='description'/>

Friday 31 December 2021

Salam 31 Disember 2021



Hari ini, hari jumaat dan hari terakhir 2021. 

Esok bermulalah tahun baru 2022. Alhamdulillah untuk setiap takdir dan perjalanan hidup yang Allah dah tetapkan. Syukur dengan ujian dan nikmat. Moga esok lagi baik dan lebih baik lagi di saat kita dijemput kembali. Aameen.

Terbaca satu posting seorang sahabat di FB. Kita ini berhidup dengan rezeki yang Allah dah tetapkan. Bila sudah tiada rezeki, setakat itu jualah usia yang Allah bagi. Subhanallah.
---------------------------------------
AL QURAN SPECIAL EDITION



WARNA HITAM YANG SANGAT EKSKLUSIF
Wahhh... hitam itu kan menawan Dah la tak mudah kotor, senang pulak tu nak urus.
Nak ukir nama dan kata-kata pun lawa ini masih nampak tau. Cantik sangat2 confirm puas hati terpahat nama kita atau nama pasangan kita pada Al Quran. Teramat sesuai nak buat hantaran atau hadiah.

Dan nampak _EKSKLUSIF_ yang menepati cita rasa lelaki dan wanita 🥰
Jom grab sekarang😍






BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?
.
Whatsapp 0136844409 @ KLIK LINK wasap.my/60136844409/specialedition laju-laju
.





Monday 13 December 2021

Inspirasi dari cerita halia

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi



Rezeki minggu lepas dapat dapat pergi rewang kenduri perkahwinan anak saudara. 

Perasaan best tu tak boleh cerita. Pertamanya setelah sekain lama tak pergi majlis kenduri dan kedua dah lama tak pergi rewang kat mana-mana kenduri. Selalunya makan kenduri katering, yang siap sedia untuk makan.

Petang sebelum kenduri dapat luangkan masa sekejap buat kerja-kerja mengupas halia. Duduk bersama saudara terdekat sambil berbual santai dan berkongsi cerita.

Duduk di sebelah saya seorang makcik yang berumur lingkungan 70an sedang tekun menghiris halia sambil berbual dengan saya. Disebelahnya ada lagi seorang makcik yang lebih muda juga tekun membuat kerja yang sama.

Saya hanya memerhati hasil halia yang dia buat. Hirisannya sangat halus dengan saiz yang hampir sama. Berbanding hirisan halia yang saya buat. Hirisan halia yang saya buat  agak kasar dan tidak seragam. Hi..Hi.. Dalam memerhati saya berani kan diri untuk bertanya.

"Makcik, beza ke rasa masakan kalau halia dihiris halus-halus atau kasar-kasar?" 

Dengan bersahaja, makcik tu terus memberi pandangan yang memberi makna mendalam buat saya,

"Rasanya sama je, tapi pandangan kita yang melihat masakan tu macam 'tak sedap dipandang  mata'. tu jerr" 

Oh... saya mengangguk faham.

Jawapan pendek makcik tu macam ada yang menyentap hati saya. Ayatnya pendek dan penuh seni tapi memberi maksud yang mendalam. Itulah budaya orang lama yang bukan sahaja dalam menjaga kata-kata yang baik didengar, tetapi sangat memberi pengajaran.

Tiba-tiba ada seorang kakak kat sebelah berbisik.

"Kita orang muda, tak sabar. Semua nak cepat. tak macam orang dulu-dulu"

Ha.haha..... Kami ketawa sesama sendiri. Betullah tu kan? Sekarang semua nak cepat. 😂
------------------------------------------------------------



ALQURAN HANTARAN CANTIK


 




Peminat warna ungu dan turqoise hadir sini kejap  

Psstt.. awak suka tak Al-Quran eksklusif macam dalam gambar ni? Suka? Haa saya nak bagi sesuatu yang istimewa kat awak tau, percuma je kalau awak berjaya miliki Al-Quran ni. 

