Foto: Carian Google
Aqil: Abah, semalam Aqil mimpi abah beli kereta baru
Suami: ya ke? (teruja nak mendengar)
Aqil: Aqil mimpi kereta tu warna hitam, kat dalam kereta tu ada tv.
Suami: Wah, ok tu. Aqil ucap Alhamdulillah tak?
Aqil: Mimpi jelah, takyah cakap Alhamdulillah.. (jawapan selamba)
Suami: o.. ye tak ya juga ya.. (senyum sendiri)
Di antara cara anak saya, Aqil ekspresi kehendaknya ialah dengan bercerita tentang mimpinya. Walaupun kesahihan mimpinya tak dapat dipastikan, tapi dia selalu bercerita walaupun ada kala mimpinya logik atau sebaliknya. Dah namanya pun mimpikan? :) Tetapi, suami yang rajin melayan dan mendengar dia bercerita. Ini salah satu cara untuk kami raikan luahan perasaannya dan ada kala juga satu peringatan buat kami juga.
Suatu ketika dulu, dia bercerita yang dia bermimpi mempunyai bilik yang ada katil bercadarkan kartun superman. Suami yang prihatin belikan dia katil berbentuk kereta dan catkan bilik tidurnya dengan warna kegemarannya. Dia gembira sangat walaupun tak diminta.
Tapi bila mimpi dia mimpikan kereta baru ni, tak dapatlah kami menunaikan impiannya buat masa ini :) Alhamdulillah, kami berempat masih selesa dengan kereta yang ada. In shaa Allah, kita beli lain kali ya! :)
_____________________________________________________
Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment