='description'/>

Thursday 31 December 2020

Selamat tinggal 2020


"Terima kasih kakak tolong kemas." puji sikit kat kakak sebab cepat je dia bergerak walaupun tak disuruh.

"Amnah kemas nak menunjuk tu mak!" Aqil mencelah.

"Takpelah menunjuk pun.. Tolong jugak kemas. Dari duduk saja tak buat apa-apa kan..."

"Macam tulah kalau nak buat baik. Asalnya mungkin nak tunjuk, tak ikhlas, harap orang puji. Tapi lama-lama dah jadi biasa. Tak kisah sebab dah jadi tabiat"

Sekian bebelan petang akhir tahun 2020. Sambung lagi esok untuk tahun 2021 😚

#SelamatTahunBaru
_____________________________
Set buku Kembara Menuju Allah

Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama seorang penulis terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah s.w.t. & hadis Rasulullah s.a.w. Buku Ya Allah Kepada-Mu Aku Kembali, dipakejkan secara bersiri, dan ia adalah buku yang keempat daripada 4 buah buku dalam siri ini.

Ya Allah Kepada-Mu Aku Kembali, mengumpulkan 13 topik berkenaan keperluan meminta Husnul Khatimah yang dikupas dengan santai oleh Ustazah Asma Harun dan Ustaz Dwi Suwiknyo. Diselitkan juga dengan ‘Ustazah nak cerita’ daripada Ustazah Asma Harun yang membongkar kisah-kisah benar dan memberikan impak luar biasa kepada pembaca.

“Ya Allah, jika bukan kepada-Mu aku kembali, kepada siapa lagi? Bukankah aku berasal daripada-Mu dan kepada-Mu jua aku kembali?”
“Sama ada dalam kebaikan ataupun keburukan, sama ada bersedia ataupun tidak, aku tetap akan kembali kepada-Mu apabila tiba masanya.”
“Ya Allah izinkan aku menggunakan masa yang masih ada bagi mempersiapkan diri supaya aku tidak menyesal nanti saat aku benar-benar kembali kepada-Mu.”

Tajuk: Ya Allah, Kepada-Mu Aku Kembali 
ISI KANDUNGAN:
Ya Allah, Kepada-Mu Aku Kembali
Ya Allah, Kenapa Aku Takut Mati?
Ya Allah, Sungguh Aku Lalai
Ya Allah, Inilah Caraku Mengingati Mati
Ya Allah, Bagaimana Akhir Hayatku?
Ya Allah, Aku Ingin Husnul Khatimah
Ya Allah, Aku Datang kepada-Mu Sendirian
Ya Allah, Bagaimana dengan Jasadku?
Ya Allah, Siapakah yang akan Diseksa?
Ya Allah, Ampuni Aku, Ampuni Aku….
Ya Allah, Aku Bersedia Apa Pun yang Terjadi
Ya Allah, Aku Ingin Menjadi Penghuni Syurga-Mu
Ya Allah, Aku Ingin Berjumpa dengan-Mu

Berminat? Klik wasap.my/60136844409/setKembaraMenujuAllah atau whatsapp 013-6844409

Monday 14 December 2020

Rumah untuk dijual: Pangsapuri Sri Murni Taman Pinggiran sungai long, Bandar Sungai long. Selangor


Tenure: Freehold
Blok : B
Keluasan: 671 sqft
3 Bilik tidur + 1 tandas
Tingkat 4. Tiada Lif


Kemudahan:
- Taman permainan,
- Ruang letak kereta

- Kemudahan surau
Lokasi:
berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti 7-Eleven, restoran, bank, kedai runcit, kafe dan klinik. Kampus UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman) juga terletak dalam jarak berjalan kaki dari apartmen. The Golf and Country Club Sungai Long juga terletak tidak jauh lagi dari apartmen. sekolah-sekolah berdekatan termasuk SMK BB Sungai Long, Sekolah Agama Rakyat Sungai Long dan SK Taman Rakan.

Kedai membeli-belah dalam masa beberapa minit memandu dari pangsapuri termasuk AEON Mahkota Cheras, Pusat Beli-belah AEON Cheras Selatan, Tesco Kajang dan Econsave Balakong. Berhampiran dengan Hospital Columbia Asia dan Hospital Kajang.

Harga: RM 105,000

AGEN tidak diperlukan.

Berminat (whatsapp sahaja)
Encik Amin – 013 391 4409 (owner)


Sunday 13 December 2020

Kelas Online Fotografi Smartphone

Teks: Suhaila Rahim


Ini gambar CikSue tengah testing gambar-gambar teknik straight leading line. Guna smartphone je. Cantik tak? 🤭

Kalau ikutkan belum kemas sangat lagi nampaknya. Ilmu baru tak CikSue tak berapa kretif lagi nak cari 'angle' yang cantik nak snap gambar. 😀

Cuba tengok foto bawah ni. Menarik kan? Ini CikSue kongsi hasil gambar orang lain yang dah pro sikit snap gambar. 🤭

Ada tak yang nak belajar snap gambar secantik kamera DSLR tapi guna smartphone? Kelas secara online je dengan yuran yang sangat berbaloi. Best kan?

Nak? Boleh klik link kat bawah ini. Boleh pilih tarikh mana yang sesuai. 

Klik sini ya

Saturday 12 December 2020

Rindu Kampung! 💓

Teks/Foto: Suhaila Rahim


Setelah berapa bulan dua bulan lebih Tak balik kampung. Adik hantar gambar hasil tani mak. Menjadi betul hasil tanaman mak kali ini. Mak kata bilalah adik beradik yang jauh ni nak rasa hasil tani mak. Hasil yang ada dah jadi hidangan harian dan sudah diagih pada jiran tetangga. Sampaikan besan mak di Johor pun dah merasa. 

Nampaknya buat masa ni anak-anak mak yang jauh mampu tengok je. Tunggu tamat PKP lah nampaknya. 😍

Bilalah dapat balik kampung? Hu..hu..

#PKPBSelangor

Selamat pagi!

Assalamualaikum, Selamat pagi!

Alhamdulillah untuk hari ini. Syukur dengan peluang dan masa yang diberi. Moga Hari ini lebih baik dari semalam. In shaa Allah 

Lakukanlah sebanyak mungkin kebaikan diatas dunia ini kerana kita tidak tahu kebaikan manakah yang akan membawa kita masuk ke dalam syurga Allah. 

Jom! 🤗

#thetazkirahiman
#kitajagakita

Friday 11 December 2020

Afiq, the third

 Teks: Suhaila Rahim


"Mak, buatkan roti telur" Afiq membuat permintaan.


"Kejap" jawapan ringkas sambil berjalan ke dapur. 


Permintaan budak bujang ni bukan boleh berlengah. tindakan kena pantas. Sebelum dia mengulang-ulang arahan.

Selang dua minit.


"Mak, dah siap ke belum"


"Kejaplah, tengah buat ni.."


"Mak.. mak kuatkan? Kenalah buat laju-laju".


Selang 30 saat.


"ok dah siap" 


"Ok, terima kasih"


Anak nombor tiga. Muhammad Afiq lima tahun. Anak yang banyak menguji kesabaran kami satu keluarga. Anak yang selalu minta perhatian, lasak dan selalu mengusik.


Tetapi dalam kenakalannya, dialah yang selalu mengucapkan "terima kasih" dan "minta maaf" bila mood dia baik.


Fitrah anak-anak. Sangat unik kan? :)


Eh lupa nak share. Saya ada Maruku. Ada 2 jenis. Omapodi dan Ribbon. Rasa tradisi! Teringat maruku masa kecil dulu. Sebiji rasa dia.


Sebalang RM20
Omapodi - bentuknya seperti spageti.
Ribbon - bentuknya seperti reben.


Nak? Boleh klik whatsapp ni ya wasap.my/60136844409/muruku atau whatsapp 0136844409