='description'/>

Sunday, 14 May 2023

Selamat Hari Ibu!

Teks: Suhaila Rahim


Ciksue pernah mengenali seorang kakak ni, dalam umur awal 50an. Dikurnia tujuh orang anak dalam lingkungan umur remaja dan beliau juga seorang pekerja di sebuah jabatan kerajaan di selatan tanahair.

Allah uji beliau dengan seorang suami yang tidak menjalankan tanggungjawab nafkah untuk keluarga. Suami tidak bekerja dan hanya menagih duit isteri untuk keperluan sendiri.

Bahkan, rumahnya selalu dikunjungi oleh ah long yang datang menuntut hutang piutang yang dibuat oleh pihak suami.

Walau diuji sebegitu rupa, kakak ini dikenali sebagai seorang yang sangat ceria dan ramah. Hinggakan CikSue yang kali pertama jumpa, tak menyangka beliau diuji sebegitu rupa.

Antara kata-kata kakak ni yang CikSue ingat sampai sekarang.

"Akak lebih rela susah membesarkan tujuh orang anak sendiri, daripada menanggung seorang suami macam tu!"

Allahhu..kuatnya hati seorang ibu. Moga Allah mudahkan urusan akak dan anak-anak.

Selamat hari ibu buat semua ibu hebat! Kita kena kuat!!! ❤️❤️❤️

#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati

--------------------------------------

Ibu tidak pernah meminta apa-apa selain kebahagiaan anaknya sendiri. Ungkapan rasa terima kasih dan cinta yang kuat yang selalu kita rasakan untuk ibu.

Ibu, terima kasih untuk semua yang telah kamu lakukan untuk anakmu. Terima kasih kerana sentiasa menjadi tempat perlindungan. Terima kasih sebab ibu sentiasa ada bila diperlukan. Terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi kasih sayang dan sokongan.

Terima laaa Naskah Cinta Buat Ibu...semoga ibu selalu bahagia di dunia dan akhirat. Terima Kasih ibu❤️


#SahabatAtTaqwa #promosiukiran


No comments:

Post a Comment