='description'/>

Tuesday 25 March 2014

Anys Idayu Zakaria - Ulasan Kelas Akaun Bisnes

Teks: Anys Idayu Hj Zakaria 
Sumber: http://anysidayu.blogspot.com/2014/03/ilmu-urus-akaun-bisnes-untuk-elak.html

Alhamdulillah, selesai sudah kelas akaun urus niaga bisnes WAHM SOHO, secara online sahaja, semalam. Ilmu yang sangat berguna dan bermanfaat. Kena duduk semula tengok kesilapan dalam menguruskan akaun bisnes selama ini.

Rupanya basic akaun yang kita belajar di kolej, universiti, tak sama  dengan urus akaun untuk bisnes. Ilmu urus akaun bisnes ni, kita belajar untuk kita praktikkan sekarang, untuk kita lihat keuntungan yang kita perolehi daripada hasil bisnes yang sedang kita jalankan. 4 faktor utama sebelum memulakan bisnes jika tidak dilakukan, akan menyebabkan akaun bisnes kita huru hara.



BILA KITA mengambil keputusan untuk berniaga apa yg sepatutnya kita buat?
1. Daftar syarikat
2. Buka Akaun Bank. (kalau belum mendaftar, guna akaun bank personal yg tak aktif)
3. Peruntukkan sejumlah modal. Contoh andai nak berniaga apa2 jenis barang sila peruntukkan sejumlah modal, contoh RM500. bila kita dah ada modal semua perkara yg kita belanjakan untuk berniaga kita gunakan duit dari modal,BUKAN ambik duit dari poket sendiri !!!
4. Peruntukan sejumlah gaji untuk diri sendiri

4 perkara asas ini sangat penting. Jika belum buat, belajarlah dalam kelas akaun bisnes. Jika sudah ada perlu DISIPLIN!!!! Belajar lagi cara betul urus akaun bisnes supaya tidak berlaku KEBOCORAN pula.
 
Antara lain yang ditekankan ialah merekod walau 5 sen duit yang kita keluarkan. Disiplin, jangan campur aduk duit bisnes dan personal antara faktor penting, kalau tidak memang bocor, bocor, bocor sentiasa. Kita syok berbisnes, ingatkan dah untung untung rupanya rugi.


Untuk elak kita rugi yang tak nampak dalam bisnes, KEBOCORAN melanda, wajiblah belajar urus akaun bisnes dengan betul. Yang dah ada bisnes, yang baru nak mula bisnes memang wajib attend kelas akaun ni supaya tak terlepas pandang benda penting sebelum run business


Alhamdulillah, walau dah bertahun bisnes, masih belum terlambat untuk mula semula. Terima kasih mentor kak Masayu Ahmad memberi peluang pada saya untuk ikuti kelas ini. Jika berkesempatan, ada untung lebih berbisnes, rebutlah peluang ini, walaupun hanya asas akaun sahaja, jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu ini untuk bisnes kita.
-----------------------------------------

Di antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula WAHM
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod

Modul 1 & 2 (Yuran kelas: RM150)
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order

Peserta akan mendapat:
1. bonus ebook 101 Idea Homebased bisnes. 
2. slot iklan di blog soho directory percuma selama setahun.

Proses merekod setiap transaksi secara harian
BOOK KEEPING....
DAILY TRANSACTION
RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER
Ini semua akan diajar di dalam modul asas kelas akaun yang kami anjurkan.

Pendaftaran Kelas Asas Akaun untuk WAHM/SOHO bagi tarikh berikut masih dibuka:
31 mac 2014 (Isnin, 9.30pg-12.30tgh)

Juga dibuka pendaftaran bulan April bagi tarikh berikut:
07.04.14
14.04.14
21.04.14
28.04.14
Isnin, 9.30pg-12.30tgh

