='description'/>

Thursday 29 September 2016

Tambah ilmu dengan kuasa tindakan

Teks: Suhaila Rahim


Semenjak berhenti kerja, saya sentiasa mencari kelas-kelas yang boleh menambah ilmu tidak kira apa sahaja bidang ilmu sama ada yang boleh meningkatkan kemahiran atau pengetahuan. Saya suka menambah ilmu baru selain menambah kenalan untuk  bertukar pandangan dan menambah rangkaian yang ada.

Sebelum lahir anak kedua saya dapat banyak peluang untuk menghadiri kelas. Ingat lagi, ketika masih lagi memegang lesen Perunding Unit Amanah, saya gagahkan diri memandudari Kajang hingga ke Damansara setiap minggu untuk menghadiri kelas malam  Walaupun hakikatnya saya tidak pernah memandu sejauh itu. ha..ha..

Ketika itu yang sulong sudah di tadika, dan suami banyak membantu menguruskannya ketika saya ke kelas.

Tetapi selepas kehadiran anak kedua, atas faktor masa kerja suami dan kewangan, saya tidak lagi aktif ke kelas. Seingat saya, kelas ofline terakhir yang saya hadir ialah pada tahun 2013, kelas di Kajang anjuran Puan Kay. Ketika itu tengah mengandungkan nombor dua. Syukur kelas hanya empat jam dan suami yang bermurah hati nak hantar dan jaga anak.

Dalam tempoh itu ada juga kelas-kelas online yang saya turut serta. Walaupun inputnya tidak sebanyak bila dikelas, tetapi banyak membantu mennambah ilmu terutama dalam ilmu bisnes.

Alhamdulillah, selepas tiga tahun berlalu, hari Sabtu lepas saya berkesempatan mengikutti Kelas 'Financial Freedom' (Kebebasan Kewangan) kelolaan Puan Roslina Sheikh Dawood di Cheras. Alhamdulillah banyak ilmu yang saya belajar. Walaupun hanya separuh hari banyak ilmu yang saya belajar. In shaa Allah jika berkesempatan saya akan kongsikan di entri akan datang.

Apapun tengah berusaha untuk mengapilkasi ilmu yang ada. Terkesan dengan kata-kata orang-orang hebat. Mungkin ilmu yang sama didengar dari guru yang sama tetapi yang membezakan setiap orang bila diserta dengan KUASA TINDAKAN. 

Satu peringatan untuk diri sendiri :)

------------------------------------------------------------------------
BUKU MUDAHNYA NGAJI TAJWID & 
BUKU BENARKAH BACA AL URAN 'MERANGKAK' DAPAT PAHALA


Wednesday 21 September 2016

Jom, bertukar ke skim simpanan syariah KWSP!

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi


Alhamdulillah, hari ini baru berkesempatan ke pejabat KWSP Kajang untuk urusan pertukaran ke simpanan syariah. Satu kelegaan sangat bila dapat menyelesaikan urusan ini yang lama tertangguh.

Niat tu dah lama tapi baru hari ini gagahkan diri memandu kereta ditemani Amnah dan Afiq. Walaupun hanya berjarak tak sampai enam kilometer dari rumah, tetapi hari terpaksa mengambil masa satu jam lebih untuk kembali ke rumah semula. Maklumlah banyak pergaduhan dalam kereta dan tak kurang juga banyak persinggahan untuk menyusu dan sebagainya. :)

Alhamdulillah, urusannya sangat mudah. Hanya perlu membawa kad pengenalan untuk diakses. Tak sampai lima minit urusan selesai. Bagi ibu-ibu mengandung atau yang membawa anak-anak kecil keutamaan diberikan.

Bagi kalian yang belum membuat pertukaran, saya seru kepada semua supaya merebut peluang yang diberi untuk bertukar kepada pelan syariah. Jangan menunggu saat-saat akhir. 

Hari ini ada sahabat memaklumkan berita disurat khabar dari RM100 Bilion dana yang diperuntukkan untuk skim syariah, hanya 47% sahaja yang telah dilanggan. Nampaknya masih ramai yang mengambil ringan urusan ini. Peluang seperti ini sepatutnya suatu yang kita tunggu-tunggu. Walaupun ia masih baru tetap ia satu inisiatif untuk  memastikan tiada keraguan tentang sumber pelaburan simpanan hari tua kita nanti.

--------------------------------
 Magicblue - tampil yakin tanpa bau badan

Adakah anda pengguna deodorant? 

Jika Ya Anda Patut Cuba MAGICBLUE NATURAL DEODORANT

KELEBIHAN MAGICBLUE DEODORANT
______________

1) Kelebihan utama : Badan segar bebas bau masam sepanjang 3 hari hanya dengan sekali guna.

2) Bau badan sangat teruk.

3) Mengatasi masalah peluh berlebihan.

4) Membunuh kuman punca bau badan.

5) Mengatasi masalah bau badan.

6) Menghapuskan bau kepam kaki.

7) Memutihkan cela-cela hitam.

8) Sangat sesuai untuk seluruh badan.

9) Produk keluaran bumiputera islam.

10) Tidak Melekit dan Tiada Kesan Kuning Pada Baju.

11) 100% menggunakan bahan semulajadi dan halal.

12)Tiada Kimia & Alkohol

13) Sesuai Seisi Keluarga, Lelaki dan Perempuan.

14) Gunakan tanpa was-was, suci dan boleh dibawa Solat.

Dapatkan segera Magicblue Deodorant 
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Dengan harga RM29 botol trial 20 ML bole guna sehingga 1 - 2 bulan😊

Free Postage utk seluruh Malaysia 😍

Berminat nak cuba boleh Whatsapp

http://www.wasap.my/60136844409/Magicblue

Friday 9 September 2016

Kisah perjalanan haji sahabat saya

Teks: Suhaila Rahim

Alhamdulillah, musim haji datang lagi.

Setiap kali datangnya musim haji, saya selalu teringat kisah sahabat saya Z yang merupakan teman sekolej semasa universiti. Kami sebaya tapi atas izin Allah dan kesungguhannya dia dapat menunaikan haji diusia awal 30an lagi

Kisahnya bermula apabila Z bersama teman-teman sepejabat berpakat untuk menunaikan umrah. Keputusannya untuk menunaikan umrah hanya diketahui keluarga hanya beberapa hari sebelum berangkat ke tanah suci. Dia anak bongsu, jadi bila dapat berita seperti ini ia umpama kejutan buat keluarga. Maklumlah adik perempuan bongsu. Apapun kawan saya ni memang 'gamble' dalam hal-hal macam ni. Tapi apapun Alhamdulillah mendapat restu ibu dan adik-beradik yang lain.

Sebaik pulang dari menunaikan umrah, dia menanamkan azam untuk menunaikan haji pada musim haji berikutnya. Saya tak pasti bila dia mendaftar dengan Tabung Haji. Tapi dia memang menanam azam yang kuat supaya hajatnya tercapai.

Betul kata orang, walaupun dengan azam sahaja tidaklah memadai. Dengan azam dan kesungguhan yang sangat kuat beliau berazam dengan bertindak dengan berbuat sesuatu usaha dan sentiasa berdoa dan tawakal sungguh-sungguh Allah menunaikan hajatnya.

Semenjak balik dari umrah dia terus keluar mencari ilmu tentang haji melalui buku-buku dan pelbagai kelas panduan haji di sekitar Shah Alam. Setiap hujung minggu dia menghadiri kelas-kelas pengajian haji dibeberapa masjid berdekatan.

Bila tiba saat Tabung Haji mengeluarkan surat pemberitahuan kepada jemaah yang berjaya, namanya tiada dalam senarai. Dia tekad untuk membuat rayuan dan berharap sangat agar namanya tersenarai. Dalam masa yang sama, atas keinginan yang kuat untuk menunaikan haji, Z telah mendaftar haji secara pakej dengan sebuah agensi pelancongan. 

Bila tiba minggu-minggu terakhir jemaah haji akan berangkat ke Mekah, masih tiada berita diterima dari Tabung Haji. Kali ini dia nekad untuk meneruskan haji secara pakej.

Tiba hari yang sepatutnya, Z menghantar paspot seawal pagi lagi ke agensi yang menguruskan. Sejurus habis urusan dia kembali ke rumah.

Subhanallah, pada petang hari yang sama, Z menerima khabar dari Tabung Haji yang namanya tersenarai. Sungguh Z terharu dan tak terkata. Gembiranya bukan kepalang.

Katanya pada saya, sesungguhnya inilah ujian Allah untuknya. Setelah berfikir panjang, dia redha untuk meneruskan haji secara pakej. Mungkin dengan pilihannya ini, memberi peluang orang lain untuk menunaikan haji. Allahu akbar! Saya sebak! :(

Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang! Moga Allah jemput saya dan sahabat-sahabat juga. Mohon doa semua.. Aameen.

~~~~~~



Adakah anda pengguna deodorant? 

Jika Ya Anda Patut Cuba MAGICBLUE NATURAL DEODORANT

KELEBIHAN MAGICBLUE DEODORANT
______________

1) Kelebihan utama : Badan segar bebas bau masam sepanjang 3 hari hanya dengan sekali guna.

2) Bau badan sangat teruk.

3) Mengatasi masalah peluh berlebihan.

4) Membunuh kuman punca bau badan.

5) Mengatasi masalah bau badan.

6) Menghapuskan bau kepam kaki.

7) Memutihkan cela-cela hitam.

8) Sangat sesuai untuk seluruh badan.

9) Produk keluaran bumiputera islam.

10) Tidak Melekit dan Tiada Kesan Kuning Pada Baju.

11) 100% menggunakan bahan semulajadi dan halal.

12)Tiada Kimia & Alkohol

13) Sesuai Seisi Keluarga, Lelaki dan Perempuan.

14) Gunakan tanpa was-was, suci dan boleh dibawa Solat.





Dapatkan segera Magicblue Deodorant 
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Dengan harga RM29 botol trial 20 ML bole guna sehingga 1 - 2 bulan😊

Free Postage utk seluruh Malaysia 😍

Berminat nak cuba boleh Whatsapp

http://www.wasap.my/60136844409/Magicblue