='description'/>

Wednesday 6 March 2024

Gulai Telur Dadar

Teks: Suhaila Rahim



Minggu terakhir cuti sekolah

Dua tiga hari ni buntu nak cari resepi. Semalam jumpa satu resepi viral. Masak gulai telur goreng. Tak pernah buat. Tapi memikirkan macam semua bahan ada kat rumah, tak perlu beli lagi. Boleh cuba kan...😍

Resepi Gulai telur goreng cara saya.

Bahan:
Telur 6 biji
Tepung jagung - 1 sudu kecil
Kunyit hidup
Cili padi
Santan
Garam
Daun Kunyit

1. Pecahkan telur dan kacau bersama tepung jagung dan garam, goreng dadar dan angkat.
2. Tumbuk kunyit hidup dan cili padi, masukkan dalam periuk bersama santan. Masakkan hingga mengelegak. 
3. Masukkan telur dadar dan hirisan daun kunyit. Masak sekejap. Siapppp 🥰

Alhamdulillah, anak-anak suka. Di kala waktu struggle macam ni, semua tak mengeluh. Syukur masih dapat makan kenyangkan perut. Untuk esok kita pikir lain.. 😁

Boleh lah simpan duit yang ada untuk keperluan sekolah yang masih belum selesai.
Kita selesai sikit-sikit. InshaaAllah.

Minggu nak selesaikan barang Abang Aqil ke asrama pulak.. nasib lah masing-masing ok nak guna yang masih elok. Aqil cuma minta jubah dan songkok baru. Abah dah tunaikan. Alhamdulillah. 

Moga Allah mudahkan urusan kita semua. Aameen.

------------------------------


Habbatussauda 100% tanpa campuran dimesin halus dan digoreng dengan teknik rahsia. 

Khasiat:
◾Digunakan secara tradisional untuk kesihatan badan.
◾Meningkatkan sistem imunisasi badan.
◾Meningkatkan tenaga zahir dah batin.
◾Melancarkan perjalanan darah.
◾Menghangatkan badan.
◾Melawaskan sistem pencernaan.
◾Mengurangkan tekanan & migrain.

Sesuai Untuk Lelaki & Perempuan.

Rm29sm/Rm35ss
Klik link untuk order




Friday 2 February 2024

Rumah untuk dijual: Pangsapuri Sri Murni Sungai Long. Kajang Selangor


Sumber: https://rumah.best/list/pangsapuri-murah-pangsapuri-sri-murni-sungai-long-kajang-10638

Pangsapuri Sri Murni, Sungai Long, Kajang.

*Strata title dah ada & dah siap perfection!

Info:
- Leasehold (Bumi Lot).
- Tingkat 4 (Jumlah: 5 Tingkat).
- 3 bilik dan 2 bilik air.
- Saiz: 657 sq. ft.
- Pangsapuri Kos Rendah Selangor.
- Strata Title Ready.

Kemudahan:
- Taman Permainan Kanak-kanak.
- Surau.
- Dewan serbaguna.

Berdekatan:
- UTAR, Mr. DiY, Tealive, Watson.
- Sg. Long Specialist Hosp., Farmasi,
- Surau Al-Ikhlas, Klinik, KFC.
- Sg. Long Food Court, Maybank.
- Speedmart, KK Mart.
- AEON Mall Cheras Selatan.
- Columbia Asia Hospital.

Akses Mudah Ke:
- Jalan Sg. Long.
- SILK Highway.
- Cheras-Kajang Highway.
- Bandar Kajang, Bangi dan Cheras.

===========================
Harga Jual: RM105,000
===========================
Berminat? Call Encik Shafiq 01156488149

Thursday 10 August 2023

Alhamdulillah

Rutin pagi.

Alhamdulillah.

Salah satu kesyukuran bila Allah pilih Ciksue sebagai surirumah, bila dapat buat macam-macam perkara yang kita suka dalam satu masa yang sama.

Lepas join Kelas reseller Think Quran pagi ni, layan youtube dua ceramah Ustaz Amin sambil catat nota dan buat pola baju.

