Guru Online: Puan Monalita Mansor
Orang ada FB, saya hendak ada FB. Orang ada Blog, sayapun hendak. Tetapi tidak pandai membuatnya. Mula mendaftar, terkial-kiallah saya melakukannya. Akhirnya Blog itu wujud tetapi entahlah sudah lama menghilang arah. Blog Asmah Hashim terbiar bersawang tidak diusik, entahkan hidup, entahkan tidak. Saya juga ada grup sendiri iaitu Ta’aruf, jemputlah hadir ke grup tersebut jika sudi. Grup santai sahaja. Saya tidak pandai buat blog, betul! Tidak tipu. Benar! Bagaimana mungkin saya lupa bagaimana saya mula ada Blog Nukilanku Asmah Hashim. Ia dibina oleh rakan dan kenalan yang berasal dari Ipoh Perak. Pena Ungu. Beliaulah yang telah membina blog saya, dia hanya membina, entri di dalamnya pandai-pandailah saya. Tidak mungkin saya akan suruh dia pula menyusun entri atau apa sahaja untuk blog saya. Buat malu sahaja.
Blog saya itu biasa-biasa sahaja. Pengikutpun tidak ramai. Hendak bertanya, terasa malu. Nanti diperkecilkan pula. Akhirnya saya membisu dan bertanya kepada anak saya, bagaimana hendak buat orang kenal blog kita? Dia jawab, kenalah buka blog orang dan jadi pengikut. Sejak itu saya ikut nasihatnya, namun blog saya tetap tidak ramai pengikut. Kecewa juga di hati. Akhirnya saya biarkan blog itu bersawang. Saya juga jarang kongsi ke wall Fb saya, jika ada entri baru, masa itu sibuklah nak promote.
Saya ini aktif orangnya. Malah sangat aktif di FB grup pembaca novel dan masakan. Apabila bersama dengan Grup Mari Menulis, saya berkenalan dengan Cikgu Monalita Mansor, seorang ahli perniagaan Online dan penulis. Melalui beliaulah saya belajar mencantik dan menghidupkan blog saya yang sebelum ini amat menyedihkan. Terasa diri ini terlalu kerdil dalam dunia cyber ini. Banyak peluang yang kita dapat dengan mempunyai blog sendiri. Bukan hanya di FB sahaja kita boleh mewarkan-warkan perniagaan kita, tetapi di dalam blog juga kita mampu lakukan asalkan tahu bagaimana. Setiap perkara perlu ada ilmu. Maka belajarlah. Setiap perkara yang hendak kita lakukan, perlu melabur, maka melaburlah. Bukan cakap kosong, jemput-jemputlah singgah melihat blog-blog kami. Lihat sendiri, kaji sendiri. Alami sendiri. Pasti anda akan suka, akan tertarik.
Banyak perkara yang belajar di dalam Kelas Asas Blog ini. Dengan bimbingan yang tidak berhenti, tidak kira siang atau malam, cikgu-cikgu yang bertugas dan rakan-rakan saling membantu. Maka lahirlah blog saya yang penuh entri, ramai pengikut, pembaca dan blog rakan-rakan sekelas dan rakan akademik. Malah kami diberi peluang untuk menjana pendapatan hanya di hujung jari kita sahaja. Kita juga boleh menjana pendapatan hanya dari rumah. Tidak rugi berada di dalam kelas ini. Banyak manfaatnya. Jika terasa ingin memajukan perniagaan sehingga ke seantero dunia sudi-sudikanlah mendaftar dalam kelas ini. Wang yang dilaburkan akan berganda jadinya jika kita berminat dalam bidang perniagaan. Malah saya semakin rajin memasukkan entri baru.
Ayuh! Kawan-kawan apa lagi, aturlah langkah untuk membina blog sendiri. Tidak kira siapa anda, penulis, pembaca novel, ahli sejarah, tukang masak, katering, menjual barang online atau apa sahaja, manfaatkan peluang ini. Peluang bukan untuk jadi kaya tetapi peluang untuk mendapatkan wang dengan hanya duduk di rumah. Rumah terurus, anak terjaga, suamipun sayang.
1. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 400 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.
2. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.
3. Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?
Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.
2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.
3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?
Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?
Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.
5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.
Jika berminat hubungi saya:
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
No comments:
Post a Comment