='description'/>

Tuesday 12 October 2021

Cerita Amni

Teks: Suhaila Rahim


Alhamdulillah masuk minggu kedua Amni di sekolah. Layan cerita dia pagi ni.

"Ada kawan Amni nangis kat sekolah.."

"Kenapa?" 

"Dia nak mama dia.." 

"Cakaplah dekat dia, kita kan dah besar. Tak boleh nangis. Pujuklah dia.." cakap sambil tunjuk cara nak pujuk.

"Tak boleh cikgu kata. Boy dan girl semua tak boleh pegang kawan-kawan. Nanti ada kobid naitin" 

"Oh...ok2.." 

Tiba-tiba mak yang lupa SOP. 😆

#ceritabudakempattahun

---‐-----------------------
Adjustable Mask Extender untuk anak sekolah

Mask extender RM0.50 setiap satu dengan pelbagai warna pilihan.

Berminat nak dapatkan adjustable mask extender untuk anak-anak? Boleh klik link wasap.my/60136844409/maskextendermurah

Sunday 3 October 2021

Resepi masak gulai cili padi Ikan Baung versi sendiri

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Baru usai kelas sesi pagi.

Masuk dapur pulak. Teringat ikan baung pemberian kakak ipar dua hari lepas yang dah defrost pagi tadi 

Takda idea nak masak. Cepat- cepat call mak minta idea. (Call center anak-anak mak 😄)

Mak kata buat gulai cili api campur asam.

Ok, Jom masak! 👩‍🍳


Resepi

Bahan-bahan
2 ekor ikan baung, disiang dan di kerat. Bersihkan ikan dan lumur ikan dengan asam jawa/limau untuk hilangkan hanyir.

Tumbuk 5cm kunyit hidup dengan segenggam cili padi. Lagi banyak lagi sedap. Tambah garam kasar sikit.

Masukkan ikan, bahan yang sudah ditumbuk lumat dalam kuali bersama 7/8 asam keping dengan sedikit air.


Rebus dengan api perlahan.


Bila ikan dah serasi dengan cili dan air dah kering, masukkan santan. Dan biarkan sehingga mendidih dan rasakan garam.

Tunggu hingga kepekatan kuah yang disukai. CikSue suka yang lebih berkuah sebab anak-anak suka hirup kuah. 

Siapppp.