Sambil tu sidai baju dan masak.

Agak-agak rajin sapu dan mop rumah.

Kalau mengantuk, lelap kejap. 🤭

Takyah paksa-paksa diri buat kerja rumah ni. Layan jerr dengan rasa bahagia. 🥰

'DO what you LOVE, LOVE what you DO'

#ciksuesharedarihati
#thinkquran

Tuesday 4 July 2023

Cerita mangga

 Teks: Suhaila Rahim


Sejak ada mangga berbuah ni, semangat lain macam nak sidai kain awal pagi.

.

Alhamdulillah. Kali ni, buah merimbun tak macam biasa. Waktu kali pertama berbuah, hanya tiga biji yang membesar elok. Cantik buahnya, sebab mangga ini berwarna merah jingga dan rasanya lemak manis.
.
Terfikir pulak kali ini, kena balut awal. Nanti taklah rosak buahnya nanti.

Pagi ni tanya Encik Suami.

"Ada ke orang balut buah kecik macam ni?"

"Ada!"

"Siapa?"

"Rafisuhaila.."

Kah kah... tersengih je dia bagi jawapan.

Sebenarnya, dah boleh agak jawapan tu. Tapi tulah nak jugak tanya.. 🤭



“Baru 300 lebih perkataan dah cover 63.15% al-Quran”

Ayuh dengarkan testimoni Think Quran daripada seorang usahawan, Muhd Fazli.

Imbas QR kod di poster atau klik untuk menonton (youtube.com/watch?v=w06RvhdUbQU)

📲 Klik https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob untuk mula belajar! 😄

💎 Join Channel Think Quran
https://t.me/ThinkQuranSahabatAtTaqwa

💎 Nak kami guide satu2 untuk register?
http://www.wasap.my/+60136844409/NakRegisterResellerTQTele

#SahabatAtTaqwa #thinkquran #barakah #Quran #islamic


Sunday 25 June 2023

Masak dari hati

Teks: Suhaila Rahim


Alhamdulillah. Menu simple tengahari ini.

Dulu-dulu bila borak pasal masak, Ciksue selalunya, tiba-tiba akan jadi pendiam. Rasa rendah diri nak bagi idea 😂

Sebab nak cakapnya, memang tak pandai masak. Ahaks..

Apa taknya, bila diusia sepuluh tahun, dah masuk asrama, semua terhidang depan mata.

Balik rumah sekali sekala, memang jarang sekali nak ambil tahu urusan dapur.

Rela diberi tugas lain, sanggup lagi menyapu keliling rumah atau uruskan kain pagi ke petang. 

Tapi, bila dah meningkat dewasa,  kata-kata santai seorang sahabat ni sangat memberi inspirasi.

"Tak pandai masak takpe, jangan malas!"

Dush.. deep sampai sekarang! 😁

#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati
----------------------------------------

𝗝𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔😍

Raya haji bakal tiba tak lama lagi...dah ada handsock sedondon dengan baju ke belum tu?

Kalau belum ada, jom laju-laju hubungi agent Sahabat At Taqwa yang sah dengan segera!

Beli COMBO sempena promosi ni, korang boleh jimat berganda-ganda tau! Dapatkan sekarang sebelum TERLAMBAT! STOK LIMITED!

wasap.my/60136844409/kombohandsock

#SahabatAtTaqwa #Handsock #Promosi




Friday 23 June 2023

Cerita Amni

Teks: Suhaila Rahim



Bila suruh Amni kejutkan Abah.

"Abah.. wake up! wake up!"
.
.
Kalau Mak yang minta dia kejutkan,
"Mak.. workout! workout!"

Kan lain sangat bunyinya tu.. 😂


-----------------------------------------------

 

Semoga setiap penat lelah dan usaha kita untuk membantu rakan atau orang lain mendapat balasan yang baik dari Allah S.W.T. walaupun bukan di dunia. InsyaAllah di akhirat kelak.