='description'/>

Wednesday 25 April 2018

Cerita kasut Aqil

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi


Awal persekolahan tahun ini,  kami tak belikan pun kasut sekolah untuk Aqil.  Kebetulan kasut tahun lepas masih baik kerana dibeli beberapa sebelum tamat sesi persekolahan akhir tahun.

Bila masuk bulan April,  kasut yang sedia ada dah lusuh dan ada yang dah terkoyak sikit. Maklumlah pakai setiap hari sekolah dengan kasut yang sama.  Dah lama kami hanya sediakan sepasang kasut sahaja, supaya dia belajar berjimat.

Semasa di sekolah tak kurang juga yang menyapa kasut yang dah uzur tu. Tahun lepas sampai ditegur guru pun ada. Alhamdulillah, dia tak meminta untuk kasut yang baru. Hanya melemparkan senyuman pada yang menyapa hal kasutnya dengan satu jawapan biasa yang selalu saya sebut pada dia ketika di rumah,  "bersyukurlah dengan apa yang kita ada." 😊

Sabtu lepas,  suami ada kelapangan masa dan rezeki,  kami belikan sepasang kasut sekolah yang baru. Gembira sangat dia. ha.. ha.

Bukan mudah nak mendidik hati untuk sabar dalam segala ujian diberi. Belajarlah nak, belajar menghargai apa yang kita ada.  Bukan semua terbentang dimata. Mohonlah kekuatan untuk bersabar dengan ketentuan rezeki yang  Allah sediakan untuk kita semua.

🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰

Gel Mandian RichOudh
Tiada SLS, Tiada PARABEN

Bukan sekadar gel mandian biasa. Ini adalah mandian terapi buat kita happy.

Mewah dengan minyak gaharu dan bidara.



Sesuai untuk semua jenis kulit.

Sesuai digunakan untuk:

+ Orang penat, letih dan lesu berkerja
+ Ibu berpantang untuk elak angin meroyan
+ Anak yang menangis malam tanpa tahu punca
+ Yang sukar tidur malam
+ Yang selalu stress dan patah semangat

Harga RM45 (Kos pos RM8 SM,  RM10 SS)

PreOrder dibuka.  whatsapp ke 013.684.4409 atau klik ke wasap.my/60136844409/RichOudh

No comments:

Post a Comment