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Sunday 23 March 2014

Rozida Ismail - Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage


Teks: Rozida Ismail

Assalamualaikum,
Mungkin ramai yang sudah tahu bagaimana hendak membuat blog sendiri kerana ia tidaklah sesusah mana. Template sudah tersedia dan anda hanya ikut sahaja apa yang dinyatakan. Hanya dua tiga klik, terhasillah blog anda. Jadi, mengapa perlu lagi untuk mengikuti kelas asas blog dan fanpage?
Tetapi ramai antara yang menghasilkan blog itu hanya ghairah menulis ketika baru menghasilkan blog sahaja. Kemudian, tinggallah blog itu tanpa 'berusik' sekian lama. Umpama rumah yang sudah siap tetapi dibiarkan kosong tanpa penghuni. Kadang-kadang ada yang mempunyai banyak blog, tetapi hanya mengemas kini blog tertentu sahaja. Ini kerana mereka sudah kekeringan idea untuk menulis.
Sebelum mengikuti kelas asas penulisan blog, saya sendiri telah mempunyai blog. Tetapi blog saya kurang dikunjungi. Ini membuatkan saya berasa rendah diri. Orang tidak mahu membaca tulisan saya. Lama kelamaan saya tidak lagi rajin mengemas kini blog tersebut.
Tetapi apabila ternampak promosi tentang kelas asas blog dan fanpage dengan harga yang sangat murah di facebook, saya terasa ingin mencuba. Yuran kelas ini sebenarnya sangat murah dibandingkan kelas pembinaan blog yang pernah saya hadiri. Sekiranya anda tidak ada budget yang besar atau masa yang banyak untuk menghadiri kelas atau seminar berblog, saya nasihatkan anda sertai kelas ini sahaja. Memanglah setiap kelas mempunyai cara dan ilmu yang berlainan. Tetapi sesuai dengan namanya 'Kelas Asas' maka semua yang asas anda boleh dapat di sini. Yang paling penting, guru anda 'hadir' di rumah atau di mana-mana sahaja pada masa-masa senggang anda. Anda yang pilih dan tetapkan masanya.
Saya merasakan pengetahuan dan pengalaman yang saya dapat daripada Kelas Asas Blog dan Fanpage yang dikendalikan oleh sifu Masayu Ahmad dan Anys Idayu Zakaria sangat praktikal dan membantu. Apa lagi yang anda mahu, Puan Masayu Ahmad merupakan blogger terkenal. Hasil kerjanya mendapat liputan di akhbar-akhbar tempatan. Manakala, Anys Idayu Zakaria (anysidayu.blogspot.com) merupakan anak didik beliau yang membantu sebagai tenaga pengajar yang bertauliah.

   

Tip dan panduan yang diberikan oleh guru-guru Kelas Asas Blog ini memang menjadi. Jangan risau, jika anda tidak mahir IT, mereka akan beri tunjuk ajar. Yang penting anda perlu buat sendiri. Selain mendapat panduan secara 'live', anda juga akan dimasukkan dalam komuniti blogger yang besar dan mereka akan membantu menaikkan bilangan pengunjung ke blog anda. Inilah perkara yang paling penting, saling bekerjasama untuk mempromosi blog. Masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan.  Anda tidak perlu berasa rendah diri jika anda masih baru  dalam dunia blogging. Mungkin cerita yang biasa bagi anda adalah cerita luar biasa bagi orang lain. Nasihat saya, jangan dengar kata-kata saya, tetapi cuba sendiri dan nilai keberkesanannya.

_____________________________________________________

Blog Ruang Iklan

Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Friday 21 March 2014

Hasnita Sawal - Ulasan Ebook Super WAHM Super MOM

Teks: Hasnita Sawal
penulis/wartawan Majalah Pa&Ma, Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd.

Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menghabiskan membaca ebook yang penuh perkongsian ilmu ini. Bermula daripada muka surat pertama hingga terakhir saya rasa terbawa bersama dengan setiap kisah ibu-ibu yang berjaya menggalas kerjaya sebagai WAHM, SOHO dan sebagainya


Biarpun nama berbeza tetapi hakikatnya tugas adalah sama. Sejujurnya saya sendiri berasa cemburu dengan kelebihan yang dikecapi ibu-ibu bekerja dari rumah. Bahkan hakikatnya saya sendiri telah lama menyimpan hasrat tersebut, cuma masih tiada kekuatan untuk menggapainya.
Namun setelah mengetahui pengertian bekerja dari rumah, panduan, cabaran, halangan, dugaan, kemanisan dan kelebihan dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan namun ia bukan perkara yang mustahil asalkan kita tahu garis panduan yang betul seperti yang tercatat di dalam ebook ini.


