Teks: Suhaila Rahim
Semalam jiran sebelah rumah berrpindah rumah. Bukan jauh pun masih kawasan yang sama tapi berlainan taman.
Sebelum keluar, siibu datang rumah dengan anak-anaknya yang kebetulan memang baik dengan Amnah dan Afiq. Sambil datang kami salam bermaafan maklumlah sudah tujuh tahun kami berjiran bersebelahan. Serba sedikit memang terasa kehilangan dan kesedihan sebab anak-anak kami rapat. Setiap petang jika ada kelapangan memang dia orang akan bermain bersama walaupun dipisahkan dengan pagar.
Selepas keluar kereta jiran dari pagar rumah, soalan bertalu-talu dari Amnah.
Mak, kenapa Sofea pindah?
Dia orang nak pindah mana?
Lepas ni Sofea balik rumah dia balik tak?
Sebak rasa sambil jawab apa yang saya rasa dia boleh faham. Tanpa sedar, nampak Amnah tekup muka dan hanya dengar bunyi esakan.
Bila ditanya kenapa kakak nangis. Dia diam tanpa jawapan. Sekadar berteka-teki, saya tanya sama ada dia ingat Sofea. Dia hanya mengangguk.
Saya terdiam dan rasa sebak tak tertahan. Saya biarkan dia melayan perasan sendiri. Selepas beberapa ketika saya lihat dia tertidur. Allahu kesian.. Betapa anak kecil belum tahu erti kehilangan. Jiwa mereka bersih dalam persahabatan.
Dia bangun lewat petang semalam, saya pujuk dia. Berjanji dengan dia, bila cuti nanti kita pergi rumah Sofea. Dia diam. Sedihnya nampak reda.
Hari ni Sabtu. Kakak main sahaja dengan Afiq tanpa ada suara jeritan dari rumah sebelah. Tapi malam ni ingatannya kembali pada nama Sofea
Mak, tuliskan nama Sofea dan Amanda. Nanti kakak tulis sendiri nama kakak.
Aduh..Mak yang lebih tacing nak! :(
Stretchmarks Lotion LaMamma
Losyen panas wangi PETAMA di Malaysia untuk kegunaan ibu hamil dan ibu-ibu berpantang. Boleh disapu di dahi, belakang badan dan kaki yang cramp untuk kelegaan bagi ibu hamil. ibu berpantangpula boleh gunakannya sebagai pilis dan param seta boleh disapu di perut sebelum memakai bengkung.
KHASIAT:
- membantu mencairkan lemak dibahagian perut
- membantu mengurangkan sakit sengugut
- membantu egelakkan bada maasuk angin semasa bepantang
- membantu menguangka sakit-sakit badan dan jugamengurangkan cramp kaki
Kelebihan LA MAMMA STRETCHMARK LOTION ni. Bukan untuk Stretch Mark semata-mata tau. Antara kelebihan lain:
➜ Menghaluskan kulit
➜ Membantu megurangkan masalah stretch mark di perut ibu hamil
➜ Membantu memulihkan rekahan ditapak kaki
➜ Melembapkan kulit
➜ Membaiki sel-sel kulit mati
➜ Membantu menghilangkan parut
➜ Mencerahkan kulit yang hitam di celah-celah
Kelebihan losyen La Mamma ni daripada losyen yang ada dipasaran adalah seperti:
✔ Tidak berminyak
✔ Berbau wangi. Inspirasi bau Gucci. Wanginya tahan lama tau
✔ Cepat meresap
✔ Sejuk je bila sapu di kulit
✔ FREE Paraben
✔ Kesan kulit yang lembut serta merta
✔ Ada kelulusan KKM. Not OT160105368K
Tempahan di sini whatsapp 0136844409
No comments:
Post a Comment