='description'/>

Monday, 13 December 2021

Inspirasi dari cerita halia

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi



Rezeki minggu lepas dapat dapat pergi rewang kenduri perkahwinan anak saudara. 

Perasaan best tu tak boleh cerita. Pertamanya setelah sekain lama tak pergi majlis kenduri dan kedua dah lama tak pergi rewang kat mana-mana kenduri. Selalunya makan kenduri katering, yang siap sedia untuk makan.

Petang sebelum kenduri dapat luangkan masa sekejap buat kerja-kerja mengupas halia. Duduk bersama saudara terdekat sambil berbual santai dan berkongsi cerita.

Duduk di sebelah saya seorang makcik yang berumur lingkungan 70an sedang tekun menghiris halia sambil berbual dengan saya. Disebelahnya ada lagi seorang makcik yang lebih muda juga tekun membuat kerja yang sama.

Saya hanya memerhati hasil halia yang dia buat. Hirisannya sangat halus dengan saiz yang hampir sama. Berbanding hirisan halia yang saya buat. Hirisan halia yang saya buat  agak kasar dan tidak seragam. Hi..Hi.. Dalam memerhati saya berani kan diri untuk bertanya.

"Makcik, beza ke rasa masakan kalau halia dihiris halus-halus atau kasar-kasar?" 

Dengan bersahaja, makcik tu terus memberi pandangan yang memberi makna mendalam buat saya,

"Rasanya sama je, tapi pandangan kita yang melihat masakan tu macam 'tak sedap dipandang  mata'. tu jerr" 

Oh... saya mengangguk faham.

Jawapan pendek makcik tu macam ada yang menyentap hati saya. Ayatnya pendek dan penuh seni tapi memberi maksud yang mendalam. Itulah budaya orang lama yang bukan sahaja dalam menjaga kata-kata yang baik didengar, tetapi sangat memberi pengajaran.

Tiba-tiba ada seorang kakak kat sebelah berbisik.

"Kita orang muda, tak sabar. Semua nak cepat. tak macam orang dulu-dulu"

Ha.haha..... Kami ketawa sesama sendiri. Betullah tu kan? Sekarang semua nak cepat. 😂
------------------------------------------------------------



ALQURAN HANTARAN CANTIK


 




Peminat warna ungu dan turqoise hadir sini kejap  

Psstt.. awak suka tak Al-Quran eksklusif macam dalam gambar ni? Suka? Haa saya nak bagi sesuatu yang istimewa kat awak tau, percuma je kalau awak berjaya miliki Al-Quran ni. 

Meh hubungi saya dulu,kalau tak nak saya pun takpa hurm.. Tapi pastikan hubungi agent sah Sahabat At Taqwa tau. 

PERCUMA JE UNTUK AWAK.. 




No comments:

Post a Comment