='description'/>

Wednesday 5 October 2022

Cerita kaler pensel

 Teks: Suhaila Rahim





Hari ini hari kedua CikSue bertugas di Halaqah Saidina Hamzah.

Alhamdulillah, pembaca hari ni bertambah dari semalam.

Sambil bertugas, kena layan Amni kemaskan kaler dia.

Bila nampak pensil warna ni teringat pulak Arwah Atok.

Kalau minta Arwah Atok untuk asahkan kaler, mesti dia akan capai pisau toreh getah dia. Satu-satu pensil dia akan asah.

Kami yang masih tiga beradik masa tu, akan sabar tunggu giliran atuk asah pensil setiap sorang. Sambil mengasah mulut nya tak putus dengan kata-kata nasihat. Tapi tak berapa ingat apa atok cakap. Budak kecik dalam tujuh lapan tahun ingat nak main je.


Tapi ada satu masa tu, kami ikut atok tanam ayam yang dah mati. Atok ada pesan, kalau atok mati lepas tanam, pijak tanah tu kuat-kuat. Nanti atok tak boleh keluar dah.. hihi.. masa tu tak faham. Main angguk jer.. 😄
Emm.. nostalgia sangat kalau di ingat-ingat 🥰

Al Fatihah untuk Arwah Atok..

-----------------------------------------------

DEBOSS MAMPU MILIK🌹
Dengan hanya RM19 sahaja dah boleh dapatkan ukiran cantik nama anda pada cover Al Quran. Wahhh menarik betul😍
Nak berikan hadiah untuk yang istimewa pun boleh jugak. Siap dalam masa 3-5 Hari sahaja! BERBALOI SANGAT👍