='description'/>

Thursday 27 February 2014

Kizeewatty Zainal: Ulasan Kelas Asas Blog Dan Penulisan

Teks: Kizeewatty Zainal

Guru Online : Khairunnisa Hamzahara

Sumber: http://kizeewattyzainal.blogspot.com


Kelas Asas Blog Dan Penulisan: Apa yang saya dapat dengan berblogging?

Assalamualaikum w.b.t
Setiap makhluk yang Allah jadikan ada peranan dan fungsinya di muka bumi dan alam semesta ini, tidak ada yang sia-sia. Ini salah satu janji Allah yang saya pegang selama mana saya hidup di bumi-Nya. Saya sedar ramai antara kita terutamanya kaum hawa yang merasakan hidup mereka kosong tidak ada hala tujuan. Pergi kerja balik kerja dan menjalankan rutin harian yang saban hari berulang sama dan akhirnya kita terasa jemu. Jangan rasa rendah diri dan fikir yang bukan-bukan kerana kewujudan kita ini ada sebab dan maknanya yang tersendiri yang belum kita kupas lagi.

Apa sebab Allah jadikan kita? Secara peribadinya, saya rasa amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Islam dan dalam keluarga yang bahagia. Sentiasa ingat yang kita dilahirkan untuk menjadi anak, adik, kakak, kawan,isteri dan ibu kepada orang tersayang di sekeliling kita. Kita adalah kaum hawa yang kuat, tabah dan sanggup meredah apa jua cabaran rintangan demi orang yang kita sayang. Anda di luar sana mungkin ada yang terasa tidak gembira dengan kehidupan yang dilalui. Sedarkah kita yang kita selalu memberi yang terbaik untuk orang lain tapi pernahkah kita terfikir mencari yang terbaik untuk diri kita? Apa kata kita mula memberi yang terbaik pada diri kita barulah kita akan rasa bermakna hidup di dunia dan Insya Allah di akhirat juga. Hargai setiap pemberian Allah kepada diri kita ini.
 

Setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil zarah sekalipun hendaklah niat ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah mengharapkan balasan yang terbaik daripada Allah s.w.t, dan jangan kita buat sesuatu perkara itu hanya kerana inginkan pujian dan balasan daripada manusia. Kerana manusia adalah manusia tidak pernah sempurna dan terlalu banyak kelemahannya. Kelemahan inilah yang sering membuatkan kita kecewa
dan putus asa serta berasa rendah diri. Seterusnya kita rasa hidup tidak bermakna dan aura negatif mula menyelubungi kehidupan kita. 

‘Always look on the bright side of life’. Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan buat, itulah doa buat kita dan Allah akan makbulkan, Insya Allah. Jika kita rasa kita tidak pandai, tidak berbakat, tidak bersemangat dan segala-galanya ‘tidak’ maka Allah
akan beri secara percuma dan selamanya kita hanyut dalam keadaan merendah diri hingga takut untuk mencuba sesuatu. 

Antara sedar dan tidak sedar, sebenarnya inilah diri saya yang dulu. Seorang yang berfikiran sempit dan negatif, tidak berani untuk ke depan dan masih hidup dalam kepompong walhal ramai wanita terutamanya suri rumah di luar sana yang telah berjaya merealisaikan impian mereka menjadi seekor rama-rama yang mengembangkan sayapnya yang cantik. Bebas terbang mengikut rentak sendiri tanpa risaukan segala kekangan jika dibandingkan ketika berada di dalam kepompong. Saya kuatkan hati untuk memulakan perkongsian hidup, ilmu dan pengalaman saya dengan berjinak dalam dunia blog. Sampai bila mahu berdalih dan tidak bergerak. Jika orang lain boleh lakukan sehingga berjaya, saya juga pasti boleh lakukan seperti mereka. 

Bagaimana mula menyertai kelas asas blog ini? 

Saya dipertemukan dengan seorang mentor yang sentiasa berada di sisi saya, tangan saya tidak pernah dilepaskan dan sentiasa dipimpin. Beliau ialah Puan Khairunnisa Hamzah, seorang WAHM yang sanggup melepaskan kerjaya yang hebat demi keluarga dan mempunyai niat suci untuk membantu lebih ramai wanita berkerjaya dari rumah, sekaligus mereka mampu mendidik anak-anak dan menjaga keluarga tercinta. Beliau seorang yang rajin memberi kata-kata semangat di kala diri saya kekontangan idea untuk menulis. 

Baginya kita kena sentiasa menulis dan menulis. Luahkan apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada pembaca. Seorang yang menjadi sumber  inspirasi saya,sentiasa berfikiran positif dan setiap jalan buntu ada penyelesaiannya. Blog beliau di khairunnisahamzahara.blogspot.com banyak berkisar tentang pengalaman dan ilmu yang sungguh berguna untuk para pembaca dan tentunya menjadi contoh bagi saya yang baru menapak di laman blog ini.

Apa yang saya dapat dengan berblogging?

Inilah soalan saya semasa terdetik di hati untuk memasarkan perniagaan vitamin dan makanan tambahan di internet. Bagi saya blog memerlukan masa yang lebih untuk mempromosikan sesuatu barang berbanding Facebook. Tapi sebenarnya landasan dan trafik pembaca di dunia blog amat luas berbanding Facebook, Di mana kita akan di ‘link’ ke blog-blogyang lain dan jumlah pembaca kita akan bertambah, sekaligus menaikkan peluang perniagaan kita. 



Saya mulakan penulisan saya dalam keadaan santai kerana kelas ini tidak mempunyai had masa yang ditetapkan. Terpulang pada masa terluang kita untuk membina blog masing-masing  Arahan yang jelas diberikan mentor kami setiap kali tugasan yang diberikan. Bagi yang kurang faham dan arif dengan dunia alam maya ini kita digalakkan bertanya sehingga kita betul-betul paham. Jangan malu dan segan kerana tiap soalan kita dapat membantu rakan-rakan yang lain.

Pengalaman saya selaku orang yang buta IT, pada mulanya saya masih tidak memahami sebahagian tugasan dan cara melayari dunia blog walaupun telah diterangkan satu persatu. Saya ambil inisiatif lain, hendak seribu daya kan. Saya mula belajar dengan kawan di pejabat selepas waktu bekerja. Akhirnya dengan mudah saya dapat memahami konsep blog ini. Blog saya juga selalu dipantau oleh mentor dan banyak nasihat-nasihat berguna diberikan untuk menjadikan blog ini lebih tampak professional di mata pembaca.

Saya diajar dari seseorang yang tidak tahu apa-apa hingga kepada terbinanya satu blog yang boleh saya bawa lebih jauh lagi. Saya juga diajar cara-cara membina penjenamaan nama kita di ruang IT, membina url blog, membina kategori berdasarkan pengalaman dan apa yang ingin dikongsikan.

Paling penting niat kita berblogging ini kerana Allah s.w.t, untuk mambantu lebih ramai pembaca mencapai impian menjana pendapatan dengan bekerja dari rumah. Melalui kelas blog ini, kawan-kawan baru saya semakin ramai dan setiap daripada mereka mempunyai hobi, bakat dan pengalaman berbeza. Mereka sentiasa memberi impak positif dalam hidup saya dan bermulalah perkongsian ilmu antara kami. Mereka merupakan guru dan kawan yang banyakmembantu dan mendorong saya. 

Sekaligus menjadi tanggungjawab kita pula untuk membantu dan memberi yang terbaik pada orang lain pula. Dan begitulah kitaran ilmu dan kebaikan yang akan disampaikan ke kepada masyarakat dan anak cucu kita nanti. Insya Allah

Bagaimana mencari idea untuk penulisan blog kita?

Setiap diri kita ini unik, walaupun hampir sama tapi secara halusnya kita ini amat berbeza antara satu sama lain. Ilmu, pengalaman dan perwatakan kita yang menentukan hala tuju blog berkualiti kita ini nanti. 

Jangan takut untuk memulakan sesuatu. Saya mulakan dunia blog saya ini dengan hati yang berdebar dan risau. Sentiasa mencari ayat yang sesuai untuk diluahkan tapi Insya Allah lama-kelamaan saya banyak mendapat idea dari perkongsian cerita dengan rakan-rakan dan juga dari sikap ingin tahu, pembacaan buku dan juga maklumat di internet. 

Secara tidak langsung saya rasakan dunia ini luas dan banyak perkara yang boleh saya belajar dan beri, dari perkara yang mudah hingga kepada perkara yang mustahil. Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang amat bermanfaat

.

Sebagai peringatan yang manis kepada kaum hawa di luar sana, bila kita sudah memulakan sesuatu, jangan mudah mengalah, sentiasa ‘switch’ minda dan diri kita. Buat sesuatu perkara itu hingga sehabis baik, jangan sekerat jalan kerana anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda fikir anda boleh, anda mampu mengharungi Lautan Pasifik dan mendaki Gunung Everest. Jika anda rasa anda tidak boleh, perjalanan yang setapak pun tidak mudah untuk anda lakukan. Sekian perkongsian pengalaman berblogging daripada saya. Saya doakan kehidupan anda hari ini lebih bermakna dan baik daripada semalam. 

Perolehlah kebaikan baik di dunia dan akhirat dengan mula berblogging dan berkongsi segala kebaikan dengan mereka di luar sana. Inilah salah satu saham akhirat kita nanti. Insya Allah segala apa yang anda kongsikan amat bermakna bagi orang lain. Anda pasti terkejut dengan apa yang boleh anda capai bila sudah mampu mengembangkan sayap dan terbang tinggi di langit.

--------------------------------------
Anda minat untuk bisnes online menggunakan blog dan fanpage?
Daftar di Akademi Bekerja di Rumah, saya akan tunjukkan caranya.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif Kelas penulisan kreatif online
5. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho
    Rujuk link:  http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/



Peluang untuk menjadi Rakan Niaga/Pengurus Online kini dibuka. Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Anda hanya berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu Blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH!

Mahu menjadi Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah? Apa tunggu lagi, 
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Rafisuhaila Rahim

Wednesday 26 February 2014

Sedekah sebagai amalan


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Bismillah. Mungkin ramai antara kita pernah mengalami situasi, didatangi oleh mereka yang mahu  meminta sedekah, ketika kita di rumah atau ketika makan di kedai atau di mana-mana sahaja? Adakalanya yang datang selalunya anak-anak kecil, yang kurang upaya dan tidak kurang juga mereka yang dilihat masih kuat sekiranya bekerja untuk mencari rezeki sendiri. Ketika itu, mungkin terdetik pelbagai soalan difikiran kita. Layak ke dia menerima sedekah ni? mangsa sindiket ke anak-anak ni? badan sihat kenapa tak kerja ya? Kalau aku bagi siapa yang dapat duit ni ya?

Memang tidak dapat dinafikan, akhir-akhir ini dengan desakan hidup, manusia boleh bertindak macam-macam. Ada yang menipu, mengeksploitasi kanak-kanak untuk mengutip derma, dan tidak kurang juga yang semakin malas berusaha dengan kudrat yang Allah beri untuk bekerja, mengambil jalan mudah dengan meminta sedekah untuk menampung hidup. Hasilnya ada yang hidup mewah hanya dengan meminta sedekah. Astaghfirullah. 

Realitinya, memang sukar sebenarnya untuk menilai yang mana betul-betul memerlukan atau sebaliknya. Teringat pesanan 'Founder' saya, semasa bekerja di NGO dulu, jika kita didatangi anak-anak kecil meminta sedekah ketika kita makan digerai, jangan diberikan wang kepada anak itu. Sebaliknya, belanja dia makan walaupun dengan sepinggan nasi goreng dan air sirap. Ini akan mengelakkan wang yang kita beri, tidak menjadi milik mereka yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun apapun ceritanya, mungkin kisah di bawah ini boleh dijadikan pengajaran agar kita sentiasa menjadikan sedekah, sebagai amalan harian kita. In shaa Allah.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dahulu ada seorang lelaki yang telah berniat, ‘Aku akan bersedekah. Kemudian dia keluar dari rumah membawa sesuatu dan menyerahkannya ke tangan pencuri. Melihatkan hal itu, orang-orang di sekelilingnya mencemuh perbuatannya itu. Mereka berkata kepadanya, ‘Malam ini engkau bersedekah kepada seorang pencuri.’ Namun orang itu berkata dengan tenang, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku mampu bersedekah walaupun kepada seorang pencuri. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’

Kemudian dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang pelacur. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata : ‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang pelacur.’ Namun lelaki itu dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pelacur. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’

Kemudian dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang yang kaya. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata : ‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang yang kaya.’ Namun lelaki itu dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pencuri, pelacur dan kepada seorang yang kaya.’

Pada malam harinya, lelaki itu bermimpi mendengar suara yang mengatakan, ‘Adapun sedekahmu itu kepada si pencuri, mudah-mudahan dengan sedekahmu itu akan menjauhkan dirinya daripada perbuatan mencuri. Manakala sedekahmu kepada pelacur, mudah-mudahan sedekahmu itu akan menyebabkan dia menjauhkan dirinya daripada zina. Begitu juga sedekahmu kepada orang kaya, mudah-mudahan orang itu mendapat pengajaran daripada sedekahmu, sehingga dia mahu menafkankan harta yang dianugerahkan Allah kepadanya kepada orang lain.’” 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kisah ini menceritakan seorang yang bertekad untuk memberi sedekah. Pada suatu malam dia telah berjalan untuk memberi sedekah. Maka, dia berjumpa seseorang yang merayau-rayau yang disangkanya orang miskin, lalu dia memberi sedekahnya. Esoknya, masyarakat di situ riuh rendah dan mengejeknya kerana memberi sedekah kepada seorang pencuri. Dia juga terkejut, dia tidak menyangka lelaki yang ditemuinya semalam dan diberikan sedekah adalah seorang pencuri! 
 
Namun dia tidak putus asa, dia keluar pula malam esok. Perkara yang serupa juga terjadi apabila esoknya orang ramai kecoh kerana seorang perempuan zina telah mendapat sedekah. Dia tetap bersyukur kepada Allah kerana telah berjaya bersedekah. Kali ini dia tetap bertekad untuk bersedekah lagi, mudah-mudahan sedekahnya sampai kepada orang yang memerlukan seperti fakir miskin dan lain-lain. Malam tersebut dia keluar lagi, dia telah bersedekah lagi. Esoknya orang ramai semakin kecoh dan kalut. Sebelum itu seorang pencuri mendapat sedekah, semalam seorang pelacur dan malam tadi seorang yang kaya raya pula mendapat sedekah keluh orang ramai.
 
Jadi, lelaki tersebut teramat sedih. Dia tetap memuji Allah kerana dia telah berjaya bersedekah. Dia menyangka sedekahnya kepada pencuri, pelacur dan orang kaya itu tidak diterima Allah kerana mereka tidak layak menerima sedekah. Yang paling layak adalah fakir miskin. Dia telah bermimpi. dalam mimpi tersebut dia telah diberitahu bahawa sedekahnya telah diterima Allah. Dia juga diberitahu hikmah sedekahnya kepada 3 orang tersebut. Semoga sedekahnya kepada pencuri telah menyedarkan pencuri tersebut, lalu dia berhenti daripada mencuri. Semoga si penzina pula akan menggunakan harta yang disedekah tadi untuk menjaganya daripada berzina dan sementara si kaya pula, mudah-mudahan si kaya tadi terdorong untuk turut serta bersedekah seperti lelaki yang bersedekah tadi.
 
Kesimpulannya, bersedekahlah. Walaupun kepada siapa dan berapa sedekah yang kita hulurkan, tanpa kita duga atau ketahui, walaupun sedekah terjatuh ke tangan orang yang tidak berhak menerimanya. Sedekah kita pasti diterima Allah, asalkan kita benar-benar bersedekah (ikhlas).

Semoga bermanfaat!

---------------------------------

1. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

2. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

3. Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?
Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?
Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?
Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim



Tuesday 25 February 2014

Suharni Darwing - Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Bisnes)

Teks : Suharni Dawing
Guru Online: Normi Mat Yusof


Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga melengkapkan tugasan 44 enteri yang diberikan oleh mentor saya walaupun memakan masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Sebenarnya untuk menyiapkan tugasan ini bergantung kepada individu itu sendiri kerana ianya memerlukan momentum dan komitmen yang tinggi dan ada protege yang hanya memerlukan masa hanya seminggu sahaja, tidak mustahil kan jika kita bersungguh-sungguh. Terima kasih kepada mentor saya Puan Normi Hj Mat Yusof kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar, beliau begitu sabar melayan dan menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh protege-protege beliau. Sejujurnya saya memang tidak tahu menahu selok-belok dunia "berblogging" ini, hanya tahu "search" maklumat dan baca blog-blog orang lain sahaja dan kini saya mampu memiliki blog dan fanpage sendiri. Beliau sentiasa ada untuk membantu dan menunjukkan langkah demi langkah serta tidak lokek untuk berkongsi ilmu.

Setelah memiliki blog dan fanpage sendiri, alhamdulillah saya mampu menjana sedikit pendapatan walaupun tidak lah sebanyak mana, namun saya tetap bersyukur. Menjadi agen dropship adalah salah satu permulaan perniagaan bagi mereka yang tidak mempunyai modal kerana hanya perlu mempromosikan produk dan dapat untung melalui komisyen. Segala urusan penghantaran, penyimpanan stok, dan bekalan produk dilakukan oleh pembekal, namun ejen dropship haruslah mencari pembekal yang tepat dan mudah untuk dihubungi bagi memudahkan urusan diantara ejen dan pembekal. Dengan menyertai kelas online asas blog dan fanpage ini mereka juga ada menawarkan produk kepada protege yang ingin memulakan perniagaan, Terima kasih kepada mentor saya kerana memperkenalkan saya kepada pembekal pakaian muslimah yang mudah untuk dihubungi dan berurusan dengan beliau.

Tanpa mentor yang betul ibarat melalui sebuah lorong yang gelap, tanpa diberitahu apa-apa tentang lorong itu dan tidak ada lampu suluh, tidak ada lilin serta peralatan untuk mempertahankan diri. Jika kita dibimbing oleh seorang mentor, dia ibarat penunjuk jalan kerana mereka sudah mengharungi lorong yang gelap itu dan tahu akan selok-belok lorong tersebut. Sudah tentu kita akan rasa lebih selamat dan yakin jika mentor ada untuk menemani kita melalui lorong yang gelap itu. Dengan adanya mentor, InsyaAllah perjalanan dalam dunia perniagaan akan menjadi mudah dan lebih lancar,mereka juga sering kali berkongsi network dan sentiasa membantu antara satu sama lain.
Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih dan terpanggil untuk menyertai kelas asas blog dan fanpage ini kerana bukan sahaja saya dapat mengutip ilmu tetapi dapat menikmati kelebihan-kelebihan dalam kelas ini serta dapat menjalinkan ukuwah bersama ahli-ahli dalam akademi berkerja dari rumah ini. Jika anda ingin merasai kelebihan-kelebihan dalam akademi ini apa tunggu lagi jom daftar sekarang pasti anda berpuas hati kerana banyak pakej-pakej yang ditawarkan dalam akademi ini.
----------------------------------------------
Anda minat untuk bisnes online menggunakan blog dan fanpage?
Daftar di Akademi Bekerja di Rumah, saya akan tunjukkan caranya.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif Kelas penulisan kreatif online
5. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho
    Rujuk link:  http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/


Peluang untuk menjadi Rakan Niaga/Pengurus Online kini dibuka. Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Anda hanya berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu Blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH!

Mahu menjadi Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah? Apa tunggu lagi, 
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Rafisuhaila Rahim

Monday 24 February 2014

Pagi minggu di Perpustakaan Negara Malaysia

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Bismillah. Alhamdulillah syukur di temukan lagi dengan pagi Isnin. Hari baru bermula lagi. Semalam menghabiskan pagi Ahad di Perpustakaan Negara. Hajat utama kunjungan kali ini, untuk membawa anak 'berkenalan' dengan perpustakaan. Maklumlah, bukan mudah hendak mendidik hati sendiri untuk rajin ke perpustakaan tetapi mungkin dengan cara ini dapat memberi galakan dan menanam minat kepada anak untuk rajin membaca. Kalau dulu pergi perpustakaan hanya untuk  mencari bahan untuk Kertas Kerja atau Assignment Universiti.  Kini 'lawatan' seumpama itu sudah lama ditinggalkan sebab tiada lagi 'keperluan' untuk ke sana. Bila sudah berkeluarga, saya rasa sesekali perlu juga membawa anak sebagai salah satu aktiviti keluarga ketika cuti.



Alhamdulillah, berjaya juga kami sekeluarga menghabiskan pagi minggu di Bahagian Kanak-kanak. Kelihatan ramai juga ibu bapa yang datang membawa anak-anak. Kagum melihat ibubapa yang setia menunggu anak-anak yang khusyuk membaca. Tidak kurang juga yang tersenguk-sengguk macam kami berdua yang kebosanan. Maklumlah, kafeteria yang hanya bersebelahan dan sangat mudah untuk membeli makanan. Akibatnya kami yang mengantuk yang sukar ditahan akibat kekenyangan :) Maklumlah buku-buku yang ada cuma versi kanak-kanak. Tiada pilihan bacaan menarik untuk orang dewasa. 

Untuk kali ini Aqil cuma membaca beberapa buku di situ sambil melengkapkan buku NILAMnya. Bagi yang ingin meminjam buku, mereka perlu membuat pendaftaran ahli. Pinjaman buku boleh dibuat di kaunter pinjaman yang kelihatan sibuk dengan kanak-kanak yang ingin meminjam pelbagai jenis buku. 

Ketika melihat pengunjung yang keluar masuk dan setia berbaris di kaunter, pandangan saya tertumpu kepada beberapa keluarga berbangsa Cina yang masing-masing menggalas beg yang sarat dengan buku-buku. Ternyata mereka begitu manfaatkan peluang untuk meminjam di perpustakaan ini. Terdetik di hati, mungkin perpustakaan ini adalah destinasi mereka setiap minggu. Manakan tidak mereka meminjam begitu banyak buku untuk bacaan anak mereka di rumah nanti.

Semoga kunjungan kami sekeluarga ke perpustakaan kali ini tidak berakhir di sini. Nampaknya Aqil suka dengan pengalaman barunya. Semoga menjadi kunjungan rutin kami sekeluarga lagi selepas ini. In shaa Allah. 

------------------------------------------------



1. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 400 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Hubungi saya di:

Facebook Rafisuhaila Rahim 
Tel: 013 684 4409


Sunday 23 February 2014

Dalila Yusof - Ulasan Ebook Super WAHM Super Mom

Teks: Dalila Yusof
Sumber: http://dalilayusof.blogspot.com/2014/02/ulasan-e-book-superwahm-supermom.html

Bismillahirahmanirrahim...


Selamat petang...Hari ini saya ingin berkongsi sebuah buku yang menjadi panduan untuk saya setelah bekerja dari rumah. Ya, bekerja dari rumah nampak sahaja mudah, menyeronokkan kerana kitalah bos kitalah pekerja. Alangkah seronoknya, dapat menjaga dan mendidik, serta pakaian, makan minum anak terjaga sempurna. Namun hakikatnya, dugaannya lebih berat dikelilingi anak yang super nakal, rumah terabur, kepenatan yang melanda, katil yang memanggil-manggil, serta rancangan tv yang mengasyikkan.

Produknya sudah ada bagaimana ingin memasarkan dari rumah sahaja berbekalkan kemudahan internet. Bagaimana menguruskan tekanan yang melanda, rumah yang terabur, motivasi yang kadang-kadang naik, kadang turun. Semuanya sudah terjawab dalam buku ini. Jika anda katakan bekerja dari rumah itu mustahil, dengan karenah anak, kerja rumah yang tidak pernah habis. Buku ini ada jawapannya, tercatat beberapa pengalaman para wanita yang bekerja dari rumah samada masih bekerja makan gaji atau hanya menjana wang dari rumah sambil menjaga anak-anak.

Pada awal bekerja dari rumah, bila tekanan memuncak saya akan telaah buku ini berulang kali supaya saya benar-benar faham konsep bekerja dari rumah. Alhamdullilah, walaupun masih lagi tak selaju kawan-kawan yang lain namun saya telah mula menerima konsep bekerja dari rumah. Berbeza dengan makan gaji, semuanya sudah mempunyai sistem dan jadual yang takkan terganggu dek karenah anak yang kadang-kadang nakal atau sakit. Apabila anda bekerja dari rumah anda perlu bersedia terganggu dek tangisan anak, rumah yang terabur, perlu memasak untuk keluarga, membasuh pakaian. Perlu ada jadual, dan kreatif dalam menguruskan rumah dan anak-anak. Pada masa sama perlu bijak memperuntukkan masa untuk membuat pendapatan sambilan sambil melayan karenah anak. 

"Baca buku motivasi Setiap kali saya mendesak diri menyiapkan manuskrip atau projek baru, saya baca, baca, baca dan baca buku tersebut (buku panduan penulisan). Alhamdulillah, saya kembali dengan momentum. Jika kalian masih dalam persediaan bekerja dari rumah jadikan buku Jana RM Dari Rumah sebagai buku panduan. Baca, baca dan baca hingga lunyai. Bukan sekali tetapi sampai puas hati. Begitu juga setiap kali melihat suasana rumah yang perlu diurus dengan baik, say a lagi kisah inspirasi wanita-wanita tauladan dalam al-quran. "

"Jadi kesimpulannya: 
Berbahagialah kita kerana kita sudah menyandang status surirumah. Lagi bahagia dan bersyukur kerana kita pandai menjana kewangan walau berada di rumah. Lagi dan lagi bahagia apabila banyak peluang baru untuk kita terokai tambah rezeki. Lagi bahagia dan lagi besyukur apabila kita bergelar surirumah, ada banyak pilihan dan peluang menjana pendapatan dan dapat pula mengurus keluarga. "


Masayu Ahmad,  Karya ebook SuperWahm, Super Mom

Dapatkan Ebook SuperWahm, Super Mom dengan harga RM25 sahaja!

Tempah di sini: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim