Showing posts with label think quran. Show all posts
Showing posts with label think quran. Show all posts

Tuesday, 4 July 2023

Cerita mangga

 Teks: Suhaila Rahim


Sejak ada mangga berbuah ni, semangat lain macam nak sidai kain awal pagi.

.

Alhamdulillah. Kali ni, buah merimbun tak macam biasa. Waktu kali pertama berbuah, hanya tiga biji yang membesar elok. Cantik buahnya, sebab mangga ini berwarna merah jingga dan rasanya lemak manis.
.
Terfikir pulak kali ini, kena balut awal. Nanti taklah rosak buahnya nanti.

Pagi ni tanya Encik Suami.

"Ada ke orang balut buah kecik macam ni?"

"Ada!"

"Siapa?"

"Rafisuhaila.."

Kah kah... tersengih je dia bagi jawapan.

Sebenarnya, dah boleh agak jawapan tu. Tapi tulah nak jugak tanya.. 🤭



“Baru 300 lebih perkataan dah cover 63.15% al-Quran”

Ayuh dengarkan testimoni Think Quran daripada seorang usahawan, Muhd Fazli.

Imbas QR kod di poster atau klik untuk menonton (youtube.com/watch?v=w06RvhdUbQU)

📲 Klik https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob untuk mula belajar! 😄

💎 Join Channel Think Quran
https://t.me/ThinkQuranSahabatAtTaqwa

💎 Nak kami guide satu2 untuk register?
http://www.wasap.my/+60136844409/NakRegisterResellerTQTele

#SahabatAtTaqwa #thinkquran #barakah #Quran #islamic


Sunday, 25 June 2023

Masak dari hati

Teks: Suhaila Rahim


Alhamdulillah. Menu simple tengahari ini.

Dulu-dulu bila borak pasal masak, Ciksue selalunya, tiba-tiba akan jadi pendiam. Rasa rendah diri nak bagi idea 😂

Sebab nak cakapnya, memang tak pandai masak. Ahaks..

Apa taknya, bila diusia sepuluh tahun, dah masuk asrama, semua terhidang depan mata.

Balik rumah sekali sekala, memang jarang sekali nak ambil tahu urusan dapur.

Rela diberi tugas lain, sanggup lagi menyapu keliling rumah atau uruskan kain pagi ke petang. 

Tapi, bila dah meningkat dewasa,  kata-kata santai seorang sahabat ni sangat memberi inspirasi.

"Tak pandai masak takpe, jangan malas!"

Dush.. deep sampai sekarang! 😁

#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati
----------------------------------------

𝗝𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔😍

Raya haji bakal tiba tak lama lagi...dah ada handsock sedondon dengan baju ke belum tu?

Kalau belum ada, jom laju-laju hubungi agent Sahabat At Taqwa yang sah dengan segera!

Beli COMBO sempena promosi ni, korang boleh jimat berganda-ganda tau! Dapatkan sekarang sebelum TERLAMBAT! STOK LIMITED!

wasap.my/60136844409/kombohandsock

#SahabatAtTaqwa #Handsock #Promosi




Thursday, 1 June 2023

Think Quran: Alamak! turun tahap..

Teks: Suhaila Rahim


Alamak, lemahhhh.. siap kena turun tahap lagi tu 😅

Nasib baik robot soleh ni takde suara nak gelakkan.

Dulu teringin nak sekolah agama, sebab nak belajar arab. Tapi Allah tak izin.

Dah besar-besar kena belajar sendirilah nampaknya.

Tapi sejak belajar dengan adanya Think Quran cepat pulak ingatnya. Alhamdulillah.

Dah umur-umur macam ni kena belajar cara ringkas supaya mudah hadam.
Kalau bagi buku suruh hafal dari kulit ke kulit tak mampu kut nak hafal.

Buktinya anak yang ajar arab nombor satu sampai sepuloh pun sampai sekarang tak hafal. 🤭
Ish... apa nak jadi dengan Rafisuhaila Rahim ni.
Lemah betulll... 🫣



Wednesday, 10 May 2023

Cerita Kek Kampung

Teks: Suhaila Rahim

Hari ini Ciksue nak cerita pasal kek kampung.

Masa pergi beraya ke rumah mak saudara suami dua minggu lepas, kami dihidangkan macam-macam menu. Antara yang menjadi tumpuan adalah kek kampung dan agar-agar sirap (atau pun nama lainnya lengkong).

Menu yang simpel dan sangat sedap. Mungkin juga sebab dari air tangan orang-orang lama yang buat.

Kek kampung juga bawa nostalgia Ciksue bersama dengan dengan Arwah Ayah.

Ingat lagi, setiap kali tiba malam raya, ayah lah yang ambil tugas kacau margerin dengan gula sampai kembang.

Mak akan siapkan sukatan bahan, ayah akan alih 'memutar'. Mak akan sambung dengan tugas-tugas lain pula.

Waktu tu takda mixer, semua buat dengan tangan. Dan selalunya ayah yang ambil tugas itu dari mula sampai akhir. Sambil tangan dia mengacau, dia akan menonton televisyen atau video-video cerita feveret, cerita P.Ramlee.

Semalam buatkan kek yang sama untuk Amni. Tapi CikSue derhaka sikit dari resepi yang mak biasa buat. Campur sikit susu cair untuk bagi 'moist'.

Alhamdulillah, pagi ni Amni bawa ke jamuan raya tadika.

Moga sedaplah ya.. 😁


#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati

-------------------------------------

𝗦𝗧𝗥𝗘𝗦𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗹 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵, 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗵𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻?

Dah jangan stress lagi. Jom intai Al Quran Hantaran yang ada di Sahabat At Taqwa

Dengan design yang premium dan boleh tambah ukiran pada cover untuk nampak lebih eksklusif 😍


#SahabatAtTaqwa #AlQuran #AlQuranTagging


Tuesday, 9 May 2023

Kutipan hikmah tentang IKHLAS

Teks: Suhaila Rahim

Ikhlas itu umpama semut hitam, yang berjalan di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita. Ia rahsia Allah. Nampak ringan tapi berat nak buat.

Bila cerita pasal ikhlas kena kenal pasti sebelum, semasa dan slepas kita buat sesuatu perkara. Nak tahu apakah kita betul-betul ikhlas, tunggu kita dah mati nanti adakah kita ikhlas atau tak ikhlas.

Banyak yang menguji untuk kita ikhlas. Allah akan menguji sejauh mana kita ikhlas. 

Keikhlasan boleh berubah masa ke semasa. Mungkin sekarang ikhlas, lepas satu tempoh masa mungkin akan menjadi tidak ikhlas. Sebab hati kita berbolak balik. Kena jaga hati dengan selalu beristighfar untuk selalu perbaikki niat setiap masa.

Bila kita rasa tak ikhlas, kena faham apa yang kita boleh buat atas izin Allah bukan atas kelebihan kita. Jadi kita tak rasa bangga dengan apa yang kita ada. Doa pada Allah agar selalu selamatkan kita dari  rasa riak dari masa kita buat sesuatu sampai akhir umur kita nanti.

Ulama kata, riak ini boleh berlaku antara dua. Yang pertama bila kita buat sesuatu kerana manusia dan kedua kita tinggal sesuatu kerana manusia.

Contoh kita nak sedekah, dan ada orang lalu, kita tak tjadi sedekah sebab manusia ia juga riak. apa solusinya? ustazah kata teruskan kalau nak buat baik, tak perlu fikir panjang buat saja dan doa pada Allah, "ya Allah jaga hati aku". Kaedahnya nak jaga ikhlas, kena sembunyikan amal. 

Bila ada oarng puji kembalikan semua kebaikan pada Allah kembali. "Haza min fadhli Rabbi", Semua ini adalah kurniaan Tuhanku.

Akhir sekali Ustazah pesan kalau kita membuat sesuatu yang akhirnya, mengharapkan kebaikan datang untuk diri sendiri sahaja, itu masih tak ikhlas.

Allahhu.. susahnya nak IKHLAS  hu..hu..

#kuliahUQAFY
#CikSueSharedariHati
#40haricabaranmenulis
-----------------------

KOMBO AL QURAN FLORAL & APPS THINK QURAN USER PLUS

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati penjimatan besar-besaran pada produk kami!

Istimewa untuk anda kami menawarkan 𝗞𝗼𝗺𝗯𝗼 𝗧𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗨𝘀𝗲𝗿 𝗣𝗹𝘂𝘀 + 𝗔𝗹 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗔𝟲 𝗙𝗹𝗼𝗿𝗮𝗹 dengan 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗥𝗠𝟮𝟵𝟵 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔!

Dapatkan sekarang dan hubungi reseller sah Sahabat At Taqwa 😄

📲 Klik https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob untuk mula belajar! 😄

💎 Join Channel Think Quran 
https://t.me/ThinkQuranSahabatAtTaqwa

💎 Nak kami guide satu2 untuk register?

#SahabatAtTaqwa #ThinkQuran #ResellerThinkQuran #JomDaftar

Tuesday, 2 May 2023

Belajar Bahasa Arab cara mudah


Belajar Al Quran Dengan Mudah

CUBA sesi pertama belajar bahasa Arab Al Quran secara *PERCUMA*

✅ 15 minit sehari 
✅ Tanpa Asas bahasa Arab
✅ Semua peringkat umur

Sunday, 16 April 2023

Cerita Tadarus

Teks: Suhaila Rahim


"Aku rasa, sampai umur xx nanti, aku nak pakai macam ni. Tudung macam tu. Aku nak siap beli dari sekarang!" luah seorang sahabat sambil merujuk pada seseorang.

"Kalau mati sebelum tu umur tu macam mana?" Ciksue menambah.

"Ahah kan.. kalau kalau mati tak sempat pakai. Kah.. kah..." sambung sahabat.

Berderai kami ketawa macam lupa tengah berada dalam majlis.

Allahhu. Seronoklah dapat borak-borak sambil muhasabah diri. Lama tak jumpa geng boleh ngam borak macam ni.. 🤣

Teringat cerita mak, masa balik kampung dua minggu lepas.

Asalnya dia cerita pasal tadarus surau. Walaupun ketika itu baru dua minggu berpuasa, dah 2 kali khatam katanya. Alhamdulillah rezeki tahun ni yang join ramai.

Cerita punya cerita, hujung ayat mak tu yang buat Ciksue rasa menyentuh hati.

"Yang banyak bagi alasan, tak nak join tadarus, mak cakap je. Jangan risau kerja-kerja kat rumah tu. Anggap je kita dah mati. Pandai-pandailah yang tinggal nak buat apa kalau kita dah takda"

Ko rasa? 🤭

#ciksuecerita
#bloggerlife
------------------------------

Mencari Alquran eksklusif untuk team?

Borong Al Quran Fayyadh dengan ukiran pada cover untuk dijadikan sebagai hadiah kenangan istimewa🥰

Berminat? Klik link untuk info wasap.my/60136844409/QuranFayyadh

Harga mampu milik.


Saturday, 15 April 2023

Apa itu THINK QURAN?

Think Quran adalah aplikasi kaedah mudah belajar bahasa al-Quran dalam 15 minit sehari walaupun tak tahu langsung Bahasa Arab. 

Dengan 900 perkataan dapat faham 80% dalam al-Quran. 

Kelebihan kaedah Think Quran:
MUDAH - Belajar dalam skop kecil dan senang dikuasai.

BERKESAN - Fokus pada kalimah al-Quran yang paling kerap berulang.

PEMAHAMAN LEBIH JELAS - Rasa peningkatan pemahaman ketika membaca al-Quran.

Selepas bayar sila bagi Nama, Email dan No. HP untuk pendaftaran.

Untuk percubaan Jom klik link ini sekarang! https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob 

Atau info lanjut klik wasap.my/60136844409/ThinkQuran

Daftar akaun diprofile dulu ya! 🥰

Peluang untuk jana income juga diberi!

Thursday, 13 April 2023

Siapa anak yang paling baik?

Teks: Suhaila Rahim

Bulan April ni CikSue gagahkan diri, buat marathon mendengar kuliah dari youtube Ustazah Qurrotul Aien Fatah Yasin.

Ciksue 'In love' betul dengan pengisian setiap ceramah beliau. ❤️

Antara pengisian yang Ustazah share pasal doa anak soleh.

Ustazah kata anak yang paling baik, bukan yang paling banyak bagi duit, atau bukan juga anak yang menjaga ibubapa mereka. Tapi anak yang paling baik ialah yang paling banyak mendoakan ibubapa nya.

Macam mana nak tahu? Wallahualam. Dah mati nanti baru kita tahu anak mana yang paling banyak mendoakan. Hu..hu  

Sekali dengar sentap sendiri.

Ustazah juga tinggalkan pesan, selalu lah ingat anak-anak supaya selalu mendoakan mak ayah. Itulah antara pencen kubur kita nanti.

Allahhu. Rabbighfirli Waliwalidayya. Al Fatihah untuk Arwah Ayah.

Muhasabah untuk diri sendiri.😢

~Anak yang selalu lupa~

-----------------------------------------
THINK QURAN

Think Quran direka khas dalam skop yang kecil agar mudah difahami dan diingati.

Nak belajar perkataan al-Quran dengan berkesan?

Klik sini https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob

📍 Join Channel Think Quran
https://t.me/ThinkQuranSahabatAtTaqwa

📍 Nak kami guide satu2 untuk register
? Klik link ini
http://www.wasap.my/+60136844409/NakMintaGuideTQTele

#SahabatAtTaqwa #ThinkQuran #BelajarBahasaArab #BelajarPerkataanQuran

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...