Teks: Suhaila Rahim
Hari ini suami bercuti. Seawal pagi selepas habis urusan Amnah di Klinik Kanak-Kanak, kami teruskan perjalanan ke Pejabat LHDN berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat untuk urusan cukai pendapatan suami. Maklumlah setelah sekian lama bekerja, ini kali pertama suami dapat surat dari LHDN. Memandangkan pengetahuan saya juga tak seberapa dalam urusan cukai ini, saya syorkan pada suami untuk mendapatkan khidmat nasihat terus dari pihak LHDN supaya tiada masalah dikemudian hari.
Kami sampai ketika pejabat LHDN masih lengang. Hanya beberapa orang yang menanti giliran untuk berurusan dikaunter. Ketika beratur menunggu giliran, Kami sudah dimaklumkan oleh pegawai keselamatan yang bertugas, bahawa bayaran cukai hanya boleh dibuat di pejabat LHDN Jalan Duta atau dimana-mana pejabat pos. Untuk mendapat khidmat nasihat cukai sahaja boleh berurusan dikaunter. Oleh itu, kami mengambil peluang ini untuk bertemu dengan pegawai yang boleh memberi maklumat lanjut seperti yang diinginkan.
Alhamdulillah, banyak ilmu dan informasi yang dapat dari pertemuan dengan pegawai tersebut. Ini termasuk dengan cara membuat urusan melalui e-filling. Ketika saya masih bekerja dulu, pernah juga didatangi surat cukai tetapi tidak mengambil berat sangat sebab menjangkakan bila sudah ada Potongan Cukai Berjadual (PCB) dan potongan zakat, urusan cukai boleh dilepaskan begitu sahaja kepada majikan. Tetapi bila dibuat penelitian dan informasi dari pihak LHDN, tanpa disedari banyak kemudahan pelepasan yang boleh kita buat jika kita bertindak untuk 'declare' segala pendapatan dan perbelanjaan tahunan kita. Menurut pegawai LHDN yang bertugas, adalah sangat penting juga untuk kita menyimpan segala dokumen-dokumen penting dan bil-bil yang berkaitan dalam tempoh sekurang-kurangnya sekurang-kurang tujuh tahun. Contohnya untuk tahun taksiran 2011, kita perlu menyimpan segala dokumen yang berkaitan sehingga tahun 2018. Ini untuk memudahkan pihak LHDN membuat semakan sekiranya diminta nanti.

Atas nasihat pegawai LHDN lagi, beliau menyarankan suami untuk membuat bayaran cukai yang diminta seperti dalam surat yang diterima. Ini bagi mengelakkan penalti cukai lambat bayar. Sekiranya selepas mengisi dan menghantar borang untuk 'declaration', pengiraan semula akan dibuat. Sekiranya terdapat pengurangan bayaran cukai, jumlah yang terlebih bayar akan dibayar semula kepada pembayar cukai nanti.
Dalam pada itu juga, sempat juga saya minta pegawai kaunter menyemak fail cukai saya. Alhamdulillah, tiada bayaran tertangguh. :)
Adalah sangat baik untuk setiap dari kita menambah ilmu tentang percukaian ini. Cukai haruslah difahami dengan mendalam sebagai satu tanggungjawab setiap warganegara, bukannya sebagai suatu bebanan kepada rakyat. Ini kerana cukai bukanlah urusan profesional, tetapi cukai adalah urusan peribadi setiap individu di dalam negara sesebuah negara.
---------------------------------------------------------------------------------------
Daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)

Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.
Sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
oh, alhamdulillah. saya guna e-filing semenjak diperkenalkan. dua tahun berturut2 join kelas e-filing kat lhdn shah alam. skang dah mudah sbb rekod dah ada. update aje.
ReplyDeleteSaya pun dulu tak ambil kisah pun pasai cukai ni hinggakan terpaksa ambil tahu sebab VSS. Kena clear urusan dengan LHDN dulu baru pembayaran boleh dibuat oleh majikan. Betul, sekarang nak update apa2 senang dengan e-filing.
ReplyDelete