Showing posts with label cerita peribadi. Show all posts
Showing posts with label cerita peribadi. Show all posts

Friday, 7 February 2025

Briskwalk Jumaat!

Teks: Suhaila Rahim
Alhamdulillah, lepas briskwalk hari ni 3.9 km. 

Tak mencapai target harian nampaknya. 😆

Minggu ni ada banyak urusan keluarga. Jadi aktiviti briskwalk banyak tertunda. 

Kebetulan geng-geng briskwalk masih bercuti. Kita briskwalk sorang lah nampaknya..💃💃💃💃

Settle 3 pusingan.. jom balik! 
Catatan: 6.44pm 7 Febuari 2025
_________________

Memperkenalkan Mexblu Sweet Magical — haruman asli yang dipenuhi dengan keajaiban. Setiap semburan membawa anda ke dalam dunia di mana keindahan manis bertemu dengan keanggunan, mencipta aura yang memikat dan mempesona.


Dengan ketahanan luar biasa sehingga 72 jam, Mexblu Sweet Magical memastikan anda kekal segar dan mempesona sepanjang hari tanpa perlu menyembur semula. Dicipta untuk mereka yang mencari haruman unik dan autentik, ia adalah pilihan sempurna untuk mengekspresikan diri, mencipta kenangan abadi, dan meninggalkan kesan yang mendalam di setiap langkah anda. 
Rasai keajaiban setiap hari dengan Authentic Perfume Mexblu - Sweet Magical.

Berminat? Klik link untuk info atau Whatsapp 0136844409 sekarang!

Thursday, 6 February 2025

Cerita pagi khamis

Teks: Suhaila Rahim



Misteri kucing ni.

Dah berbulan-bulan briskwalk ini kali pertama Ciksue diekorri.. 😆

Keluar dari rumah, tiba-tiba kucing ini keluar dari satu lorong sambil mengiau-ngiau.

Ingat separuh dalan je follow. Ketika melintas jalan pun kucing ni ikut. 

Risau akan keselamatan kucing, Ciksue pusing semula untuk tidak meneruskan briskwalk. Terdetik dalam hati, cancel jugak briskwalk pagi ni. Aku dah lima hari tak exercise ni hu..hu..

Dalam perjalanan balik ke rumah, kucing yang sama masih mengikuti. Bila sampai satu lorong kucing ini berhenti follow.

Nampaknya, ada peluang Ciksue melalui jalan lain. Alhamdulillah.

Dapatlah teruskan briskwalk 2.5km pagi ni walaupun dengan laluan yang bukan kebiasaan. Sempat juga lari ke kedai juga beli barang dapur. 😍

Dalam perjalanan balik, nampak kucing yang sama menunggu di tempat yang gambar seperti dalam gambar tu.

MasyaaAllah.. kucing bertuah. Macam dia tau Ciksue nak lalu area tu. 

Tapi kali ini kucing tu elok duduk di ketulan kayu tanpa sebarang bunyi.

Dah kenyang kut! 😛

Misteri sungguh si bilis ni...

----------------------

Video Silibus KAFA Untuk Pelajar Tahun 1-5


Sekarang Ibu Bapa Tak Perlu Pening Kepala Lagi Nak Ajar Anak Silibus KAFA. Semuanya Dah Divideokan

Saya baru siapkan Video Silibus KAFA untuk pelajar Tahun 1-5 untuk subjek berikut :

✅ Bahasa Arab (37 Video)
✅ Ibadah (105 Video)
✅ Sirah Nabi Muhammad S.A.W (102 Video)
✅ Adab (36 Video)
✅ Akidah (36 Video)

Saya buat video video ini mengikut Buku Teks KAFA Tahun 1-5. 

Video video ini sudah ditonton oleh ramai pelajar KAFA Tahun 1-5. Insya Allah, anak anak sangat mudah faham.

✅ Video Pendek. Berdurasi Sekitar 5 Minit. 
✅ Bahasa Ringkas, Mudah Difahami
✅ Ada Gambar Dan Video Background Untuk Anak Mudah Faham 

Sekarang, kita sedang buat Promosi Pelancaran. Harga tak masuk akal. 

✅ Modul Bahasa Arab - RM18 !! 
✅ Modul Ibadah -RM18 !! 
✅ Modul Sirah Nabi Muhammad - RM18 !!
✅ Modul Akidah - RM18 !!
✅ Modul Adab - RM18 !! 

* Harga di atas adalah dengan pembelian kombo untuk 5 modul. 

Wednesday, 25 May 2022

Kelas Talaqqi petang

 Teks: Suhaila Rahim



Alhamdulillah untuk rezeki hari ni dapat join kelas Talaqqi Petang bersama Kak Hamimah.
Hari ni nerves sikit baca, sebab mak ada kat sebelah bukak Alquran join baca dan semak sama-sama 😁
Mak tegur Alquran yang CikSue guna "Kecik betul Alquran ni. Carilah yang besar-besar."
"Eh tak lah mak, boleh je baca. Suka yang kecik ni. Senang nak bawa nak masuk handbag. Bawa kemana-mana"
Alhamdulillah, dalam umur macam ni, Allah bagi lagi nikmat penglihatan untuk baca Alquran Saiz A6 ni. Walaupun mata tak terang mana, tapi Alhamdulillah, baca Alquran ni boleh lagi. Syukur. 🌹
Tapi memang ramai betul yang repeat Alquran ni. Kecil dan comel, dan ringan. Mudah nak simpan dan bawa kemana-mana. Jimatkan ruang juga.
Bila anak dah besar-besar ni handbag pun dah makin mengecilkannn? 😆
Ada yang nak grab Alquran saiz paling kecik ke? Harga tanpa tag 45 hinggit jerr.

Berminat boleh link di kwasap.my/60136844409/AlquransaizA6


Monday, 10 January 2022

Hari pertama sekolah 2022


Bangun pagi ni, Afiq tanya.

"Amna mana?"

"Kakak dah pergi sekolah"

"Amni?"

"Adik pegi sekolah"

Berlari dia keluar pintu, capai basikal.

"Afiq nak pegi mana??"

"Nak pegi main dengan kawan"

"Mana ada kawan, semua orang pegi sekolah hari ini"

"Oh.. ya ke? Takpe Afiq pusing-pusing jap"

Coretan mak yang rindu nak tengok anak pegi sekolah. 😜

#ceritaafiq

Thursday, 11 November 2021

Tarikh 11 November

 Teks: Suhaila Rahim


Hari ini teringat hari lahir seseorang yang saya pernah kenal. Seorang yang saya rapat masa hadir satu kursus motivasi sekolah. Kami berlainan sekolah tapi disatukan dalam kumpulan yang sama kalau tak silap. 

Saya panggil dia Zack. Nama asal tak berapa ingat, Zurina kalau tak silap. Pernah berutus surat beberapa kali selepas habis sekolah. Tapi terputus selepas itu tak jumpa dah. Cuba juga cari dekat facebook tapi tak jumpa. Saya jadi rapat sebab dia seorang yang sangat peramah dan kelakar. Walaupun tiga hari  kursus rasa macam dah kenal bertahun-tahun.

Mungkin satu kelebihan Allah bagi, saya selalu mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup orang yang rapat. In shaa Allah saya tak lupa. 

Sehingga kini ada je kawan-kawan yang bergurau, saya akan hantar ucapan dua kali setahun iaitu hari Raya dan Hari Lahir saja 😂

In shaa Allah saya tak lupa. Kepada sahabat dan kenalan yang sudah lama tidak berhubung, ingatlah setiap kali datang tarikh lahir kalian, saya sentiasa titipkan doa agar semua orang yang mengenali saya diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dalam lindungan Allah selalu. Aameen. 💗

Ehh.. kalau nak shopping shopee 11.11 kat sini ya https://shp.ee/8y4ea9t 😂
-------------------------------------------


Habbatussauda MagBlue

Habatussauda sangat bagus bagi meningkatkan imunisasi badan dan membantu melawan penyakit.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa habatussauda mampu membantu meningkatkan daya tahan sakit (sistem imun).

Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh badan manusia.
InshaAllah..

Sentiasa jaga SOP dan perlu ingat pendemik masih belum berakhir!


Berminat? klik link wasap.my/60136844409/HSBlog atau melalui shopee kat sini 


#HabbatussaudaGredA
#MakananSunnah
#DariMesir


Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...