dihidangkan sekali ulam-ulaman lagi dia suka :) Untuk anak-anak saya masakkan telur dadar sebagai tambahan. Malam-malam ni tak boleh kenyang sangat, sekadar alas perut je. Tapi makan ringkas-ringkas pun bertambah juga.. :)

Terasa puasnya bila sesekali dapat menjamah makanan ringkas ni. Terkenang zaman datuk nenek kita hanya bergantung kepada hasil ternakan dan tanaman sendiri. Semuanya segar dan bersih serta terhindar dari bahaya racun ciptaan manusia. Walaupun hasilnya sedikit, pastinya kepuasan yang dirasa tidak seperti kita sekarang walaupun pelbagai makanan mewah didepan mata kan? 

Apapun, syukur Ya Allah, dengan nikmat dan rezekiMu hari ini.
---------------------------------------------------------------------------------------


Daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di 
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)
Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Sunday, 23 November 2014

Resepi Apam Susu

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi


Alhamdulillah, sekadar berkongsi Resepi Apam Susu yang sangat mudah dibuat. Saya buatkan untuk anak semasa jamuan sekolah anak minggu lepas. Bersesuaian dengan saya yang jarang-jarang buat kuih ni,  saya gagahkan juga google diinternet untuk tidak menghampakan permintaan anak :). Lagi satu saya suka buat kuih ni sebab resepinya mudah dan hanya menggunakan bahan-bahan ringkas yang mudah dicari di dapur. Hajat dihati nak buat kek macam di blog Cikgu Aishah, tapi ketiadaan oven lagi untuk membakar kek buat masa ini. :)

Resepi Apam Susu

2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sudu ovellette
1/2 cawan air
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
1 s/k esen vanilla
Pewarna kesukaan

Cara-cara
Masukkan  ovellet, gula dan telur dan esen vanilla pukul hingga kembang. (untuk lebih mudah saya blend sahaja)
Masukkan susu dan kaup semula
Bahagian kepada beberapa bahagian ikut warna kesukaan
kukus hingga masak..

siap :)

-------------------


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Thursday, 20 November 2014

Hazwani Abdul Hamid - Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan

Teks: Hazwani Abd Hamid
Sumber: http://hazwaniabdhamid.blogspot.com/2014/11/selesai-44-entri.html

Bismillah.. Assalammualaikum..

Sedar tidak sedar perjalanan kelas saya sudah sampai ke penghujungnya. 44 latihan penulisan yang saya mulakan Mac lepas kini sampai ke garisan penamat. Almaklumlah, saya orang akaun, jika diberi permasalahan matematik cepat saya menghabiskannya tetapi bab penulisan ini, dari sekolah rendah saya dah angkat bendera putih. Penulisan adalah perkara baru buat saya, disebabkan tekad saya berusaha untuk "graduate".

MATLAMAT AWAL
Sebenarnya dari dahulu saya bercita-cita menjadi seorang pendidik. Tahun demi tahun, walaupun saya tidak ke arah itu tetapi jiwa mendidik tetap ada. Bagi saya, menjadi pendidik bukan semata-mata menjadi seorang guru tetapi ianya lebih dari itu. Apa yang penting, ilmu didada. Dengan ilmu yang ada, kita boleh berkongsi dengan ramai orang. Bila kita berkongsi ilmu, ilmu itu makin bertambah tidak akan berkurang walau sedikitpun. Ajaib bukan?

Ulangtahun graduasi saya yang ke-sepuluh tahun ini, menyaksikan beberapa perubahan dalam kehidupan saya. Bisnes saya semakin stabil dan bermula tahun lepas saya ada mendapat permintaan untuk mengajar akaun. Saya sambut permintaan itu dengan besar hati kerana itu bermakna, saya telah mencapai cita-cita saya iaitu menjadi seorang pendidik. Malah pelajar-pelajar yang rata-ratanya usahawan ada menggelarkan saya cikgu dan tidak kurang juga yang memberi ucapan ketika Hari Guru tempoh hari. Berbunga rasa di hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Bertitik tolak dari peristiwa itu, saya sering mendengar rintihan mereka yang mahu belajar akaun tetapi mempunyai masalah untuk hadir ke kelas. Pada mulanya saya bersikap dingin kerana bagi saya untuk mencari ilmu, seseorang itu perlu mencari "guru" bukannya guru yang mencari anak murid. Sejenak berfikir, saya fahami mereka, kasihan pada mereka. Jika saya tidak membuka ruang kepada mereka, siapa lagi yang patut mereka tuju.

Dari situlah saya berhasrat untuk menulis ebook, supaya saya boleh tukarkan situasi di kelas ke dalam ebook dan supaya mereka boleh mendapat manfaat seperti mereka yang hadir ke kelas saya. Alhamdulillah, saya bertemu dengan kak Masayu Ahmad dari Team Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) dan memperkenalkan saya dengan Kelas Asas Penulisan ini. Benar, saya memang perlu melatih penulisan saya supaya ianya benar-benar sampai kepada pembaca.

SESI PEMBELAJARAN
Skil penulisan yang lemah membuatkan saya terkulat-kulat pada awalnya. Setiap kali mahu memulakan penulisan, lama saya merenung laptop tetapi tiada idea yang keluar. Saya kembali kepada nota kak Masayu Ahmad, baca perlahan-lahan dan saya tarik nafas dalam-dalam. Saya mencari mood penulisan dengan cuba untuk melihat dunia sekeliling. Lama saya ambil masa untuk bersedia kembali untuk menulis dengan lancar. Cemburu dengan penulisan Rakan ABDR yang lain tidak boleh disangkal lagi. Penulisan mereka lancar seperti keluar sebutir-butir dari mulut mereka sendiri. Kagum saya..

Saya rasa mungkin saya adalah dikalangan pelajar ABDR yang paling lewat "graduate". Mengapa saya katakan demikian? Sebab saya mulakan kelas pada Mac 2014 dan November 2014 baru saya dapat menyiapkan tugasan 44 entri. Maknanya sebulan saya hanya boleh siapkan 5 ke 6 entri sebulan. Tragis kan? Pengalaman yang amat bernilai.

MANFAAT KELAS
Saya mula menjadikan penulisan ini sebagai rutin. Apa sahaja yang saya terfikir tika itu, terus saja saya buka ipad untuk menulis. Ilham itu hadiah dari Allah, dengan niat untuk saya sedarkan masyarakat bisnes untuk jaga bisnes mereka baik-baik. Mungkin kerana niat itu, saya mudah untuk memberi penulisan yang panjang lebar. Apabila menulis, saya tak sedar pun penulisan saya telah sampai ke penghujung kerana kini saya sudah mula rasa seronok menulis! ^_^

Apabila banyak perkara yang saya tulis berkenaan akaun, ianya mudah bagi saya untuk kongsi bersama rakan-rakan Facebook yang lain. Sekurang-kurangnya mereka tidak bosan kerana saya tidak menulis berjela-jela di Facebook. Jika mereka mahukan maklumat, mereka akan terus ke blog saya. Insya-Allah.

Kelas Asas Penulisan ini melatih diri untuk menulis dengan lebih baik. Orang kata; "practise makes perfect". Bila banyak kali menulis, kita boleh elakkan dari menulis sesuatu yang tidak seronok dibaca oleh pengunjung. Kita juga boleh pilih cerita apa bagus untuk dikongsikan atau tidak. Teringat saya pesanan Kak Masayu Ahmad yang terkesan di hati. Antaranya;




TERIMA KASIH
Jutaan terima kasih kepada Team ABDR terutama sekali Kak Masayu Ahmad yang sangat cool mengendalikan Kelas Asas Penulisan dengan hanya secara online. Semoga usaha murni akak dalam membantu ramai wanita yang mahu bekerja dari rumah dipermudahkan. Doakan saya dapat menulis ebook "bestseller" seperti ebook-ebook yang akak tulis. Halalkan ilmu akak kepada saya dan saya mohon maaf segala kekurangan. 

Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat ilahi..

Amin..
--------------------------------------

E-IQRA - Belajar Quran Dan Tajwid Interaktif (RM210 Sahaja)


HARGA : HANYA RM210. Anda akan dapat
1. 3 cd intertaktif
2. 3 buku/ jilid
3. 1 penanda info tajwid

Kalau Anda Beli Sekarang Anda Akan Dapat PERCUMA
Pos Percuma Seluruh Malaysia.

PROMOSI TERHAD

sms IQRA ke 0136844409 untuk mendapatkannya segera!


Isi borang tempahan di sini.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

sms/Tel/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Wednesday, 19 November 2014

Catatan pagi ini

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Alhamdullillah, dapat menulis lagi pagi ini. Sudah dua minggu blog sunyi sepi. Maafkan saya kerana akhir-akhir ini keadaan kesihatan tidak mengizinkan saya duduk lama dihadapan skrin komputer. Hanya handphone menjadi teman setia buat seketika. 


Semalam menghabiskan waktu pagi di perpustakaan. Sambil memulangkan buku, bawa sekali Amnah ke sudut kanak-kanak. Seronok sekejap dia bila dapat bermain bebas di sana. Suasana pula seolah-olah seperti belajar ditadika. Ruangnya agak luas dan sangat menarik anak-anak bermain dan mengambil buku-buku kegemaran masing-masing. Tetapi suasana semalam tak seperti biasa bila ada beberapa kanak-kanak lain yang berkunjung. Dia jadi bosan bermain seorang diri. Mungkin kerana waktu awal pagi tiada lagi kanak-kanak yang datang. Kunjungan kali ini hanya bertahan dalam 20 minit sahaja sudah merengek sudah mahu keluar. Saya ikutkan sahaja, Tetapi sebelum keluar dapat juga saya meminjam lagi lima buah buku untuk bacaan saya untuk tiga minggu ini. 
_____________________________________________________

Blog Ruang Iklan

Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim