='description'/>

Tuesday 18 January 2022

75 hari menjelang Ramadhan

Teks: Suhaila Rahim


Hari cuti. 75 hari lagi menjelang Ramadhan. Masya Allah 😍

Hari ini ambil waktu masuk fasa bertenang walaupun duduk rumah jarang dapat bertenang.

Nikmati ubi kayu dengan kopi, sarapan ala-ala kampung. ☕😍



Tarik nafas, selawat dan lepaskan. Rehat tenangkan hati. 

Syukur ya Allah, untuk nikmat dan rezeki yang tak henti-henti. ♥️

Ops lupa.. ini sarapan kalis kurus πŸ˜†

#AqnahBiz
#SahabatAtTaqwa
‐--------------------------------------------

🎁 PAKEJ ISTIMEWA SET PREMIUM ALQURAN A5 FAYYADH 🎁

Yang mana tengah cari idea sempena Birthday / Kahwin / Anniversary untuk bagi hadiah kepada suami, ayah, bapa mertua, kawan lelaki dan sebagainya sangat sesuai dapatkan giftset ni πŸŽπŸŽŠπŸŽ‰

All in one!🀩 Tak payah pening-pening nak cari hadiah lain. Bagi yang ni confirm tersenyum sampai ke telinga😁

Mempunyai 5 pilihan warna🌟
• Denim Blue
• Tortilla Brown
• Lime Green
• Coffee Brown
• Midnight Black

Freegift special menanti anda :
🌟 Kotak Premium
🌟 Ribbon Cantik
🌟 Kalendar 2022/2023
🌟 Kad Zikir 5
🌟 Kad Perfume
🌟 Ziplock bag
🌟 Penunjuk Quran Kayu Jati
🌟 Indeks Tagging Mika Matin (Add - On bagi yang bertag)

BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?

1. Whatsapp 0136844409 wasap.my/60136844409/setAQFayyadh 
sekarang!

#SahabatAtTaqwa #AlQuranTagging #AlQuranTerjemahan #AlQuranHantaran #AlQuranBahasaMelayu #AlQuran #AlQuranTajwid #OpenForDropship #DropshipAlQuranTagging #OpenDropshipAlQuran



Monday 17 January 2022

Perunding Alquran Sahabat At Taqwa

 Teks: Suhaila Rahim




Assalamualaikum

Saya, CikSue merupakan agen sah Sahabat At Taqwa mulai 22 April 2021. Bermula dengan hajat nak milikki Alquran Tagging membawa kepada daftar sebagai dropship kerana tertarik dengan circle dan culture dalam Sahabat At Taqwa. Sangat best. Berbeza dari circle yang CikSue join sebelum ni. Alahmdulillah syukur..😍
Dengan peluang yang Allah izinkan ini, antara azam CikSue ialah ingin membantu sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan Alquran terjemahan yang bertagging. Pilihan Alquran juga sangat cantik dengan pelbagai pilihan warna dan saiz, serta sangat sesuai dijadikan hadiah juga 😍
Korang juga boleh request untuk buat customize deboss (curve/ukiran) pada bahagian depan dan belakang dengan satu harga! Best tak? πŸ₯°

Kalau ada sahabat kat sini nak cari Alquran sebagai
🎁 hadiah untuk yang teristimewa?
❤ atau hantaran majlis nikah/tunang?
πŸ•‹ persediaan Al Quran untuk diri sendiri menjelang ramadhan?

CikSue membantu sahabat yang nak join kelas bimbingan AlQuran secara online.
Selain itu Sahabat At Taqwa juga membuka peluang sahabat yang nak menunaikan infaq dalam bentuk Al Quran atau menaja kelas bimbingan Al Quran bagi mereka yang memerlukan.

Sahabat boleh terus klik link.
CikSue bantu pilihkan Alquran dan sampaikan infaq kalian.😍



Saturday 15 January 2022

Nak masak apa petang ini?

Teks: Suhaila Rahim


Rutin cuti, paling banyak kena fikir menu apa nak masak.

Nasi goreng pagi dah selesai.

Ayam masak merah tengahari dah selamat.

Petang ni tengah mencari idea. Sebelum banyak lawatan ke dapur ni kena fikirkan sesuatu. 

Tinggg! πŸ’‘Sampai idea apa kata tanya Afiq.

"Afiq rasa, petang ni nak masak apa?" 

"Apa kata Mak diam-diam je takyah buat apa.."

Hu..hu.  Jawapan orang kenyang. Cuba kalau lapar πŸ˜†

Mood layan rojak buah sambil dengar speak up kat grup Telegram.

#Alqurantagging
#dropshipdiperlukan
-------------------------------------

SELALU TAK INGAT DAH BACA ALQURAN SAMPAI JUZUK BERAPA? πŸ€”πŸ˜₯

Jangan risau. Al-Quran Tag ada penyelesaiannya 😍 Tak perlu susah-susah untuk tampal sendiri. Dah lengkap Juzuk 1 hingga 30.

Boleh terus guna dan yang penting berwarna-warni. Moga dapat menambah semangat untuk berdamping dengan Kalam Allah πŸ’•

Dah ada satu macamni?

BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?

Whatsapp 0136844409 @ KLIK Link wasap.my/60136844409/alqurantagging

#SahabatAtTaqwa #AlQuranTagging #AlQuranTerjemahan #AlQuranHantaran #AlQuranBahasaMelayu #AlQuran #AlQuranTajwid #OpenForDropship #DropshipAlQuranTagging #OpenDropshipAlQuran


Thursday 13 January 2022

Hakikat kematian

 Teks: Suhaila Rahim


Innalillawainnalillahirojiun.

Mendapat perkabaran seorang kejiranan kami meninggal dunia asbab covid. Seorang ibu dijemput ketika masih muda  dan meninggalkan tiga anak yang masih kecil. Subhanallah. 😭


Tak mampu nak membayangkan kalau berlaku pada diri sendiri. Sesungguhnya semua rahsia Allah. Yang pastinya Allah sudah merencanakan yang terbaik buat keluarga yang ditinggal. Ammen.


Teringat kata-kata ustazah kat sekolah dulu. Ustazah kata, setiap orang tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, semuanya menghampiri satu tarikh kematian yang tak pasti bila. Semua akan mati.


Pada hari kematian pula, pastinya ramai yang akan bersedih dan akan merasa kehilangan orang yang tersayang. dan percayalah hari-hari akan terus berlalu. Hidup perlu diteruskan. Mereka yang ditinggalkan pasti untuk bangkit meneruskan hidup tanpa orang-orang yang tersayang.


Sampai satu masa, ahli keluarga yang ditinggalkan selesa akan dapat hidup yang baru tanpa kita yang dah pergi. Kita akan semakin hari makin dilupakan. Hanya mengharapkan doa dari anak-anak soleh  yang kita tinggalkan, amal jariah dan ilmu  yang sempat kita manfaat kan ketika masih didunia. Allahuu.


Sesungguhnya masa di dunia itu sangat singkat. Akhirat juga yang kekal abadi. Moga kita semua ditemukan kembali didalam syuga Firdaus. Aamiin

-----------------------------------------------------

Promosi Ukiran Ukir


PROMO DATANG LAGI!!

Beli Al Quran Tagging Ukir Nama dapat 1 Al Quran Comel 

Nak ke nak sangat2

Promo ini tak lama dan sangat limited.
Ada ka yang nak hadiahkan pengantin baru,insan2 tersayang ataupun sesiapa sahaja dengan Al Quran Cantik ini.

Dunia dapat akhirat pun dapat.

Semoga dengan hadiah teristimewa ini akan mengalir saham2 buat kita di sana

BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?

Whatsapp 0136844409 @ KLIK LINK  laju-laju


#SahabatAtTaqwa 
#AlQuranTagging 
#AlQuranTerjemahan 
#AlQuranHantaran
 #AlQuranBahasaMelayu
 #AlQuran #AlQuranTajwid 
#OpenForDropship 
#DropshipAlQuranTagging 
#OpenDropshipAlQuran




Monday 10 January 2022

Hari pertama sekolah 2022


Bangun pagi ni, Afiq tanya.

"Amna mana?"

"Kakak dah pergi sekolah"

"Amni?"

"Adik pegi sekolah"

Berlari dia keluar pintu, capai basikal.

"Afiq nak pegi mana??"

"Nak pegi main dengan kawan"

"Mana ada kawan, semua orang pegi sekolah hari ini"

"Oh.. ya ke? Takpe Afiq pusing-pusing jap"

Coretan mak yang rindu nak tengok anak pegi sekolah. 😜

#ceritaafiq