='description'/>

Sunday, 29 May 2022

Salam hujung minggu!

Teks: Suhaila Rahim

Dua hari yang dipenuhi dengan kelas dari pagi ke malam. Seawal tujuh pagi dengan kelas Talaqqi bersama Sahabat At Taqwa sampai ke malam dengan kelas coaching dengan team.

Nasib baik kelas semua online. Tak perlu keluar rumah.

Bezanya bila kelas berjalan tak dapat fokus dengan input dari kelas. Sebab sambil berselang seli dengan buat kerja rumah yang tak pernah habis. πŸ˜€

Tapi ketika kelas Talaqqi petang dapat juga duduk sama menyemak bacaan. Sebab waktu petang macam ni adalah adanya waktu rehat mak-mak. Bolehlah duduk fokus dengan apa yang kita suka buat. Alhamdulillah.

---------------------------------------------------






ELIKAN AL QURAN YANG SAMA UNTUK ANAK-ANAK‼️
Dari anak-anak kecil lagi sampai sekarang memang selalu belikan anak-anak baju yang sama. Suka tengok anak-anak pakai sama, tak tahu kenapaπŸ˜…
Selain dari baju, kasut dan jam yang sama, saya teringin juga nak anak-anak gunakan Al Quran yang sama. Lagipun memang saya sendiri pun dah jatuh hati dekat Al Quran A5 Magnet ni sbb siap cover Al Quran. Jarang sngt nak jumpa Al Quran design macam ni.
Tanpa fikir panjang terus saya belikan untuk saya, suami dan anak-anak.

Berminat? Boleh terus klik link wasap.my/60136844409/AlquranMagnetA5

Thursday, 26 May 2022

I am 'STRIKER'!

Teks: Suhaila Rahim


Cerita petang tadi. Ni nak habis maghrib pun tak habis nerves lagi πŸ˜†
Terima kasih team Speak Up sudi jemput buat sharing terutama Cik Y dan Ummu Nu'man selaku MC dan Live Updater yang bertugas.
Sejak hari pertama dijemput oleh Ibu Lida wakil dari Team Speak Up suruh buat sharing, terfikir-fikir apa nak share. Sesekali rasa macam tak layak. Tapi kata hati tu kata 'Inshaa Allah BOLEH'. Sampai bila kita nak 'menerima' saja kan? Bila pulak nak 'memberi'?
Hari ni tawakal jelah apa nak cakap. Tulis sikit-sikit nota apa nak cakap. Maklumlah orang introvert..πŸ˜†
Moga perkongsian tadi beri manfaat. Mohon maaf atas kesilapan atau kekurangan.
Ada yang nak join team CikSue? Klik wasap.my/60136844409/joinTeamDropship

----------------------------------------------------------------------------------



5 AL QURAN A6 SOFT COVER PADA HARGA RM 100😍😍
Kecil comel, mudah dibawa kemana-mana,itu lah kelebihan al Quran A6 soft cover. Hanya RM 100 UNTUK 5 NASKHAH angatlah berbaloi² jika memilikinya, untuk disedekahkan/infaq atau dijadikan sebagai hadiah. Jadikan ia sebagai hadiah, yang memberi manfaat buat orang lain dan juga sebagai saham akhirat buat kita, atas pahala memberiπŸ₯°

Wednesday, 25 May 2022

Kelas Talaqqi petang

 Teks: Suhaila Rahim



Alhamdulillah untuk rezeki hari ni dapat join kelas Talaqqi Petang bersama Kak Hamimah.
Hari ni nerves sikit baca, sebab mak ada kat sebelah bukak Alquran join baca dan semak sama-sama 😁
Mak tegur Alquran yang CikSue guna "Kecik betul Alquran ni. Carilah yang besar-besar."
"Eh tak lah mak, boleh je baca. Suka yang kecik ni. Senang nak bawa nak masuk handbag. Bawa kemana-mana"
Alhamdulillah, dalam umur macam ni, Allah bagi lagi nikmat penglihatan untuk baca Alquran Saiz A6 ni. Walaupun mata tak terang mana, tapi Alhamdulillah, baca Alquran ni boleh lagi. Syukur. 🌹
Tapi memang ramai betul yang repeat Alquran ni. Kecil dan comel, dan ringan. Mudah nak simpan dan bawa kemana-mana. Jimatkan ruang juga.
Bila anak dah besar-besar ni handbag pun dah makin mengecilkannn? πŸ˜†
Ada yang nak grab Alquran saiz paling kecik ke? Harga tanpa tag 45 hinggit jerr.