Siapa kata tugas sebagai suri rumah yang bukan sahaja menguruskan rumah tangga bahkan ada yang memiliki perniagaan secara online satu tugas yang mudah? Mereka yang sudah menggalas tanggungjawab tersebut sahaja mengetahui susah senang bekerja dari rumah.
Jadi jangan pandang sebelah mata kepada wanita bergelar suri di rumah apatah lagi yang turut mempunyai kerjaya profesional seperti usahawan, penulis, penterjemah dan sebagainya lagi.
Justeru itu ebook ini amat disarankan kepada semua wanita yang bergelar ibu dan bakal ibu agar lebih berfikiran terbuka dan bercita-cita ntuk menguruskan rumah tangga dengan teratur, mengasuh sendiri anak-anak dan dalam masa yang sama tetap menyumbang kepada ekonomi negara.


Secara peribadi saya berasa isi kandungan ebook yang penuh informasi ini patut dimiliki oleh semua wanita sama ada yang bekerja di luar mahupun di rumah. Ia memberikan inspirasi, pengajaran dan garis panduan yang berguna untuk bergelar seorang WAHM.
Selari dengan perkembangan internet tanpa sempadan, saya rasa semua wanita boleh terus membuktikan kehebatan biarpun berpejabat di rumah. Dalam masa yang sama kejayaan yang dikecapi bukan sekadar di pejabat semata-mata tetapi kejayaan secara total apabila berjaya membesarkan anak-anak dengan air tangan sendiri. Itu yang lebih penting.


Bukankah seorang ibu itu guru pertama yang terbaik untuk anak-anak! Saya percaya jika anda wanita yang masih dalam dilema antara memilih kerjaya atau rumah tangga maka selepas membaca ebook ini, dengan izin Allah SWT anda dapat membuat keputusan lebih tenang dan tepat. In Shaa Allah.


Memetik kata-kata penulis, saya akui wanita patut kembali kepada fitrah sebagai pengurus rumah tangga yang hebat di rumah namun lebih berwawasan, bercita-cita tinggi dan mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain.
Malahan senarai apa yang boleh dibuat oleh suri selepas memilih untuk berhenti bekerja dapat membantu mengurangkan stres sesetengah daripada kita dengan persoalan "apa saya nak buat lepas ni"?
Usah berlengah lagi duhai wanita, segera dapatkan ebook ini! Semoga selepas ini kita dapat mengurangkan pelbagai masalah berkaitan penjagaan anak-anak, masalah kesesakan jalan raya, masalah rumah tangga porak peranda dan seribu satu macam masalah lagi. Paling penting kita menjadi wanita yang disayangi oleh suami, anak-anak dan paling utama Allah SWT.
Ebook Super WAHM, Super Mom wajib dimiliki oleh semua wanita hebat di luar sana!






Dapatkan Ebook SuperWahm, Super Mom dengan harga RM25 sahaja!


Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Thursday 20 March 2014

Kisah Puteri Rasulullah dengan buah delima

Teks: Suhaila Rahim

Foto: Carian Google



Bismillah.. Kuasa sedekah mengatasi segala-galanya. Bila kita berpeluang untuk memberi, niatkan bahawa apa yang kita sedekah, umpama kita kembalikan semula kepada PEMBERINYA tanpa mengharapkan balasan. In shaa Allah, walaupun ganjaran diakhirat kita belum merasainya tapi nikmat dan kepuasan memberi akan kita rasai walaupun tanpa kita minta dan sedar. SubhanaAllah..

Dikisahkan oleh Ka’ab bin Akhbar.
Ketika Siti Fatimah Az Zahra, Puteri Rasulullah SAW, yang juga isteri kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali,  ” Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?”
“Wahai Suamiku, aku ingin sekali buah delima”, Jawabnya.

Sayidina Ali termenung, ia tidak memiliki wang sedikitpun. Namun, ia segera berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham untuk mendapatkan buah delima yang diinginkan isterinya itu. Akhirnya Sayidina Ali mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi ke pasar untuk membeli buah delima dan segera kembali pulang.

Namun di tengah perjalanan menuju rumahnya, tiba-tiba ia melihat seseorang yang tengah terbaring sakit di tepi jalan, maka Sayidina Ali pun berhenti dan menghampirinya.

“Wahai orang tua, apa yang diingini oleh hatimu?”, tanya Sayidina Ali.
“Wahai Ali, sudah lima hari aku terbaring sakit di tempat ini, banyak orang berlalu, namun tak ada seorang pun dari mereka yang bertanya tentangku. Aku ingin sekali makan buah delima. Jika aku makan buah delima, rasanya sakitku bertambah baik” Jawab orang tua tersebut.

Mendengar jawabannya, Sayidina Ali terdiam, sambil berkata dalam hati,

“Buah delima yang hanya satu buah ini, sengaja telah aku beli untuk Isteriku, kalau aku berikan kepada orang ini, pasti Fatimah akan sedih. Namun jika tidak aku berikan ertinya aku tidak menepati firman Allah,
“Terhadap si pengemis, engkau janganlah menghardiknya. ” (QS. Al-Dhuha : 10).

Juga sabda Nabi SAW, ” janganlah sekali-kali engkau menolak pengemis, sekalipun ia di atas kenderaan”.

Maka kemudian Sayidina Ali membelah buah delima itu menjadi dua bahagian, separuh untuk orang tua itu dan separuh lagi untuk Siti Fatimah. Selepas makan buah delima yang separuh itu, orang yang sakit itu berkata "Sakitku ini telah baik, namun jika aku makan separuh lagi, nescaya aku boleh berjalan dan bekerja. Mendengar kata-kata lelaki itu, Saidina Ali pun memberi separuh lagi delima itu.

Sesampai di rumah ia menceritakan peristiwa itu kepada Isterinya, dan Siti Fatimah berkata kepadanya,
“Wahai Suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan Maha Agung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu.”

Mendengar kenyataan Isterinya itu Sayidina Ali merasa sangat gembira.
Tidak lama kemudian datanglah seorang tetamu yang mengetuk pintu, lalu Sayidina Ali berkata, “Siapakah tuan?”

“Aku Salman Al Farisi,” Jawab orang yang mengetuk pintu itu.
Setelah pintu dibuka, Sayidina Ali melihat Salman membawa sebuah wadah tertutup, dan diletakkkan di depan Sayidina Ali, lalu Sayidina Ali bertanya,

“Dari manakah wadah ini wahai Salman?”.
“Aku menghantarkannya untukmu dari Allah SWT melalui perantaraan Rasulullah SAW.” Jawabnya.
Setelah penutup wadah tersebut dibuka, terlihat di dalamnya ada Sembilan buah delima. Sayidina Ali terus berkata,

“Wahai Salman, jika ini memang untukku, pasti jumlahnya Sepuluh”.
Lalu ia membacakan firman Allah SWT,
“Barangsiapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amalnya (balasannya)”. ( Al-An’am : 160 )

Salman pun tertawa mendengarnya, sambil mengembalikan sebuah Delima yang ada ditangannya, seraya berkata,
“Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana KEYAKINANMU terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi.”

Adakalanya, Allah SWT  membalas amal sedekah kita bukan dalam bentuk harta dan wang ringgit, tapi dikurniakan kehidupan yang sejahtera dan penuh berkah, anak-anak yang bijak, soleh dan solehah, kesihatan yang baik, keperluan yang mencukupi atau sesuatu yang di luar jangkauan pemikiran kita. Ada masanya Allah simpan amalan sedekah kita sebagai pahala akhirat. Sedekah yang ikhlas kerana Allah, sangat tinggi nilainya di sisi Allah.


Surah al-Baqarah ayat 261 adalah antara ayat suci al-Quran yang popular dalam membuktikan kelebihan bagi mereka yang bersedekah. Allah berfirman yang bermaksud:
"Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan 7 butir daripada setiap butir tumbuh pula 100 butir benih. Allah melipat gandakan ganjaran bagi sesiapa yang dikehendakinya. Allah Maha luas kurnia Lagi Maha Mengetahui.

----------------------------------------------------


Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) kini membuka peluang kepada mereka ingin menempah blog melalui Pakej Tempahan Membuat Blog ABDR. Terbuka kepada semua terutama bagi usahawan-usahawan  yang tidak dapat menghadiri kelas online yang kami tawarkan. Tawaran ini dibuka dengan harga promosi RM200 sahaja. Anda boleh memilih salah satu Pakej Blog berikut:

i.            Satu Blog untuk kegunaan Penulisan/Peribadi
            ATAU
ii.           Satu Blog untuk Bisnes

Hanya RM200 sahaja (JIMAT RM100)

Blog yang ditempah meliputi:
 Borang tempahan
Penambahan gajet - 5 Label
 Link fanpage/facebook
10 foto produk untuk dimasukkan ke dalam blog bersama keterangan produk.

