='description'/>

Tuesday 23 May 2023

Urus harta sebelum mati

Teks: Suhaila Rahim

"Hati-hati kalau semakin bertambah umur kita, almari baju kita bertambah"

Alamak! Sentap betul dengan pesanan Ustazah Muzayyanah tiga hari lepas.

Terus bukak almari, termenung.

Baju zaman kurus-kurus rasanya semua dah sedekah, tinggal baju-baju saiz terkini je yang ada. 🤭

Sejak sepuluh tahun membina ofis di rumah ni, rasanya dah kurang beli baju. Kalau ada cuma sepasang dua untuk raya. Tapi hakikatnya almari makin sempit. Acaner tu?  🤔

Dalam satu buku yang CikSue baca. Satu tips nak kurangkan baju dalam almari. Kalau kita nak 'tambah' satu baju, pastikan kita keluarkan satu baju yang sudah lama tak dipakai. 

Tapi kadang-kadang rasa sayangkan? Ada ketika kita rasa kita akan pakai baju itu semula suatu hari nanti. Atau kita rasa anak akan warisi baju-baju kita nanti. Tapi hakikatnya... (kita jawablah sendiri) 🤣

Satu motivasi yang CikSue pegang untuk elak rasa sayang tu, dengan satu tazkirah. Kita akan dihisab dengan semua harta yang kita ada. Selagi kita hidup, uruslah yang kita milikki supaya tak menjadi beban kita di sana nanti. Subhanallah..

Semalam selesai melepaskan tiga plastik baju dan kasut yang masih elok untuk diguna. Alhamdulillah. Moga istiqomah! 😍

#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati

----------------------------------

"Bila baca maksud lebih terkesan. Bila dah faham makna doa lebih penghayatan bila kita meminta pada Allah"

📲 Klik https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob untuk mula belajar! 

💎 Join Channel Think Quran 
https://t.me/ThinkQuranSahabatAtTaqwa

💎 Nak kami guide satu2 untuk register?

#SahabatAtTaqwa #ThinkQuran #ResellerThinkQuran #JomDaftar

Sunday 21 May 2023

THINK QURAN FESTIVAL 16 - 18 JUN 2023


‼️ *COUNTDOWN : 26 HARI MENUJU HARI PELANCARAN THINK QURAN FESTIVAL SECARA BESAR-BESARAN BULAN JUN 2023 INI DI THE CURVE MALL DAMANSARA*‼️

Majlis Pelancaran ini tidak berlangsung selama sehari ataupun 2 hari.

Tetapi ianya berlangsung selama 3 hari berturut2.

Pelbagai program menarik telah di rancang dan di atur. Dan juga penampilan tetamu2 jemputan yang istimewa.


Majlis Pelancaran Think Quran ini bukan majlis mereka.

Tetapi ianya adalah *MAJLIS KITA.*

Kita perlu pastikan seramai mungkin sahabat dan kenalan2 kita hadir ke majlis pelancaran ini .

Hari tersebut akan menjadi sejarah, dan kita berada di dalam lipatan sejarah tersebut.

Jumpa kalian di The Curve Damansara.

*PRESIDENTS,*
*ARE YOU READY*❓‼️

*SEMANGAT BOSS* 🚀🚀🚀

P/s : Jom sertai kami. Menjadi sebahagian dari Keluarga Think Quran X Sahabat At Taqwa dalam misi #100JutaUmatIslamFahamAlQuran .

=====

🔥Nak tanya DETAILS Think Quran
👇👇
http://www.wasap.my/+60136844409/NakTanyaDetailThinkAlQuranBoleh

🔥Nak DEMO produk Think Quran
👇👇
https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob

🔥Group JANA INCOME Khas untuk Think Quran X Sahabat At Taqwa
👇👇
https://t.me/+f1jtDutwdshjZjVl

🔥Dah DECIDE berapa BC nak daftar sebagai Reseller
👇👇
http://www.wasap.my/+601136844409/NakRegisterAsResellerThinkQuran

Saturday 20 May 2023

Selamat Hari Lahir Afiq!

Teks: Suhaila Rahim


Selamat hari Lahir Afiq!