Berminat boleh link di kwasap.my/60136844409/AlquransaizA6


Tuesday, 24 May 2022

Cerita mak

 Tesk: Suhaila Rahim


Dua hari ni kami cuti di Kelas Talaqqi petang, CikSue habiskan masa dengan mak. Kebetulan mak nak jalan ziarah anak-anak kat sini. Alhamdulilah..

Habiskan masa kat rumah je sambil dengar cerita-cerita dia. Mak jenis yang suka cerita sambil bagi nasihat. Walaupun kata-kata mak jenis yang 'indirect', tapi pada yang kenal dia, nasihat dia orang akan mudah ikut. Kiranya mak ni ada karektor 'influencer' sikitlah. Kalau kat kampung tu 'circle' mak ni, bukan orang berusia je, orang muda pun suka cara fikir dia..πŸ˜„

Tapi tajuk yang dia suka cerita bab Alquran. Tanyalah bab hukum atau cara sebutan huruf ke, Inshaa Allah dia excited nak cerita. Tapi kalau ada yang dia tak tau, dia simpan soalan untuk tanya kat Ustaz yang dia belajar.

Kat kampung mak masih berguru belajar Alquran, sesekali pula dia belajar tadabbur kat masjid. Dalam pada masa yang sama, mak pun ada mengajar jiran-jiran juga. Mak kata, dia nak terus belajar sebab dia takut ajar ilmu yang salah pada 'anak murid' nya.

Gigih betul mak nak belajar. Tapi tulah, kegigihan mak takda anak yang 'mengikut'. Teringat pesan mak semalam. Mak kata, pesan ustaz, dah tua-tua, kena kurangkan dah hal-hal dunia..🀭

Eh, lupa nak cerita esok dah dah mula kelas Talaqi petang. Mulai esok kami ada Floor Manager yang baru. Itulah menariknya di Sahabat At Taqwa, semua orang diberi peluang untuk memberi khidmat untuk circle. Best kan?



-------------------------------------------------------------------------------------
SET PREMIUM BOX




Haritu kalut sangat raya sampai lupa yang hari Guru dan Hari Bapa pun dah nak tiba. Tapi tak tahu nak bagi hadiah apa. Arghh!
Mujurlah #SahabatAtTaqwa ni ada jual set macam ini. Set Premium Box dengan Al-Quran yang mudah dan pantas. Inilah jalan tepat untuk hadiahkan pada yang tersayang.Tak perlu fikir dah nak bagi apa. Beli je satu set ini dah dapat macam-macam. Aiwah!

Awak.. Awaklah yang baca ini.

Taknak ke beli satu untuk yang tersayang? Saya pun orang tersayang awak juga kan? 🀭Ehh!

whatsapp 0136844409 atau klik link wasap.my/60136844409/setAlquranpremium



Saturday, 21 May 2022

Kelas Mengaji percuma Sahabat At Taqwa

 Teks : Suhaila Rahim




Kagum dengan semangat sahabat-sahabat yang nak mengaji.
Dalam kesibukan kerja masih sempat nak selitkan masa untuk disemak bacaan.
Ada kala bagi yang ada urusan diluar masih sempat berhenti dan parking tepi jalan, asalkan dapat peluang disemak bacaan. MasyaAllah..
Yang ibu-ibu ada anak kecil, masih juga nak join walaupun anak di riba yang perlu jagaan. Belum lagi kedengaran suara-suara anak di belakang video chat telegram yang perlu perhatian.
Kadang-kadang pikir apalah 'excuse' yang CikSue nak bagi pada diri sendiri. Malu nak bagi alasan. Betullah, belajar ni adakalanya perlu paksaan. πŸ”₯
Teringat Founder Farhana Sahabat At Taqwa selalu pesan, kalau kita tak ada masa, peruntukan masa, baru kita ada masa. Dapat ke dapat? πŸ€—
Ada yang nak join mengaji?

Sunday, 10 April 2022

Doa hari kelapan Ramadhan


πŸ’Œ DOA 8 RAMADAN 1443H

Ya Allah, anugerahilah kepada kami rasa sayang terhadap anak-anak yatim dan suka memberi makan (orang miskin) serta menyebarkan kedamaian dan bergaul dengan orang-orang mulia dengan kemurahanmu wahai tempat berlindung bagi orang-orang yang berharap.

Aamiin🀲

Sebarkan manfaat bersama-sama. Tag rakan baik anda! 

#SahabatAtTaqwa
#SahabatAtTaqwaShare
#AlQuran
#AlQuranTagging
#AlQuranTerjemahan
#AlQuranHantaran
#AlQuranTajwidBerwarna
#OpenForDropship