Teks: Suhaila Rahim
Foto:
Carian Google
Salam Ramadhan. Alhamdulillah, syukur hari ini diberi
nafas lagi untuk menikmati hari keempat Ramadhan. Sebelum masuk dapur sekejap
lagi, saya ingin berkongsi satu petua dari buku '55 Petua orang Berjaya'. Hadiah pemberian bekas majikan ketika hari terakhir saya bekerja. Buku yang banyak membuka minda saya. :)
"Kelab Pukul Lima. Mulakan hari saudara pada pukul
lima pagi" (Mary Kay)
Mary Kay Ash, seorang ushawan pengasas kosmetik terkemuka
pernah mengemukakan idea Kelab Pukul Lima. Sebenarnya ia bukan kelab yang
sebenar, tetapi hanya merujuk kepada mereka yang menyokong idea Mary Kay
berkenaan bangun seawal pukul lima pagi bagi memulakan kerja harian saudara.
Kebanyakan pekerja Mary Kay adalah wanita yang mempunyai
anak-anak. Mereka sibuk menyediakan sarapan, makan tengahari, menyiapkan
pakaian dan anak-anak yang hendak ke sekolah. Apabila ditanya bagaimana
pekerjanya dapat memastikan komitmen syarikat tidak terabai, Mary Kay berkata
"Kelab Pukul Lima". Mulakan hari saudara pada pukul lima pagi.
Bagi Mary, memulakan hari seawal lima pagi amat
berfaedah. Pada masa itu mendapat suasana tenang dan sunyi dan tiada gangguan
daripada orang lain. Dia juga dapat memantapkan sasaran yg hendak dicapai pada hari
itu.
Begitu juga Islam sudah lama menggalakkan umatnya bangun
awal pagi. Bangun disepertiga malam adalah amalan yang sangat digalakkan. Dalam tahajud
kita disuruh bersolat, berzikir, berdoa, membaca al-Quran. Dalam doa itu,
mintalah yang cemerlang dan yang terbaik. Berazam dalam hati yang saudara akan
lakukan yang terbaik pada hari itu.
Bagi mereka yang belum mulakan, boleh gunakan kesempatan
sempena bulan Ramadhan yang kita lalui sekarang, sebagai satu latihan untuk
bangun awal pagi.
Sesunguh-sungguhnya berpagi-pagian merupakan pintu rezeki
buat kita semua di mana Allah dan malaikat menjadi saksi kepada kesungguhan
kita bangkit beribadah kepada Allah dan terus keluar mencari rezeki.
_____________________________________________________
Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment