='description'/>

Friday 31 October 2014

Membaca jambatan ilmu

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi


Alhamdulillah, Selasa lepas sempat meminjam lima buah buku dari PPAS Kajang. Di antara azam tahun baru  Hijrah 1436H saya nak nak membaca lebih banyak buku. Saya akui semenjak berhenti kerja saya kurang membaca. Jadi bila mahu menulis, otak dah tak berkembang. Walaupun membaca surat khabar harian juga ada membantu tetapi kurang dirasai berbanding bila kita dapat membaca buku. Doakan saya agar istiqamah dengan usaha  ini. Aameen.

-------------------------------------------------------------------------------------

Anda juga  boleh miliki pakej ini sebagai bonus dengan pendaftaran mana-mana kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho

Penerangan kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 380 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Jika berminat hubungi saya:

Facebook Rafisuhaila Rahim 

Monday 27 October 2014

Siti Zawiyah Rahmat - Ulasan kelas asas blog dan fanpage

Teks: Siti Zawiyah Rahmat
Guru Online: Anys Idayu Zakaria

Sumber: http://sitizawiyahrahmat.blogspot.com/2014/08/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage-abdr.html

Assalamualaikum,

 
Sumber: Google

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyelesaikan semua tugasan yang diberikan oleh guru online saya, Puan Anys Idayu Zakaria.  Ini adalah tugasan terakhir iaitu membuat ulasan mengenai kelas asas blog dan fanpage Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Pada awalnya, saya tidak pernah merancang untuk mempunyai blog. Saya selesa menjadi pembaca blog untuk mencari maklumat dan juga idea resepi masakan.  Memandangkan saya seorang yang tidak pandai mengarang dan menulis, niat berblog tidak pernah ada dalam kotak fikiran saya.  Apatah lagi tulisan saya akan dibaca oleh sesiapa sahaja, perasaan tidak yakin dan segan bercambah dalam fikiran.

Namun, setiap yang berlaku adalah perancangan yang rapi daripada Dia. Saya mula berjinak-jinak dengan blog apabila saya mula menjadi ahli kepada syarikat nutrisi yang terkenal iaitu Shaklee. Dari situ, saya mula berblog lantaran sokongan daripada upline saya.

Kata  upline saya, Puan Nurul Huda Mohd Najmi, jika ingin menambah pendapatan, saya mesti mempunyai blog sebagai medium yang efektif.  Ini kerana sasaran pelanggan lebih besar jika mempunyai blog. Sudah menjadi trend sekarang, ramai orang suka melayari internet. Mereka akan mencari apa-apa maklumat yang dikehendaki di internet kerana cara itu lebih mudah, cepat dan selesa.

Saya menyertai kelas asas blog dan fanpage untuk mempelajari cara memulakan blog.  Dalam ABDR masa untuk kelas tutorial adalah sangat fleksibel. Saya boleh belajar dan ulangkaji pelajaran pada bila-bila masa mengikut kehendak saya. Nota yang diberikan adalah jelas dan mudah untuk difahami.

Tugasan 44 entry penulisan di mana saya dikehendaki menulis sebanyak 44 entry, iaitu sehari sebanyak satu entry atau lebih. Tujuannya supaya pelajar dapat menulis secara konsisten, iaitu ciri-ciri yang mesti ada pada penulis blog untuk menarik minat pembaca dan menaikkan jumlah lawatan ke blog. Tugasan ini amat berkesan kerana ia membantu membina keyakinan diri dan mengasah bakat menulis. Saya juga diajar cara menulis dengan betul dan santai agar penulisan mesra pembaca bagi mengelakkan penulisan yang syok sendiri yang tiada isi dan manfaat.

Saya bersyukur kerana diberi kesempatan mempelajari ilmu ini daripada guru saya. Di kesempatan ini saya berharap lebih ramai peserta yang akan menyertai ABDR kerana ianya bagus sebagai ilmu asas berblog.

Sharing is caring,
Siti Zawiyah
0123639665 

---------------------------------------------------------------------------------------


Daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di 
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)
Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Saturday 25 October 2014

Raikan mimpi si kecil

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Cerita suatu pagi.

Aqil: Abah, semalam Aqil mimpi abah beli kereta baru

Suami: ya ke? (teruja nak mendengar)

Aqil: Aqil mimpi kereta tu warna hitam, kat dalam kereta tu ada tv. 

Suami: Wah, ok tu. Aqil ucap Alhamdulillah tak?

Aqil: Mimpi jelah, takyah cakap Alhamdulillah.. (jawapan selamba)

Suami: o.. ye tak ya juga ya..  (senyum sendiri)

Di antara cara anak saya, Aqil ekspresi kehendaknya ialah dengan bercerita tentang mimpinya. Walaupun kesahihan mimpinya tak dapat dipastikan, tapi dia selalu bercerita walaupun ada kala mimpinya logik atau sebaliknya. Dah namanya pun mimpikan? :) Tetapi, suami yang rajin melayan dan mendengar dia bercerita. Ini salah satu cara untuk kami raikan luahan perasaannya dan ada kala juga satu peringatan buat kami juga.

Suatu ketika dulu, dia bercerita yang dia bermimpi mempunyai bilik yang ada katil bercadarkan kartun superman. Suami yang prihatin belikan dia katil berbentuk kereta dan catkan bilik tidurnya dengan warna kegemarannya. Dia gembira sangat walaupun tak diminta.

Tapi bila mimpi dia mimpikan kereta baru ni, tak dapatlah kami menunaikan impiannya buat masa ini :) Alhamdulillah, kami berempat masih selesa dengan kereta yang ada. In shaa Allah, kita beli lain kali ya! :)

_____________________________________________________

Blog Ruang Iklan

Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Friday 24 October 2014

Rahayu Rashid - Ulasan eBook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Teks: Rahayu Abdul Rashid
Sumber: http://rahayu-abdulrashid.blogspot.com/2014/10/ulasan-ebook-rahsia-khidmat-pelanggan.html

Bisnes online bukanlah perkara baru dalam diari kehidupan saya. Saya telah berbisnes secara online sejak tahun 2011. Pelbagai ragam pelanggan telah saya temui.

Oleh itu, atas dasar ingin menambah ilmu dalam Khidmat Pelanggan, apabila Puan Masayu Ahmad melancarkan eBook terbaru beliau iaitu Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online saya tidak membuang masa untuk mendapatkan naskah tersebut!

 

Di sini, saya ingin kongsikan ulasan eBook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online dengan anda semua. Semoga ia bermanfaat buat kita bersama, InsyaAllah.

Cara penyampaian di dalam eBook tersebut adalah ringkas dan padat. Ia mudah difahami dan semasa membacanya kita dapat membayangkan apa yang ingin penulis sampaikan.

Kita juga pasti tidak sabar untuk mempraktiskan ilmu yang diperolehi daripada eBook ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Mungkin anda juga seperti saya, sambil membaca eBook ini, saya sempat termenung kerana bermuhasabah diri mengimbas kembali di mana kelemahan saya dalam skil khidmat pelanggan.

Contohnya dalam Bab 6: Menghargai Pelanggan.
·      Ikhlas dan Senyum – “Sapa bakal pelanggan/pelanggan dengan senyuman. Mudah sahaja, letak sahaja ikon senyum J apabila berbicara dengan pelanggan walaupun hanya mesej melalui talian online. Gunakan ia sebaiknya. Senyuman itu membenarkan kita berurusan dengan baik dengan pelanggan. Ia adalah penghargaan yang cukup mudah.

Mungkin sebelum ini kita merasakan bahawa perkara ini adalah perkara remeh dan tidak penting! Tapi, sebenarnya ia memberi impak yang sangat besar. Jika kedai fizikal sekalipun, jika peniaga bermuka manis dan sentiasa senyum kita pun rasa selesa dan bersemangat hendak membeli! Jika sebaliknya? Terus rasa hendak keluar dari kedai kan?

eBook ini juga berkongsi RAHSIA memikat hati bakal pelanggan/pelanggan bermula daripada sebelum mereka menjadi pelanggan, setelah menjadi pelanggan dan bagaimana memikat mereka untuk menjadi pelanggan setia!

Pelanggan setia akan membuat pengulangan membeli produk malah mereka juga selalunya akan menjadi ‘agent pemasaran’ kita secara tidak langsung iaitu melalui ‘viral’ di media social atau ‘mouth to mouth’. 

Contohnya ialah apabila mereka membeli tudung yang kita jual, rakan mereka mungkin tertarik lalu bertanya di mana tudung itu dibeli. Jawabnya ialah “online” lalu ‘memperkenalkan’ blogshop atau facebook page kita.  Bukankah itu menguntungkan kita? Lebih menguntungkan lagi jika pelanggan kita itu memuji kita kerana layanan yang baik dan senang berurusan dengan kita. Pasti ia menambah kepercayaan dan keterujaan orang lain untuk membeli dengan kita.

Banyak lagi RAHSIA yang perlu kita ketahui untuk meningkatkan mutu khidmat pelanggan yang akan diperolehi melalui eBook ini. Jika anda mempunyai staf yang menguruskan bisnes online anda, anda patut memberikan eBook ini kepada mereka juga. InsyaAllah, ia akan memberikan manfaat untuk perniagaan anda. Anda tidak akan rugi memilikinya!

Tahniah Puan Masayu Ahmad!
---------------------------------------------
Miliki ebook ini dengan harga promosi RM30, harga selepas ini RM50. Tawaran tinggal untuk38 orang sahaja lagi, promosi bulan ini beli 1 ebook, boleh pilih satu lagi ebook bonus. Selepas ini harga untuk ebook ini adalah RM50. Terima kasih pada yang sudah memiliki ebook ini. Edisi kemaskini lebih padat akan diberikan juga pada 15.11.2014. 

Bayar di sini 
http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


Wednesday 22 October 2014

Pengalaman setahun di ABDR

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah, bulan ini genap setahun saya di dalam jemaah ABDR. Ini bermakna genap setahun juga saya bergelar blogger. Tidak pernah terfikir untuk sampai tahap ini. Bukan mudah untuk membuat anjakan paradigma dari seorang yang 'silent reader' (walaupun masih silent). :) Maklumlah saya tiada pengalaman langsung dalam dunia blog. Hanya rajin blogwalking blog-blog orang. Jadi bila sudah mendaftar kelas ini terpaksalah saya tuliskan juga walaupun Allah sahaja yang tahu bila saya mengambil beberapa hari saya mengarang dan mengedit entri hanya untuk entri yang pertama. Realitinya saya bukan mahir sangat dalam penulisan, tetapi untuk berubah saya gagahkan juga. Moga saya terus istiqamah untuk menulis diblog ini dan moga ada kebaikan untuk yang membaca.

Setelah beberapa bulan didunia blog, saya dapati banyak kebaikan yang saya perolehi. Pada peringkat awal, saya hanya menulis dan berkongsi sedikit ilmu pelaburan unit amanah disamping diselang-seli dengan catatan pengalaman harian yang dirasakan menarik dan dapat memberi manfaat kepada pembaca. Alhamdulillah, hasil dari bantuan jemaah di ABDR, jumlah pengunjung diblog meningkat dari hari ke hari. Bila selesai menulis 44 entri, saya ditawarkan sebagai Rakan Niaga di ABDR memandang ketika itu saya tiada apa-apa produk untuk dijual. Dan saya mengambil peluang emas ini sebagai satu usaha untuk menambah pendapatan. 

Belajar dari pengalaman sebagai Rakan Niaga di ABDR, saya menjinakkan diri dalam menjual produk sendiri. Dari satu blog saya membina lagi tiga blog untuk mempromosi produk-produk yang berbeza. Alhamdulillah, menambah pendapatan sedia ada. Tambahan pula blog merupakan satu medium yang sangat berkesan untuk usahawan online terutama yang ingin bermula seperti saya. Antara pengalaman manis, bila suatu hari mendapat panggilan dan emel dari Cambodia yang berminat dengan produk yang saya promosikan diblog. Dan ia berlaku setelah beberapa bulan sahaja saya promosi di blog. Alhamdulillah, suatu yang tak diduga, ada juga pembaca blog saya dari luar negara. :)

Saya berazam untuk terus menambah ilmu dalam dunia dalam dunia blog. Adakala buntu juga untuk menulis. Semoga semangat ini tidak berhenti di sini sahaja dan moga terus diberi kekuatan dan kelapangan untuk menulis dan berkongsi. Terima kasih kepada Pengasas ABDR Puan Masayu dan Cikgu Online saya, Kak Aishah kerana terus memberi semangat ini.

Caiyok! :)
---------------------------------------


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 860 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Monday 20 October 2014

Hifzaila Hafni- Pengalaman Kelas Asas Blog Penulisan

Teks: Hifzaila Hafni

Saya mula mendaftar kelas asas blog penulisan seingat saya Februari 2014. Apa yang mendorong saya mendaftar kelas ini?

Saya mahu menulis secara serius, menulis blog bagi menjana pendapatan sampingan. Bagaimana blogger dapat menjana pendapatan...? Saya tak tahu. Sebab tu saya masuk kelas ni dan belajar sebanyak mana yang boleh. Lagipun, bukan saya tak pernah menulis blog, cuma blog yang ada sekadar di pinggiran saja (untuk suka-suka).
Dah hampir 9 bulan sejak saya mendaftar kelas ini, dan alhamdulillah telah siap semua tugasan. Disebabkan tema hari ini adalah throwback, marilah mengenang kisah silam sekejap ye.

Saya mulanya berniat untuk kembangkan bakat menulis. Saya bukanlah pandai menulis cuma saya suka menulis. Tapi sejak dah beranak kecil ni, saya dah jarang menulis. Maka hilang satu cara saya 'escape' daripada kehidupan saya sehari-hari. Saya juga tak pandai nak membebel (ye ke?) dan salah satu cara saya membebel melalui penulisan. Tapi saya tulis untuk simpanan sendiri dan kongsi dengan kawan-kawan rapat je. Tak ada niat nak jana pendapatan atau berbisnes pun melalui blog. Semata-mata menulis. Cita-cita biasalah nak tulis buku lah, artikel majalah lah...tapi tak tahulah jika masa depan Allah makbulkan cita-cita sekian lama tu.

Bila dalam kelas asas blog ni, kelas online saja. Hanya ikut tugasan yang dah ditetapkan langkah demi langkah. Ikut masa sendiri, masa adalah fleksibel dan jika cepat anda siapkan tugasan, cepatlah habis kelas. Jangan rasa terbeban sangat dengan tugasan-tugasan ni, bukannya cikgu online nak marah pun sebab tak ada had masa nak kena siapkan. Cuma, sayang kalau tak siapkan sebab kita dah bayar. Rugi.

Saya ambil pakej RM200. Saya memang dah niat nak mula kelas ni bila saya dapat bayaran kerja-kerja freelancing saya. Alhamdulillah dengan pelaburan yang dibuat. Saya dapat lebih daripada apa yang saya bayar. Saya bukan setakat belajar menulis blog (bagi yang memang pro, tak mengapalah, tapi saya tidak), saya belajar berbisnes kecil-kecilan dan dropship sebab pakej RM200 ni automatiknya saya jadi Rakan Niaga juga. Iaitu belajar menulis blog dan berbisnes dengan mempromosi produk-produk Akademi Bekerja Di Rumah. Mula-mula memang tak tahu macamana nak buat bisnes ni, tapi bila dah lama-lama, akan terbiasa dan mula faham. Hinggalah saya bina kedai online saya sendiri - Hif Online Store; yang kini produk utamanya adalah pek nasi arab segera jenama Al-Bayt; di samping produk-produk makanan yang lain.

Bermula dengan hanya niat tulis blog dengan serius, melarat ke bisnes dan menambah jaringan kenalan. Juga mengenali orang-orang yang hebat dan usahawan-usahawan yang berjaya. Bergaullah dengan orang yang berjaya supaya kita juga suatu hari nanti akan berjaya seperti mereka. Insya Allah.

Guru online : Zaila Mohamad
---------------------------------------

Ebook: Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online


Siri 1 (terbit 25.9.2014)

RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Harga selepas ini RM50

Bayar di sini 
http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 


Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira

Tempahan-->
http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Thursday 16 October 2014

Kepentingan mendalami ilmu tentang cukai

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Hari ini suami bercuti. Seawal pagi selepas habis urusan Amnah di Klinik Kanak-Kanak, kami teruskan perjalanan ke Pejabat LHDN berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat untuk urusan cukai pendapatan suami. Maklumlah setelah sekian lama bekerja, ini kali pertama suami dapat surat dari LHDN. Memandangkan pengetahuan saya juga tak seberapa dalam urusan cukai ini, saya syorkan pada suami untuk mendapatkan khidmat nasihat terus dari pihak LHDN supaya tiada masalah dikemudian hari. 

Kami sampai ketika pejabat LHDN masih lengang. Hanya beberapa orang yang menanti giliran untuk berurusan dikaunter. Ketika beratur menunggu giliran, Kami sudah dimaklumkan oleh pegawai keselamatan yang bertugas, bahawa bayaran cukai hanya boleh dibuat di pejabat LHDN Jalan Duta atau dimana-mana pejabat pos. Untuk mendapat khidmat nasihat cukai sahaja boleh berurusan dikaunter. Oleh itu, kami mengambil peluang ini untuk bertemu dengan pegawai yang boleh memberi maklumat lanjut seperti yang diinginkan.

Alhamdulillah, banyak ilmu dan informasi yang dapat dari pertemuan dengan pegawai tersebut. Ini termasuk dengan cara membuat urusan melalui e-filling. Ketika saya masih bekerja dulu, pernah juga didatangi surat cukai tetapi tidak mengambil berat sangat sebab menjangkakan bila sudah ada Potongan Cukai Berjadual (PCB) dan potongan zakat, urusan cukai boleh dilepaskan begitu sahaja kepada majikan. Tetapi bila dibuat penelitian dan informasi dari pihak LHDN, tanpa disedari banyak kemudahan pelepasan yang boleh kita buat jika kita bertindak untuk 'declare' segala pendapatan dan perbelanjaan tahunan kita. Menurut pegawai LHDN yang bertugas, adalah sangat penting juga untuk kita menyimpan segala dokumen-dokumen penting dan bil-bil yang berkaitan dalam tempoh sekurang-kurangnya sekurang-kurang tujuh tahun. Contohnya untuk tahun taksiran 2011, kita perlu menyimpan segala dokumen yang berkaitan sehingga tahun 2018. Ini untuk memudahkan pihak LHDN membuat semakan sekiranya diminta nanti.

Atas nasihat pegawai LHDN lagi, beliau menyarankan suami untuk membuat bayaran cukai yang diminta seperti dalam surat yang diterima. Ini bagi mengelakkan penalti cukai lambat bayar. Sekiranya selepas mengisi dan menghantar borang untuk 'declaration', pengiraan semula akan dibuat. Sekiranya terdapat pengurangan bayaran cukai, jumlah yang terlebih bayar akan dibayar semula kepada pembayar cukai nanti. 

Dalam pada itu juga, sempat juga saya minta pegawai kaunter menyemak fail cukai saya. Alhamdulillah, tiada bayaran tertangguh. :)

Adalah sangat baik untuk setiap dari kita menambah ilmu tentang percukaian ini. Cukai haruslah difahami dengan mendalam sebagai satu tanggungjawab setiap warganegara, bukannya sebagai suatu bebanan kepada rakyat. Ini kerana cukai bukanlah urusan profesional, tetapi cukai adalah urusan peribadi setiap individu di dalam negara sesebuah negara.
 ---------------------------------------------------------------------------------------


Daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di 
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)
Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Friday 10 October 2014

Bibi Normi - Ulasan Kelas Belajar Asas Blog

Teks: Bibi Normi
Guru Online: Anys Idayu
Sumber: http://bibinormimdnoor.blogspot.com/2014/09/inspirasi-ebook-asas-belajar-blog.html

Inspirasi Ebook 'Asas Belajar Blog'


