='description'/>

Tuesday 24 April 2018

Belajar dari pengalaman

Teks: Suhaila Rahim

Sepanjang lima tahun berbisnes, ada sekali CikSue cabar diri buat jualan offline dengan membuka booth. Masa tu ada karnival sehari di surau taman perumahan.

CikSue dengan bantuan suami dah bersiap awal hari tu.  Sambil bersiap bergilir-gilirlah kami mendukung Afiq yang ketika baru  tujuh bulan. Hari sebelum karnival memang CikSue tak boleh tidur lena.  Maklumlah tak pernah buka booth 😂

Pagi tu CikSue bawa kereta dengan barang-barang niaga.  Suami dengan motor membawa anak-anak. Maklumlah kereta kecik. Alhamdulillah lokasi niaga tak jauh dari rumah Sampai di booth pagi tu kami buat persediaan seperti yang dirancang. Terselit juga rasa malu bila melihat peniaga-peniaga lain di karnival terdiri dari otai-otai yang sudah berpengalaman berbanding dengan kami yang kali pertama.

Empat jam pertama booth dibuka pengunjung tak ramai. Pagi tu memang tiada apa yang terjual.  Sedih juga rasa. Sambil menunggu pelanggan CikSue sempat juga menyusukan baby yang dah kepanasan.  Dalam dek kepanasan CikSue usahakan juga menarik orang yang lalu lalang.  Sambil berkongsi kebaikan produk dan memberi sampel.

Dari pagi ke tengahari tiada barang yang terjual. Bila hari menginjak ke petang BARU ada pengunjung. Terjual sikitlah barang niaga ketika itu. Rasa SEMANGAT mula datang. Lewat petang, dek kerana hujan yang lebat,  kami terpaksa menutup booth lebih awal dari yang dirancangkan. Maka berakhirlah jualan hari tu,  kami perlu berkemas untuk balik lebih awal. Alhamdulillah, dapat jugalah balik modal bayar yuran booth walau tiada untung. Inilah pengalaman yang singkat dan banyak pengajaran buat CikSue dalam bisnes offline.

Join CikSue di telegram:  https://bit.ly/2EGOhPg


CARE LOTION LAMAMMA
LOSYEN PANAS WANGI


Losyen inovasi untuk gantikan rawatan tradisional yang remeh dan leceh. Losyen mudah guna dan mudah bawa. Dan Losyen panas wangi yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia

Losyen panas wangi untuk kurangkan stress bagi ibu yang tengah hamil.
✔Mengurangkan Kejang / cramp di kaki
✔Mengurangkan sakit senggugut semasa datang haid
✔Mengelakkan badan masuk angin semasa berpantang
✔Mengurangkan sakit-sakit badan.
✔Mencairkan lemak.

Losyen inovasi untuk gantikan rawatan tradisional yang remeh dan leceh. Losyen mudah guna dan mudah bawa. Dan Losyen panas wangi yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia

FUNGSI LAMAMMA CARE LOTION:

1. Untuk Ibu Hamil 
🙍Sapu di betis untuk masalah kaki cramp yang menyakitkan terutama ketika awal pagi.

🙍Sapu dibelakang untuk masalah sakit belakang kerana membawa kandungan yang semakin membesar.

🙍Sapu di tengkuk dan bahu untuk melegakan pening pening dan sakit kepala kerana perubahan hormon.

2. Untuk Ibu Berpantang
🙎Sapu diperut sebelum memakai bengkung supaya cepat kempis ala ala Che Ta.😁

🙎Sapu didahi sebagai pilis dan param untuk elak masuk angin dan sakit kepala.

🙎Sapu dibetis dan kaki sebelum memakai stokis untuk elak angin masuk dalam badan.

Satu tiub 50ml RM50, 140ml RM100 (FREE POSTAGE)

Whatsapp 0136.684.4409 atau klik wasap.my/60136844409/CL 



No comments:

Post a Comment