='description'/>

Friday 9 September 2016

Kisah perjalanan haji sahabat saya

Teks: Suhaila Rahim

Alhamdulillah, musim haji datang lagi.

Setiap kali datangnya musim haji, saya selalu teringat kisah sahabat saya Z yang merupakan teman sekolej semasa universiti. Kami sebaya tapi atas izin Allah dan kesungguhannya dia dapat menunaikan haji diusia awal 30an lagi

Kisahnya bermula apabila Z bersama teman-teman sepejabat berpakat untuk menunaikan umrah. Keputusannya untuk menunaikan umrah hanya diketahui keluarga hanya beberapa hari sebelum berangkat ke tanah suci. Dia anak bongsu, jadi bila dapat berita seperti ini ia umpama kejutan buat keluarga. Maklumlah adik perempuan bongsu. Apapun kawan saya ni memang 'gamble' dalam hal-hal macam ni. Tapi apapun Alhamdulillah mendapat restu ibu dan adik-beradik yang lain.

Sebaik pulang dari menunaikan umrah, dia menanamkan azam untuk menunaikan haji pada musim haji berikutnya. Saya tak pasti bila dia mendaftar dengan Tabung Haji. Tapi dia memang menanam azam yang kuat supaya hajatnya tercapai.

Betul kata orang, walaupun dengan azam sahaja tidaklah memadai. Dengan azam dan kesungguhan yang sangat kuat beliau berazam dengan bertindak dengan berbuat sesuatu usaha dan sentiasa berdoa dan tawakal sungguh-sungguh Allah menunaikan hajatnya.

Semenjak balik dari umrah dia terus keluar mencari ilmu tentang haji melalui buku-buku dan pelbagai kelas panduan haji di sekitar Shah Alam. Setiap hujung minggu dia menghadiri kelas-kelas pengajian haji dibeberapa masjid berdekatan.

Bila tiba saat Tabung Haji mengeluarkan surat pemberitahuan kepada jemaah yang berjaya, namanya tiada dalam senarai. Dia tekad untuk membuat rayuan dan berharap sangat agar namanya tersenarai. Dalam masa yang sama, atas keinginan yang kuat untuk menunaikan haji, Z telah mendaftar haji secara pakej dengan sebuah agensi pelancongan. 

Bila tiba minggu-minggu terakhir jemaah haji akan berangkat ke Mekah, masih tiada berita diterima dari Tabung Haji. Kali ini dia nekad untuk meneruskan haji secara pakej.

Tiba hari yang sepatutnya, Z menghantar paspot seawal pagi lagi ke agensi yang menguruskan. Sejurus habis urusan dia kembali ke rumah.

Subhanallah, pada petang hari yang sama, Z menerima khabar dari Tabung Haji yang namanya tersenarai. Sungguh Z terharu dan tak terkata. Gembiranya bukan kepalang.

Katanya pada saya, sesungguhnya inilah ujian Allah untuknya. Setelah berfikir panjang, dia redha untuk meneruskan haji secara pakej. Mungkin dengan pilihannya ini, memberi peluang orang lain untuk menunaikan haji. Allahu akbar! Saya sebak! :(

Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang! Moga Allah jemput saya dan sahabat-sahabat juga. Mohon doa semua.. Aameen.

~~~~~~



Adakah anda pengguna deodorant? 

Jika Ya Anda Patut Cuba MAGICBLUE NATURAL DEODORANT

KELEBIHAN MAGICBLUE DEODORANT
______________

1) Kelebihan utama : Badan segar bebas bau masam sepanjang 3 hari hanya dengan sekali guna.

2) Bau badan sangat teruk.

3) Mengatasi masalah peluh berlebihan.

4) Membunuh kuman punca bau badan.

5) Mengatasi masalah bau badan.

6) Menghapuskan bau kepam kaki.

7) Memutihkan cela-cela hitam.

8) Sangat sesuai untuk seluruh badan.

9) Produk keluaran bumiputera islam.

10) Tidak Melekit dan Tiada Kesan Kuning Pada Baju.

11) 100% menggunakan bahan semulajadi dan halal.

12)Tiada Kimia & Alkohol

13) Sesuai Seisi Keluarga, Lelaki dan Perempuan.

14) Gunakan tanpa was-was, suci dan boleh dibawa Solat.





Dapatkan segera Magicblue Deodorant 
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Dengan harga RM29 botol trial 20 ML bole guna sehingga 1 - 2 bulan😊

Free Postage utk seluruh Malaysia 😍

Berminat nak cuba boleh Whatsapp

http://www.wasap.my/60136844409/Magicblue

No comments:

Post a Comment