Saya pernah ada blog. Itu pun dulu-dulu. Zaman belajar dan zaman mula-mula bekerja. Pada saya blogging ini satu fenomena yang menjadi ikutan dari tahun ke tahun. Walau pun blogger memang semakin ramai tetapi saya lihat individu yang ada blog sendiri boleh dikatakan agak ‘rare’ dan ‘special’ apabila berada di laman maya. Pernah dengar nama-nama seperti Broframestone, Denaihati, Joegrimjow, Ariffshah, The Other Khairul dan Cik Epal? Hmmmm...inilah beberapa blog yang selalu juga saya singgah satu ketika dahulu.
Berbalik pada blog kepunyaan saya, semuanya tidak menggunakan nama sebenar. Sebaliknya saya selesa mengekspresikan diri menggunakan nama lain. Tapi kali ini di dalam kelas maya di bawah Asas Blog bimbingan Puan Anys Idayu Zakaria kami mesti mempromosikan nama sebenar sebagai alamat blog. Maka Alhamdulillah terciptalah blog yang kini boleh dilayari jika anda menaip bibinormimdnoor.blogspot.com di ruangan alamat URL. Blog saya kali ini bertemakan wanita, cinta dan inspirasi. Tiga serangkai yang begitu dalam maksudnya. Saya sengaja gabungkan tiga perkataan ini kerana saya yakin kesemuanya saling berkait dalam hidup. Hampir empat bulan lamanya, saya mencuba untuk memberi perhatian pada blog ini demi berkongsi apa yang dirasakan dapat menjurus kepada ‘memberi’ dan menginspirasi’ pembaca.

Dan pada petang ini, secara langsung saya cuba menaip semata-mata mahu berkongsi kelebihan ilmu salah satu ebook tulisan Masayu Ahmad bertajuk Asas Belajar Blog. Suka saya katakan ebook ini hampir berjaya memahamkan saya metod sebenar dalam menguruskan blog secara lebih baik dari semalam. Saya tidak lagi ‘lost’ atau ‘blur’ tak tentu fasal walau pada mulanya ada sedikit ‘blank’ dek tidak tahu dari mana mahu bermula. Namun berkat mentor yang ‘gigih’ membantu, Puan Anys dan beberapa informasi perkongsian bersama di Closed Group saya dapat atasi ‘blogger’s block’ tersebut. Syukur kepada Allah Yang Esa yang memberi ilham.

 Saya rasa ebook ini tiba tepat pada masanya bagi mereka yang mencari ilmu yang sama seperti yang saya cari. Bagusnya di sini ada peraturan yang memerlukan kita menganalisa dahulu latar belakang diri dari segi pendidikan, minat, kemahiran dan kepakaran diri sebelum memilih tajuk dan tema yang sesuai dijadikan blog. Di sini penggunaan nama sebenar dan emel yang tampak professional (menggunakan nama sebenar) perlu bagi memudahkan carian pembaca dan pelanggan kelak di carian Google. Dalam ebook ini ada juga dikongsikan kisah kejayaan, pengalaman dan tip-tip bermanfaat oleh beberapa wanita yang layak dijadikan inspirasi. Nama-nama seperti Faridah Yusof, Aishah Hussein, Ashikin Hashim dan Nik Fauziah Nik Hussin turut dikongsikan untuk tatapan pembaca. Pada saat kita membelek helaian ebook, kita akan bertemu perkataan ‘hebat’ seperti WAHM, SAHM, dan SOHO. Nak tahu maksudnya secara praktikal? Jom sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) kerana di sini kita akan sama-sama berkongsi ilmu dalam merealisasikan blog impian, mempromosikan produk, belajar tip blogging efektif, dan belajar menghasilkan pendapatan bermula RM10 hinggalah ke RM100 sehari. In Syaa Allah…kerana Tuhan itu Maha Kaya.

Akhir kata, apa yang pasti adalah 44 entri! Ya, kami WAJIB menulis entri di blog sehingga mencapai angka ditetapkan. Mungkin ini adalah pakej terbaik demi melatih kita para penulis blog agar konsisten dan bijak merancang penulisan entri mengikut label-label yang dicadangkan dari awal. Di sini kita perlu ingat bahawa MATLAMAT KELAS ASAS BLOG & PENULISAN ini adalah untuk memperkenalkan diri kepada dunia online bakal pembaca atau pelanggan di luar sana. Dan kerana itu blog kita begitu signifikan untuk dijadikan platform menarik pembaca yang boleh bertukar menjadi pelanggan. Dan untuk pengetahuan semua di akhir bab ada satu bonus tip iaitu cara menulis ebook pertama. Semoga kita mendapat sesuatu menerusi ebook ini seterusnya memberi berpeluang kepada diri sendiri melakukan kebaikan dalam pembelajaran.

Nota Kaki: Bagi yang belum ada blog dan suka baca blog orang lain sudah sampai masanya anda punya blog sendiri. Kita mungkin tidak dinobatkan penulis popular tetapi kita perlu nobatkan diri kita selaku seorang penulis. Kerana setiap hari kita mungkin menulis!  
(sumber : http://bibinormimdnoor.blogspot.com/2014/09/inspirasi-ebook-asas-belajar-blog.html)
--------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda juga  boleh miliki pakej ini sebagai bonus dengan pendaftaran mana-mana kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho

Penerangan kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 380 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Jika berminat hubungi saya:

Facebook Rafisuhaila Rahim 


Thursday 9 October 2014

Catatan pengalaman di klinik kesihatan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi




26 September 2014
Hari ini hari pertama kami menghantar Amnah ke Klinik Kerajaan berdekatan memandangkan rawatan ke klinik panel tidak menunjukkan demam Amnah akan surut. Ketika itu kami sampai di klinik pada pukul 8.15 malam. Selepas pendaftaran dengan caj hanya RM1, sekejap sahaja sudah dipanggil ke bilik jururawat untuk diukur suhu badan. Selepas itu diminta ke bilik suntikan untuk diambil darah. Selesai dibilik suntikan terus diarahkan ke makmal dan tidak sampai sepuluh minit sudah dapat keputusan. Alhamdulillah, bacaan platlet darahnya hanya 192 dan tidak membimbangkan. Tetapi dokor arahkan untuk kembali ke klinik esoknya kerana dibimbangi ada kandungan virus dalam darah dan bacaan kali pertama juga tidak boleh mengesan sekiranya ada unsur penyakit denggi. Atas nasihat doktor juga, Amnah perlu ke bilik suntikan lagi untuk dimasukkan ubat melalui punggung kerana suhu demamnya yang mencecah angka 38.5'C. Selepas itu kami terus ke farmasi untuk mengambil ubat. Alhamdulillah, dalam tempoh tak sampai sejam kami dah boleh balik.

27 September 2014
Pagi Sabtu kami datang lagi. Kali ini agak mengambil masa lama sikit sebab pesakit yang datang agak ramai berbanding semalamnya. Tapi kali ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Menurut pegawai dikaunter, tiada bayaran dikenakan sehingga platlet darahnya melepasi 200. :) Seperti semalamnya, Amnah perlu melalui prosedur yang sama seperti hari sebelumnya. Kali ini platlet darah sudah meningkat kepada 196, jadi Amnah perlu dibawa lagi untuk ujian seterusnya. 

29 September 2014
Hari ini, hari ketiga kami bawa Amnah di Klinik Kesihatan. Alhamdulillah, kali ini platlet darahnya sudah melepasi angka 200. Jadi tidak perlu datang lagi ke klinik untuk ujian darah lagi. Berbanding hari pertama dan kedua, hari ini dia tidak menangis bila dicucuk untuk diambil darahnya. Jururawat yang bertugas pula pelik sebab dia tidak menangis walaupun kali ini jumlah darah yang diambil lebih banyak kerana perlu melalui dua ujian makmal yang telah diarahkan oleh doktor. Mungkin Amnah dah tak demam, jadi dia tidak merengek lagi. :)

Alhamdulillah, kami sangat berpuas hati dengan servis diklinik kesihatan sepanjang tiga hari ini. Sebelum itu kami banyak merujuk ke klinik panel sahaja. Memandangkan Amnah sukar untuk diberi makan ubat, dan demam yang tidak sembuh melebihi tiga hari, kami mengambil keputusan ke klinik kerajaan. Alhamdulillah, semua urusan dimudahkan.  

Pengalaman kali ini mengingatkan kami supaya mengambil kira klinik kerajaan sebagai satu alternatif jika ada masalah kesihatan untuk dirujuk. Selama ini kami tertumpu dengan klinik panel jika ada anak-anak yang demam atau beberapa sakit ringan. In shaa Allah, pilihan utama kami selepas adalah ke klinik kerajaan dan kedua barulah ke klinik panel untuk merujuk kepada apa-apa masalah kesihatan. Realitinya, memang waktu perkhidmatan di klinik kerajaan adalah terhad pada hari dan waktu-waktu tertentu sahaja. Namun berdasarkan pengalaman ini perkhidmatan yang diberi masih terbaik. Apapun kita sebagai pengguna perkhidmatan mereka,  perlu pandai buat perancangan dengan datang awal dan mengikut nasihat serta peraturan yang telah ditetapkan. In shaa Allah.

Moga bermanfaat!
------------------------------------------

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Untuk bermula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Jika berminat hubungi saya:


Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Wednesday 8 October 2014

Ulasan Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Usahawan Online

Teks: Suhaila Rahim



Setelah membaca beberapa kali, saya menyarankan setiap usahawan Online digalakkan untuk memilikki ‘Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan’. Perkara pertama yang diterangkan di dalam ebook ini adalah tentang terma-terma yang biasa digunakan dalam urusan online. Ciri-ciri urusniaga online juga diterangkan dengan jelas dan mudah difahami.

Di dalam Ebook ini ada pelbagai ciri-ciri yang diperlukan untuk menangani pelanggan yang berurusan di alam maya. Jika berurusan di kedai offline lebih kepada kata-kata ucapan dan gerak badan, urusniaga online lebih kepada tulisan-tulisan dan tindakan kita dalam memberi maklum balas kepada pelanggan. Usahawan juga perlu belajar cara mengawal emosi ketika berurusan dengan pelanggan.

Di dalam ebook juga memberi panduan bagaimana menggembirakan hati dengan pelanggan supaya mereka selesa berurusan dengan kedai kita. Kata-kata ucapan seperti terima kasih walaupun ringkas tentunya akan menggembirakan walaupun pelanggan hanya bertanya dan tidak membeli. Bila pelanggan gembira, ini akan meningkatkan keyakinan pelanggan untuk berurusniaga lagi dimasa akan datang. Untuk meningkatkan keyakinan pelanggan juga, sebagai usahawan online adalah perlu kita mendaftarkan perniagaan dengan SSM. Ini akan meningkatkan kredibiliti perniagaan supaya pelanggan mudah mengetahui lokasi dan maklumat tentang perniagaan yang kita lakukan.

Seperti kita maklum, ‘customer always right’. Oleh itu jika ada berlaku kesilapan dipihak kita seperti tersalah menghantar barang atau tersilap dalam kuantiti yang dipesan, sebagai usahawan kita perlu segera memohon maaf atas kesilapan kepada pelanggan. Dalam keadaan tertentu, khidmat selepas jualan juga, pemberian diskaun atau hadiah kepada pelanggan setia juga boleh menawan hati pelanggan dan secara langsung pelanggan akan rasa dihargai.

Selain itu diterangkan bagaimana untuk meningkatkan kuasa khidmat pelanggan. Pengalaman berurusniaga setiap hari akan menemukan kita dengan pelbagai jenis pelanggan. Oleh itu sebagai usahawan kita perlu mempelbagaikan ilmu khidmat pelanggan yang lebih professional.

Dibahagian akhir ebook ada dikongsikan pengalaman mereka yang pernah membeli barang secara online. Tentunya pengalaman yang dikongsi boleh dijadikan pengajaran kepada usahawan online. Pengalaman beberapa usahawan online juga banyak memberi idea dan panduan untuk kita memperbaikki cara kita berurusan dengan pelanggan.

Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online
Bab 2: Mengembirakan Pelanggan
Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan
Bab 4: Menawan Hati Pelanggan
Bab 5: Menghargai Pelanggan
Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan
Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional
Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati
Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 
Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira

Untuk menempah ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Usahawan Online boleh menempah di sini:

http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/p/borang-tempahan.html