='description'/>

Friday 2 November 2018

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris




ANAK ANDA LEMAH DALAM BAHASA INGGERIS?

😔 Sedih tengok exam bahasa Inggeris anak
😟 Puas ajar, masih juga susah nak belajar
😕 Nak hantar tusyen mahal pulak

Alhamdulillah sejak jumpa buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris

😃  Exam bahasa Inggeris dah tak risau
😊 Anak asyik nak tengok buku ja
🤩 Paling best kita pun boleh belajar sekali 🙈

Klik link di bawah sekarang juga ⤵
wasap.my/60136844409/bukuMBBI

Thursday 1 November 2018

Nombor kosong

Teks: Suhaila Rahim

Kisah semalam

Kakak (5 tahun): Cikgu kata kakak ada jawab salah masa periksa. Mesti kakak dapat nombor kosong.

Abang (darjah 5): Nombor kosong lagi ok kak, lebih tinggi darI nombor satu.

Kakak sengih je. Kah kah

#terapimakkatrumah
#LaSereneTherapyOil



Whatsapp 0136844409 atau klik

wasap.my/60136844409/therapyoil

Wednesday 31 October 2018

Rujukan mudah belajar bahasa Inggeris

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi


Sejujurnya, CikSue ni bukan pandai sangat cakap atau tulih orang putih. Kalau lima tahun dulu masa masih kerja, bila kena balas surat atau emel klien memang sesak perut nak menjawab. Nak banyak cakap pun selalu ke laut. Kalau sekarang agaknya dah kelaut dalam kut. Kah kah

Sebab tu bila Aqil terpilih ke kelas dwi bahasa tahun lepas, memang CikSue kecut perut nak lepaskan atau tidak. Pikir punya pikir tawakal jelah lepaskan dia. 

Tapi bila mengenang dua tahun perjalanan dalam kelas dwi bahasa ni, sukar jugak sebenarnya nak ajar anak. Sebab banyak nau terma-terma matematik dan sains yang kena tukar. Seyes, mak yang trauma. Hi..hi

Tapi bila dapat buku ni lega sangatlah hati ni. Aqil kata dia suka sebab senang nak faham asas bahasa Inggeris ni. Harap lepas ni mak tak jadi kamus bergerak lagi. 

Tapikannn, kalau CikSue kerja lagi memang kena rembat satu simpan kat ofis.


 

Berminat boleh whatsapp CikSue ya.

 013 6844409 atau klik sini
wasap.my/60136844409/bukuMBBI




Tuesday 30 October 2018

Penawar Migrain dan doa sakit kepala


Cuaca lain macam panas sekarang ni. Balik dari jemput anak sekolah kelip-kelip mata ni ngadap panas matahari.

TIme macam nilah nak datang terus nyut nyut je. Rasa macam ada jarum dok swing sana sini. Bagi ciuman sakti kanan kiri. Auuchhhh! Macam nak PITAM!

Memang tau, si dia tu tak de nak datang waktu mak tenang. Time mak buzy panas terik ni la dia serang. Aduhaiii 😩

Spray sikit Theo, cium-cium bau wangi minyak Orkid. Fuhhhh lega naww.

Malas nak jadi singa, kita calit Theo waktu kritikal. Effect dia bile sapu kat tengkuk. Kat kepala, kat kening. Terus terbang segala migrain jauh di bawa angin. Fresh sangat rasanya

Nak cuba hallu hallu je kita bila-bila. 😉

wasap.my/60136844409/therapyoil

#therapyoil



Thursday 18 October 2018

Cerita Aiskrim

Teks: Suhaila Rahim

Hari ni Abah Aqil belanja aiskrim. Nak bagi puas makan beli sebekas yang besar.

Berebut masing-masing menikmati aiskrim. Yang kecik ni pun taknak ketinggalan. Habis comot satu badan. Takpa lepas mandi kita lumur si kecik dengan LaBaby. Ahah..

Habis je aiskrim tiba-tiba Aqil bersuara.

"Makan aiskrim ni akan buat kita jadi haus. Sebab badan perlukan banyak air untuk memproses protein"

Tu diaaa. Bila Aqil bersuara. Kita orang suami isteri berpandangan tanpa apa-apa reaksi. Terkedu. Kah kah

#PeminatKomikSains

Monday 15 October 2018

Postmamma bantu turunkan kuning bayi

Teks: Suhaila Rahim


Terobek gambar tahun lepas, baby Amni masuk NICU hari kelima selepas lahir. Teringat-ingat suara dia menangis kesejukan bila kena duduk bawah lampu tanpa berbaju. Hu..hu..

Sebab tu CikSue faham sangat perasaan ibu berpantang yang anak demam kuning. Terpaksa berulang alik hampir tiap hari pegi klinik cucuk tapak kaki halus mulus tu. Rasa nak je pindahkan semua sakit tu kat diri sendirikan. Tak sampai hati sedih sangat tengok baby nangis lebam lebam tapak kaki.

Sabar ye sayang. Sebagai ibu sanggup buat apa saja asalkan anak ibu tak sakit lagi.

Memang bannyak je kes baby zaman sekarang ni pasti kena kuning. Tak banyak sikit. Apatahlagi yang berdarah O.

Macam macam cara ibu buat untuk SEGERA sembuhkan demam kuning. Minum susu kambing, anggur hitam, serbuk mutiara, mandi air kuning. Pendek kata semua yang orang cakap cepat-cepat ibu cuba.

Ibu pun takut nak makan jamu takut kuning tu lagi naik. Eh ada la jamu moden AJAIB yang ibu terus boleh makan tau. PostMamma nama dia. Banyaaak khasiat dalam satu botol. Diadun dengan penuh kasih sayang dari 12 makanan sunnah & herba terpilih.