Sebulan lepas, awal-awal dia buat permintaan.

Nanti dah besar, dia tak nak duduk asrama macam Abang Aqil.

Dia nak sekolah kat rumah je sampai besar.

Boleh jerr Fiq.... boleh temankan mak abah meniti hari-hari menambah usia. 🤭

Anak nombor tiga. Anak abah!

Yang paling cepat mengamuknya dan yang paling 'care' orang-orang disekelilingnya. 

Itulah dia.

Moga Afiq jadi anak soleh dan muslih. Aameen. 🤲

#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati
------------------------------

Testimoni Pengguna Think Quran

Pandai bahasa Aran dengan Think Quran  seolah-olah bahasa al-Quran sangat dekat dengan saya.

Klik https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob untuk mula belajar! 😄

💎 Join Channel Think Quran 
https://t.me/ThinkQuranSahabatAtTaqwa

💎 Nak kami guide satu2 untuk register?

#SahabatAtTaqwa #ThinkQuran #BelajarBahasaArab #BelajarPerkataanQuran



Sunday 14 May 2023

Selamat Hari Ibu!

Teks: Suhaila Rahim


Ciksue pernah mengenali seorang kakak ni, dalam umur awal 50an. Dikurnia tujuh orang anak dalam lingkungan umur remaja dan beliau juga seorang pekerja di sebuah jabatan kerajaan di selatan tanahair.

Allah uji beliau dengan seorang suami yang tidak menjalankan tanggungjawab nafkah untuk keluarga. Suami tidak bekerja dan hanya menagih duit isteri untuk keperluan sendiri.

Bahkan, rumahnya selalu dikunjungi oleh ah long yang datang menuntut hutang piutang yang dibuat oleh pihak suami.

Walau diuji sebegitu rupa, kakak ini dikenali sebagai seorang yang sangat ceria dan ramah. Hinggakan CikSue yang kali pertama jumpa, tak menyangka beliau diuji sebegitu rupa.

Antara kata-kata kakak ni yang CikSue ingat sampai sekarang.

"Akak lebih rela susah membesarkan tujuh orang anak sendiri, daripada menanggung seorang suami macam tu!"

Allahhu..kuatnya hati seorang ibu. Moga Allah mudahkan urusan akak dan anak-anak.

Selamat hari ibu buat semua ibu hebat! Kita kena kuat!!! ❤️❤️❤️

#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati

--------------------------------------

Ibu tidak pernah meminta apa-apa selain kebahagiaan anaknya sendiri. Ungkapan rasa terima kasih dan cinta yang kuat yang selalu kita rasakan untuk ibu.

Ibu, terima kasih untuk semua yang telah kamu lakukan untuk anakmu. Terima kasih kerana sentiasa menjadi tempat perlindungan. Terima kasih sebab ibu sentiasa ada bila diperlukan. Terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi kasih sayang dan sokongan.

Terima laaa Naskah Cinta Buat Ibu...semoga ibu selalu bahagia di dunia dan akhirat. Terima Kasih ibu❤️


#SahabatAtTaqwa #promosiukiran


Wednesday 10 May 2023

Cerita Kek Kampung

Teks: Suhaila Rahim

Hari ini Ciksue nak cerita pasal kek kampung.

Masa pergi beraya ke rumah mak saudara suami dua minggu lepas, kami dihidangkan macam-macam menu. Antara yang menjadi tumpuan adalah kek kampung dan agar-agar sirap (atau pun nama lainnya lengkong).

Menu yang simpel dan sangat sedap. Mungkin juga sebab dari air tangan orang-orang lama yang buat.

Kek kampung juga bawa nostalgia Ciksue bersama dengan dengan Arwah Ayah.

Ingat lagi, setiap kali tiba malam raya, ayah lah yang ambil tugas kacau margerin dengan gula sampai kembang.

Mak akan siapkan sukatan bahan, ayah akan alih 'memutar'. Mak akan sambung dengan tugas-tugas lain pula.

Waktu tu takda mixer, semua buat dengan tangan. Dan selalunya ayah yang ambil tugas itu dari mula sampai akhir. Sambil tangan dia mengacau, dia akan menonton televisyen atau video-video cerita feveret, cerita P.Ramlee.

Semalam buatkan kek yang sama untuk Amni. Tapi CikSue derhaka sikit dari resepi yang mak biasa buat. Campur sikit susu cair untuk bagi 'moist'.

Alhamdulillah, pagi ni Amni bawa ke jamuan raya tadika.

Moga sedaplah ya.. 😁


#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati

-------------------------------------

𝗦𝗧𝗥𝗘𝗦𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗹 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵, 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗵𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻?

Dah jangan stress lagi. Jom intai Al Quran Hantaran yang ada di Sahabat At Taqwa

Dengan design yang premium dan boleh tambah ukiran pada cover untuk nampak lebih eksklusif 😍


#SahabatAtTaqwa #AlQuran #AlQuranTagging


Tuesday 9 May 2023

Kutipan hikmah tentang IKHLAS

Teks: Suhaila Rahim

Ikhlas itu umpama semut hitam, yang berjalan di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita. Ia rahsia Allah. Nampak ringan tapi berat nak buat.

Bila cerita pasal ikhlas kena kenal pasti sebelum, semasa dan slepas kita buat sesuatu perkara. Nak tahu apakah kita betul-betul ikhlas, tunggu kita dah mati nanti adakah kita ikhlas atau tak ikhlas.

Banyak yang menguji untuk kita ikhlas. Allah akan menguji sejauh mana kita ikhlas. 

Keikhlasan boleh berubah masa ke semasa. Mungkin sekarang ikhlas, lepas satu tempoh masa mungkin akan menjadi tidak ikhlas. Sebab hati kita berbolak balik. Kena jaga hati dengan selalu beristighfar untuk selalu perbaikki niat setiap masa.

Bila kita rasa tak ikhlas, kena faham apa yang kita boleh buat atas izin Allah bukan atas kelebihan kita. Jadi kita tak rasa bangga dengan apa yang kita ada. Doa pada Allah agar selalu selamatkan kita dari  rasa riak dari masa kita buat sesuatu sampai akhir umur kita nanti.

Ulama kata, riak ini boleh berlaku antara dua. Yang pertama bila kita buat sesuatu kerana manusia dan kedua kita tinggal sesuatu kerana manusia.

Contoh kita nak sedekah, dan ada orang lalu, kita tak tjadi sedekah sebab manusia ia juga riak. apa solusinya? ustazah kata teruskan kalau nak buat baik, tak perlu fikir panjang buat saja dan doa pada Allah, "ya Allah jaga hati aku". Kaedahnya nak jaga ikhlas, kena sembunyikan amal. 

Bila ada oarng puji kembalikan semua kebaikan pada Allah kembali. "Haza min fadhli Rabbi", Semua ini adalah kurniaan Tuhanku.

Akhir sekali Ustazah pesan kalau kita membuat sesuatu yang akhirnya, mengharapkan kebaikan datang untuk diri sendiri sahaja, itu masih tak ikhlas.

Allahhu.. susahnya nak IKHLAS  hu..hu..

#kuliahUQAFY
#CikSueSharedariHati
#40haricabaranmenulis
-----------------------

KOMBO AL QURAN FLORAL & APPS THINK QURAN USER PLUS

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati penjimatan besar-besaran pada produk kami!

Istimewa untuk anda kami menawarkan 𝗞𝗼𝗺𝗯𝗼 𝗧𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗨𝘀𝗲𝗿 𝗣𝗹𝘂𝘀 + 𝗔𝗹 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗔𝟲 𝗙𝗹𝗼𝗿𝗮𝗹 dengan 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗥𝗠𝟮𝟵𝟵 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔!

Dapatkan sekarang dan hubungi reseller sah Sahabat At Taqwa 😄

📲 Klik https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob untuk mula belajar! 😄

💎 Join Channel Think Quran 
https://t.me/ThinkQuranSahabatAtTaqwa

💎 Nak kami guide satu2 untuk register?

#SahabatAtTaqwa #ThinkQuran #ResellerThinkQuran #JomDaftar

Monday 8 May 2023

Cara Imbas Kod QR dengan applikasi Facebook

Teks: Suahila Rahim
Gambar: Koleksi Peribadi


STEP 1



STEP 2



Step 3


Step 4


Ini kisah dua bulan lepas. Ketika anak CikSue kena tahan wad.
Lepas habis masa lawatan dari doktor senior, datang seorang doktor wanita berbangsa Cina minta CikSue imbas satu kod QR untuk mengisi satu borang.
Segera CikSue capai phone untuk scan. Dalam mencari-cari aplikasi itu di telefon baru perasan, aplikasi tu dah kena buang sebab jarang diguna.
"Maaf doktor, saya dah uninstall apps tu"
"Puan ada Facebook?"
"Ada"
"Ok, bukak phone puan, saya ajar"
Dia pun tunjuk cara. Dengan hanya beberapa klik, Alhamdulillah.. selesai.
"Wah.. terima kasih doktor ajar saya."
"Takpe puan, saya pun ada kawan yang ajar."
Comel je doktor tu memberi respon. Orangnya genit, kulit putih melepak dan suara pun lembut je. Rasa macam nak picit-picit je pipi dia. Kah kah
-----------------
CikSue tunjuk semua step seperti yang doktor tu ajar di dalam gambar. Boleh cuba try test! Ahaks...
Jangan lupa imbas sekali Kod QR sebelah tu ya.. Ciksue nak bagi hadiah 😍
Jangan lupa SHARE. Moga bermanfaat!

Sunday 7 May 2023

Think Quran - peneraju aplikasi belajar bahasa Alquran cara mudah

Teks: Suhaila Rahim


"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”. (HR. Bukhori).

Moga Allah pilih kita menjadi sebahagian dari golongan itu. Aameen 🤲

Bab belajar itu, InshaaAllah dalam proses. Masih berjalan belajar tajwid, belajar makhraj, dan masih bertatih untuk bertaddabur.

Tapi dari sudut hati yang paling dalam, CikSue berimpian nak mengajar Alquran. Nampak macam jauh lagi perjalanan tu, tapi mohon sahabat doakan sebelum Allah panggil dapatlah Ciksue mencapai impian itu. 😍

Teringat satu tazkirah, Ustaz pesan dalam hidup jangan jauh dari Alquran. Libatkan diri dalam apa cara pun dengan Alquran. InshaaAllah berkah hidup dunia dan akhirat. Aameen.

Bagi sahabat yang belum kenal, ingin CikSue perkenalkan diri. Ciksue merupakan Perunding Alquran Tagging SAHABAT AT TAQWA dan Reseller berdaftar Aplikasi THINK QURAN (TQ). 

Sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan Alquran Terjemahan (Bertaggging dan tanpa Tagging) boleh pm Ciksue. Alquran yang kami ada sangat eksklusif dan sangat sesuai dijadikan hadiah istimewa. 🤩

Bagi mereka yang nak belajar bahasa Alquran dengan lebih mudah dan seronok, dapatkan Aplikasi terkini iaitu THINK QURAN. Misi kami adalah membantu 100 juta muslim memahami ayat-ayat Alquran.

Selain itu CikSue juga membuka peluang sahabat-sahabat untuk menaja/infaq serendah 10 ringgit bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk dapatkan Alquran atau Aplikasi THINK QURAN. Moga infaq menjadi saham jariah kita. InshaaAllah.

Untuk sebarang info sahabat boleh klik link-link wasap.my/60136844409/NakTahuThinkQuran atau nak mencuba Think Quran secara percuma? Klik sini https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob (Klik link dan register di profile)

Nak jana income sebagai Reseller /Agen Jualan Alquran? Klik sini wasap.my/60136844409/nakdaftarresellerTQ atau klik link https://thinkquran.com?r=aqnahbiz

Salam Ukhwah Fillah. 🌹

#Quran 
#thinkquran

Tuesday 2 May 2023

Belajar Bahasa Arab cara mudah


Belajar Al Quran Dengan Mudah

CUBA sesi pertama belajar bahasa Arab Al Quran secara *PERCUMA*

✅ 15 minit sehari 
✅ Tanpa Asas bahasa Arab
✅ Semua peringkat umur