='description'/>

Friday 27 February 2015

Nor Shazwani Aziz - Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Mula Bisnes)

Nama pelajar : Nor Shazwani Aziz
Guru Online : Zaila Mohamad
Sumber : http://shazwaniafiq.blogspot.com/2015/02/kelas-asas-blog-fanpage.html

Saya mulakan dengan Bismillah.

Assalamualaikum.

Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog saya sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk suka-suka dan hanya di buat sebagai diari kehidupan saya ketika saya remaja dahulu untuk mengisi masa terluang. Saya tertarik dengan blog yang banyak gadget dan blink-blink. Tapi itu dahulu, ketika saya remaja. Selain itu, saya tidak la begitu baik dari segi penulisan. Nama yang saya gunakan juga tidak melambangkan diri saya yang sebenar. Semuanya adalah samaran. 

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain kecuali bersama keluarga dan rakan yang paling baik, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Saya sudah berhenti kerja pada tahun 2014 kerana mempunyai masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Sepanjang permulaan saya yang menjadi suri rumah sepenuh masa, saya selalu terfikir bagaimana saya hendak membantu suami saya dari segi kewangan dan juga untuk duit poket sendiri. Dengan modal yang saya keluarkan hasil dari pekerjaan saya yang tedahulu saya berniaga secara kecil-kecilan. Tapi semua itu saya merasakan seperti bersifat sementara, kerana saya perlu mempunyai modal dan produk yang banyak untuk di jual kepada pelanggan.

Pada Januari 2015, ketika itu saya sedang membaca satu penulisan di facebook, saya tertarik dengan kelas asas dan fanpage. Saya terus mencari facebook puan zaila Mohamad, dan dari situlah bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Puan Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen dan jelas. 

Lebih-lebih lagi saya sangat berminat dengan perniagaan. Tapi saya mempunyai sifat pendiam dan pemalu untuk memperkenalkan barangan dan produk yang saya ada. Sebelum ini, hanya jual kepada rakan-rakan sekerja & saudara mara. Tapi semua itu, belum mendapat kepuasan yang sebenar sebagai seorang yang ingin memulakan perniagaan, kerana berniaga dengan saudara mara dan rakan-rakan perlu mempunyai kesabaran yang sangat tinggi kerana kita kena letak harga yang masyarakat melayu selalu gunakan iaitu 'harga anak beranak'. 

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada Puan Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. E-mail, fanpage dan nama blog yang saya gunakan tidak menunjukkan diri saya yang sebenar. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh Puan Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar dari mula sehingga lah akhir tugasan. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting. Puan zaila sangat banyak membantu saya dalam penulisan blog dan juga fanpage saya.

Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah membaca kisah-kisah ahli ABDR, baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog. 

Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli dan Puan zaila sendiri sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja sambil masih sempat untuk menguruskan rumah tangga.

Melalui pengalaman saya yang bekerja dari rumah ini, blog merupakan medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang paling penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak mampu untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes pakaian saya pada setiap pelanggan yang ada. Dengan cara menulis blog ini, para pembaca akan dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan terperinci. Yang paling penting kita perlu lah sentiasa mempunyai masa untuk update penulisan blog kita dan dari situ kita sentiasa dapat berhubung dengan masyarakat di luar sana.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar menulis blog secara serius dan mungkin ada cita-cita untuk bekerja dari rumah boleh sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan menjadi salah seorang pelajar kelas asas blog bersama cikgu Pn. Zaila Mohamad. Jangan segan-segan untuk menghubungi Pn. Zaila melalui FB beliau (FB: zaila.mohamad).


Semoga semuanya dapat dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin.
------------------------------------------


BLOG PERIBADI contoh: http://suhailarahim.blogspot.com/
Kenapa perlu ada blog peribadi ?
=> Untuk menulis dengan bebas
=> Penulisan yang menarik, menarik perhatian pembaca
=> Pembaca boleh diubah menjadi pelanggan
=>Kemudian wujudkan blog kedai
=> Pembaca/pelanggan yang setia akan yakin dan beli apa saja yang kita promote

BLOG OFFICIAL KEDAI contoh: 
http://kd-al-mujahid.blogspot.com/, 
http://kioskproduksunnah.blogspot.com/
=> Bagi mengasingkan hal peribadi dengan produk
=> Fokus kepada produk
=> Memperkenalkan produk, harga produk dan cara dapatkan produk
blog ini mungkin mati atau tidak ada pengunjung jika tiada penarik/penyebab untuk pembaca ke sini

Di kelas online blog, kami ajar bagaimana kalian menggunakan apa yang ada dalam diri sendiri, untuk mula menulis di blog, mula berkongsi kebaikan dan kelebihan produk atau manfaat yang akan diperolehi. Menulis dengan santai dan bersahaja, dari situ pembaca blog mula tertarik dengan apa yang kita tawarkan.

PM ke inbox saya untuk keterangan lanjut

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Thursday 26 February 2015

Definisi Pelaburan dan kriteria memilih jenis pelaburan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Hasil carian imej untuk good investment

Pelaburan adalah komitmen dana kepada satu aset atau lebih yang akan dipegang untuk satu tempoh pada masa hadapan, Aset tersebut diharapkan dapat akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi. Aset yang dimaksudkan merangkumi aset dalam bentuk ketara seperti hartanah atau aset kewangan tak ketara seperti sekuriti kewangan. Kesesuaian pelaburan atas aset-aset ini adalah bergantung kepada matlamat dan objektif kewangan anda. Anda boleh menikmati pulangan pelaburan yang lebih baik dengan membuat pelaburan yang bijak. Pelabur bijak sentiasa mencari peluang pelaburan yang akan menghasilkan pulangan lebih tinggi.

Contohnya: Andaikan anda berjaya menyimpan sedikit wang pada setiap bulan dan kini anda mempunyai jumlah terkumpul yang banyak. Apakah yang akan anda lakukan dengan wang tersebut? Bagaimana hendak memastikan wang simpanan itu menghasilkan pulangan yang lebih tinggi? Anda tahu bahawa RM100 yang disimpan di bawah bantal tetap akan kekal RM100 walaupun masa berlalu selama sepuluh atau dua puluh tahun atau selama-lamanya. Sebaliknya, menyimpan wang dalam bank mungkin hampir tiada risiko tetapi kuasa beliannya pula sentiasa merosot disebabkan inflasi dan cukai. Oleh itu, anda harus mencari alternatif pelaburan dan membuat perancangan pelaburan dengan bijak untuk mengembangkan nilai pelaburan anda dan seterusnya mendapat pulangan yang terbaik. 

Terdapat banyak pilihan pelaburan yang boleh kita pilih. Namun setiap jenis pelaburan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sebagai pelabur kita perlu bijak menilai jenis pelaburan yang boleh memberi pulangan yang baik seiring dengan kos dan risiko yang perlu ditanggung.

Tuan Azizi Ali dalam salah satu bukunya telah menggariskan beberapa kriteria pelaburan  yang terbaik yang boleh dijadikan panduan. Antara kriteria yang digariskan ialah:
- Memberi pulangan yang baik iaitu melepasi kadar inflasi
- Memerlukan kerja yang sedikit
- Memerlukan masa yang minimum
- Dibiayai dengan wang orang lain
- Di bawah pengawalan sendiri
- Mempunyai risiko yang boleh diterima
- Memberi pengecualian cukai
- Memberi ketenangan fikiran

------------------------------------------

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Untuk bermula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Jika berminat hubungi saya:


Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Monday 23 February 2015

Khadijah Maskam: Ulasan Ebook 44 Resepi Berpantang Tradisi Melayu

Teks : Khadijah Maskam
Sumber: http://resepiberpantang.blogspot.com/2015/02/ulasan-44-resipi-berpantang.html


Alhamdulillah, saya berjaya khatam Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu. Selain dari resepi yang menarik dan mudah untuk dicuba, elemen yang paling penting yang saya perolehi dari ebook ini adalah kepentingan makanan yang sihat sepanjang proses berpantang.

Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini bukan sahaja memaparkan resepi-resepi berpantang malah penulis turut berkongsi tentang persediaan sebelum bersalin, iaitu ketika tempoh kehamilan, persediaan sebelum ke hospital dan juga selepas bersalin iaitu rawatan sepanjang berpantang dan serba sedikit tips untuk pengurusan masa dan penyesuaian diri untuk “first-time-mommy”. Banyak tips dan informasi yang dikongsikan untuk membantu bukan sahaja ibu dalam berpantang malah sesuai untuk suami, ibu atau ibu mertua yang bertanggungjawab membantu sepanjang proses berpantang.

Kebiasaannya kita acapkali dihidangkan dengan mitos-mitos dari ibu atau nenek kita tentang betapa ketatnya dan bosannya berpantang akibat menu yang terhad. Seringkali dihidangkan dengan menu yang sama ketika berpantang 44 hari dengan alasan untuk cepat sembuh dan sihat, walhal kaedah berpantang yang terlalu ketat boleh mengakibatkan ibu-ibu dalam berpantang mengalami keletihan dan kelesuan akibat kekurangan nutrisi dalam makanan.

Resepi yang terdiri dari pelbagai sumber hidangan termasuk daging dan ikan mampu memikat selera ibu berpantang di samping membekalkan khasiat yang cukup untuk mempercepatkan proses pemulihan tenaga luaran dan dalaman ibu dalam tempoh berpantang.

Khasiat yang dibekalkan oleh makanan herba dan rempah ratus seperti halia muda yang umum tahu akan kebolehan dan khasiatnya dalam membuang angin dalam badan, kunyit dan pegaga yang berfungsi sebagai agen pengecutan dan penyembuhan luka, serta lada hitam yang berfungsi untuk memanaskan badan dan mampu menyingkirkan lemak berlebihan akibat proses kehamilan selama 9 bulan.

Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu memaparkan pengolahan resepi menggunakan herba dan rempah yang sangat penting untuk ibu berpantang serta memberikan idea-idea hebat dalam penyediaan menu berpantang. Kini, ibu-ibu di luar sana tidak perlu risau dan ragu lagi menu apa yang perlu disajikan untuk ibu-ibu berpantang kerana ebook ini telah memberikan panduan yang lengkap cukup untuk sepanjang tempoh berpantang.

Saya syorkan sahabat di luar sana terutama yang bakal bersalin tidak lama lagi untuk segera mendapatkan ebook ini kerana banyak informasi dan tips berguna untuk persediaan berpantang anda. Bagi mereka yang dalam fasa menurunkan berat badan, anda juga dialu-alukan untuk mendapatkan ebook ini kerana resepi-resepi ini kesemuanya terdiri dari menu rendah lemak dan kolestrol tetapi apa yang penting dapat membekalkan tenaga yang diperlukan badan kita seharian.

Terima kasih kepada pihak ABDR kerana memperkenalkan ebook yang sangat menarik dan bermanfaat.
--------------------------------------

44 Resepi Berpantang, tradisi Melayu


Sudah boleh dapatkan harga promosi RM30 sahaja

beli 1 ebook
bonus 1 ebook lagi.


tawaran ini sehingga 30 Mac 2015

Harga selepas ini RM60 untuk 2 ebook.


Mohon isi Borang tempahan untuk pembelian.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Sunday 22 February 2015

Bila anak dah besar..

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Satu amalan yang dikongsikan oleh guru saya ialah menggalakkan anak-anak untuk mencium kaki ibu sebelum dia tidur. Mencium kaki di sini bukan seperti menyembah atau sujud tetapi sekadar ibu perlu duduk secara belunjur dan minta anak untuk mencium bahagian kaki di bawah lutut. Menurutnya amalan ini diturunkan oleh Tok gurunya dengan harapan agar anak tersebut akan sentiasa mengingati ibunya walau dimana mereka berada. In shaa Allah.

Sejak dapat ilmu ini saya mengajar anak saya membuat perkara yang sama. Setiap malam jika tak terlupa saya akan ingatkan Aqil untuk berbuat demikian sebelum tidur. Si adik hanya mengikut perbuatan abangnya.

Tetapi, semenjak Aqil menginjak ke darjah dua tahun ini, dia sudah sudah pandai bertanya mengapa begitu dan mengapa begini. Dia yang sebelum ini hanya buat apa yang disuruh sudah mula bertanya banyak soalan.

'Mak, kenapa Aqil kena cium kaki mak sebelum tidur?'

'Supaya, bila Aqil dah besar nanti, Aqil tak lupakan mak' Saya jawab dengan sedikit sebak dihujung suara

"Kalau macam tu, Aqil ingat kaki mak aja lah!" jawabnya selamba.

Saya diam dan senyum sendiri. Huhu.. tak mampu dah nak kata apa-apa! Rasa baru tersedar dari lamunan, yang anak mak dah besar.. :)


------------------------------------------------------------------------

MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, MINAT DAN HOBI MELALUI BLOG
1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan

2. Untuk catatan harian
Menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?

3. Untuk penulisan pengalaman
Tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya
Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.

Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.

Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.

Berminat untuk mula menulis di blog? Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR)
Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Friday 6 February 2015

Norafiza Abdul Aziz - Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage


Teks: Norafiza Abdul Aziz
Guru Online: Anys Idayu Zakaria
Sumber: http://norafizaabdulaziz.blogspot.com/2015/02/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage-mula.html

Assalamualaikum wbt.

Impian untuk mempunyai blog sendiri akhirnya terlaksana selepas menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). ABDR merupakan sebuah akademi online yang menawarkan kelas asas membina blog. Saya tidak perlu keluar rumah dan memandu untuk mengikuti kelas ini. Syaratnya cuma perlu ada telefon pintar/ tablet atau komputer dah juga talian internet. Sangat mudah. Memang sangat sesuai dan menepati kehendak saya yang memang payah nak keluar dari rumah ni.


Saya mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage Mula Bisnes. Selain belajar membina blog, saya juga belajar bisnes online.Boleh juga tambah pendapatan. Oleh kerana saya tidak mempunyai produk sendiri, saya menyertai Rakan Niaga ABDR sebagaiPengurus Online. Tugas saya cuma mempromosi produk yang disediakan pihak ABDR. Macam-macam pilihan produk yang ada seperti e-book, makanan sunnah, produk makanan, rempah, produk islamik dan telekung solat.

        

Masa Belajar
Oleh kerana ini adalah kelas online, jadi kita boleh belajar bila-bila masa dan di mana sahaja. mengikut masa kita sendiri. Saya berhubung dengan guru online saya hanya melalui messager  di Facebook sahaja. Guru online akan memasukkan kita di group kelas di Facebook dan kita boleh belajar hanya melalui medium Facebook.

Kumpulan Sokongan
Sehingga ke hari ini, saya tak pernah menyangka saya akan ada sahabat yang hanya kenal melalui atas talian. Ramai pula tu. Kebanyakkannya mempunyai tujuan yang sama apabila menyertai ABDR. Pengalaman serta latar belakang yang berbeza membolehkan saya belajar dan mengetahui banyak perkara melalui perkongsian sahabat-sahabat ABDR di blog masing-masing juga di Facebook.

Kesimpulan yang dapat saya buat, kelas ini memberi banyak kemudahan dan manfaat terutama kepada wanita yang ingin mempunyai kebebasan kewangan dan juga lebih masa bersama keluarga. Keputusan saya menyertai ABDR adalah keputusan yang tepat.

Syabas kepada pengasas ABDR, Pn Masayu Ahmad dan jemaah ABDR. Semoga kita semua terus success dalam mengejar cita-cita dan impian.

Syukur Allah masih sayang

----------------------------------------------------------------------

Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - 
bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Thursday 5 February 2015

Doa moga dimudahkan urusan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Alhamdulillah, pagi ni dapat keluar rumah awal. Ada urusan bank yang perlu diuruskan segera. Usai suami keluar rumah ke tempat kerja dan  Aqil sudah ke sekolah, saya selesaikan dulu kerja rumah dan bersiap mana yang boleh. Bangunkan si kecik dan mandikan. Siap semua keperluan dokumen yang perlu dan terus keluar.

Sambil panaskan kereta, dalam hati berdoa mengharapkan urusan hari ini dimudahkan. Bagi saya yang tak berapa cekap memandu dan lemah sikit dalam mencari parking ini, berada di tengah bandar Kajang diwaktu pejabat ini memang saya elakkan. Kecuali ada suami yang meneman. Tetapi hari ini saya gagahi juga. Sambil mulut ni tak berhenti berdoa. Rabbi yassir wala tua'sir rabbi tamim bil khair. Moga Allah mudahkan. (Aqil kata ni doa untuk mudah dapat parking :))


Sampai di Kajang trafik masih belum sibuk walaupun sudah banyak kereta. Membelok sahaja jalan ke bank, Alhamdulillah, rezeki dari Allah nampak satu petak parking masih kosong. Syukur, dapat parking yang hampir dengan bank. Nanti tak letih sangat nak berjalan ke bank walaupun perlu mendukung Amnah. 

Rezeki hari ini, keadaan di bank pun lengang. Mungkin kesibukan bank diawal bulan dah kurang agaknya. Jadi urusan bank pagi ini pun sangat mudah. Sekejap sahaja sudah selesai.  Alhamdulillah. Keluar segera dari bank dan tinggalkan bandar Kajang yang semakin banyak kereta ni.

Oleh kerana masa berbaki satu jam setengah lagi, singgah dulu isi minyak kereta. Orang kata nak isi minyak kereta sebaik-baiknya waktu pagi. Betul ke? Wallaualam :)

Sebelum balik singgah sekejap ke kedai barang jahit. Ada barang jahitan yang kurang di rumah dan belum sempat dibeli.

Banyak sangat menyinggah pagi ini, jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Sekejap lagi Aqil nak balik dari sekolah agama. Kalau terus balik dah tak sempat nak masak. Ehem.. nampaknya kena beli sahaja makanan tengahari ini. 

Nak makan apa ya? :)
_____________________________________________________

Blog Ruang Iklan

Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Wednesday 4 February 2015

Harta untuk pelaburan akhirat

Teks: Suhaila Rahim

Alhamdulillah, semalam sempat mengikut satu rancangan di TV Al Hijrah yang dikendalikan oleh Ustazah Isfadiah. Tajuk perbincangan kali ialah mengenai 'Wasiat untuk Isteri'. Banyak yang dikongsi berkait dengan tajuk. Tapi saya tertarik dengan satu perkongsian Ustazah mengenai harta. Katanya, apa harta atau duit yang kita milikki sekarang belum tentu adalah milik kita. Ini kerana bila kita mati semua harta akan ditinggalkan pada waris yang tinggal. Apa yang pasti yang betul-betul sudah menjadi milik kita, bila sesuatu yang kita sudah sedekah atau wakafkan ketika kita masih hidup. Itulah antara harta yang boleh dimanfaatkan bila kita sudah tiada nanti. Dan adalah lebih indah lagi bila sedekah dan wakaf itu boleh dijana sebagai pelaburan untuk akhirat kita. Subhanallah.

Perkongsian di sini sebagai satu peringatan untuk diri sendiri juga. Sebagai peringatan, dalam kesibukan kita mencari rezeki dengan berniaga untuk menambah pendapatan keluarga jangan kita lupakan harta untuk pelaburan akhirat kita nanti.

Kisah Abdullah bin Al-Mubarak
Abdullah bin Al-Mubarak seorang ulama yang luar biasa. Selain menguasai ilmu, beliau juga seorang usahawan yang berjaya. Setiap tahun beliau mengeksport barangan dari Khurasan ke Mekah dan meraih keuntungan yang banyak.
Berbeza dengan kebanyakan usahawan lain, Ibnu Al-Mubarak mempunyai motivasi niaga yang sangat luhur. Motif perniagaannya bukan untuk mengumpulkan harta kekayaan. Akan tetapi menurut beliau perniagaan ialah jalan untuk membina kehidupan akhirat yang lebih selesa.

Fudail bin A€˜lyad berkata kepadanya: €œEngkau selalu memerintahkan kami untuk berzuhud, meninggalkan dunia dan bekerja untuk akhirat. Namun mengapa engkau sendiri sibuk dengan perniagaan yang besar ini?

Ibnu Al-Mubarak menjawab: Aku berniaga untuk menjaga air wajahku, memelihara kehormatanku dan membantuku dalam mentaati tuhanku.

Tujuan sebenar harta
Ucapan Ibnu Al-Mubarak ini mengingatkan kita tujuan sebenar harta yang berada di tangan kita. Allah SWT menitipkan harta kepada kita bukan untuk membiayai nafsu serakah kita, akan tetapi untuk mencapai tiga tujuan penting.

Pertama, menutupi hajat manusiawi kita sehari-hari seperti makan, minum dan menyara keluarga.
Kedua, untuk menjaga kehormatan kita agar tidak meminta-minta kepada orang lain.
Ketiga yang tidak kalah pentingnya, harta sangat penting untuk memungkinkan kita melakukan amal ibadah yang lebih banyak.

Siapa yang memiliki kelebihan harta, maka ia memiliki peluang lebih besar untuk menyumbang kepada Islam. Dengan harta, ia boleh melakukan pelbagai ibadah yang tidak dapat dilakukan orang miskin seperti haji, zakat dan sedekah. Lebih penting daripada itu, Muslim yang berharta akan mampu membuat perubahan bagi umat dengan hartanya.

Itu sebabnya Rasulullah SAW memuji harta yang banyak apabila berada di tangan yang tepat. 

Baginda Nabi SAW bersabda kepada Amr bin Al-€˜As: 
Wahai Amr, betapa bagusnya harta yang baik bagi laki-laki yang soleh. 
(riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad)

Moga bermanfaat!

---------------------------------------------------------------------------------------


Daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di 
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)

Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim