='description'/>

Sunday 29 June 2014

Wan Rohaniah Wan Abdullah - Ulasan Kelas Blog Pengurus Online Akademi

Guru online : Anys Idayu Hj Zakaria
Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah

Alhamdulillah, sedar tak sedar entri di blog ini dah pun melebihi 25 entri. Sekejap saja rasanya. Maknanya saya sudah berada di pertengahan tugasan 44 entri yang ditugaskan di dalam kelas sebagai pengurus online akademi.

Saya diperkenalkan kepada blog pada tahun 2005 lagi. Suami saya yang perkenalkannya kepada saya. Dan dari satu blog waktu itu, saya telah membuka sehingga 4 blog untuk mencatat dan berkongsi minat saya. Tetapi, lama-kelamaan blog-blog saya itu menjadi semakin sepi dan bersawang, tidak diupdate. Nak kata saya sibuk, orang lain lebih sibuk dari saya rasanya. Semangat untuk menulis entri hilang entah ke mana. 

Saya tahu blog adalah satu medium yang boleh dikatakan agak kuat pengaruhnya, jika kena pada gayanya. Tetapi itu hanya boleh dicapai sekiranya ada tunjuk ajar yang diberikan. Saya selalu melawat blog-blog yang terkenal sama ada di dalam negeri mahupun yang luar negara. Saya berimpian untuk mempunyai blog seperti itu. Maka saya membuat carian di internet. Dan carian saya membawa saya kepada blog Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja di Rumah. Dari blog beliau, saya dihubungkan kepada facebook beliau. Dari situ, saya berkenalan pula dengan guru saya sekarang iaitu Puan Anys Idayu. Melihat kepada penerangan yang diletakkan pada status fbnya membuatkan saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas yang ditawarkan oleh ABDR.

Akhirnya saya mendaftar sebagai salah seorang pengurus online akademi. Apa yang saya suka dengan kelas ini adalah soalan analisa yang diberikan pada permulaan kelas. Sebelum kita melakukan apa-apa, kita perlu menjawab beberapa soalan yang dikatakan akan memberi perisian kepada apa yang akan saya lakukan nanti. 

Dari soalan analisa tersebut, satu lagi saya suka apabila saya diminta mencipta email dan blog dengan nama yang diberikan oleh cikgu. Tidak terlintas difikiran saya yang nama email dan blog boleh memainkan peranan satu hari nanti. Dan saya juga diberi fokus kepada blog yang akan saya bangunkan, siap dengan label tajuk yang patut saya tumpukan. 

Kemudian, senarai tugasan diberikan dan antara tugasan yang perlu dibuat adalah menulis 44 entri di blog. Jika sebelum ini saya tiada semangat untuk update blog, tetapi disebabkan tugasan yang diberi, ditambah pula dengan label tajuk yang diberi berserta fokus blog, saya merasa terpanggil untuk menulis entri baru setiap hari. Dan idea juga datang dengan mudah kerana adanya tajuk label tersebut. Memang mengujakan.

Di dalam kelas ini juga lah saya belajar bagaimana membuat fan page di facebook, yang sebelum ni memang saya tidak tahu langsung bagaimana melakukannya. Begitu juga dengan membuat borang tempahan. Serta tab-tab yang ada pada blog. 

Tidak cukup dengan semua ilmu ini, sokongan yang tinggi juga diberikan oleh semua rakan-rakan di dalam akademi ini bagi memastikan blog ini tidak sunyi. Jika saya ada persoalan yang tiba-tiba datang, saya peroleh jawapannya secara serta-merta, sama ada dari cikgu online saya mahupun dari rakan-rakan akademi.

Akhir sekali, saya juga berpeluang untuk menjana pendapatan sebagai pengurus online akademi di mana produk-produk akademi yang banyak dan pelbagai boleh saya promosikan. Mana nak dapat, ilmu diberi, peluang dapat duit pun diberi sama. 

Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang ingin menukarkan statusnya kepada suri rumah yang bekerja di rumah, kelas-kelas yang ditawarkan oleh akademi ini adalah amat sesuai. Tambahan pula, semua kelas diadakan atas talian dan waktu yang fleksibel memang memudahkan para suri. 

