='description'/>

Sunday, 2 March 2014

Dua hari tanpa entri

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Bismillah. Beberapa hari tidak berkesempatan untuk update blog. Diuji dengan PC yang sudah tidak berapa 'sihat' dan talian intenet yang 'semput-semput' sahaja. Tapi Alhamdulillah, pagi ini semuanya berfungsi sebaiknya, tapi belum pasti bila ia kembali bermasalah lagi. Moga ujian-ujian kecil ini tidak mematahkan semangat diri ini untuk terus menulis. Menulis dan berkongsi selagi usia dikandung badan. Dengan harapan apa yang dikongsi boleh dimanfaatkan kepada yang memerlukan. In shaa Allah.

Secara jujurnya, saya bukan pandai menulis apatah lagi dalam mereka-reka ayat. Keputusan Bahasa Melayu saya semasa sekolah dulu bukan baikpun. Ternyata terlalu banyak kelemahan saya terutama bab-bab mengarang ayat. Tetapi bila sudah ada blog sendiri, saya rasa perlu belajar dan terus belajar untuk keluarkan potensi menulis yang ada. Sebab menulis bukan terhad untuk menulis novel atau buku cerita sahaja. Menulis juga boleh dibuat melalui ilmu dan kepakaran yang kita ada. Mana tau kita juga bergelar penulis suatu hari nanti! :)


Anda minat menulis novel? Dapatkan ebook 1001 Tip Penulisan Novel bersama bonus 4 Ebook secara percuma dengan harga RM39 sahaja! Dapatkan segera.


Mohon isi Borang tempahan untuk pembelian.


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim




No comments:

Post a Comment