Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Tuesday, 6 June 2023

Jahit langsir

Teks: Suhaila Rahim


Semalam balik kampung, dapat job baru; jahit langsir untuk adik.

Lama sangat tak menjahit langsir sebenarnya.

Dan ada juga permintaan untuk jahitkan langsir sebelum ini, CikSue tolak dan minta cari tukang jahit lain.

Bukan tak nak, tapi belum mampu nak penuhi permintaan untuk siapkan dalam masa tertentu. 

Menjahit langsir ni berbeza dengan jahit baju. Kerjanya perlukan ruang dan kerja lebih sikit. Sebab tu CikSue tak berani nak beri komitmen.

Tapi bila adik yang mintak tolong, tak boleh elak. Kesian pulak rumah baru dia tak berlangsir.. 😂

Tapi bagitau awal-awal kat dia, langsir french pleat jer ya.. Kalau paten lain, sila jangkakan kelewatan untuk siap..🤭

Rancangnya esok nak mula potong kain. InshaaAllah. Kat rumah ni boleh fokus menjahit pagi je, dikala semua assistant pegi sekolah. 

Petang ni kita refresh nota-nota jahit lama..😍 

#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati
-------------------------

Cara upgrade ke Versi Think Quran Pluss

Cara Upgrade PLUS 😁

📲 Klik https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob untuk mula belajar! 😄

💎 Join Channel Think Quran 
https://t.me/ThinkQuranSahabatAtTaqwa

💎 Nak kami guide satu2 untuk register?

#SahabatAtTaqwa #thinkquran #barakah #Quran #islamic


Monday, 27 September 2021

Catatan petang 27 September

 Teks: Suhaila Rahim


Lama tak tengok blog. Rindu :) 

Setelah sekian lama, macam ada banyak nak cerita tapi tak tau dimana nak bermula.

Terasa sangat kosong nak mengadap rutin hari biasa. Pause sekejap dari FIKIR.

Buntu.

Teringat pesan Ustazah Norhafizah, kalau sedih baca Surah Al Insan. Alhamdulillah, usahakan juga baca 31 ayat lepas Asar tadi.

Baca ayat dan tafsir cerita pasal syurga. Masyaa Allah. Nikmatnya kalau Allah izinkan syurga. 

Tapi.. layak ke aku sampai sana. 

Tak mampu nak pikir tentang dosa. Amal sikit. Tu pun tak tahu Allah terima ke tak. 😭

Air mata petang ni macam tak nak berhenti. Mungkin Allah suruh tambah ZIKIR. 

Ada suara hati memujuk hati, menangislah sepuas hati. Agar terlepas apa yang terbuku dihati. 😭

Ya Allah.. 

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللهِ

“Dan aku menyerahkan urusan ku hanya kepada Allah SWT”

إِنَّ اللهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

“Sesungguhnya Allah SWT Maha Melihat keadaan hamba”





Friday, 2 March 2018

Cerita Amnah

Teks: Suhaila Rahim

Semalam jiran sebelah rumah berrpindah rumah. Bukan jauh pun masih kawasan yang sama tapi berlainan taman.

Sebelum keluar, siibu datang rumah dengan anak-anaknya yang kebetulan memang baik dengan Amnah dan Afiq. Sambil datang kami salam bermaafan maklumlah sudah tujuh tahun kami berjiran bersebelahan. Serba sedikit memang terasa kehilangan dan kesedihan sebab anak-anak kami rapat. Setiap petang jika ada kelapangan memang dia orang akan bermain bersama walaupun dipisahkan dengan pagar.

Selepas keluar kereta jiran dari pagar rumah, soalan bertalu-talu dari Amnah.

Mak, kenapa Sofea pindah?

Dia orang nak pindah mana?

Lepas ni Sofea balik rumah dia balik tak?

Sebak rasa sambil jawab apa yang saya rasa dia boleh faham. Tanpa sedar, nampak Amnah tekup muka dan hanya dengar bunyi esakan.

Bila ditanya kenapa kakak nangis. Dia diam tanpa jawapan. Sekadar berteka-teki, saya tanya sama ada dia ingat Sofea. Dia hanya mengangguk.