Meh hubungi saya dulu,kalau tak nak saya pun takpa hurm.. Tapi pastikan hubungi agent sah Sahabat At Taqwa tau. 

PERCUMA JE UNTUK AWAK.. 




Friday 12 November 2021

Tips mudah konsisten sedekah setiap hari

 Teks: Suhaila Rahim


1. Tanamkan niat sedekah kerana Allah .

2. Tentukan jumlah sedekah yang nak dan mampu kita sedekah. Mulakan dengan nilai lebih kecil. Contoh RM1 atau RM5


Contoh nombor akaun yang telah disimpan sebagai 'favourite'

3. Untuk permulaan dapatkan sekurang-kurangnya satu nombor akaun bank pihak yang memerlukan sumbangan. Contoh, rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah perlindungan, NGO yang menjalankan kerja-kerja kemanusian , pusat tahfiz atau orang perseorangan yang memerlukan. Tambah nombor akaun yang ada dari masa ke semasa. Sebaiknya dapatkan sekurang-kurangnya 30 nmbor akaun atau lebih

4. Simpan nombor akaun dalam bahagian 'favourite' dalam sistem 'online banking' yang kita ada.

5. Setiap hari buat pindahan wang pada satu nombor akaun meikut jumlah yang kita tetapkan. Sebaiknya buat selepas subuh.

6. Untuk hari kedua dan seterusnya buat pindahan ke akaun lain.

7. Ulang setiap hari jumlah yang sama ikut berapa nombor akaun yang kita ada. 

8. Paksa diri sedekah setiap hari. In shaa Allah lama kelamaan anda akan rasa biasa dan akan terasa janggal kalau tidak melakukannya.

9. Jika anda ada rezeki lebih, tambah jumlah sedekah dan istiqamah. In shaa Allah.

                           
Sebagai perkongsian apa yang saya buat, kalau saya tak dapat buat transfer pada hari tertentu kerana terlupa atau tiada wang, biasanya saya akan ganti pada hari berikutnya dengan jumlah dua kali ganda. 

Jom cuba! Percayalah amalan sedekah ini sangat ajaib! 

SEDIKIT tanda kita ingat, BANYAK tanda kita ada!😍
-------------------------------------------


GIFTSET ALQURAN PALING JIMAT ABAD INI  WOW SANGAT
.
 Set Premium A6 Soft Cover
.
Dilengkapi dengan :
⇒ Asbabun Nuzul
⇒ Asmaul Husna
⇒ Hadith Sahih
⇒ Kod Tajwid Bewarna
⇒ Terjemahan Bahasa Malaysia
⇒ Resan Uthmani Bahasa Melayu

Lagi apa yang BEST
  •  Mudah di bawa ke mana-mana
  •  Isi dalam PELANGI,BERWARNA WARNI
  •  Terdapat penanda quran comel yang mengandungi Doa Sujud Tilawah, Doa Permulaan Baca Al-Quran.
  •  Malah juga terdapat penanda quran comel yang mengandungi Panduan Tajwid Kod Berwarna, Tanda Waqaf dan Panduan Berwaqaf.
  • Sangat sesuai untuk kanak-kanak mahupun insan tersayang dan senang nak dibawa ke mana-mana
Dapat apa dalam set ni?
.
 BOX PREMIUM. Terdapat 3 pilihan warna iaitu GOLD,HITAM & PINK. Kotak yang sangat tebal & sangat berkualiti tuu
Set Perfume Card
5 keping kad zikir
Kalendar meja 202
ada ribennn cantikk
.
BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?

Whatsapp 0136844409 @ KLIK LINK wasap.my/60136844409/giftsetjimatBlog



Thursday 11 November 2021

Tarikh 11 November

 Teks: Suhaila Rahim


Hari ini teringat hari lahir seseorang yang saya pernah kenal. Seorang yang saya rapat masa hadir satu kursus motivasi sekolah. Kami berlainan sekolah tapi disatukan dalam kumpulan yang sama kalau tak silap. 

