='description'/>

Thursday 13 January 2022

Hakikat kematian

 Teks: Suhaila Rahim


Innalillawainnalillahirojiun.

Mendapat perkabaran seorang kejiranan kami meninggal dunia asbab covid. Seorang ibu dijemput ketika masih muda  dan meninggalkan tiga anak yang masih kecil. Subhanallah. 😭


Tak mampu nak membayangkan kalau berlaku pada diri sendiri. Sesungguhnya semua rahsia Allah. Yang pastinya Allah sudah merencanakan yang terbaik buat keluarga yang ditinggal. Ammen.


Teringat kata-kata ustazah kat sekolah dulu. Ustazah kata, setiap orang tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, semuanya menghampiri satu tarikh kematian yang tak pasti bila. Semua akan mati.


Pada hari kematian pula, pastinya ramai yang akan bersedih dan akan merasa kehilangan orang yang tersayang. dan percayalah hari-hari akan terus berlalu. Hidup perlu diteruskan. Mereka yang ditinggalkan pasti untuk bangkit meneruskan hidup tanpa orang-orang yang tersayang.


Sampai satu masa, ahli keluarga yang ditinggalkan selesa akan dapat hidup yang baru tanpa kita yang dah pergi. Kita akan semakin hari makin dilupakan. Hanya mengharapkan doa dari anak-anak soleh  yang kita tinggalkan, amal jariah dan ilmu  yang sempat kita manfaat kan ketika masih didunia. Allahuu.


Sesungguhnya masa di dunia itu sangat singkat. Akhirat juga yang kekal abadi. Moga kita semua ditemukan kembali didalam syuga Firdaus. Aamiin

-----------------------------------------------------

Promosi Ukiran Ukir


PROMO DATANG LAGI!!

Beli Al Quran Tagging Ukir Nama dapat 1 Al Quran Comel 

Nak ke nak sangat2

Promo ini tak lama dan sangat limited.
Ada ka yang nak hadiahkan pengantin baru,insan2 tersayang ataupun sesiapa sahaja dengan Al Quran Cantik ini.

Dunia dapat akhirat pun dapat.

Semoga dengan hadiah teristimewa ini akan mengalir saham2 buat kita di sana

BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?

Whatsapp 0136844409 @ KLIK LINK  laju-laju


#SahabatAtTaqwa 
#AlQuranTagging 
#AlQuranTerjemahan 
#AlQuranHantaran
 #AlQuranBahasaMelayu
 #AlQuran #AlQuranTajwid 
#OpenForDropship 
#DropshipAlQuranTagging 
#OpenDropshipAlQuran




No comments:

Post a Comment