Saya terdiam dan rasa sebak tak tertahan. Saya biarkan dia melayan perasan sendiri. Selepas beberapa ketika saya lihat dia tertidur. Allahu kesian.. Betapa anak kecil belum tahu erti kehilangan. Jiwa mereka bersih dalam persahabatan.


Dia bangun lewat petang semalam, saya pujuk dia. Berjanji dengan dia, bila cuti nanti kita pergi rumah Sofea. Dia diam. Sedihnya nampak reda.


Hari ni Sabtu. Kakak main sahaja dengan Afiq tanpa ada suara jeritan dari rumah sebelah. Tapi malam ni ingatannya kembali pada nama Sofea

Mak, tuliskan nama Sofea dan Amanda. Nanti kakak tulis sendiri nama kakak.

Aduh..Mak yang lebih tacing nak! :(

Stretchmarks Lotion LaMamma



Losyen panas wangi PETAMA di Malaysia untuk kegunaan ibu hamil dan ibu-ibu berpantang. Boleh disapu di dahi, belakang badan dan kaki yang cramp untuk kelegaan bagi ibu hamil. ibu berpantangpula boleh gunakannya sebagai pilis dan param seta boleh disapu di perut sebelum memakai bengkung.

KHASIAT:
- membantu mencairkan lemak dibahagian perut
- membantu mengurangkan sakit sengugut
- membantu egelakkan bada maasuk angin semasa bepantang
- membantu menguangka sakit-sakit badan dan jugamengurangkan cramp kaki

Kelebihan LA MAMMA STRETCHMARK LOTION ni. Bukan untuk Stretch Mark semata-mata tau. Antara kelebihan lain:

➜ Menghaluskan kulit
➜ Membantu megurangkan masalah stretch mark di perut ibu hamil
➜ Membantu memulihkan rekahan ditapak kaki
➜ Melembapkan kulit
➜ Membaiki sel-sel kulit mati
➜ Membantu menghilangkan parut
➜ Mencerahkan kulit yang hitam di celah-celah

Kelebihan losyen La Mamma ni daripada losyen yang ada dipasaran adalah seperti:

✔ Tidak berminyak
✔ Berbau wangi. Inspirasi bau Gucci. Wanginya tahan lama tau
✔ Cepat meresap
✔ Sejuk je bila sapu di kulit
✔ FREE Paraben
✔ Kesan kulit yang lembut serta merta
✔ Ada kelulusan KKM. Not OT160105368K

Tempahan di sini whatsapp 0136844409

Sunday, 25 February 2018

Cerita dari klinik

Teks: Suhaila Rahim

Tiga hari lepas saya bawa Amni ke di Klinik Kesihatan untuk temujanji.

Sedang menunggu nombor giliran, saya ambil kesempatan untuk duduk di kerusi di depan kaunter. Kerusi di sebelah yang pada mulanya kosong, tiba-tiba seorang ibu muda dengan seorang anak kecil yang agak 'semangat' badannya duduk di sebelah saya.

"Berapa bulan ni?" Saya mulakan soalan sambil usap kaki anaknya.

"Setahun empat bulan kak" jawab si ibu sambil memujuk anaknya yang menangis ingin menyusu. Dari telor cakapnya, mungkin dia berasal dari seberang. 

"Subhanallah, semangatnya dia. Berapa berat dia ni?" Tiba-tiba saya yang terlalu teruja nak tanya lagi dan bila tahu umurnya.

"19 kilo kak" jawab siibu

Saya terkesima kali kedua. ha..ha..

"Habis, doktor suruh dia diet ke?" Soal saya lagi

"Macam mana doktor nak suruh diet kak, sebab dia hanya minum susu badan. Tak minum susu botol atau tak makan nasi atau bubur sangat" jawab si ibu sambil tersenyum

"Allahuakbar, rezeki sungguh dia ya.. Awak pun banyak susu ya? Awak makan apa ya untuk banyak susu?" Saya cuba bertanya rahsia

"Saya banyak makan sayur bening saja kak" jawab siibu

Saya pun terpaksa berhenti menyoal bila nombor giliran sudah dipanggil.

Bila usai hal klinik, saya cerita dengan suami tentang ibu tadi sewaktu dalam keeta. Sebenarnya, sebelum ibu tadi duduk di sebelah saya, dia dan anaknya menjadi perhatian mereka yang datang di klinik di kaunter pendaftaran lagi sebab saiz badan anaknya yang luar biasa. 

Tapi, nampak tenang sahaja dia mendukung anaknya kehulu ke hilir mengikut prosedur klinik.  Mungkin dia dah biasanya agaknya. 

Saya yang bawa Amni tak sampai lapan kilogam dah lenguh satu badan. hah.. hah.

Apa lagi sampai rumah sapulah CARE LOTION! In shaa Allah




Nama manja #CareLotion ni kami panggil #CL (SeeEl).

Walaupun CL ni panas, tapi tak lah sampai kulit rasa perit terbakar kecuali kalau awak sapu losyen tu sampai setengah tiub. :p

.
Dan yang specialnya CL ni, bila sapu tu, takadalah terus rasa panas. Rasa panas tu datang bila awak start buat kerja kerja rumah atau turun naik tangga atau drive waktu tengah hari walaupun kereta ber aircond.

Senang cakap, kalau sape CL kendian duduk sambil kilat kuku tak rasa la panas tu. Sapu CL kendian aktif buat kerja, dia punya rasa best tuuu... fuhhh!

.
CL ni bersifat #NANO. Bila kita apply je kat kulit dan sapu sapu terus meresap kat bawah epidermis kulit. Kalau sapu area perut, panasnya lembut menggigit gigit cinta.

Tak melekit dan penting baunya wangi perfume Ferragamo dari Italy. Tak delah malu bau halia dan diperli!


Berkenan boleh klik link ni http://elseekajang.wasap.my/carelotion atau call 013.684.4409 untuk dapatkan promosi beli 2 Care Lotion 50ml dapat satu PERCUMA. (Satu Care Lotion RM50 untuk 50ml) Postage saya bayarkan. 😄







Sunday, 18 February 2018

Ujian hidup

Teks: Suhaila Rahim


Bau-baru ini datang seorang ahli keluarga terdekat suami datang ke rumah membawa sedikit rezeki kepada kami. 

Sejurus pulangnya tetamu tiba-tiba Aqil menyoal saya.


"Mak, pakcik tu kaya ya?"


"Alhamdulillah kayalah juga. Allah bagi dia rezeki lebih kat dia"


"KAYA pun UJIAN mak kan?"


Saya terkedu sekejap. 

"Hidup ini pun UJIAN. Kaya ke miskin ke itu semua UJIAN. Tapi UJIAN paling besar saat kita ada segala-galanya, bila kita KAYA, bila kita SENANG, saat macam nilah yang buat kita selalu lupa."

Aqil diam. Mungkin fikir lagi kut! 

Allahuakbar! Tersentap sekejap.

Sekali-kali Allah menjentik, menegur dan mengingatkan dengan soalan anak-anak

*****************************************
LOSYEN PANAS WANGI - CARE LOTION




Losyen panas wangi PERTAMA di Malaysia untuk kegunaan ibu hamil dan ibu-ibu berpantang.

Boleh disapu di dahi, belakang badan dan kaki yang cramp untuk kelegaan bagi ibu hamil. ibu berpantang pula boleh gunakannya sebagai pilis dan param seta boleh disapu di perut sebelum memakai bengkung.

KHASIAT:
- membantu mencairkan lemak dibahagian perut
- membantu mengurangkan sakit sengugut
- membantu mengelakkan bada maasuk angin semasa bepantang
- membantu menguangka sakit-sakit badan dan juga mengurangkan cramp kaki

Untuk tempahan Whatsapp 0136844409

Sunday, 29 October 2017

Masakan emak

Teks: Suhaila Rahim

Alhamdulillah rezeki malam ni. Lepas maghrib, kakak datang rumah bawakan ole-ole dari kampung.

Mak kirim lauk-lauk kegemaran. Gulai cendawan kukur, rendang ayam bersama maman, sambal sotong, mee goreng dan jagung rebus. Semuanya sedap. Tak mampu nak memilih. Makan serba sedikit malam ni. Rasa lepas kerinduan dengan masakan mak. Allahuakbar. Nikmatnya Allah yang tahu. Alhamdulillah :)

Sebelum Maghrib tadi, dah pasang niat nak elak makan malam ini, tapi bila tengok lauk-lauk yang kirim hati tak tenteram. Hancur rancangan diet . ha..ha..

Saya sebenarnya rindu sangat nak makan masakan mak. Maklumlah, dah lama tak dapat balik kampung kerana jadual kerja suami yang tidak menentu. Kalau dulu perancangan balik kampung pastinya sebulan kali. Tapi kali ini tidak lagi. Hanya panggilan telefon  sebagai penganti diri.

Kebiasaannya kalau ada kiriman lauk dari kampung mak memang tak lupa bekalkan nasi. Bukan sikit nasinya tapi satu bekas yang boleh dimakan satu keluarga. Mak memang prihatin. Selalu dia fikir saya mesti tak sempat masak sebab saya kepenatan uruskan anak-anak sendirian. 

Bila mengenangkan bekalan yang mak kirim, teringat ketika saya tinggal asrama. Memang jadi rutin dia bawa bekal nasi dan macam-macam lauk bila ada kelapangan melawat. Maklumlah duduk asrama memang sinonim dengan terma selalunya 'lapar'.

Alhamdulillah.

---------------


ANDA SEDANG BERPANTANG DAN ADA MASALAH BERIKUT?
  • Tak Lalu Nak Makan Jamu?
  • Nak Elak Sembelit Semasa Pantang?
  • Nak Kembalikan Tenaga Untuk Jaga Anak & Bayi?
  • Nak Berpantang Dengan Lebih Mudah Tapi Masih Menjaga Kesihatan Wanita?
  • Nak Banyakkan Susu Badan?
  • Nak Cepatkan Sembuh Luka Bersalin?
  • Nak Elakkan Bayi Demam Kuning?
  • Nak Kuatkan Rahim & Kecutkan Peranakan?
Dapatkan LA MAMMA POSTNATAL





Supplement multivitamin dengan rumusan istimewa khas buat bakal ibu, ibu berpantang dan wanita yang menitikberatkan penjagaan dalaman dan luaran.

Whatsapp ke 0136844409 sekarang!


Tuesday, 16 May 2017

Hari pertama di SCN

Bismillahirrahmanirrahim

Hari keenam.
Hari ini menunggu jururawat klinik kesihatan datang.

Baru sampai dimuka pintu, ketika belum pun sempat buka kasut salah seorang dah nampak baby atas katil.

"Baby kena kuning tu!" Spontan ayat keluar dari salah seorang jururawat.

Allah.. nak kena ke klinik juga hari ni. Keluh hati ini dalam diam.

Habis sesi pemeriksaan, bersiap-siap ke klinik kesihatan.

Bacaan darah 19. Jadi malam ni kami dua beranak 'check in' lagi kat hospital. Kena tinggal  lagi abang dan kakak yang masih teruja dapat tengok adik baru.

Apapun dapatlah baby rehat dengan aman hari ini, sebab tiada abang atau kakak yang panjat katil berebut nak tidur sebelah. :)

Moga baby cepat sembuh! Ameen.


==============================================

IXORA Laundry  Detergent 4 dalam 1 .
(Jenis cecair pencuci pakaian)


Pilihan 5 jenis warna dan wangian.

1) Biru/Ocean Dynamo
2) Merah Jambu/Garden Fresh 
3) Orange/Floral blossom
4) Ungu/Lavender.
5) Green /Passion.

Power Force / Kuasa Padat (4 dalam 1)
✔ Pencuci
✔ Pelembut Fabrik
✔ Pewangi
✔ Anti-Bakteria

RM28 sebotol dengan isian 10 Liter.

Berminat boleh pm 
📲 http://www.wasap.my/60136844409

Tuesday, 2 August 2016

Hari kelima di Wad Paediatrik

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi



"ok, adik Amnah boleh balik!"

Alhamdulillah, keluar ayat keramat yang ditunggu-tunggu dari mulut doktor sejak jumaat lepas.

Resah sudah hati bila terpaksa meninggalkan Baby Afiq tidur malam hanya bertemankan Abah dan abang.

"Jom kakak, kita kemas barang!"

"Jom!"

Alhamdulillah, atas nikmat sihat ini. Moga kakak Amnah terus diberi kesihatan yang baik. Aameen.
------------------------------



Sunday, 6 March 2016

Jalan-jalan petang

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Afiq yang sudah mengantuk :)
Petang ni kami jalan-jalan ke Stadium Kajang atas permintaan kakak dan abang nak bermain basikal. Selalunya suami yang rajin bawa mereka berdua. Tapi kali ini kami keluar berlima sekali.

Seronok juga dapat jalan petang macam ni sambil menikmati waktu petang yang kebetulan tidak begitu panas dan tidak juga hujan. Sambil abang dan kakak sambung bermain di tempat permainan kanak-kanak, sempat saya jalan santai dua pusingan dengan menyorong kereta Afiq.

Terasa sedikit kepuasan bila sesekali dapat keluar sebegini. Dapat menyedut udara petang sambil mengeluarkan peluh badan yang sudah lama tidak bersenam :)

--------------------------------------



Soalan 8:
Bagaimanakah untuk saya bersaing dengan mereka yang sudah sukses di pasaran?
Perlukah saya menurunkan harga produk untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan?
Jawapan: Kita boleh memilih menjual produk dengan harga mahal dan tahu siapa sasaran untuk produk mahal tersebut. Begitu juga produk murah seperti makanan mempunyai keuntungan yang lebih kecil, namun ia adalah juga berbeza mengikut jenis dan sasaran pasaran atau pelanggan.
Setiap produk adalah tidak sama harga, kos juga keuntungan. Bagi anda yang masih baru, sebaiknya bermula dengan menjual dahulu produk yang sudah ada di pasaran untuk kita belajar dari asas.
Bagi menetapkan harga ke atas produk yang ingin dijual, kita mengambil kira pelbagai faktor iaitu pesaing, harga borong dari pembekal dan sebagainya. Pengguna/pelanggan kini semakin bijak kerana mereka boleh membuat perbandingan harga sesuatu produk dan perkhidmatan.
Jalan paling selamat ialah menawarkan produk dengan harga berpatutan dan setanding dengan kualiti. Produk pada harga tawaran yang terbaik dan sesuai dengan sasaran pelanggan jadi tidak ada masalah produk murah atau harga mahal.
Baca 21 soal dan jawab dalam naskah EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN

Tempahan--> http://gedung-ilmu-anda.blogspot.my/p/borang-tempahan.html

atau whatsapp 0136844409

Tuesday, 23 February 2016

104 hari lagi menjelang Ramadhan

Teks: Suhaila Rahim

Alhamdulillah, hari ini rezeki berbuka dengan sepinggan mihun dan air teh o panas. Dengan cuaca yang panas dan kesibukan tugas di rumah sangat menguji kesabaran berpuasa. Macam rasa puasa hari pertama Ramadhan walaupun dah mula mengganti beransur-ansur sejak dua bulan lepas.

Ramadhan yang lalu Allah rezeki bercuti puasa selama sebulan kerana dalam tempoh berpantang bersalin. Jadi tahun ini saya perlu mengganti puasa lebih awal supaya tak kalut nanti.

Dalam keadaan masih menyusu si kecil bukan mudah nak mengganti puasa secara berturut-turut. Kali ini saya merancang mengganti puasa pada hari isnin hingga khamis sahaja, dan diselangselikan dengan niat sekali puasa sunat pada hari-hari yang dianjurkan Islam. In shaa Allah.

Hari ini sudah masuk hari yang ke 15. Berbaki separuh bulan lagi yang perlu saya selesaikan. Moga urusan puasa saya dimudahkan Allah.

Ramadhan kian dekat menghampiri. Moga Allah memberi peluang kepada kita lagi bertemukan dengan bulan mulia Ramadan Al Mubarak kali ini. Aameen.

Ramadhan Kareem..

Tuesday, 9 February 2016

Tempahan skirting meja

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi


Alhamdulillah, berjaya juga siapkan satu tempahan untuk skirtting meja guru. Membuatnya nampak mudah tetapi oleh kerana kekangan masa dengan tugas harian dengan dua kanak-kanak riang di rumah, kerja yang sepatutnya siap dua hari boleh jadi seminggu  :)

Apapun syukur, dapat siapkan dalam tempoh yang diberi. Terima kasih kepada cikgu yang menempah. 

-------------------------------------------

Dapatkan pelbagai koleksi Buku dan Ebook di Gudang Ilmu Anda!


Whatsapp 0136844409 untuk tempahan dan pertanyaan.



Tuesday, 12 January 2016

Mengurus rumah sewa

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah, minggu ini baru selesai menguruskan penyewa baru ke rumah sewa. Rumah sewa kami yang tidak berpenghuni hampir setengah bulan, kini sudah mula diduduki oleh penyewa baru.

Pengalaman hampir enam tahun menguruskan sebuah rumah milik suami dan dua milik keluarga mertua ternyata ia bukan satu tugas yang mudah. Sepanjang tempoh itu, sedikit demi sedikit kami telah belajar berbagai ragam penyewa yang ada kala mendukacitakan dan tidak kurang juga ada yang baik hatinya. Apapun ragamnya kami anggap ia sebagai satu rezeki dan ujian dari Allah supaya lebih redha dan sabar. Dari kesabaran itu juga mengajar supaya kita lebih berhati-hati dalam memilih penyewa yang lebih bertanggungjawab dan jujur dalam menjaga rumah yang diamanahkan. 

Setiap kali kami rumah kosong untuk kemasukan penyewa baru, kami akan pastikan keadaan rumah bersih seadanya dan tiada sebarang kerosakan alatan rumah. Jika perlu kami akan cat semula dinding rumah yang kotor supaya keadaan rumah lebih selesa. Beberapa bil utiliti rumah akan kami jelaskan semuanya walaupun berlaku tunggakan yang dilakukan oleh penyewa sebelumnya.

Untuk pengambilan penyewa baru, kami lebih selesa untuk mengiklan sendiri berbanding dengan menggunakan khidmat ejen. Ternyata cara ini lebih menjimatkan kos dan kami sendiri dapat menapis kemasukan penyewa yang kami perlukan. Selalunya penyewa yang menjadi keutamaan dan pilihan, mestilah muslim, wanita bujang atau berkeluarga.

Buat masa ini, tiada dokumen formal seperti Perjanjian Sewa (Tenancy Agreement) yang kami gunapakai sebagai perjanjian sewa. Hanyalah satu perjanjian dan persetujuan biasa yang tidak bertulis. Hanya salinan resit sebagai pengesahan pembayaran sewa. Mungkin atas faktor ini adakalanya penyewa mudah mengambil kesempatan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Apapun perancangan untuk menyediakannya memang dalam perancangan. In shaa Allah.

Sekadar itu perkongsian saya mengenai pengalaman mengurus rumah sewa. Moga ada yang boleh diambil iktibar dan pengajaran. 
----------------------------------------

Tepung kek Coklat Moist


Harga setiap pek RM10 sahaja (tidak termasuk RM7 untuk kospos) 
COD percuma untuk 5 pek ke atas di sekitar Kajang/Bangi/Balakong

Jika berminat hubungi saya:


Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim




Saturday, 7 November 2015

Bila hilang satu nikmat hidup

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum,

Semenjak redanya jerebu ini beberapa minggu ini, saya menukar jadual menyidai pakaian seawal tujuh pagi.

Walaupun ada kala masih gelap tetapi melihat mentari pagi dengan langit yang sangat cerah umpama satu terapi mata dan hati. Alhamdulillah.

Setelah beberapa minggu Allah uji dengan jerebu, memang terasa hilangnya nikmat mentari. Bila cuaca cerah, pandangan pada pokok-pokok dan tumbuhan sekeliling amat mendamaikan.

Allahu.. Bila hilang nikmat mentari sudah resah gelisah. Bagaimana kalau hilang nikmat Iman Dan Islam?

Asstaghfirullil mukminin wal mukminat.

Moga Allah tetapkan hati kita untuk lebih bersyukur. Aameen

---------------------------------
Promosi November - 4 Ebook RM100 sedang berlangsung. 

Tempahan: whatsapp ke 013.684.4409 @ email: suhailarahim@gmail.com

Tuesday, 15 September 2015

Bila sekolah bercuti tiba-tiba

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Assalamualaikum,

Awal pagi ini sudah kedengaran suara anak-anak bermain di depan rumah. Kalau hari cuti sekolah biasanya sesi bermain waktu petang. sebab sudah diketahui hari cuti.

Tetapi hari ini, rata-rata ibubapa dapat makluman agak lewat sekolah di Selangor dicutikan. Pihak sekolah dah maklumkan lewat malam semalam rupanya. Cuma saya belum sempat membaca mesej sehinggalah dimaklumkan jiran sewaktu menemankan Aqil menunggu van sekolah sekolah.

Anak-anak yang bersiap masuk ke rumah semula menukar baju untuk meneruskan agenda bermain.

Jadual mak? Hari ini ubahsuai sikit jadual.

-jangkakan kelewatan memasak
-tak boleh keluar pos barang pagi, keluar petang
-persediaan minum petang lebih awal
-kerja WAHM mungkin tertangguh 

Apapun kena istighfar lebih lagi hari ni :)




-------------------------------------------------------------

Di antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula WAHM
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod

Kelas Akaun ABDR kembali lagi untuk bulan September.
.
1. KELAS AKAUN SECARA ONLINE
Tarikh: 20 September 2015, Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
.
2. GROUP COACHING (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 19 September 2015, Sabtu
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.
.
3. GROUP COACHING (kumpulan kecil 4-6 peserta)
16 September 2015, Rabu (Public Holiday)
Masa: 9.30pg - 2.00pm
Sijil dan Refreshment Disediakan
Lokasi: Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)
Untuk mendaftar boleh PM ke inbox @ Whatsapp 013.684.4409

Sunday, 30 August 2015

Kembali ke ruang jahit

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Salam merdeka untuk esok. Hari ini juga genap usia anakanda Afiq yang ke 100 hari. Alhamdulillah.

Dikala sibuk membiasakan diri sebagai ibu beranak tiga, terkenang mesin jahit yang sekian lama tak tak digunakan. Hari ini berhajat untuk mengemas sikit bilik jahit mana yang perlu. Bulan depan ada hajat yang perlu ditunaikan yang tertangguh lama. Nak siapkan tempahan langsir rumah teman sekerja dahulu.


Ukuran langsir sudah diambil setahun dulu, tetapi kain hanya diterima selepas enam bulan kemudian ketika saya sudah sarat tujuh bulan. Nampaknya lepas setahun langsir baru boleh pakai langsir baru. Perjanjian lucu kami berdua, harap-harap Deepavali nanti dah boleh berlangsir baru :)


Apapun, terima kasih pada teman yang memahami.  In shaa Allah akan diusahakan bulan ini juga.


Petang ini saya mulakan jahitan dengan memotong kaki seluar baru suami. Sambil 'wam up' kan mesin boleh juga 'wam up' kan skill


Jom mulakan!


-------------------------------------------------------------------------
KELAS AKAUN ABDR

Di antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula WAHM
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod
Kelas Akaun ABDR kembali lagi untuk bulan September.
.
1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 13 September 2015,
20 September 2015, Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 19 September 2015, Sabtu
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

3. Grup Coaching (kumpulan kecil 4-6 peserta)
10 September 2015, Khamis dan 16 September 2015, Rabu (Public Holiday)
Masa: 9.30pg - 2.00pm
Sijil dan Refreshment Disediakan
Lokasi: Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)
PM ke inbox saya untuk keterangan lanjut

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Wednesday, 17 June 2015

Ramadhan Kareem..

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



In shaa Allah, Esok Ramadhan Al Mubarak menjelma lagi. Semoga ia menjadi saat-saat yang ditunggu-tunggu semua. Bulan yang tentunya membawa rahmat dan kebaikan yang berganda-ganda.

Hari ini genap empat minggu usia putera kedua kami yang lahir 2 Syaaban yang lalu. Alhamdulilah.

Masih belajar dalam meniti hari-hari ibu yang beranak tiga. Ada ketika dalam menguruskan dua anak hampir terlupa ada yang ketiga. 

Dua minggu berpantang dengan mak dikampung, ramai yang membantu menguruskan keperluan diri yang berpantang dan urusan harian anak-anak juga. Bila balik ke rumah sendiri, semua perlu uruskan sendiri terutama ketika suami keluar bekerja.

Apapun Alhamdulillah, si kecil tak banyak meragam. Memang ada kebenarannya, pengalaman dan cabaran setiap anak sangat berbeza. Antara cabaran kali ini ialah menangani perasaan si anak dara yang mudah terasa. Maklumlah, dia sudah ada 'title' baru sebagai kakak dalam keluarga. hi..hi..

Ampun maaf dari saya, jika ada terkasar kata. Tanamkan Azam dihati moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Jom tingkatkan ibadah kita kerana Ramadhan akan datang belum tentu kita masih dipanjangkan umur lagi. Wallahu 'alam
-------------------------------------------

+ Duit Perniagaan dan duit personal tidak boleh dicampur. Elakkan dari mengambil duit bisnes untuk kegunaan personal. Jangan jadi pencuri kepada bisnes sendiri
+ Setiap transaksi Harian Perlu dicatatkan walau sesen pun.
+ akaun bank perniagaan juga harus diasing dari akaun bank personal
+ Perlu peruntukan modal/sejumlah wang sebagai modal
+ Semua kos WAJIB dikira bagi memastikan harga jual yang kita letak boleh menghasilkan keuntungan.
--------------------------------------------
Kelas online (3-6 orang)
Tarikh: 21 Jun 2015 (Ahad)
Masa: 9.30am-12.30pm
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order.

Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Thursday, 14 May 2015

Menghitung hari

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Alhamdulillah. 

Sampai sudah minggu ke 40. Sekejap masa berlalu dalam  menanti kelahiran anak syurga kami yang ketiga. 

Tarikh jangkaan bersalin yang sepatutnya dua hari lepas sudah terlebih hari nampaknya. 

Apapun, penantian kali ini agak berbeza sebab kami tak tahu jantina bayi. Sebab Mak dah pesan jangan scan jika tiada masalah besar sepanjang mengandung. Jadi kali ini saya turutkan nasihat ibunda tercinta. Di klinik kerajaan bukan tiada langsung imbasan dibuat oleh doktor, tetapi setiap kali dibuat imbasan doktor pun tak nampak apa jantinanya. Apapun kami redha apa pun jantina yang lahir, asalkan sihat walafiat handakNya Aameen.

Ahad lepas, sudah dapat hadiah dua pasang lagi baju bayi dari Mak. Satu warna biru dan satu warna merah jambu (sebab tak pasti lelaki atau perempuan yang akan lahir). Seperti biasa sudah saya uruskan baju bayi seperti biasa, iaitu potong dulu keratan jenama yang ada dilehernya sebelum dibasuh dan digunakan nanti. Itu tips mak saya setiap kali membeli baju anak, pastikan ia digunting keratan dileher supaya bayi lebih selesa.


Makcik urut kerap berpesan selagi belum bersalin, teruskan amalan makan kurma dan minyak kelapa dara supaya mudah melahirkan. Bagi mengelakkan anak kena kuning, amalkan air kundur di hari-hari akhir kehamilan. Banyakkan Istighfar juga.

Tak lupa juga pesanan Ustazah, banyakkan baca Al Quraan dan Solat Taubat supaya mudahkan kelahiran dan moga beroleh anak-anak soleh-solehah.

Apapun moga Allah mudahkan. Mohon kalian doakan yang baik-baik sahaja. 

Ampun maaf dari saya.

---------------------------------------------------

  • Harga yuran RM250
  • Belajar merangkumi asas blog fanpage dan instagram
  • Bimbingan dari 2 orang guru yang mempunyai background berniaga online
  • Percuma 3 ebook
  • Akan diajar bagaimana untuk membina sebuah email sebagai penjenamaan diri
  • Akan diajar bagaimana untuk membina sebuah blog yang mesra carian google
  • Akan diajar bagaimana menaikkan jumlah likes dalam fanpage, berniaga secara betul di facebook
  • Akan diajar menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk

Pendaftaran untuk Kelas Asas Blog & Fanpage serta Instagram telah dibuka. 
Lokasi : Seksyen 16, Shah Alam.
Tarikh: 26 April 2015 (Ahad)
Penyertaan adalah TERHAD!!!



Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...