='description'/>

Tuesday 30 January 2018

Petua mengatasi rambut gugur

Teks: Suhaila Rahim

Banyak sekali cara yang boleh anda lakukan untuk mencegah rambut rosak, mengatasi rambut gugur ataupun menumbuhkan rambut botak. Paling mudah, anda boleh pratikkan di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Berikut petua tradisional mengatasi rambut gugur

1. Kacang hijau
Ramai mengakui kacang hijau bagus untuk kulit, namun bahan yang sering digunakan dalam masakan ini juga elok untuk merawat rambut. Caranya mudah saja, rendam kacang hijau semalaman, tapis kacang hijau dan ambil airnya. Air kacang hijau bagus untuk merawat rambut gugur oleh itu, sapu ke seluruh kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan optima.


2. Santan kelapa
Selain digunakan dalam masakan, masyarakat dahulu menggunakan santan kelapa secara tradisi untuk menghitam, melebat dan mengelak rambut gugur. Caranya ialah dengan melumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini secara rutin, tiga kali dalam seminggu.


3. Sapuan Minyak zaitun atau minyak kelapa
Kebaikan minyak zaitun dan minyak kelapa memang banyak. Salah satunya, meningkatkan proses pertumbuhan rambut, mengatasi rambut gugur serta menyihatkan keadaan kulit kepala anda. Caranya cukup mudah, titiskan empat hingga lima titis minyak zaitun atau minyak kelapa setelah anda mencuci rambut. Kemudian urut perlahan-lahan kulit kepala. Sebaiknya dilakukan pada malam hari agar kandungan minyak menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, cucilah rambut anda hingga bersih.Jika proses ini anda lakukan secara rutin pada setiap hari, tidak mustahil masalah rambut gugur dan berkelemumur itu akan segera hilang. Bahkan, akar rambut anda juga akan menjadi lebih kuat sehingga proses pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat.


4. Makan makanan tinggi protein
Makanan tinggi protein sangat bagus untuk pertumbuhan rambut agar lebat, subur dan mengatasi masalah keguguran rambut. Makanan seperti ikan, ayam, telur, tauhu, tempe bukan saja melebatkan rambut tetapi mengelak kerosakan seperti rambut gugur dan bercabang.


5. Dadih
Selain diamalkan sebagai makanan diet harian, dadih berfungsi mengatasi masalah rambut gugur dan rosak. Anda hanya perlu melumurkan ke seluruh bahagian rambut. Biarkan selama satu jam sebelum anda membasuh rambut. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.


6. Telur
Cara semulajadi menyelesaikan masalah rambut gugur ialah dengan memanfaatkan telur kuning. Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala 10-15 minit. Setelah itu, cuci dengan menggunakan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya anda melakukan proses ini tiga hingga empat kali dalam seminggu.


--------------------------------------------------

Stretchmark Lotion



Awak kalau nak kekal kulit halus mulus bak sutera masa pregnant tu, jangan buat dekk aje. Jangan strechmark dah bermaharajalela baru nak cari akak.


Sebelum jadi peta kat tummy awak yang lembut bak sutera tu, meh sapu losyen Strechmark LaMamma ni. Asal gatal je sapu, baru tak menggaru.

Dahlah SEJUK , WANGI , TAK BERMINYAK pulak tu. Sapu awal awal, sah sah kulit awak LEMBAP je. Bila KULIT TAK KERING, barulah awak pun tak menggaru. Kulit pun tak dan nak merekah seribu.

Bukan apa, akak tak nak awak STRESS sampai nak cabut gigi je bila tengok tummy awak tu.

Berkenan meh pm wasap.my/60136844409


Monday 29 January 2018

Hari ketujuh training

Teks: Suhaila Rahim


Alhamdulillah selesai hari ketujuh training di Elsee.
Walaupun baru tujuh hari banyak sangat ilmu emas yang saya pelajari dari semua team elsee terutama dari founder Elsee Kak Sheda dan leader Elsee yang sentiasa memberI teguran. 

Rupanya banyak 'tips and tricks' yang nampak simple tapi banyak impaaknya dalam membina kepercayaan pelanggan dalam bisnes, terutama dalam pemasaran online. 

In shaa Allah saya tak sabar nak sambung hari-hari training seterusnya. 

10 hari lagi caiyok!

#elseemilionaire

---------------


ANDA SEDANG BERPANTANG DAN ADA MASALAH BERIKUT?
  • Tak Lalu Nak Makan Jamu?
  • Nak Elak Sembelit Semasa Pantang?
  • Nak Kembalikan Tenaga Untuk Jaga Anak & Bayi?
  • Nak Berpantang Dengan Lebih Mudah Tapi Masih Menjaga Kesihatan Wanita?
  • Nak Banyakkan Susu Badan?
  • Nak Cepatkan Sembuh Luka Bersalin?
  • Nak Elakkan Bayi Demam Kuning?
  • Nak Kuatkan Rahim & Kecutkan Peranakan?
Dapatkan LA MAMMA POSTNATAL





Supplement multivitamin dengan rumusan istimewa khas buat bakal ibu, ibu berpantang dan wanita yang menitikberatkan penjagaan dalaman dan luaran.

Whatsapp ke 0136844409 sekarang!





Monday 22 January 2018

BIG WHY saya dalam Team La Mamma

Teks: Suhaia Rahim

Hari ini hari pertama training kami bersama team Lamamma. Antara tugas hari ini adalah menulis tujuan utama kami menyertai Team La Mamamma.

BIG WHY saya dalam bisnes produk LaMamma adalah menjana pendapatan yang konsisten setiap bulan seperti sewaktu masih bekerja walaupun dari rumah sahaja. Dengan pendapatan tersebut, saya nak langsaikan hutang yang sedia ada dengan kadar segera. Saya sedar bisnes adalah satu caranya. Saya yakin dengan produk LaMamma mempunyai potensi yang besar dengan kehadiran Founder dan team yang sangat supportive dan ohsem.


Mohon doa kawan-kawan ya!