***Bonus juga akan diberikan

Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim



Wednesday 19 March 2014

Monalita Mansor - Ulasan Kelas Asas Blog



Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Baris di atas merupakan lirik pertama baris lagu yang mulai popular di dalam minda sesiapa saja.
Sangat memotivasi seperti status Sifu ABDR, Pn Masayu Ahmad, di facebook hari ini.
Bukan lagi seperti dahulu, kini tenang meladeni rutin suri rumahtangga dan bekerja dalam jongketan waktu yang sangat fleksibel.

Begitupun menjadi suri bekerja dari rumah membutuhkan ilmu.  Terasa sangat rugi buat diri saya kerana baru saat ini terbuka hati untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fan-Page.

Saya menghubungi Pn. Masayu untuk maklumat lanjut. Selepas sessi temuduga ringkas yang saya kira ujian awal para guru ini untuk membaca karakter pelajar-pelajarnya. Kemudiannya saya ditempatkan di dalam kelas mentor, Pn Aishah Hussien.

Sessi kelas berlangsung santai.  Tak perlu bersiap bagai, dengan masa belajar dan ruang yang sangat mesra pelajar.  Pendekata dengan baju kelawar, muka berselumak air liur basi dan rambut setara sarang ayam bertelurpun, anda boleh capai telefon atau apa juga gajet yang boleh dihubungkan dengan internet.

Yuran pengajian masih dalam lingkungan kemampuan anda, insyaAllah.  Malah anda menerima pula dua buah e-book percuma nukilan Puan Masayu yang sangat membuarkan semangat.

Segalanya bermula dari diri sendiri.  Keberanian untuk berubah bak kata senior saya, Puan Saniah, adalah anjakan paradigma yang lahir dari nubari paling dalam. Catatan sambil menonton Youtube - Tegar
________________________________________________



Akademi Bekerja dari Rumah
Puan Monalita Mansor kini merupakan salah seorang tenaga pengajar di Kelas Blog Penulisan. Bagi anda yang ingin sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah, jangan lepaskan peluang dengan mengambil salah satu pakej kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
Contoh blog: http://suhailarahim.blogspot.com/
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho

Pendaftaran dibuka setiap hari.Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Friday 14 March 2014

Catatan jerebu - 14 Mac 2014 @ 12 Jamadilawal 1435H

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Bismillah.. Salam pagi Jumaat. Asyik mengemas rumah pagi ini, terpandang catatan di kalendar dinding pemberian Pusat Zakat Selangor. 

Jamadil ertinya kering. Jamadilawal ertinya kering pertama. Dinamakan demikian kerana pada masa dahulu ketika bulan Jamadilawal tanah Arab akan mula menghadsapi masalah kekeringan air, parit, perigi dan lembah-lembah menjadi kering kontang setengahnya menjadi beku

Jamadilakhir ertinya kering kali yang terakhir atau penghabisan. Dinamakan demikian kerana masalah kekeringan tanah dan lembah yang dialami pada bulan lalu, akan mula berakhir pada bulan ini apabila air mula mengalir.

MasyaaAllah, ini berkaitan dengan apa yang kita alami sekarang. Hujan pun sudah lama tidak menyimbah bumi. Minggu ini, anak yang bersekolah pun sudah diarahkan memakai topeng untuk mengelak jerebu. Walaupun ketika ini (semasa entri ini ditulis)  Indeks Pencemaran Udara (IPU)  di sini belum mencapai tahap bahaya, tetapi langkah-langkah perlu diambil. Banyakkan minum air dan elakkan berada di luar rumah jika tiada keperluan. 

Berakhir Jamadilakhir nanti, panjang umur berjumpa lagi Rejab. Bermakna kita juga semakin menghampiri bulan Ramadhan. In shaa Allah.

Moga Allah memelihara kita semua dari sebarang bencana. Aamin
#Doa buat MH370.
------------------------------------------
Pencarian rakan niaga/pengurus online

Bagi mereka yang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan dari rumah melalui blog sambil memasarkan produk dari akademi sila daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)

Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Peluang keemasan ini sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos

JANA PENDAPATAN SECARA ONLINE TANPA KELUAR DARI RUMAH!

Terdapat dua pakej Rakan Niaga yang kami tawarkan. Pilih mengikut kesesuaian masa dan budget anda. 


Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim