Showing posts with label Alquran ukir nama. Show all posts
Showing posts with label Alquran ukir nama. Show all posts

Sunday, 14 May 2023

Selamat Hari Ibu!

Teks: Suhaila Rahim


Ciksue pernah mengenali seorang kakak ni, dalam umur awal 50an. Dikurnia tujuh orang anak dalam lingkungan umur remaja dan beliau juga seorang pekerja di sebuah jabatan kerajaan di selatan tanahair.

Allah uji beliau dengan seorang suami yang tidak menjalankan tanggungjawab nafkah untuk keluarga. Suami tidak bekerja dan hanya menagih duit isteri untuk keperluan sendiri.

Bahkan, rumahnya selalu dikunjungi oleh ah long yang datang menuntut hutang piutang yang dibuat oleh pihak suami.

Walau diuji sebegitu rupa, kakak ini dikenali sebagai seorang yang sangat ceria dan ramah. Hinggakan CikSue yang kali pertama jumpa, tak menyangka beliau diuji sebegitu rupa.

Antara kata-kata kakak ni yang CikSue ingat sampai sekarang.

"Akak lebih rela susah membesarkan tujuh orang anak sendiri, daripada menanggung seorang suami macam tu!"

Allahhu..kuatnya hati seorang ibu. Moga Allah mudahkan urusan akak dan anak-anak.

Selamat hari ibu buat semua ibu hebat! Kita kena kuat!!! ❤️❤️❤️

#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati

--------------------------------------

Ibu tidak pernah meminta apa-apa selain kebahagiaan anaknya sendiri. Ungkapan rasa terima kasih dan cinta yang kuat yang selalu kita rasakan untuk ibu.

Ibu, terima kasih untuk semua yang telah kamu lakukan untuk anakmu. Terima kasih kerana sentiasa menjadi tempat perlindungan. Terima kasih sebab ibu sentiasa ada bila diperlukan. Terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi kasih sayang dan sokongan.

Terima laaa Naskah Cinta Buat Ibu...semoga ibu selalu bahagia di dunia dan akhirat. Terima Kasih ibu❤️


#SahabatAtTaqwa #promosiukiran


Tuesday, 11 April 2023

Bila Amni nak speaking..

Teks: Suhaila Rahim


Dalam sibuk-sibuk tolong Bunda Zusiyana Abdul Haris buat sijil tadarus, Amni datang dengan mood nak speaking. Mood yang ni selalu datang tanpa dijangka. 🤭

"What are you doing Mommy?"

"Buat sijil tadarus ni."

"Mak jawab lah. I work. Nanti Amni cakap, Ok"

"Oh.. ok. I work"

"Ok"

Aduhai anak. Macam-macam 😁

Terima kasih Amni. Tak kacau mak buat kerja. Alhamdulilah. Selesai sijil Tadarus Ramadhan untuk Team A dan C. Satu grup lagi.. Caiyok 💪💪

Apapun tahniah kepada sahabat-sahabat yang bakal khatam tadarus sabtu ni!

#ceritaamni 
#TadarusAlquran2023

---‐-----------------------------
Alquran Zayyan saiz kecil

Comel laa Al Quran dengan ukiran nama macam ni kan. Rasa lagi bersemangat nak baca😍

Sesuai juga kalau nak dijadikan sebagai hadiah birthday untuk sahabat dan adik beradik.

Dapatkan sekarang dengan 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗥𝗠𝟰𝟳 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗨𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗠𝗔 + 𝗗𝗥𝗔𝗪𝗦𝗧𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗚 + 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗨𝗟 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗘𝗞𝗦𝗞𝗟𝗨𝗦𝗜𝗙. 

Menarik kan? Jadi tunggu apa lagi? Jom rebut peluang keemasan ini sekarang!

#SahabatAtTaqwa #ramadan2023 #alquranA6Zayyan #produkbaru #launchingproduk

Friday, 22 July 2022

Tips dapat tunaikan Ibadah haji

 Teks: Suhaila Rahim


Cerita hari isnin.

Dalam perjalanan balik poskan buku Inspirasi ni, dengar ada seorang Ustaz ceramah di radio IKIM.
Ustaz bagi 4 tips cara nak tunaikan Haji.

1. Niat sungguh-sungguh nak tunaikan haji
2. Mesti daftar nak tunaikan haji
3. Berusaha untuk tambah simpanan ikut kemampuan
4. Doakan orang lain dulu dapat tunaikan haji. Sebut nama-nama mereka dalam doa-doa kita.
In shaaAllah, ustaz kata , moga kita dijemput sebagai tetamunya.

Tips nombor 1 hingga 3 mungkin macam biasa. Tapi tips nombor 4 tu buat diri ini terdiam dan terdetik dalam hati. Allahhu.. kenapa aku tak doa macam tu? 😔

So hari ni, ciksue nak doakan semua sahabat yang belum tunaikan haji dan membaca posting ini dijemput menjadi tetamunya dalam tempoh terdekat ini.

Aameen Allahhumma Aameen. 🤲🤲🤲

--------------------------------------------------------------------------

PROMOSI ISTIMEWA HANYA UNTUK ANDA YANG ISTMEWA❤️😍

Promosi JIMAT DOOH! Memang susah nak cari kat tempat lain yang buat promosi potongan harga ukiran Al Quran sehingga 50%

Dah laa murah, siap bagi FREE GIFT macam-macam lagi😍 Suka ke suka sangat?😁

Kalau suka tunggu apa lagi?? Promosi sah sehingga 31 Julai 2022 sahaja!

Dapatkan sekarang! klik wasap.my?60136844409/promosi AQUkirnama








Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...