Memang pilihan yang tepat untuk ibu turunkan kuning si comel. Kesan PANTAS zaapp! Jap je baby dah baik.

Ibu pun dapat pulihkan luka dengan cepat. Betulkan rahim dan dalaman untuk cik abam cayang. Susu pulak melimpah ruah macam air terjun Niagra.

BEST kan ibu! Belum terlambat ibu untuk dapat kan SEGERA jus yang tersangat la BEST ni. Rasa mereciks masam manis delima pasti membuatkan ibu tak rasa makan jamu pun.

Ibu sihat anak pun sihat tak meragam lagi. Ibu berpantang dengan seronoknya kali ni. Boleh berehat macam permaisuri. Senang hati cik abam kan.




Jangan tunggu lama-lama ye ibu. Bertindak SEKARANG ye. Cecepat pm CikSue.

wasap.my/60136844409/BPostmamma

Tuesday 9 October 2018

Ikhtiar demam selsema dengan Lababy Essential Oil (LEO)

Teks: Suhaila Rahim


Budak baru baik demam selsema. Hari ni dah aktif balik main dengan abang dan kakak. Lega yaamat bila anak dah sihat.

Hari pertama ada tanda-tanda nak selsema, dah lumur dengan #LababyEssentialOil (LEO) Sapu kat dada, tengkuk dan tapak kaki. Alhamdulillah selsema dah kering dah semput pun  tak lama. Yang best dia boleh menyusu dan tidur lena sampai pagi.

Sejak jumpa LEO dah jarang ke klinik kalau demam atau semput. Ikhtiar dulu dengan minyak serbaguna ni. Maklumlah bukan senang nak urus anak4 sorang-sorang bawa ke klinik tau! Kah

Paling best dengan LEO boleh jimat duit dari kena neb. Kalau bayar dua kali neb boleh dapat sebotol LEO jimat sangatttlah kannn.. Yeehaaa


wasap.my/60136844409/minyakbabyLEO

#LababyEssentialOil
#Satubotoluntukpelbagaikegunaan

Friday 5 October 2018

Care lotion - Losyen panas wangi untuk lenguh dan cramp


Losyen inovasi untuk gantikan rawatan tradisional yang remeh dan leceh. Losyen mudah guna dan mudah bawa. Dan Losyen panas wangi yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia

Losyen panas wangi untuk kurangkan stress bagi ibu yang tengah hamil.
✔Mengurangkan Kejang / cramp di kaki
✔Mengurangkan sakit senggugut semasa datang haid
✔Mengelakkan badan masuk angin semasa berpantang
✔Mengurangkan sakit-sakit badan.
✔Mencairkan lemak.


FUNGSI LAMAMMA CARE LOTION:

1. Untuk Ibu Hamil
🙍Sapu di betis untuk masalah kaki cramp yang menyakitkan terutama ketika awal pagi.

🙍Sapu dibelakang untuk masalah sakit belakang kerana membawa kandungan yang semakin membesar.

🙍Sapu di tengkuk dan bahu untuk melegakan pening pening dan sakit kepala kerana perubahan hormon.

2. Untuk Ibu Berpantang
🙎Sapu diperut sebelum memakai bengkung supaya cepat kempis ala ala Che Ta.😁

🙎Sapu didahi sebagai pilis dan param untuk elak masuk angin dan sakit kepala.

🙎Sapu dibetis dan kaki sebelum memakai stokis untuk elak angin masuk dalam badan.

wasap.my/60136844409/carelotion

Tuesday 2 October 2018

Hari kedua UPKK Aqil

Teks: Suhaila Rahim

2 Oktober - Hari kedua Aqil exam UPKK

Sebelum tidur malam tadi dah minta main handphone.

"Belum habis periksa dah nak tengok phone?"

"Stres lah mak, kalau stres sangat nanti boleh lari dari rumah". Menjawab sambil mata leka mengadap skrin.

Aduhai! Nasib baik tengah lumur #CareLotion. Berlawan rasa panas pinggang dengan telinga mak ni hah. Kah Kah

#CeritaAqil
#CareLotion


Tuesday 25 September 2018

Rayuan Sumbangan Pembinaan Rumah Kebajikan Baitul Jannah



8 BUAH SEKOLAH NGO BERSAMA UMMI. 

Sekarang ummi berada di Rumah Kebajikan Baitul Jannah ( di Miliki oleh PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG) antara aktivit pertubuhan ini adalah menyediakan tempat perlindungan, menjaga kebajikan dan memberi pendidikan kepada ibu ibu tunggal, anak anak yatim/ yatim piatu, anak terbiar/ anak asnaf, menjaga wargaemas, alhamdulillah pembinaan rumah ini sudah sampai kepenghujungnya semoga usaha ini mendapat sokongan dan dukungan dari sahabat semua.

JUMLAH SEKOLAH KEBAJIKAN YG BERSAMA DENGAN UMMI 

1. MADRASAH DARUL TAHFIZ SRI AL AIN 
Kg Kubu Gajah 16. Jln Gajah 16
47000 Sg Buloh.
Jumlah pelajar : 98 orang 
Guru : 4 orang 

2. KELAS AL QURAN & FARDHU AIN KAUM IBU & WARGAEMAS
Kg Kubu Gajah 16. Jln Gajah 16
47000 Sg Buloh.
Jumlah pelajar : 60 orang 
Jumlah Guru : 2 orang

3. MADRASAH DARUL TAHFIZ SRI AL AIN KEPONG CENTRAL 
P3 APPARMENT PUNCAK DESA
KEPONG CENTRAL
KEPONG 
Jumlah pelajar : 25 orang 
Guru : 2 orang ( Guru Tahfiz dan Akademik) 

4. PONDOK BAITUL JANNAH ( BANNAT )
Lot 7743, Kg Bak Bak, Maran
Pahang.  
Jumlah pelajar : 16 orang 
Guru : 2 orang 

5. AKADEMIK AL QURAN AL AIN ( BANNIN) 
Sg Ruyong, Raub Pahang 
Jumlah pelajar : 16 orang 
Guru : 2 orang 

6. MADRASAH DARUL TAHFIZ SRI AL AIN 
Kem Perlarian Rohingya, 
Kutupalong Blok 6,
Cox’s Bazar, Bangladesh 
Jumlah pelajar : 289 orang 
Guru : 5 orang 

7. MADRASAH DARUL TAHFIZ SRI AL AIN 
( Masjed Ummu Meriam) 
Kem Perlarian Rohingya, 
Kampong Kutupalong. 
Cox’s Bazar, Bangladesh 
Jumlah pelajar : 260 orang 
Guru : 2 orang 

8. MADRASAH UMAR KHASHOGGI 
Kem Perlarian Jomtoli 
Cox’s Bazar, Bangladesh 
Jumlah pelajar : 300 orang 
Guru : 5 orang 

Setakat ni ada sebuah madrasah ajer yg ummi dah keluarkan dari penyeliaan ummi iaitu di Subang kerana beberapa perkara yg tidak dapat dielakan dan madrasah di Bukit Sentosa Rawang ummi terpaksa tangguhkan dulu sbb tiada guru yg dapat bantu untuk menjalankan kelas pengajian di situ.

Iyelah setiap yg berlaku tu ada hikmahnya, 
Semua sekolah NGO ni  pelajar di beri makan walaupun tidaklah sedap dan boleh lah makan, semua guru di bayar gaji ikut kemampuan dan waktu nak raya byr jugak bonus setengah bulan gaji, ikut kemampuan jugaklah.

TIADA BISNES DAN TIADA SUGAR DADDY.
Allah, ummi ni mana ada bisnes dan tiada 
“ sugar daddy” yg biaya semua sekolah NGO ummi ni , berserah dan bertawakal pada Allah saja semuanya.
Perjalanan sekolah NGO ni  banyak cabaran  dan byk dugaanya tapi nikmat Allah itu lagi byk sbb ummi maseh sehat, waras dan tinggal dinegara  yg aman serta makmur, syukur sgt sgt dan ummi ada saudara mara, anak anak Solehah Muhammad, Thoriq Muhammad, Sakinah Muhammad, Nukman Muqarrin, Salman Al Farisi Muhammad, Muhammad Ammar Yassar Muhammad, Ummu Jannah Muhammad serta menantu dan cucu serta ummi ada ribuan sahabat yg hebat dan pemurah dan sentiasa prihatin dengan kerja usaha ummi. 

Ummi jugak ada penasihat yg sentiasa menegur salah silap ummi iaitu Haji Muhammad Zakaria, serta tenaga usaha yg merupakan orang yg sentiasa menyokong ummi disaat ummi nak rebah iaitu Fatin Nabila, Siddiq Suarin, Nor Hidayah Senin dan ramai lagilah yg tak tersebut. 

Kerja macam ummi ni tak perlu ada bisnes kerana sahabat buat bisnes besar besar tu salurkan jika ada lebihan rezeki pada sekolah dan project kemanusiaan ummi  dan sahabat bayangkan setiqp hari ummi kena ada lebih kurang  RM 1600 duit untuk pembelian makanan pada semua anak anak sekolah NGO  ni.

KALAU TAK ADA BELANJER CAMNER NAK BIAYA MAKAN ANAK ANAK SEKOLAH ? 

Berlaku jugak duit tak ada dan putus makan terutama di Kem Perlarian Rohingya, tapi diorang sgt redha dan tabah serta bermujahadah, iyelah org menyumbang bukan selalu dan org memberi pun bukanya setiap hari. 
Tapi ummi cuba jugak sedaya upaya untuk memberi yg terbaik untuk anak anak ini. 

NO AKAUN UNTUK SUMBANGAN 

Ummi sentiasa berkongsi no acc untuk memudahkan sahabat menyalurkan sumbangan untuk pembiayaan sekolah NGO ummi ni. 

Maybank 564397116075 
DARUL TAHFIZ SRI AL AIN

Maybank 562740138603 
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH 

Maybank 164025021721
Rusnah Abu Samah

Oklah sahabat nnt ummi update lagi perkembangan sekolah dan kerja misi kemanusiaan ummi. 

Salam Dari Ummi 
Rusnah Abu Samah.

(Sumber : FB Rusnah Abu Samah)


Sunday 16 September 2018

Cerita rumput

Teks: Suhaila Rahim



"Mak, rumput yang boleh makan tu kita panggil apa?"

"Rumput?"

Pening jap Mak nak cari jawapan.

"Yang kita pegi kedai makan ada rumput tu. Mak kata boleh jadi nasi"

"Oh.. tu padi. Bukan rumput."

"Oh.."

Kakak Amnah lima tahun. Masuk fasa suka bersoal jawab. Hi..hi..

Thursday 13 September 2018

Peluang tambah pendapatan dengan 6 jenis BONUS!

Teks: Suhaila Rahim


Assalamualaikum,

Hari ini CikSue nak kongsi satu pogram Jana Duit bersama Ellsee. Satu program baru untuk mereka yang ingin tambah pendapatan sampingan. Terbuka untuk semua, surirumah dan pelajar sangat digalakkan. Sama sama kita sebar kebaikkan sambil buat duit online siap dengan pakej online training lagi.

Program baru ni akan ada taklimatnya secara online di telegram. Bagaimana jana 5 angka dalam 6 bulan. Tiada paksaan untuk anda terima, tapi boleh join dan dengar dulu mana tahu ini masanya Allah lorongkan rezeki untuk kita?

Dulu CikSue dah rasa buat bisnes takdak ilmu, Alhamdulillah Ellsee jadi platform CikSue belajar buat bisnes dengan betul. Jangan risau kalau tak pandai, tapi rugi kalau tak cuba

Berminat, mommy terus klik ke link wasap ni supaya CikSue boleh masukkan nama anda yang berminat ke group, ok!

wasap.my/60136844409/sweetseptember

#bisnesonline #sweetsept #buatduitparttime

Friday 7 September 2018

Tips bila bedak kompek pecah

Teks: Suhaila Rahim

Pagi ni ada sahabat dalam team kongsi cara baikki bedak kompek pecah. Kebetulan baru-baru ada pelanggan mengeluh bedak kompaknya pecah akibat kecuaian sendiri. Masa tu takda idea nak kongsi. Cuma kongsi dapat kongsi kesedihan je. Ha..ha..

Ok, usah bersedih. Ini tips  yang saya dapat.

Cara-caranya:

1. Masukkan bedak dalam plastik. Ketuk bagi hancur semua.
2. Masukkan semula yang dah hancur kat dalam bekas asal.
3. Tekan dengan kuat menggunakan benda bulat  yang sama saiz dengan bulatan pada bekas tu.
4. Pastikan betul-betul mampat.
5. Simpan dalam peti ais semalam.

Boleh tengok hasil berjaya ke tak esok harinya.

Cubalah.
--------------------------


Thursday 6 September 2018

Pengalaman berpantang

Teks: Suhaila Rahim

Berpantang anak pertama, CikSue  guna Set Pantang H. Sempat guna beberapa je. Minyak-minyak yang ada pun tak habis guna. Rasa macam bazir DUIT je.

Enam tahun lepas tu,  pantang nombor dua tak beli pun set pantang,  perabihkan set pantang  jenama A, adik beli yang kebetulan bersalin tiga minggu awal dari CikSue. 

Berpantang nombor tiga ikut nasihat makcik urut beli sahaja losyen panas jenama A. Pilis dan jamu dia sediakan. Bila baby kena kuning, CikSue stop makan. Bila dah lama terpaksalah dibakul sampahkan 😊

Berpantang nombor empat langsung tak beli apa-apa.  Makcik urut sediakan minyak dan pilis. Tapi ngelat aje pakai sebab pantang sendiri kan😝

Bila join Ellsee bulan Januari, baby dah lapan bulan barulah sampai jodoh dengan Set Pantang Ellsee. Mula guna yang asas,  Jamu moden Postnatal dan Care lotion. 

Wow! BEST sangat.  Semuanya MUDAH.  Buka botol masuk mulut sesudu.  Dah settle jamu.  Sedap lak tu. Kadang-kadang tak sedar dua sudu 😜

Picit Care Lotion kat tangan tepek je kat tempat yang lenguh tu.  Kalau masih pantang boleh je buat pilis dan param. MUDAH sangat lah hai, wangi pulak tu 😀

Ha, jangan tak tau produk Elsee bukan untuk berpantang je! Habis pantang pun boleh guna hingga ke titisan akhir lagi.  BARU lah JIMAT. Sekarang kan gawat. Kah kah


Pilihan Set Pantang
Boleh whatsapp ke 0136844409 untuk  info lanjut


Wednesday 1 August 2018

Set pantang untuk bakal ibu

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi peribadi


Satu set pantang lengkap dah beralih tuan.

Ibu bijak walaupun sebulan lagi nak due dah standby set pantang.

Paling best belum bersalin lagi dah boleh guna #CareLotion untuk hilangkan lenguh dan cramp. #StrecthmarkLotion dah boleh sapu kat perut yang menegang.

#PostMamma jamu sedap boleh terus minum lepas bersalin. Takyah tunggu balik rumah.

Confirm tak membazir punya. Habis pantang pun boleh guna tau.

Yang nak due tu dah siap set pantang ke? He..he..

Meh risik sini wasap.my/60136844409/setpantang




Monday 21 May 2018

Kenapa anda perlu miliki LaBeauty 5 in 1 Glam Foundationl


ELLSEE sangat memahami keperluan ibu ibu.

Sebab itulah Ellsee membawakan bedak muka EKSKLUSIF yang sudah cukup lengkap buat ibu yang mahu JIMAT duit, JIMAT masa.

❌ Tak perlu moisturizer sebab dah ada pelembab sesiap. Sesuai dengan semua jenis dan tona kulit . Bersifat translucent lagi.

❌ Tak perlu nak beli foundation, sebab dah ada sesiap foundation. Sekali calit terus tutup pori terbuka, jerawat dan jeragat. Terus flawless tak hengat!

Oh ya! Boleh apply dengan sponge basah atau kering. Mudahkan?

❌ Tak perlu beli losyen SPF, sebab SPF 30 dah cukup untuk iklim dan cuaca Malaysia ni.

❌ Tak perlu losyen pencerah kulit dah sebab salah satu bahan pencerah semulajadi, kita dah masuk sesiap.

Sudah ramai YAKIN 5 in 1 Glam Foundation keluaran Ellsee.

Harga RM70 (Free postage + Free Gift)

Nak cuba meh klik sini. wasap.my/60136844409/labeauty ☺️

Saturday 19 May 2018

Sahur dan kurma

Teks: Suhaila Rahim


3 Ramadhan 1439H

Sahur pagi ni, Aqil kata ustazah pesan, kalau nak bertenaga makanlah tujuh biji kurma sewaktu sahur.

Maka, gigihlah CikSue habiskan tujuh biji kurma. Dua hari puasa biasanya capai dua tiga biji je.

Sebab bila dah bersahur nasi dan air suam Cik Sue memang tak lupa minum  dua sudu #Postnatal. Sebab antara ramuan #Postnatal adalah kurma dan delima yang boleh memberi tenaga dan banyakkan susu juga.

Alhamdulillah setakat dua hari ni, masih bertenaga untuk berpuasa walaupun menyusu dua kanak-kanak riang ni. 

Tapi nak bagi SEMANGAT kat anak, supaya rajin share ilmu, CikSue follow je :)




Cerita Ramadhan Aqil

Teks : Suhaila Rahim

3 Ramadhan 1439H

Sahur pagi ni, Aqil kata ustazah pesan, kalau nak bertenaga makanlah tujuh biji kurma sewaktu sahur.

Maka, gigihlah CikSue habiskan tujuh biji kurma. Dua hari puasa biasanya capai dua tiga biji je.

Sebab bila dah bersahur nasi dan air suam Cik Sue memang tak lupa minum  dua sudu #Postnatal. Sebab antara ramuan #Postnatal adalah kurma dan delima yang boleh memberi tenaga dan banyakkan susu juga.

Alhamdulillah setakat dua hari ni, masih bertenaga untuk berpuasa walaupun menyusu dua kanak-kanak riang ni.

Tapi nak bagi SEMANGAT kat anak, supaya rajin share ilmu, CikSue follow je :)

Sunday 29 April 2018

Doa sakit lutut

Teks: Suhaila Rahim


Topik feveret CikSue kalau call mak kat kampung adalah pasal sakit lutut dia. Setiap kali call mak akan update ubat yang dia makan atau minyak yang dah sapu. 😀

Sakit lutut mak CikSue ni dah lama jugalah.  Tak boleh duduk lama-lama, tak boleh jalan terlalu jauh atau tersalah makan boleh jadi juga. Sampai satu peringkat doktor nak bagi suntikan pelincir kat lutut.  🙁

Mak ni sebolehnya tak mahu seboleh-bolehnya tak nak kena injet, bimbang ada kesan yang lain.  Subhanallah,  suatu hari mak kata ada orang share kan doa ni.  Mak cuba amalkan setiap pagi.  Tapi mak kata kena YAKIN, doa hanya asbab.  Semua dengan izin Allah juga. Alhamdulillah,  dalam seminggu mak kata dah boleh menjahit. 😍

Sebelum abih borak,   sempat CikSue tanya,  losyen panas ada lagi ke? Mak kata,  losyen dah abih. 😁

Nampaknya kena hantar #CareLotion BARU kat mak.  Bulan puasa dah tak lama. Moga dengan #CareLotion MUDAH lagi mak nak bertarawikh nanti 😍

SHARE doa ini moga ada manfaat.

CARE LOTION


Losyen inovasi untuk gantikan rawatan tradisional yang remeh dan leceh. Losyen mudah guna dan mudah bawa. Dan Losyen panas wangi yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia

Losyen panas wangi untuk kurangkan stress bagi ibu yang tengah hamil.
✔Mengurangkan Kejang / cramp di kaki
✔Mengurangkan sakit senggugut semasa datang haid
✔Mengelakkan badan masuk angin semasa berpantang
✔Mengurangkan sakit-sakit badan.
✔Mencairkan lemak.

Losyen inovasi untuk gantikan rawatan tradisional yang remeh dan leceh. Losyen mudah guna dan mudah bawa. Dan Losyen panas wangi yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia

FUNGSI LAMAMMA CARE LOTION:

1. Untuk Ibu Hamil
🙍Sapu di betis untuk masalah kaki cramp yang menyakitkan terutama ketika awal pagi.

🙍Sapu dibelakang untuk masalah sakit belakang kerana membawa kandungan yang semakin membesar.

🙍Sapu di tengkuk dan bahu untuk melegakan pening pening dan sakit kepala kerana perubahan hormon.

2. Untuk Ibu Berpantang
🙎Sapu diperut sebelum memakai bengkung supaya cepat kempis ala ala Che Ta.😁

🙎Sapu didahi sebagai pilis dan param untuk elak masuk angin dan sakit kepala.

🙎Sapu dibetis dan kaki sebelum memakai stokis untuk elak angin masuk dalam badan.

wasap.my/60136844409/cl

Saturday 28 April 2018

Yakin semua yang berlaku adalah TERBAIK

Teks: Suhaila Rahim

Assalamualaikum,

Allah beri apa yang kita perlu. Allah beri sesuai mengikut waktunya. Allah beri yang terbaik utk setiap hamba-Nya. Jangan dipersoalkan kenapa Allah tak berikan apa yang kita hendak, kerana yakinlah setiap apa yang Allah berikan adalah apa yang kita perlu.


#Carelotion
#ElseeItqanDropshipWanted
-----------------
FACEBOOK MARKETING UNTUK ORANG BISNES

Cikgu June nak berikan tawaran istimewa dan terhad untuk orang ramai join course Facebook Marketing terutamanya kepada orang bisnes.

Berminat boleh klik ke link  ini
http://free.kratiffa.com/ref/gP13015838

Wednesday 25 April 2018

Cerita kasut Aqil

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi


Awal persekolahan tahun ini,  kami tak belikan pun kasut sekolah untuk Aqil.  Kebetulan kasut tahun lepas masih baik kerana dibeli beberapa sebelum tamat sesi persekolahan akhir tahun.

Bila masuk bulan April,  kasut yang sedia ada dah lusuh dan ada yang dah terkoyak sikit. Maklumlah pakai setiap hari sekolah dengan kasut yang sama.  Dah lama kami hanya sediakan sepasang kasut sahaja, supaya dia belajar berjimat.

Semasa di sekolah tak kurang juga yang menyapa kasut yang dah uzur tu. Tahun lepas sampai ditegur guru pun ada. Alhamdulillah, dia tak meminta untuk kasut yang baru. Hanya melemparkan senyuman pada yang menyapa hal kasutnya dengan satu jawapan biasa yang selalu saya sebut pada dia ketika di rumah,  "bersyukurlah dengan apa yang kita ada." 😊

Sabtu lepas,  suami ada kelapangan masa dan rezeki,  kami belikan sepasang kasut sekolah yang baru. Gembira sangat dia. ha.. ha.

Bukan mudah nak mendidik hati untuk sabar dalam segala ujian diberi. Belajarlah nak, belajar menghargai apa yang kita ada.  Bukan semua terbentang dimata. Mohonlah kekuatan untuk bersabar dengan ketentuan rezeki yang  Allah sediakan untuk kita semua.

🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰

Gel Mandian RichOudh
Tiada SLS, Tiada PARABEN

Bukan sekadar gel mandian biasa. Ini adalah mandian terapi buat kita happy.

Mewah dengan minyak gaharu dan bidara.



Sesuai untuk semua jenis kulit.

Sesuai digunakan untuk:

+ Orang penat, letih dan lesu berkerja
+ Ibu berpantang untuk elak angin meroyan
+ Anak yang menangis malam tanpa tahu punca
+ Yang sukar tidur malam
+ Yang selalu stress dan patah semangat

Harga RM45 (Kos pos RM8 SM,  RM10 SS)

PreOrder dibuka.  whatsapp ke 013.684.4409 atau klik ke wasap.my/60136844409/RichOudh

Tuesday 24 April 2018

Belajar dari pengalaman

Teks: Suhaila Rahim

Sepanjang lima tahun berbisnes, ada sekali CikSue cabar diri buat jualan offline dengan membuka booth. Masa tu ada karnival sehari di surau taman perumahan.

CikSue dengan bantuan suami dah bersiap awal hari tu.  Sambil bersiap bergilir-gilirlah kami mendukung Afiq yang ketika baru  tujuh bulan. Hari sebelum karnival memang CikSue tak boleh tidur lena.  Maklumlah tak pernah buka booth 😂

Pagi tu CikSue bawa kereta dengan barang-barang niaga.  Suami dengan motor membawa anak-anak. Maklumlah kereta kecik. Alhamdulillah lokasi niaga tak jauh dari rumah Sampai di booth pagi tu kami buat persediaan seperti yang dirancang. Terselit juga rasa malu bila melihat peniaga-peniaga lain di karnival terdiri dari otai-otai yang sudah berpengalaman berbanding dengan kami yang kali pertama.

Empat jam pertama booth dibuka pengunjung tak ramai. Pagi tu memang tiada apa yang terjual.  Sedih juga rasa. Sambil menunggu pelanggan CikSue sempat juga menyusukan baby yang dah kepanasan.  Dalam dek kepanasan CikSue usahakan juga menarik orang yang lalu lalang.  Sambil berkongsi kebaikan produk dan memberi sampel.

Dari pagi ke tengahari tiada barang yang terjual. Bila hari menginjak ke petang BARU ada pengunjung. Terjual sikitlah barang niaga ketika itu. Rasa SEMANGAT mula datang. Lewat petang, dek kerana hujan yang lebat,  kami terpaksa menutup booth lebih awal dari yang dirancangkan. Maka berakhirlah jualan hari tu,  kami perlu berkemas untuk balik lebih awal. Alhamdulillah, dapat jugalah balik modal bayar yuran booth walau tiada untung. Inilah pengalaman yang singkat dan banyak pengajaran buat CikSue dalam bisnes offline.

Join CikSue di telegram:  https://bit.ly/2EGOhPg


CARE LOTION LAMAMMA
LOSYEN PANAS WANGI


Losyen inovasi untuk gantikan rawatan tradisional yang remeh dan leceh. Losyen mudah guna dan mudah bawa. Dan Losyen panas wangi yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia

Losyen panas wangi untuk kurangkan stress bagi ibu yang tengah hamil.
✔Mengurangkan Kejang / cramp di kaki
✔Mengurangkan sakit senggugut semasa datang haid
✔Mengelakkan badan masuk angin semasa berpantang
✔Mengurangkan sakit-sakit badan.
✔Mencairkan lemak.

Losyen inovasi untuk gantikan rawatan tradisional yang remeh dan leceh. Losyen mudah guna dan mudah bawa. Dan Losyen panas wangi yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia

FUNGSI LAMAMMA CARE LOTION:

1. Untuk Ibu Hamil 
🙍Sapu di betis untuk masalah kaki cramp yang menyakitkan terutama ketika awal pagi.

🙍Sapu dibelakang untuk masalah sakit belakang kerana membawa kandungan yang semakin membesar.

🙍Sapu di tengkuk dan bahu untuk melegakan pening pening dan sakit kepala kerana perubahan hormon.

2. Untuk Ibu Berpantang
🙎Sapu diperut sebelum memakai bengkung supaya cepat kempis ala ala Che Ta.😁

🙎Sapu didahi sebagai pilis dan param untuk elak masuk angin dan sakit kepala.

🙎Sapu dibetis dan kaki sebelum memakai stokis untuk elak angin masuk dalam badan.

Satu tiub 50ml RM50, 140ml RM100 (FREE POSTAGE)

Whatsapp 0136.684.4409 atau klik wasap.my/60136844409/CL 



Monday 23 April 2018

Kisah berpantang bersalin

Teks: Suhaila Rahim

Berpantang anak pertama, CikSue  guna Set Pantang H. Sempat guna beberapa je. Minyak-minyak yang ada pun tak habis guna. Rasa macam bazir DUIT je.

Enam tahun lepas tu,  pantang nombor dua tak beli pun set pantang,  perabihkan set pantang  jenama A, adik beli yang kebetulan bersalin tiga minggu awal dari CikSue.

Berpantang nombor tiga ikut nasihat makcik urut beli sahaja losyen panas jenama A. Pilis dan jamu dia sediakan. Bila baby kena kuning, CikSue stop makan. Bila dah lama terpaksalah dibakul sampahkan 😊

Berpantang nombor empat langsung tak beli apa-apa.  Makcik urut sediakan minyak dan pilis. Tapi ngelat aje pakai sebab pantang sendiri kan😝

Bila join Elsee bulan Januari, baby dah lapan bulan barulah sampai jodoh dengan Set Pantang Elsee. Mula guna yang asas,  Jamu moden Postnatal dan Care lotion.

Wow! BEST sangat.  Semuanya MUDAH.  Buka botol masuk mulut sesudu.  Dah settle jamu.  Sedap lak tu. Kadang-kadang tak sedar dua sudu 😜

Picit Care Lotion kat tangan tepek je kat tempat yang lenguh tu.  Kalau masih pantang boleh je buat pilis dan param. MUDAH sangat lah hai, wangi pulak tu 😀

Ha, jangan tak tau produk Elsee bukan untuk berpantang je! Habis pantang pun boleh guna hingga ke titisan akhir lagi.  BARU lah JIMAT. Sekarang kan gawat 🤣

SET PANTANG LAMAMMA



whatsapp 013.684.4409



Friday 2 March 2018

Cerita Amnah

Teks: Suhaila Rahim

Semalam jiran sebelah rumah berrpindah rumah. Bukan jauh pun masih kawasan yang sama tapi berlainan taman.

Sebelum keluar, siibu datang rumah dengan anak-anaknya yang kebetulan memang baik dengan Amnah dan Afiq. Sambil datang kami salam bermaafan maklumlah sudah tujuh tahun kami berjiran bersebelahan. Serba sedikit memang terasa kehilangan dan kesedihan sebab anak-anak kami rapat. Setiap petang jika ada kelapangan memang dia orang akan bermain bersama walaupun dipisahkan dengan pagar.

Selepas keluar kereta jiran dari pagar rumah, soalan bertalu-talu dari Amnah.

Mak, kenapa Sofea pindah?

Dia orang nak pindah mana?

Lepas ni Sofea balik rumah dia balik tak?

Sebak rasa sambil jawab apa yang saya rasa dia boleh faham. Tanpa sedar, nampak Amnah tekup muka dan hanya dengar bunyi esakan.

Bila ditanya kenapa kakak nangis. Dia diam tanpa jawapan. Sekadar berteka-teki, saya tanya sama ada dia ingat Sofea. Dia hanya mengangguk.

Saya terdiam dan rasa sebak tak tertahan. Saya biarkan dia melayan perasan sendiri. Selepas beberapa ketika saya lihat dia tertidur. Allahu kesian.. Betapa anak kecil belum tahu erti kehilangan. Jiwa mereka bersih dalam persahabatan.


Dia bangun lewat petang semalam, saya pujuk dia. Berjanji dengan dia, bila cuti nanti kita pergi rumah Sofea. Dia diam. Sedihnya nampak reda.


Hari ni Sabtu. Kakak main sahaja dengan Afiq tanpa ada suara jeritan dari rumah sebelah. Tapi malam ni ingatannya kembali pada nama Sofea

Mak, tuliskan nama Sofea dan Amanda. Nanti kakak tulis sendiri nama kakak.

Aduh..Mak yang lebih tacing nak! :(

Stretchmarks Lotion LaMamma



Losyen panas wangi PETAMA di Malaysia untuk kegunaan ibu hamil dan ibu-ibu berpantang. Boleh disapu di dahi, belakang badan dan kaki yang cramp untuk kelegaan bagi ibu hamil. ibu berpantangpula boleh gunakannya sebagai pilis dan param seta boleh disapu di perut sebelum memakai bengkung.

KHASIAT:
- membantu mencairkan lemak dibahagian perut
- membantu mengurangkan sakit sengugut
- membantu egelakkan bada maasuk angin semasa bepantang
- membantu menguangka sakit-sakit badan dan jugamengurangkan cramp kaki

Kelebihan LA MAMMA STRETCHMARK LOTION ni. Bukan untuk Stretch Mark semata-mata tau. Antara kelebihan lain:

➜ Menghaluskan kulit
➜ Membantu megurangkan masalah stretch mark di perut ibu hamil
➜ Membantu memulihkan rekahan ditapak kaki
➜ Melembapkan kulit
➜ Membaiki sel-sel kulit mati
➜ Membantu menghilangkan parut
➜ Mencerahkan kulit yang hitam di celah-celah

Kelebihan losyen La Mamma ni daripada losyen yang ada dipasaran adalah seperti:

✔ Tidak berminyak
✔ Berbau wangi. Inspirasi bau Gucci. Wanginya tahan lama tau
✔ Cepat meresap
✔ Sejuk je bila sapu di kulit
✔ FREE Paraben
✔ Kesan kulit yang lembut serta merta
✔ Ada kelulusan KKM. Not OT160105368K

Tempahan di sini whatsapp 0136844409

Sunday 25 February 2018

Cerita dari klinik

Teks: Suhaila Rahim

Tiga hari lepas saya bawa Amni ke di Klinik Kesihatan untuk temujanji.

Sedang menunggu nombor giliran, saya ambil kesempatan untuk duduk di kerusi di depan kaunter. Kerusi di sebelah yang pada mulanya kosong, tiba-tiba seorang ibu muda dengan seorang anak kecil yang agak 'semangat' badannya duduk di sebelah saya.

"Berapa bulan ni?" Saya mulakan soalan sambil usap kaki anaknya.

"Setahun empat bulan kak" jawab si ibu sambil memujuk anaknya yang menangis ingin menyusu. Dari telor cakapnya, mungkin dia berasal dari seberang. 

"Subhanallah, semangatnya dia. Berapa berat dia ni?" Tiba-tiba saya yang terlalu teruja nak tanya lagi dan bila tahu umurnya.

"19 kilo kak" jawab siibu

Saya terkesima kali kedua. ha..ha..

"Habis, doktor suruh dia diet ke?" Soal saya lagi

"Macam mana doktor nak suruh diet kak, sebab dia hanya minum susu badan. Tak minum susu botol atau tak makan nasi atau bubur sangat" jawab si ibu sambil tersenyum

"Allahuakbar, rezeki sungguh dia ya.. Awak pun banyak susu ya? Awak makan apa ya untuk banyak susu?" Saya cuba bertanya rahsia

"Saya banyak makan sayur bening saja kak" jawab siibu

Saya pun terpaksa berhenti menyoal bila nombor giliran sudah dipanggil.

Bila usai hal klinik, saya cerita dengan suami tentang ibu tadi sewaktu dalam keeta. Sebenarnya, sebelum ibu tadi duduk di sebelah saya, dia dan anaknya menjadi perhatian mereka yang datang di klinik di kaunter pendaftaran lagi sebab saiz badan anaknya yang luar biasa. 

Tapi, nampak tenang sahaja dia mendukung anaknya kehulu ke hilir mengikut prosedur klinik.  Mungkin dia dah biasanya agaknya. 

Saya yang bawa Amni tak sampai lapan kilogam dah lenguh satu badan. hah.. hah.

Apa lagi sampai rumah sapulah CARE LOTION! In shaa Allah




Nama manja #CareLotion ni kami panggil #CL (SeeEl).

Walaupun CL ni panas, tapi tak lah sampai kulit rasa perit terbakar kecuali kalau awak sapu losyen tu sampai setengah tiub. :p

.
Dan yang specialnya CL ni, bila sapu tu, takadalah terus rasa panas. Rasa panas tu datang bila awak start buat kerja kerja rumah atau turun naik tangga atau drive waktu tengah hari walaupun kereta ber aircond.

Senang cakap, kalau sape CL kendian duduk sambil kilat kuku tak rasa la panas tu. Sapu CL kendian aktif buat kerja, dia punya rasa best tuuu... fuhhh!

.
CL ni bersifat #NANO. Bila kita apply je kat kulit dan sapu sapu terus meresap kat bawah epidermis kulit. Kalau sapu area perut, panasnya lembut menggigit gigit cinta.

Tak melekit dan penting baunya wangi perfume Ferragamo dari Italy. Tak delah malu bau halia dan diperli!


Berkenan boleh klik link ni http://elseekajang.wasap.my/carelotion atau call 013.684.4409 untuk dapatkan promosi beli 2 Care Lotion 50ml dapat satu PERCUMA. (Satu Care Lotion RM50 untuk 50ml) Postage saya bayarkan. 😄







Maklumbalas Seminar Mula Bisnes untuk Wanita (SMBW)

Antara maklumbalas peserta Seminar Mula Bisnes untuk Wanita (SMBW)

"Ini adalah seminar pertama saya datang selepas 5 tahun berbisnes. Dan saya rasa pilihan saya sangat tepat." - Pidah, Pemilik Bisnes Susu Kambing

"Paling suka bila Puan Sheda datang approach dan betulkan mindset saya tentang bisnes" - Pemilik Bisnes Mesin Jahit.

==================
SIAPA YANG PERLU HADIR SEMINAR INI?
==================
.
+ Wanita, Ibu Atau Surirumah Yang Nak Mulakan Bisnes Pada Tahun Ini
+ Wanita Yang Dah Mula Bisnes Tapi Masih Tak Berjaya Nak Buat Jualan
+ Wanita Yang Nak Hasilkan Jualan Dengan Konsisten Tanpa Keluarkan Modal Wang Dengan Banyak
+ Wanita Yang Nak Bantu Suami Menjana Pendapatan Tambahan
+ Wanita Yang Nak Ubah Taraf Hidup Keluarga Dan Berikan Yang Terbaik Buat Anak & Suami
.
.
TAHNIAH JIKA ANDA SALAH SEORANG DARI WANITA-WANITA DI ATAS!
.
kami dengan ini berbesar hati dan menadah tangan ingin menjemput anda ke...
.
SEMINAR MULA BISNES UNTUK WANITA 2018 (SMBW)
******************************
.
EDISI KUALA LUMPUR
.
TARIKH : 3 Mac 2018 (Sabtu)
MASA : 9.30 pagi – 12.30 Tengahari
LOKASI : POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR, 14, JALAN SETIAWANGSA 10, TAMAN SETIAWANGSA, 54200 SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR.
Untuk Daftar klik sini: ☏ wasap.my/60136844409/SMBW+KL
******************************

EDISI BANGI, KAJANG & PUTRAJAYA
.
TARIKH : 10 Mac 2018 (Sabtu)
MASA : 9.30 pagi – 12.30 Tengahari
LOKASI : Auditorium, Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Lot 5, Persiaran Universiti, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
.
Untuk Daftar klik sini: ☏ wasap.my/60136844409/SMBW+BANGI
******************************

EDISI NEGERI SEMBILAN
.
TARIKH : 11 Mac 2018 (Ahad)
MASA : 9 pagi – 12.30 Tengahari
LOKASI : Dewan Seminar Wadi Ar-Raudhah, No. 1, Jalan Seri Rahang 1,
Taman Seri Rahang, 70100 Seremban, Negeri Sembilan (Tingkat Atas Restoran Wadi Ar-Raudhah)
.
Untuk Daftar klik sini: ☏ wasap.my/60136844409/SMBW+NS
.
.
******************************

EDISI JOHOR
TARIKH: 24 MAC 2018 (SABTU)
MASA: 9.00 am - 12.30 pm
LOKASI: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Parit Raja, 86400 Batu Pahat. Johor