='description'/>

Tuesday 14 April 2015

Noramalina Rohaizad - Ulasan Kelas Asas Penulisan dan Blog

Teks: Noramalina Rohaizad
Sumber: http://noramalinarohaizad.blogspot.com/2015/04/ulasan-kelas-asas-penulisan-dan-blog.html

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah akhirnya 44 entri latihan penulisan berjaya disudahkan. Pelbagai cabaran dan kekangan masa dihadapi, namun saya berusaha segenap daya untuk menghabiskan apa yang telah saya mulakan pada pertengahan Ogos 2014 yang lalu. Terima kasih kepada Puan Masayu yang sentiasa memberi motivasi dan bimbingan.

Sebelum menjadi pelajar ABDR, saya sudah pun mempunyai blog khas untuk bisnes kraftangan felt namun blog itu sering dibiarkan dan jarang dikemaskini. Tidak terlintas langsung di fikiran ini bahawa guru saya Puan Masayu akan menyarankan saya fokus menulis tentang seni kraf setelah beliau membuat analisa minat dan kemahiran pelajarnya. Bezanya kali ini, saya membuat penjenamaan melalui nama saya sendiri.

Alhamdulillah ternyata saranan Puan Masayu amat kena pada masanya dan banyak memberi manfaat kembali kepada diri saya. Masuk entri kelima, saya mula jelas kebaikan menulis perkongsian di blog. Dalam masa 2 bulan sahaja, bilangan followers di halaman Facebook meningkat sebanyak lebih 1000 orang tanpa perlu saya membeli iklan untuk tujuan promosi. Bilangan pelanggan dan bakal pelanggan juga meningkat secara serentak. Itulah daya tarikan perkongsian yang memberi manfaat.

Saya sukakan konsep Kelas Asas Penulisan dan Blog di ABDR. Waktu belajar sentiasa fleksibel, amat sesuai dengan situasi saya sebagai ibu yang sentiasa sibuk menguruskan anak-anak dan dalam masa yang sama sibuk mengusahakan bisnes dari rumah. Saya bebas berkomunikasi dengan Puan Masayu melalui peti mel dan biasanya soalan-soalan saya akan direspons kurang dari 24 jam. 

Di kelas ABDR juga tiada tekanan dan desakan untuk menghabiskan tugasan. Semuanya atas tanggungjawab dan kesedaran pelajar itu sendiri untuk menyelesaikan amanah yang telah diberikan. Pelajar dilatih menulis catatan setiap hari di dalam buku nota agar momentum untuk menulis itu sentiasa ada. Catatan di buku nota itu seterusnya akan dijadikan idea dan rangka penulisan di blog. 

Setiap entri pelajar akan dibaca dan disemak oleh guru. Walaupun kelas ini diadakan secara atas talian, perbincangan antara guru dan pelajar sentiasa berlangsung walaupun tidak bertemu 4 mata. Puan Masayu sentiasa memberi idea, tips dan panduan agar penulisan blog mampu menarik minat ramai pembaca. ABDR terdiri daripada lebih 1000 orang blogger yang berkongsi pautan. Ini secara tidak langsung membantu aliran trafik ke blog.


Akhir kata, tahniah dan terima kasih sekali lagi buat pasukan ABDR dan guru saya Puan Masayu Ahmad khususnya yang sentiasa memberi tunjuk ajar. Didoakan segala ilmu dan perkongsian di dalam kelas bakal menjadi saham pahala di Akhirat kelak. Langkah saya yang seterusnya, ebook! Mohon doa kalian agar tahun ini saya punya kelapangan waktu untuk berjaya menulis sekurang-kurangnya 2 buah ebook berkaitan bisnes kraftangan felt. :) InsyaAllah
---------------------------------------------------

  • Harga yuran RM250
  • Belajar merangkumi asas blog fanpage dan instagram
  • Bimbingan dari 2 orang guru yang mempunyai background berniaga online
  • Percuma 3 ebook
  • Akan diajar bagaimana untuk membina sebuah email sebagai penjenamaan diri
  • Akan diajar bagaimana untuk membina sebuah blog yang mesra carian google
  • Akan diajar bagaimana menaikkan jumlah likes dalam fanpage, berniaga secara betul di facebook
  • Akan diajar menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk


Pendaftaran untuk Kelas Asas Blog & Fanpage serta Instagram telah dibuka. 
Lokasi : Seksyen 16, Shah Alam.
Tarikh: 26 April 2015 (Ahad)
Penyertaan adalah TERHAD!!!


Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Friday 10 April 2015

Hargai hari ini, esok belum tentu

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Sewaktu kenduri dikampung minggu lepas, sempat berbual-bual dengan salah seorang ibu saudara saya. Seorang suri rumah tangga dan ibu kepada empat orang anak. Pada awal perkahwinan, pernah juga menjadi guru sambilan tetapi minatnya dalam dunia perguruan kurang mendapat sokongan suami. Sejak itu dia hanya menghabiskan masa dengan keluarga dan urusan anak-anak sahaja.

Sambil berbual kami berkongsi cerita dengan perkembangan anak-anaknya yang juga sepupu-sepapat saya. Maklumlah kami jarang berjumpa dan peluang berjumpa kali ini banyak yang kami cerita. Anak yang sulong bekerja di Selangor. Anak yang kedua sudah berada ditahun akhir disebuah IPT. Manakala yang kedua dan ketiga masih bersekolah tetapi tinggal di asrama. Dia kini hanya tinggal berdua di rumah dengan suami. Sesekali tinggal seorang diri sahaja di rumah kerana suami perlu bekerja di luar kawasan. 

Diwaktu cuti minggu, hanya menunggu anak-anak pulang bercuti sekiranya ada cuti panjang. Waktu inilah saat-saat yang menggembirakan bila anak-anak berkumpul di rumah. Bersemangat nak masak macam-macam, berbanding bila duduk berdua hanya makanan ringkas menjadi hidangan.

Sambil dia bercerita, saya juga berkongsi perasaan seperti yang dia rasa. Betullah putaran dunia. Itulah beza keindahan hidup suka duka sebagai ibu bekerja diluar dan bagi ibu yang sepenuh masa di rumah. Walaupun ketika ini anak-anak saya masih kecil, tetapi saya dah rasa apa yang ibu saudara saya rasa sekarang. 

Namun dari riak wajahnya saya tahu dia puas dengan apa yang Allah takdirkan dalam hidupnya. Anak-anak membesar sepenuhnya dalam jagaannya. Sesungguhnya, masa yang berlalu sangat pantas. Anak-anak di rumah sudah mula beransur-ansur keluar untuk menentukan kehidupan sendiri. Itulah hakikat yang perlu diterima oleh semua yang bergelar ibu ayah. Apapun jangan lupa doakan mereka.

Teringat pesan mak saya, didiklah anak-anak dengan ilmu agama. In shaa Allah mereka tidak lupa jasa orang tua. Aameen.
-----------------------------------------



KELAS AKAUN ABDR - Kelas Personal Coaching
Lokasi: Bdr Tun Hussein Onn
Kelas ada dua jenis:

1. MYOB SOFTWARE (6 jam kursus)
Hasil carian imej untuk myob

Modul
a) Introduction of Software
b) Record business document for ONE MONTH transaction - AR, AP (Advance Only), Bank, Cash, Journal, Bank Reconciliation
c) Generate FULL Accounting Record

2. Basic accounting. (5 jam kursus) Manual accounting.
Modul:
a. Asas Bisnes
b. Asas Dokumen Bisnes
c. Asas Transaksi Akaun

PM saya untuk details dan pendaftaran.

sms/Tel/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim