Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah
Alhamdulillah, sedar tak sedar entri di blog ini dah pun
melebihi 25 entri. Sekejap saja rasanya. Maknanya saya sudah berada di
pertengahan tugasan 44 entri yang ditugaskan di dalam kelas sebagai pengurus
online akademi.
Saya diperkenalkan kepada blog pada tahun 2005 lagi. Suami saya
yang perkenalkannya kepada saya. Dan dari satu blog waktu itu, saya telah
membuka sehingga 4 blog untuk mencatat dan berkongsi minat saya. Tetapi,
lama-kelamaan blog-blog saya itu menjadi semakin sepi dan bersawang, tidak
diupdate. Nak kata saya sibuk, orang lain lebih sibuk dari saya rasanya.
Semangat untuk menulis entri hilang entah ke mana.
Saya tahu blog adalah satu medium yang boleh dikatakan agak kuat
pengaruhnya, jika kena pada gayanya. Tetapi itu hanya boleh dicapai sekiranya
ada tunjuk ajar yang diberikan. Saya selalu melawat blog-blog yang terkenal
sama ada di dalam negeri mahupun yang luar negara. Saya berimpian untuk
mempunyai blog seperti itu. Maka saya membuat carian di internet. Dan carian
saya membawa saya kepada blog Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja di
Rumah. Dari blog beliau, saya dihubungkan kepada facebook beliau. Dari situ,
saya berkenalan pula dengan guru saya sekarang iaitu Puan Anys Idayu. Melihat
kepada penerangan yang diletakkan pada status fbnya membuatkan saya tertarik
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas yang ditawarkan oleh ABDR.
Akhirnya saya mendaftar sebagai salah seorang pengurus online
akademi. Apa yang saya suka dengan kelas ini adalah soalan analisa yang
diberikan pada permulaan kelas. Sebelum kita melakukan apa-apa, kita perlu
menjawab beberapa soalan yang dikatakan akan memberi perisian kepada apa yang
akan saya lakukan nanti.
Dari soalan analisa tersebut, satu lagi saya suka apabila saya
diminta mencipta email dan blog dengan nama yang diberikan oleh cikgu. Tidak
terlintas difikiran saya yang nama email dan blog boleh memainkan peranan satu
hari nanti. Dan saya juga diberi fokus kepada blog yang akan saya bangunkan,
siap dengan label tajuk yang patut saya tumpukan.
Kemudian, senarai tugasan diberikan dan antara tugasan yang
perlu dibuat adalah menulis 44 entri di blog. Jika sebelum ini saya tiada
semangat untuk update blog, tetapi disebabkan tugasan yang diberi, ditambah
pula dengan label tajuk yang diberi berserta fokus blog, saya merasa terpanggil
untuk menulis entri baru setiap hari. Dan idea juga datang dengan mudah kerana
adanya tajuk label tersebut. Memang mengujakan.
Di dalam kelas ini juga lah saya belajar bagaimana membuat fan
page di facebook, yang sebelum ni memang saya tidak tahu langsung bagaimana
melakukannya. Begitu juga dengan membuat borang tempahan. Serta tab-tab yang
ada pada blog.
Tidak cukup dengan semua ilmu ini, sokongan yang tinggi juga
diberikan oleh semua rakan-rakan di dalam akademi ini bagi memastikan blog ini
tidak sunyi. Jika saya ada persoalan yang tiba-tiba datang, saya peroleh
jawapannya secara serta-merta, sama ada dari cikgu online saya mahupun dari
rakan-rakan akademi.
Akhir sekali, saya juga berpeluang untuk menjana pendapatan
sebagai pengurus online akademi di mana produk-produk akademi yang banyak dan
pelbagai boleh saya promosikan. Mana nak dapat, ilmu diberi, peluang dapat duit
pun diberi sama.
Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang ingin menukarkan
statusnya kepada suri rumah yang bekerja di rumah, kelas-kelas yang ditawarkan
oleh akademi ini adalah amat sesuai. Tambahan pula, semua kelas diadakan atas
talian dan waktu yang fleksibel memang memudahkan para suri.
Harapan saya agar akademi ini akan menjadi satu akademi yang
sangat berpengaruh suatu hari nanti dan para suri rumah atau wanita berkerjaya
yang mengimpikan untuk bekerja dari rumah akan dapat memanfaatkan ilmu-ilmu
yang ada di dalam akademi ini. Sama-samalah kita doakan
--------------------------------------------------------------
Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil
-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada
wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan
Jika kalian kategori usahawan di atas
-Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
-Belajar buat bajet kewangan
-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
-Perlu tahu mana untung mana rugi
-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
-Perlu tahu asas keluar masuk wang
-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan
Bagi usahawan yang mengalami masalah di atas, boleh sertai bengkel urus kewangan:
Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 19.7.2014
Lokasi: Shah Alam
Tempat: 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 8.30am - 4.30pm
Yuran: RM220
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim.
No comments:
Post a Comment