Harapan saya agar akademi ini akan menjadi satu akademi yang sangat berpengaruh suatu hari nanti dan para suri rumah atau wanita berkerjaya yang mengimpikan untuk bekerja dari rumah akan dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang ada di dalam akademi ini. Sama-samalah kita doakan
--------------------------------------------------------------

Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil

-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada
wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan

Jika kalian kategori usahawan di atas
-Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
-Belajar buat bajet kewangan
-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
-Perlu tahu mana untung mana rugi
-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
-Perlu tahu asas keluar masuk wang
-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan

Bagi usahawan yang mengalami masalah di atas, boleh sertai bengkel urus kewangan:

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 19.7.2014
Lokasi: Shah Alam
Tempat: 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 8.30am - 4.30pm
Yuran: RM220

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Saturday 28 June 2014

Memori Hari Mantai

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Bismillah, Esok bermulanya bulan yang ditunggu-tunggu sebagai bulan ibadat yang keberkatan dan keampunan. Moga kehadiran Ramadhan kali memberi 1001 keberkatan dalam meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. Ameen.

Saat-saat seperti ini jika berpeluang berada dikampung halaman, inilah saat yang paling sibuk seisi keluarga menyiapkan juadah yang biasanya dimasak ketika Hari Mantai. Sambutan mungkin agak berbeza di negeri-negeri lain. Kami di Negeri Sembilan akan menyambut Hari Mantai yang selalu diraikan sempena menyambut Ramadhan dan Hari Raya. Ketika inilah perantau-perantau yang berjauhan akan pulang ke kampung meraikan bersama keluarga

BagI yang tak pernah dengar perkataan Hari Mantai, ia adalah perkataan dalam dialek masyarakat Negeri Sembilan yang asalnya perkataan membantai. Ia tentang hari atau malam menyediakan daging sembelihan iaitu sehari sebelum ketibaan bulan Ramadan ataupun Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Kemeriahan majlis itu tidak hanya membabitkan acara bergotong-royong melapah daging tetapi melibatkan pelbagai aktiviti lain seperti membakar lemang, menyediakan rendang dan sebagainya.

Sebagai anak jati Negeri Sembilan sambutan Hari Mantai memang ditunggu-tunggu. Ketika ini setiap ahli keluarga akan bergotong royong untuk memasak rendang, lemang dan beberapa makanan tradisi untuk dinikmati bersama keluarga. Ketika arwah datuk dan nenek masih ada, setiap tahun amalan membuat penganan (dodol) tetap dalam ingatan. Dulu masak penganan dalam beberapa kawah yang besar, jiran terdekat turut sama membantu. Seolah-olah menyambut kenduri kecil di rumah. Cuma sekarang tidak lagi. Jika teringin penganan ‘fresh’, kami hanya dimasak secara kecil-kecilan dan selalunya masak selepas raya. J

Selepas berkahwin, saya jarang dapat pulang ke kampung untuk menyambut Hari Mantai. Apapun hari ini saya usahakan juga membuat sedikit rendang daging untuk hidangan tengahari walaupun tak sesedap yang mak masak. Terubat juga rindu rendang mak di kampung. Cuma teringat sangat dengan lemang tradisional mak. Lemang yang memang asli sebab hasil dari buluh dan santannya dari kelapa belakang rumah. Oh.. rindu sungguh saat-saat meredah buluh dan mengutip kelapa di baruh, membakar lemang di bawah pohon kelapa ditemani kepulan asap dan tidak lupa saat-saat menikmati lemang panas. :)

Jika dimurahkan rezeki, dalam hati berdoa juga jika ada yang datang membawa kiriman lemang dan rendang dari kampung. In shaa Allah, selalunya dapat. Apapun kita jamu dulu rendang pemberian Ibu Mertua ini. Alhamdulillah. :)

Selamat berpuasa semua!
----------------------------------------------



Kami masih buka pendaftaran untuk dropship ABDR
1. dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3. dropship makanan sunnah dan produk islami

5 langkah mudah: 
-daftar
-blog jualan
-fanpage
-ambil komisyen
-urus pesanan pelanggan

tidak perlu: simpan stok, COD atau urus penghantaran

Bagi yang mahu dan ingin bersama jemaah kami, boleh mendaftar mana-mana pilihan, 1, 2, 3. Sudah sedia baru daftar ya.
Hubungi saya di:

Facebook Rafisuhaila Rahim 
Tel: 013 684 4409

Friday 27 June 2014

Zarina Zainal - Ulasan Kelas Borong Telekung Solat

Teks: Zarina Zainal

Guru Online: 
Sumber:
http://cikzarinazainal.blogspot.com/2014/06/ulasan-kelas-borong-telekung-solat.html

Ulasan Kelas Borong Telekung Solat
Ingat tak masa di sekolah dulu-dulu popular dengan adik angkat kakak angkat. Konon-konon kakak angkat tu tolong adik angkat dalam pelajaran atau bagi motivasi. Hmm adik sendiri pun tak terjaga. Lepas tu ada pula program mentor mantee dalam pelajaran, apa-apa boleh rujuk mentor. Dalam dunia online sekarang, belajar lebih mudah, masa lebih fleksible. Guru pun bukan perlu ada dalam satu kawasan kadangkala, satu di utara satu di Sabah sana nun tapi pelajaran masih boleh diteruskan. Cuma bergantung kepada diri sendiri sama ada hendak maju atau tidak.

Mengenali Akademi Bekerja Di Rumah di dalam FB oleh pengurus online Azuriyah Mohamad dan tertarik untuk mencuba satu kelas yang disediakan. Antaranya yang dipelajari ialah buat blog dan fanpage. Saya memang dah lama ada blog itupun kawan yang tolong buat tapi tak pernah berubah langsung blognya dari segi layout dan macam-macam lagi sedangkan tengok orang lain siap bling-bling dan ada lagu lagi. Sebenarnya takut nak mencuba sebab pernah cuba-cuba tetapi macam-macam yang 'lari'. Sudahnya terpaksa suruh kawan tolong perbetulkan semula.

Blog bisnes mesti berbeza daripada blog personal yang kadang-kadang boleh tersasar kepada syok sendiri. Dengan adanya guru sebagai rujukan, blog akan ada hala tujunya. Seperti kata bijak pandai, 'memberi pancing lebih baik daripada memberi ikannya. Terima kasih kepada guru online saya Puan Normi Yusof. Walaupun baru lepas bersalin dan dalam kesibukan untuk menguruskan rumah tangga tapi masih tetap mengajar dan menjawab soalan-soalan daripada saya.

Masalah hangat-hangat tahi ayam memang selalu datang dalam diri, lebih-lebih lagi bila sendiri jadi bos dan kuli. Dengan adanya komuniti Akademi Bekerja Dari Rumah ini sekurang-kurangnya boleh saling mengingati dan merujuk sesama sendiri.

Saya baru bertatih dalam akademi ini. Blog dan fan page pun belum sempurna lagi namun terima kasih di atas sokongan yang diberi. Masih di dalam proses pembelajaran.


Sertai kami di kelas online telekung solat.

Thursday 26 June 2014

Bila sikecil menangis dan mengamuk?


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Dalam apa-apa situasi, ibubapa harus bersedia saat-saat anak kita menghadapi tantrum, iaitu ketika si kecil tiba-tiba saja menangis dan mengamuk. Apa reaksi kita sebagai ibubapa apabila ia berlaku ditempat umum?

Jika mengamuk yang kecil-kecil mudah sahaja kita pujuk, kita dukung dan memeluknya supaya dia mudah tenang. Tetapi jika semua tidak berkesan dan berpanjangan apa tindakan kita?

Psikologi Judith Hudson mengatakan tantrum umumnya berlaku apabila anak merasa penat atau lapar. Oleh itu adalah sebaiknya jika ingin membawa anak keluar, seperti berbelanja ke pasaraya atau berjalan-jalan ke taman, usahakan supaya dia sudah lebih dulu tidur dan dalam keadaan kenyang.

Stres atau kecewa juga boleh menyebabkan anak menjadi tantrum. Oleh itu elakkan perkara  yang menyebabkan anak menjadi stres. Misalnya kalau si kecil ingin mengajak ke pasaraya, tapi sebelumnya dia sudah berulang kali mengatakan mahu berjalan-jalan ke kedai buku, sebaiknya turuti dulu permintaannya. Luangkan masa sebentar ke kedai buku toko tersebut. Menuruti kehendakkanyannya bukan bererti kita menuruti apapun permintaannya. Ia sebagai satu ‘reverse psychology’ bagaimana dia akan berfikir kepada sesuatu perkara.

Suatu ketika, anak saya meminta dari suami untuk dibeli satu barang permainan. Bukan satu bilangannya tetapi mahu tiga. Tiba hari dijanjikan suami bukan sahaja belikan tiga tetapi lima. Sejak dari itu dia tidak mahu lagi dibelikan permainan itu lagi. Itu juga satu bentuk ‘reverse psychology’.

Tentunya tidak selamanya kita sebagai ibubapa boleh menghindari anak mengalami tantrum. Ketika anda mengalami situasi anak tantrum di tempat umum seperti pasaraya, Judith mengatakan cara bersikap paling baik adalah pergi dari tempat tersebut. Memarahi dan memaksanya untuk diam, sama sekali tidak akan membuat tantrum anak reda. Malah ia juga memaksa anda menjadi semakin marah.

Menurut Judith, yang perlu di lakukan, supaya berusaha untuk tenang saat anak tantrum. Dengan beredar dari tempat itu,  anda dan si kecil boleh memulihkan keadaan yang lebih baik. Tidak menjadi masalah sekiranya nantinya anda harus kembali ke tempat itu untuk menyelesaikan urusan yangdiselesaikan. Jika tidak boleh meninggalkan tempat itu sekalipun, setidak-tidaknya bawa anak jauh dari lokasi di mana dia memulai tantrumnya. Contohnya, anak tantrum saat anda mengajaknya ke klinik gigi, ajak dia jauh dengan pergi ke kawasan parkir atau taman yang berhampiran.

Ketika anak sudah lebih tenang dan tidak lagi tantrum, berikan dia pelukan dan perkataan lembut yang menenangkan. Situasi tantrum tadi bagi anak juga membuat mereka stres dan takut. Ketika anda mengusap dahinya, jangan ubah pendirian anda juga dengan mengizinkan apa yang sebelumnya tadi anda larang dan membuatnya tantrum. Agar anda tidak terlalu merasa bersalah sebagai ibubapa yang kejam, ajak dia berhibur  yang lain bila tiba di rumah. Misalnya ajak dia bermain bersama permainan kegemarannya atau membacakan buku kesukaannya.
 -----------------------------------------------

Alhamdulillah, selamat datang pelajar Jun 2014. bergabung dengan kami di ABDR dengan 750 blog, 25 kelas, mara 1000 ahli menjelang Ramadhan. Kelas online dan offline kami, adalah seperti berikut
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek ray
http://projekduithariraya.blogspot.com/
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5.Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecilhttp://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Pendaftaran rakan niaga pengurus online ABDR
9. Tempahan blog bisnes- 5 hingga 7 hari siap
10. Beriklan dengan kami pautan 750 blog http://sohodirectory.blogspot.com/

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Wednesday 25 June 2014

Noor Azzah Mohd Yusof - Ulasan Kelas Blog Fanpage

Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Teks : Noor Azzah Mohd Yusof 
Sumber :http://noorazzahyusof.blogspot.com/2014/06/mulakan-hari-ini-sertai-kami-di-akademi.html

Assalamualaikum…

Syukur alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan nikmat kesihatan serta ketenangan. Sungguh banyak nikmatNya tidak terhitung. Sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas dan tidak mengira siapa sahaja walau di mana berada. Allah Maha Adil dan rezeki yang diberi mencukupi keperluan hambaNya. Bersangka baiklah kepada Allah. Sebagaimana firmanNya dalam ayat 2- 3 surah at-Talaq yang bermaksud: “…Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”  


Akan tetapi kita sebagai hambaNya sering terlupa nikmat dan tidak pernah merasa cukup, bersyukur kepadaNya. Bahkan seringkali merungut itu dan ini hanya kerana apa yang kita ingini tidak diperolehi. Ada ketikanya Allah menangguhkan permintaan kita kerana ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dan selayaknya untuk kita.

Alhamdulillah, dengan izinNya jualah saya dipertemukan dengan rakan-rakan ABDR. Walaupun pertemuan yang diatur melalui alam maya, rakan-rakan di sini cukup membangkitkan semangat. Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan  kepada Puan Masayu Ahmad kerana mewujudkan peluang ini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain seterusnya barisan guru online Puan Anys Idayu Zakaria dan Puan Nur Balqis Qahira yang tidak jemu mencurahkan ilmu dan pengalaman agar kejayaan dan kemanisan dapat dirasai bersama-sama. “ Sharing is caring ”. Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) disertai oleh barisan Pengurus Online (PO) dan Rakan Niaga yang amat komited. Pelbagai tips dan ilmu serta perkongsian bisnes melalui kumpulan sokongan khas. Ianya bukan suatu usaha yang mudah untuk ke tahap ini. Biarlah apa orang kata sekali pun, insya Allah rezeki Allah beri tetap ada. Keyakinan dan kebergantungan kita hanya kepada Allah dan lipatgandakan usaha kita.  
---------------------------------------------------

Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.

1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.



2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.



1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline

2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline

3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat
8. Pendaftaran pengurus online



Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 3 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory



PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.


Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Tuesday 24 June 2014

Resepi kari ikan tanpa santan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi



Bismillah. Lama sudah tidak berkongsi resepi. Hari ini saya mahu berkongsi resepi kari tanpa santan yang saya ambil dari ibu saudara sebelah suami. Semoga bermanfaat.

Bahan-bahan
Ikan 
Bendi sebagai campuran
4 biji cili padi
Sedikit halia
3 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
2 sudu serbuk kari daging
Asam keping
Air dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1.Tumbuk cili padi, halia, bawang kecil dan bawang putih.
2. Rendamkan serbuk kunyit dengan sedikit air
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau
4. Masukkan kari daging dan biarkan sehingga garing sedikit
5. Masukkan air (bergantung kepada kepekatan yang diingini)
6. Masukkan bendi dan asam keping dan biarkan sedikit mendidih dan bendi lembut
7. Akhir sekali masukkan ikan dan garam,  serta biarkan seketika.
8. Tutup api dan hidangkan.

Resepi boleh diubah suai dengan ayam atau daging.

Selamat mencuba!
---------------------------------------------

MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, MINAT DAN HOBI MELALUI BLOG

1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan
2. Untuk catatan harian
Menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?
3. Untuk penulisan pengalaman
Tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya

Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.

Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.

Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka
.
Berminat untuk mula menulis di blog?

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR). Hubungi saya untuk pendaftaran.

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Monday 23 June 2014

Fatimah Tahir - Ulasan Kelas Blog Bisnes

Teks: Fatimah Tahir
Guru Online: Aishah Hussein
Sumber: http://pnfatimahtahir.blogspot.com/2014/05/impian-wahm-working-at-home-mom-bersama.html


Walaupun hanya beberapa bulan saya mengikuti kelas ABDR, banyak yang telah dapat saya pelajari tentang dunia bisnes terutama yang online. Jika dulu saya tidak tahu bagaimana dan tiada idea untuk menulis entri baru, namun dengan tips yang diberikan insya Allah saya akan konsisten dalam melatih diri menulis entri di samping menambah idea-idea lain. Jika dulu saya berblog untuk bisnes Shaklee tanpa mengetahui selok belok perniagaan secara online, subhanallah percaturan Allah sangat hebat! Allah ilhamkan saya dengan satu bidang baru yang sangat luas ilmunya. Dulu saya tidak mahir perkara-perkara yang melibatkan dunia alam maya, aplikasi-aplikasi serta teknologi baru, namun jika kita tekad untuk belajar semuanya tidak mustahil. Jadi tiada alasan untuk tidak berjaya dalam bisnes online jika kita sentiasa bertekad untuk belajar dan bertindak mengubahnya. Semua manusia dilahirkan sama saja yang membezakan kita adalah keazaman serta tekad untuk mengubah kehidupan kita menjadi orang yang biasa-biasa atau menjadi luar biasa. Impian saya adalah untuk mendidik anak di depan mata saya di samping menambah pendapatan keluarga hanya dari rumah.
Bagi yang baru nak berjinak-jinak untuk berbisnes secara online, di sini saya kongsikan tips untuk anda berjaya dalam bisnes online, insya Allah.
3 teknik urusniaga online-sesuai bagi yang baru mahu mula.

Ini asas yang perlu ada bagi yang baru mahu mula belajar urusniaga online. Saya tahu ramai yang sudah pakar, tetapi asas ini khusus bagi ibu yang baru bermula.

1. Mulakan dengan percuma, fan page, blogspot, produk dropship. Ini tiga yang sangat asas yang boleh dimulakan.
2. Fan Page adalah sebagai kedai online dan cara yang sangat efektif untuk menjual dan terus kepada pelanggan.
3. Blogspot. Blog sangat sesuai untuk titik mula kalian mencari pelanggan. Ya blog adalah salah satu cara memperkenalkan diri kepada pelanggan, bina khalayak pelanggan kalian sendiri. Ada berjuta-juta rakyat Malaysia, kalian hanya mahu 3K hingga 5K pertama pelanggan setia.
4. Dropship. Tidak perlu ada produk sendiri, mulakan dengan produk yang sudah ada. Banyak pembekal yang menawarkan dropship.
--------------------------------------------------
Beli pelbagai Ebook berinformasi: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://kioskproduksunnah.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:

Dapatkan Sejadah Muka dan Pati Haruman Kasturi Al Mujahid: http://aqnahonlineshoppe.blogspot.com/2014/04/pati-kasturi-al-mujahid.html

Bagi yang ingin memulakan Pelaburan Unit Amanah boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim 

Saturday 21 June 2014

Nikmat berkongsi rezeki

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah, baru pulang dari menghadiri taklimat di sekolah Aqil. Rehatkan minda sekejap dengan secawan kopi sebelum menyambung tugas didapur. Segar rasa bila dapat minum kopi asli pemberian bibik kakak yang baru balik dari bercuti di kampung halamannya di Indonesia. Sedap sangat kopi ini. Minum tanpa gula lagi nikmat. Menurut cerita bibik, kopi ini ditanam dan di proses sendiri oleh kakaknya. Patutlah sedap, tak macam yang dijual di kedai. 

Setelah menghabiskan cuti selama lebih sebulan di sana, bibik kembali lagi ke Malaysia. Pulangnya ke sana dua beg, baliknya berbeg-beg. :) Macam-macam pula buah tangan yang dibawa. Sebahagian besar barang yang dibawa adalah hasil tani dan perusahaan kampungnya. Sikap berkongsi rezeki antara dikalangan mereka sangat saya kagumi. Mereka saling membantu untuk memenuhi keperluan antara satu sama lain.  Malah, ketika bibik tu balik, jutaan rupiah yang dibawa hasil dari keringatnya bekerja di Malaysia diagih-agihkan pula kepada saudara mara dan jiran terdekat yang susah dan tidak berkemampuan. Bahagian rumah saudara-saudaranya  yang uzur, dibiayainya untuk diperbaikki supaya dapat tinggal lebih selesa. 

Subhanallah, mulia sungguh hati bibik ini. Alangkah nikmatnya bila rezeki dapat dikongsi. :)

---------------------------------------------------------------------------------


Anda juga  boleh miliki pakej ini sebagai bonus dengan pendaftaran mana-mana kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho

Penerangan kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 800 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.


Jika berminat hubungi saya:


Facebook Rafisuhaila Rahim