Saya panggil dia Zack. Nama asal tak berapa ingat, Zurina kalau tak silap. Pernah berutus surat beberapa kali selepas habis sekolah. Tapi terputus selepas itu tak jumpa dah. Cuba juga cari dekat facebook tapi tak jumpa. Saya jadi rapat sebab dia seorang yang sangat peramah dan kelakar. Walaupun tiga hari  kursus rasa macam dah kenal bertahun-tahun.

Mungkin satu kelebihan Allah bagi, saya selalu mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup orang yang rapat. In shaa Allah saya tak lupa. 

Sehingga kini ada je kawan-kawan yang bergurau, saya akan hantar ucapan dua kali setahun iaitu hari Raya dan Hari Lahir saja 😂

In shaa Allah saya tak lupa. Kepada sahabat dan kenalan yang sudah lama tidak berhubung, ingatlah setiap kali datang tarikh lahir kalian, saya sentiasa titipkan doa agar semua orang yang mengenali saya diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dalam lindungan Allah selalu. Aameen. 💗

Ehh.. kalau nak shopping shopee 11.11 kat sini ya https://shp.ee/8y4ea9t 😂
-------------------------------------------


Habbatussauda MagBlue

Habatussauda sangat bagus bagi meningkatkan imunisasi badan dan membantu melawan penyakit.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa habatussauda mampu membantu meningkatkan daya tahan sakit (sistem imun).

Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh badan manusia.
InshaAllah..

Sentiasa jaga SOP dan perlu ingat pendemik masih belum berakhir!


Berminat? klik link wasap.my/60136844409/HSBlog atau melalui shopee kat sini 


#HabbatussaudaGredA
#MakananSunnah
#DariMesir


Wednesday 10 November 2021

Kisah nama!

 Teks: Suhaila Rahim


Nama saya Rafisuhaila. Di kampung orang panggil Chila. 

Bila hijrah keluar dari kampung dapat nama Rafi, Afi, Sue, Ila dan Ella. Tukar nama ikut lokasi. 😂

Sampai rmak selalu cakap. Dia hampir boleh tahu siapa kawan anak dia ni ikut nama panggilan nama untuk anak dia.

Nama asal seperti dalam surat beranak hanya satu perkataan. Bila buat kad pengenalan jadi dua nama.

Sebab tu sampai sekarang, untuk urusan formal saya guna dua perkataan Rafi Suhaila.

Paling best nama di akaun bank ada dua perkataan dan ada satu perkataan. 😍 

Bila nama jadi dua perkataan, nama saya jadi pelik. Sebab nama Rafi yang kita tahu nama orang lelaki.

Nama Rafi asalnya dari nama kakak. Nama kakak Rafizah. jadi tak janggallah sebab nama tu nama perempuan.

Nama Suhaila, mak pernah cerita dia ambil dari nama isteri Bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn iaitu Toh Puan Suhaila. Kalau nak tahu Suhaila tu maksudnya mudah. 💓

Pernah suatu ketika orang kata saya letak nama boy friend kat nama sendiri. Ishh... memang tak masuk akal. Rasanya tak pernah ada nama tu yang jadi boyfriend. Apa hal nak letak nama orang pulak kat nama sendiri😂😜

Ok dah. itu je nak cerita. Bye!

-------------------------------------






AL-QURAN A6 SOFT COVER : RM20 SAHAJA! 

Empat pilihan warna PIKAT MATA

MERAH

PURPLE

PINK

HITAM

.

Dilengkapi dengan :

⇒ Asbabun Nuzul

⇒ Asmaul Husna

⇒ Hadith Sahih

⇒ Kod Tajwid Bewarna

⇒ Terjemahan Bahasa Malaysia

⇒ Resan Uthmani Bahasa Melayu

  •  Lagi apa yang BEST
  •  Mudah di bawa ke mana-mana
  •  Isi dalam PELANGI,BERWARNA WARNI
  •  Terdapat penanda quran comel yang mengandungi Doa Sujud Tilawah, Doa Permulaan Baca Al-Quran.
  •  Malah juga terdapat penanda quran comel yang mengandungi Panduan Tajwid Kod Berwarna, Tanda Waqaf dan Panduan Berwaqaf.

COVER AL QURAN adalah soft cover dengan warna yang MENARIK.

.


BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?

. Whatsapp 0136844409 @ KLIK LINK wasap.my/60136844409/Al QuranA6softcover

.



Tuesday 12 October 2021

Cerita Amni

Teks: Suhaila Rahim


Alhamdulillah masuk minggu kedua Amni di sekolah. Layan cerita dia pagi ni.

"Ada kawan Amni nangis kat sekolah.."

"Kenapa?" 

"Dia nak mama dia.." 

"Cakaplah dekat dia, kita kan dah besar. Tak boleh nangis. Pujuklah dia.." cakap sambil tunjuk cara nak pujuk.

"Tak boleh cikgu kata. Boy dan girl semua tak boleh pegang kawan-kawan. Nanti ada kobid naitin" 

"Oh...ok2.." 

Tiba-tiba mak yang lupa SOP. 😆

#ceritabudakempattahun

---‐-----------------------
Adjustable Mask Extender untuk anak sekolah

Mask extender RM0.50 setiap satu dengan pelbagai warna pilihan.

Berminat nak dapatkan adjustable mask extender untuk anak-anak? Boleh klik link wasap.my/60136844409/maskextendermurah

Sunday 3 October 2021

Resepi masak gulai cili padi Ikan Baung versi sendiri

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Baru usai kelas sesi pagi.

Masuk dapur pulak. Teringat ikan baung pemberian kakak ipar dua hari lepas yang dah defrost pagi tadi 

Takda idea nak masak. Cepat- cepat call mak minta idea. (Call center anak-anak mak 😄)

Mak kata buat gulai cili api campur asam.

Ok, Jom masak! 👩‍🍳


Resepi

Bahan-bahan
2 ekor ikan baung, disiang dan di kerat. Bersihkan ikan dan lumur ikan dengan asam jawa/limau untuk hilangkan hanyir.

Tumbuk 5cm kunyit hidup dengan segenggam cili padi. Lagi banyak lagi sedap. Tambah garam kasar sikit.

Masukkan ikan, bahan yang sudah ditumbuk lumat dalam kuali bersama 7/8 asam keping dengan sedikit air.


Rebus dengan api perlahan.


Bila ikan dah serasi dengan cili dan air dah kering, masukkan santan. Dan biarkan sehingga mendidih dan rasakan garam.

Tunggu hingga kepekatan kuah yang disukai. CikSue suka yang lebih berkuah sebab anak-anak suka hirup kuah. 

Siapppp. 


Monday 27 September 2021

Catatan petang 27 September

 Teks: Suhaila Rahim


Lama tak tengok blog. Rindu :) 

Setelah sekian lama, macam ada banyak nak cerita tapi tak tau dimana nak bermula.

Terasa sangat kosong nak mengadap rutin hari biasa. Pause sekejap dari FIKIR.

Buntu.

Teringat pesan Ustazah Norhafizah, kalau sedih baca Surah Al Insan. Alhamdulillah, usahakan juga baca 31 ayat lepas Asar tadi.

Baca ayat dan tafsir cerita pasal syurga. Masyaa Allah. Nikmatnya kalau Allah izinkan syurga. 

Tapi.. layak ke aku sampai sana. 

Tak mampu nak pikir tentang dosa. Amal sikit. Tu pun tak tahu Allah terima ke tak. 😭

Air mata petang ni macam tak nak berhenti. Mungkin Allah suruh tambah ZIKIR. 

Ada suara hati memujuk hati, menangislah sepuas hati. Agar terlepas apa yang terbuku dihati. 😭

Ya Allah.. 

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللهِ

“Dan aku menyerahkan urusan ku hanya kepada Allah SWT”

إِنَّ اللهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

“Sesungguhnya Allah SWT Maha Melihat keadaan hamba”





Wednesday 18 August 2021

Cita-cita Afiq


Sambil layan Afiq buat kerja sekolah, layan apss ni didesktop.

"Afiq suka jersey warna apa?"

"Biru"

"Ok, nak nombor apa?

"Satu"

Tiba-tiba terlintas nak tanya cita-cita.

"Afiq dah besar nak jadi apa?"

"Mak tak tau ke?"

"Tak tahu"

"Afiq nak jadi penyanyi.."

Alamak.. 😂

Wednesday 11 August 2021

Salam Maal Hijrah!

 Teks: Suhaila Rahim


Bos tempat kerja lama, pernah meninggalkan pesan dalam bahasa Inggeris. Maaf tak ingat ayat-ayatnya.

Katanya, seorang ibu itu umpama bulan dimalam hari. Kalau bulan tiada maka malam gelap tanpa bercahaya.

Macam tulah jika rumah tanpa seorang ibu maka rumah, maka hilanglah seri.

Sambungnya lagi, orang lelaki macam dia, takda pun tak apa.  :(

Sejak hari pertama kerja di ofis bos tu, setiap petang, jika dia ada di ofis dia akan 'paksa' saya balik. Kalau dia tiada dia akan call pastikan saya dah balik.

Sebnarnya kalau dia tahu, dari ofis-ofis yang sebelum ni pun, saya akan jenis balik ikut waktu. Jam 5.01 minita biasanya saya dah depan lif. 😂

Itulah sekadar perkongsian pandangan seorang datuk kepada  beberapa orang cucu.

Kesimpulannya, hargai apa yang kita ada sekarang,. Sebab esok kita tak tahu siapa yang pergi dulu. Hidup ini hanya pinjaman. 

Salam Maal Hijrah !

--------------------------------------------



ALQURAN FAYYADH UNTUK SI JEJAKA 
.
Design yang sangat memukau. Look “smart” bila dipadankan dengan warna yang sangat menarik.
.
Ukiran nama sendiri @ pasangan dan kata-kata untaian doa memberi seribu makna dalam kehidupan. InshaAllah lebih bersemangat untuk mendalami ilmu Al-Quran
.
5 pilihan warna
• Tortilla Brown
• Midnight Black
• Denim Blue
• Coffee Brown
• Lime Green
.
Sahabat akan dapat FREEGIFTS SPECIAL ENUUR untuk AL QURAN DEBOSS :
  1. Kotak Premium
  2. Mask
  3. Ziplock
  4. Penunjuk Quran Kayu Jati
  5. Indeks Mika / Matin
  6. Khatam Tracker

BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?
.
 Whatsapp 0136844409 atau klik link wasap.my/60136844409/AQBlogFayaydh 


Thursday 29 July 2021

Cerita solat

 Teks: Suhaila Rahim

Foto: Koleksi Peribadi



"Jom solat! Siapa nak ambil wudhuk dulu?" Soal CikSue kat anak-anak


"Amni!" Jerit Afiq bagi cadangan.


"Eh, Amni cutilah.." Spontan Amni bagi jawapan tak puas hati.


Ish.. ish... dia pun dah pandai cuti solatlah 🤣

________________________




 Masih mencari HABBATUS SAUDA ? 

Pada Al-Habbatus Sauda’ itu syifaa’ (penawar) bagi segala penyakit, kecuali As-Saam.”
Ibn Syihab berkata.

Musim pendemik berjangkit jangkit ni ramai yang mencari habbatus sauda. Mehhh kita consume sama sama. Insya'Allah pasti ada kebaikan. 

Reddyyy setokkk ❤️❤️❤️


#habbatusaudaamagicblue
#RM25sebotol
#Selangor




Friday 2 July 2021

Masak apa hari ini?

Teks: Suhaila Rahim

Foto: Koleksi Peribadi



Usai kelas sesi pagi masuk dapur dulu untuk menu tengahari. 

Hari ini masak ikan keli sambal dan masak lemak sawi. Masak yang mudah dan semua orang makan.

Waktu bujang dulu secara jujurnya saya bukannya orang yang suka atau pandai masak. Rutin kalau di kampung selalunya, kakak dan adik yang rajin ambil 'job' didapur. Bab memasak memang saya 'ngelat'. Kah kah

Apa tugas saya? Selalunya saya akan ambil tugas berkaitan pakaian dan menyapu. Itu dah jadi habit.

Ada seorang kawan pernah bagitau. Tak pandai masak tak mengapa. Tapi jangan malas masak. Tak tau boleh belajar. Tapi kalau malas, dapat title chef pun tak guna.

Kalau korang nak tahu, masa kali pertama suami (masa tu masih kawan) jumpa mak kat kampung, mak dah siap pesan yang saya tak pandai masak. Hah..hah.. comel je mak bagitau peel anak dia.

Saya pernah terbaca ada seseorang tulis tak ingat dari mana sumbernya. Kalau nak cari isteri jangan cari yang hobinya masak. Sebab kalau hobi, dia akan buat bila masa lapang saja. Betul ke? 

Eh.. panjang pulak bebel. Nak bersiap untuk kelas sesi petang. 

Salam jumaat semua! 🌹

-------------------------

Al quran Tagging



ALQURAN TAGGING KECIK & BERZIP 🤩
.
Alhamdulillah A6 Zip sangat sesuai untuk anak-anak yang menghafal Al-Quran. Ringan dan muat dalam bag. 
.
Berzip gold dapat melindungi tag-tag untuk memastikan kekemasan, selamat dan tahan lebih lama☺️
.
5 pilihan warna MEMIKAT MATA
✔️MERAH
✔️PURPLE
✔️PINK
✔️HITAM
✔️TURQUOISE
.
Lagi apa yang BEST❓
.
✔️ Isi dalam PELANGI,BERWARNA WARNI 
✔️Juga terdapat HADIS & hikmah ayat Quran dalam Al Quran ini
✔️COVER AL QURAN dengan warna dan CORAK BUNGA yang MENARIK
✔️ Ada Khatam Tracker. Boleh target dalam 30 hari tau🥰
.
BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?


Whatsapp 0136844409 @ Klik link wasap.my/60136844409/AlQuranA6B
 






Thursday 20 May 2021

Cerita hari raya

 Teks: Suhaila Rahim

Selamat hari raya! maaf zahir batin.

Tahun kedua Raya dalam PKP.  Kami duduk rumah je. Awal pagi buat video call je dengan adik beradik dan mak di kampung. 

Tahun ni jugak kami suami isteri tak beli baju raya. Hanya belikan untuk Afiq. Rezeki ada adik ipar beilak baju raya untuk kakak dan Amni.

Masak? saya tak masak pada hari raya. Rezeki Allah bagi melalui jiran sebelah hulurkan juadah raya. Bukan takde mood nak raya, malas nak berebut kat pasar sehari sebelum raya.

Pagi raya barulah masak masak lontong dengan apa bahan yang ada kat rumah. Sambung pula dengan laksa petang nya. kalau mood tengah rajin memang banyaklah menu. :)

Memandangkan raya ni tak kemana-mana, hari raya kedua dan ketiga kami suami isteri buat yang kami suka, iaitu kemas rumah! 

Bagi kami, Kemas rumah salah satu dari aktiviti yang menenangkan jiwa sebab seronok tengok rumah bersih dan lapang. Terapi jiwa!💗

--------------------------------------------------------

Dropship Al Quran Tagging



 Adakah anda nak jadi jutawan akhirat dengan menyebarkan kebaikan Al Quran kepada orang lain?


Pahala sentiasa mengalir walaupun kita telah tiada di dunia ini.

Jika anda nak jadi sebaik-baik manusia yang bermanfaat kepada orang lain, boleh join team saya. Kita bersama-sama bina generasi yang celik Al Quran.




Berminat, klik sini laju-laju :


Monday 10 May 2021

28 Ramadhan

Teks: Suhaila Rahim

"Afiq nak buka apa hari ni? Mak masak"

"Rahsiaaa"

"Kalau rahsia macam mana nak tau?"

"Rahsianya ialah, nasi ayam, pizza, laksa,.. bla.. bla"

"Takpelah Fiq, simpanlah rahsia tu." 😒
---‐----------------

Habbatussauda 100% tanpa campuran dimesin halus dan digoreng dengan teknik rahsia. 

Khasiat:
◾Digunakan secara tradisional untuk kesihatan badan.
◾Meningkatkan sistem imunisasi badan.
◾Meningkatkan tenaga zahir dah batin.
◾Melancarkan perjalanan darah.
◾Menghangatkan badan.
◾Melawaskan sistem pencernaan.
◾Mengurangkan tekanan & migrain.
◾Menambah susu badan

Sesuai Untuk Lelaki & Perempuan.

Rm25sm/Rm30ss
Isian: 60 kapsul
 
Free Postage | Cod

Whatsapp 0136844409 atau klik link wasap.my/60136844409/hb

Monday 3 May 2021

Kira-kira Afiq

 Teks: Suhaila Rahim


"Amni, lapan tambah lapan berapa?" soal Afiq secara tiba-tiba

" Amni tak tau!" jawab Amni dengan nada sedikit stres

" Itu pun tak tau!' Aqil merungut tak puas hati

"Mak, lapan campur lapan berapa?" Afiq beralih soalan.

"Enam belas" saya memberi jawapan

"Enak belas campur enam belas?" soal Afiq lagi

"Tiga puluh dua"

"Tiga puluh dua camput tiga puluh dua?"

"Enam puluh empat"

"Enam puluh empat campur enam puluh empat?"

Soalan berselang seli dengan jawapan. Jenuhlah  kita ni mencongak-congak. Rasa berdosa pulak kalau bagi jawapan yang tak betul. Biasanya selagi jawapan tak sampai angka ribu-ribu dia tak berhenti bersoal jawab. 

"Wah, banyakkan duit kita ada ribu-ribu!" ucapnya dengan nada riang gembira. 😂

--------------------------------------------------------------------

AL QURAAN TAGGING





AL-QURAN A6 MUAT DALAM HANDBAG. RM20 SAHAJA! 🤩
.
Empat pilihan warna PIKAT MATA
:heavy_check_mark:MERAH
:heavy_check_mark:PURPLE
:heavy_check_mark:PINK
:heavy_check_mark:HITAM
.
Dilengkapi dengan :
⇒ Asbabun Nuzul
⇒ Asmaul Husna
⇒ Hadith Sahih
⇒ Kod Tajwid Bewarna
⇒ Terjemahan Bahasa Malaysia
⇒ Resan Uthmani Bahasa Melayu
.
Lagi apa yang BEST:question:
:heavy_check_mark: Mudah di bawa ke mana-mana
:heavy_check_mark: Isi dalam PELANGI,BERWARNA WARNI
:heavy_check_mark: Terdapat penanda quran comel yang mengandungi Doa Sujud Tilawah, Doa Permulaan Baca Al-Quran.
:heavy_check_mark: Malah juga terdapat penanda quran comel yang mengandungi Panduan Tajwid Kod Berwarna, Tanda Waqaf dan Panduan Berwaqaf.
:heavy_check_mark:COVER AL QURAN adalah soft cover dengan warna yang MENARIK.
.
BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JADI AGENT :question::question:
.
Whatsapp 0136844409 @ KLIK LINK wasap.my/60136844409/altagging laju-laju
.