Teks:
Suhaila Rahim
Foto:
Carian Google
Dalam
apa-apa situasi, ibubapa harus bersedia saat-saat anak kita menghadapi tantrum,
iaitu ketika si kecil tiba-tiba saja menangis dan mengamuk. Apa reaksi kita
sebagai ibubapa apabila ia berlaku ditempat umum?
Jika
mengamuk yang kecil-kecil mudah sahaja kita pujuk, kita dukung dan memeluknya
supaya dia mudah tenang. Tetapi jika semua tidak berkesan dan berpanjangan apa
tindakan kita?
Psikologi
Judith Hudson mengatakan tantrum umumnya berlaku apabila anak merasa penat atau
lapar. Oleh itu adalah sebaiknya jika ingin membawa anak keluar, seperti
berbelanja ke pasaraya atau berjalan-jalan ke taman, usahakan supaya dia sudah
lebih dulu tidur dan dalam keadaan kenyang.
Stres
atau kecewa juga boleh menyebabkan anak menjadi tantrum. Oleh itu elakkan
perkara yang menyebabkan anak menjadi
stres. Misalnya kalau si kecil ingin mengajak ke pasaraya, tapi sebelumnya dia
sudah berulang kali mengatakan mahu berjalan-jalan ke kedai buku, sebaiknya
turuti dulu permintaannya. Luangkan masa sebentar ke kedai buku toko tersebut.
Menuruti kehendakkanyannya bukan bererti kita menuruti apapun permintaannya. Ia
sebagai satu ‘reverse psychology’
bagaimana dia akan berfikir kepada sesuatu perkara.
Suatu
ketika, anak saya meminta dari suami untuk dibeli satu barang permainan. Bukan satu
bilangannya tetapi mahu tiga. Tiba hari dijanjikan suami bukan sahaja belikan
tiga tetapi lima. Sejak dari itu dia tidak mahu lagi dibelikan permainan itu
lagi. Itu juga satu bentuk ‘reverse psychology’.
Tentunya
tidak selamanya kita sebagai ibubapa boleh menghindari anak mengalami tantrum.
Ketika anda mengalami situasi anak tantrum di tempat umum seperti pasaraya,
Judith mengatakan cara bersikap paling baik adalah pergi dari tempat tersebut. Memarahi
dan memaksanya untuk diam, sama sekali tidak akan membuat tantrum anak reda. Malah
ia juga memaksa anda menjadi semakin marah.
Menurut
Judith, yang perlu di lakukan, supaya berusaha untuk tenang saat anak tantrum.
Dengan beredar dari tempat itu, anda dan
si kecil boleh memulihkan keadaan yang lebih baik. Tidak menjadi masalah sekiranya
nantinya anda harus kembali ke tempat itu untuk menyelesaikan urusan yangdiselesaikan.
Jika tidak boleh meninggalkan tempat itu sekalipun, setidak-tidaknya bawa anak jauh
dari lokasi di mana dia memulai tantrumnya. Contohnya, anak tantrum saat anda mengajaknya
ke klinik gigi, ajak dia jauh dengan pergi ke kawasan parkir atau taman yang berhampiran.
Ketika
anak sudah lebih tenang dan tidak lagi tantrum, berikan dia pelukan dan
perkataan lembut yang menenangkan. Situasi tantrum tadi bagi anak juga membuat
mereka stres dan takut. Ketika anda mengusap dahinya, jangan ubah pendirian anda
juga dengan mengizinkan apa yang sebelumnya tadi anda larang dan membuatnya
tantrum. Agar anda tidak terlalu merasa bersalah sebagai ibubapa yang kejam, ajak
dia berhibur yang lain bila tiba di
rumah. Misalnya ajak dia bermain bersama permainan kegemarannya atau membacakan
buku kesukaannya.
Alhamdulillah, selamat datang pelajar Jun 2014. bergabung dengan kami di ABDR dengan 750 blog, 25 kelas, mara 1000 ahli menjelang Ramadhan. Kelas online dan offline kami, adalah seperti berikut
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http:// gedungtelekungsolat.blogspot.co m/
-produk islamik
-projek raya http:// projekduithariraya.blogspot.com /
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5.Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecilhttp:// kelasonlineurusakaunbisneskecil .blogspot.com/
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Pendaftaran rakan niaga pengurus online ABDR
9. Tempahan blog bisnes- 5 hingga 7 hari siap
10. Beriklan dengan kami pautan 750 blog http:// sohodirectory.blogspot.com/
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://
-produk islamik
-projek raya http://
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5.Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecilhttp://
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Pendaftaran rakan niaga pengurus online ABDR
9. Tempahan blog bisnes- 5 hingga 7 hari siap
10. Beriklan dengan kami pautan 750 blog http://
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment