penulis/wartawan Majalah Pa&Ma, Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd.
Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menghabiskan membaca ebook yang penuh perkongsian ilmu ini. Bermula daripada muka surat pertama hingga terakhir saya rasa terbawa bersama dengan setiap kisah ibu-ibu yang berjaya menggalas kerjaya sebagai WAHM, SOHO dan sebagainya
Biarpun nama berbeza tetapi hakikatnya tugas adalah sama. Sejujurnya saya sendiri berasa cemburu dengan kelebihan yang dikecapi ibu-ibu bekerja dari rumah. Bahkan hakikatnya saya sendiri telah lama menyimpan hasrat tersebut, cuma masih tiada kekuatan untuk menggapainya.
Namun setelah mengetahui pengertian bekerja dari rumah, panduan, cabaran, halangan, dugaan, kemanisan dan kelebihan dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan namun ia bukan perkara yang mustahil asalkan kita tahu garis panduan yang betul seperti yang tercatat di dalam ebook ini.
Siapa kata tugas sebagai suri rumah yang bukan sahaja menguruskan rumah tangga bahkan ada yang memiliki perniagaan secara online satu tugas yang mudah? Mereka yang sudah menggalas tanggungjawab tersebut sahaja mengetahui susah senang bekerja dari rumah.
Jadi jangan pandang sebelah mata kepada wanita bergelar suri di rumah apatah lagi yang turut mempunyai kerjaya profesional seperti usahawan, penulis, penterjemah dan sebagainya lagi.
Justeru itu ebook ini amat disarankan kepada semua wanita yang bergelar ibu dan bakal ibu agar lebih berfikiran terbuka dan bercita-cita ntuk menguruskan rumah tangga dengan teratur, mengasuh sendiri anak-anak dan dalam masa yang sama tetap menyumbang kepada ekonomi negara.
Secara peribadi saya berasa isi kandungan ebook yang penuh informasi ini patut dimiliki oleh semua wanita sama ada yang bekerja di luar mahupun di rumah. Ia memberikan inspirasi, pengajaran dan garis panduan yang berguna untuk bergelar seorang WAHM.
Selari dengan perkembangan internet tanpa sempadan, saya rasa semua wanita boleh terus membuktikan kehebatan biarpun berpejabat di rumah. Dalam masa yang sama kejayaan yang dikecapi bukan sekadar di pejabat semata-mata tetapi kejayaan secara total apabila berjaya membesarkan anak-anak dengan air tangan sendiri. Itu yang lebih penting.
Bukankah seorang ibu itu guru pertama yang terbaik untuk anak-anak! Saya percaya jika anda wanita yang masih dalam dilema antara memilih kerjaya atau rumah tangga maka selepas membaca ebook ini, dengan izin Allah SWT anda dapat membuat keputusan lebih tenang dan tepat. In Shaa Allah.
Memetik kata-kata penulis, saya akui wanita patut kembali kepada fitrah sebagai pengurus rumah tangga yang hebat di rumah namun lebih berwawasan, bercita-cita tinggi dan mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain.
Malahan senarai apa yang boleh dibuat oleh suri selepas memilih untuk berhenti bekerja dapat membantu mengurangkan stres sesetengah daripada kita dengan persoalan "apa saya nak buat lepas ni"?
Usah berlengah lagi duhai wanita, segera dapatkan ebook ini! Semoga selepas ini kita dapat mengurangkan pelbagai masalah berkaitan penjagaan anak-anak, masalah kesesakan jalan raya, masalah rumah tangga porak peranda dan seribu satu macam masalah lagi. Paling penting kita menjadi wanita yang disayangi oleh suami, anak-anak dan paling utama Allah SWT.
Ebook Super WAHM, Super Mom wajib dimiliki oleh semua wanita hebat di luar sana!
Dapatkan Ebook SuperWahm, Super Mom dengan harga RM25 sahaja!
Tempah di sini: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment