='description'/>

Sunday 16 April 2023

Cerita Tadarus

Teks: Suhaila Rahim


"Aku rasa, sampai umur xx nanti, aku nak pakai macam ni. Tudung macam tu. Aku nak siap beli dari sekarang!" luah seorang sahabat sambil merujuk pada seseorang.

"Kalau mati sebelum tu umur tu macam mana?" Ciksue menambah.

"Ahah kan.. kalau kalau mati tak sempat pakai. Kah.. kah..." sambung sahabat.

Berderai kami ketawa macam lupa tengah berada dalam majlis.

Allahhu. Seronoklah dapat borak-borak sambil muhasabah diri. Lama tak jumpa geng boleh ngam borak macam ni.. ๐Ÿคฃ

Teringat cerita mak, masa balik kampung dua minggu lepas.

Asalnya dia cerita pasal tadarus surau. Walaupun ketika itu baru dua minggu berpuasa, dah 2 kali khatam katanya. Alhamdulillah rezeki tahun ni yang join ramai.

Cerita punya cerita, hujung ayat mak tu yang buat Ciksue rasa menyentuh hati.

"Yang banyak bagi alasan, tak nak join tadarus, mak cakap je. Jangan risau kerja-kerja kat rumah tu. Anggap je kita dah mati. Pandai-pandailah yang tinggal nak buat apa kalau kita dah takda"

Ko rasa? ๐Ÿคญ

#ciksuecerita
#bloggerlife
------------------------------

Mencari Alquran eksklusif untuk team?

Borong Al Quran Fayyadh dengan ukiran pada cover untuk dijadikan sebagai hadiah kenangan istimewa๐Ÿฅฐ

Berminat? Klik link untuk info wasap.my/60136844409/QuranFayyadh

Harga mampu milik.


Saturday 15 April 2023

Testimoni Handsock Cantik

Teks: Suhaila Rahim

Testimoni Handsock dari adik.

Ingat dia nak pakai masa raya. Rupanya sampai je parcel kat sekolah terus selfie.

Cantik pulak nampak adik pakai. Nampak eksklusif gitiew.. ๐Ÿ˜


Ada yang nak grab handsock cantik untuk raya?

Klik link wasap.my/60136844409/Handsockcantik untuk info.

#handsockSofia
#handsockcantik


Apa itu THINK QURAN?

Think Quran adalah aplikasi kaedah mudah belajar bahasa al-Quran dalam 15 minit sehari walaupun tak tahu langsung Bahasa Arab. 

Dengan 900 perkataan dapat faham 80% dalam al-Quran. 

Kelebihan kaedah Think Quran:
MUDAH - Belajar dalam skop kecil dan senang dikuasai.

BERKESAN - Fokus pada kalimah al-Quran yang paling kerap berulang.

PEMAHAMAN LEBIH JELAS - Rasa peningkatan pemahaman ketika membaca al-Quran.

Selepas bayar sila bagi Nama, Email dan No. HP untuk pendaftaran.

Untuk percubaan Jom klik link ini sekarang! https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob 

Atau info lanjut klik wasap.my/60136844409/ThinkQuran

Daftar akaun diprofile dulu ya! ๐Ÿฅฐ

Peluang untuk jana income juga diberi!

Thursday 13 April 2023

Siapa anak yang paling baik?

Teks: Suhaila Rahim

Bulan April ni CikSue gagahkan diri, buat marathon mendengar kuliah dari youtube Ustazah Qurrotul Aien Fatah Yasin.

Ciksue 'In love' betul dengan pengisian setiap ceramah beliau. ❤️

Antara pengisian yang Ustazah share pasal doa anak soleh.

Ustazah kata anak yang paling baik, bukan yang paling banyak bagi duit, atau bukan juga anak yang menjaga ibubapa mereka. Tapi anak yang paling baik ialah yang paling banyak mendoakan ibubapa nya.

Macam mana nak tahu? Wallahualam. Dah mati nanti baru kita tahu anak mana yang paling banyak mendoakan. Hu..hu  

Sekali dengar sentap sendiri.

Ustazah juga tinggalkan pesan, selalu lah ingat anak-anak supaya selalu mendoakan mak ayah. Itulah antara pencen kubur kita nanti.

Allahhu. Rabbighfirli Waliwalidayya. Al Fatihah untuk Arwah Ayah.

Muhasabah untuk diri sendiri.๐Ÿ˜ข

~Anak yang selalu lupa~

-----------------------------------------
THINK QURAN

Think Quran direka khas dalam skop yang kecil agar mudah difahami dan diingati.

Nak belajar perkataan al-Quran dengan berkesan?

Klik sini https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob

๐Ÿ“ Join Channel Think Quran
https://t.me/ThinkQuranSahabatAtTaqwa

๐Ÿ“ Nak kami guide satu2 untuk register
? Klik link ini
http://www.wasap.my/+60136844409/NakMintaGuideTQTele

#SahabatAtTaqwa #ThinkQuran #BelajarBahasaArab #BelajarPerkataanQuran

Tuesday 11 April 2023

Bila Amni nak speaking..

Teks: Suhaila Rahim


Dalam sibuk-sibuk tolong Bunda Zusiyana Abdul Haris buat sijil tadarus, Amni datang dengan mood nak speaking. Mood yang ni selalu datang tanpa dijangka. ๐Ÿคญ

"What are you doing Mommy?"

"Buat sijil tadarus ni."

"Mak jawab lah. I work. Nanti Amni cakap, Ok"

"Oh.. ok. I work"

"Ok"

Aduhai anak. Macam-macam ๐Ÿ˜

Terima kasih Amni. Tak kacau mak buat kerja. Alhamdulilah. Selesai sijil Tadarus Ramadhan untuk Team A dan C. Satu grup lagi.. Caiyok ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Apapun tahniah kepada sahabat-sahabat yang bakal khatam tadarus sabtu ni!

#ceritaamni 
#TadarusAlquran2023

---‐-----------------------------
Alquran Zayyan saiz kecil

Comel laa Al Quran dengan ukiran nama macam ni kan. Rasa lagi bersemangat nak baca๐Ÿ˜

Sesuai juga kalau nak dijadikan sebagai hadiah birthday untuk sahabat dan adik beradik.

Dapatkan sekarang dengan ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฅ๐— ๐Ÿฐ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—๐—” ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—” ๐—จ๐—ž๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐— ๐—” + ๐——๐—ฅ๐—”๐—ช๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—š + ๐—ฆ๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—™. 

Menarik kan? Jadi tunggu apa lagi? Jom rebut peluang keemasan ini sekarang!

#SahabatAtTaqwa #ramadan2023 #alquranA6Zayyan #produkbaru #launchingproduk