Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Alhamdulillah, bulan ini genap setahun saya di dalam jemaah ABDR. Ini bermakna genap setahun juga saya bergelar blogger. Tidak pernah terfikir untuk sampai tahap ini. Bukan mudah untuk membuat anjakan paradigma dari seorang yang 'silent reader' (walaupun masih silent). :) Maklumlah saya tiada pengalaman langsung dalam dunia blog. Hanya rajin blogwalking blog-blog orang. Jadi bila sudah mendaftar kelas ini terpaksalah saya tuliskan juga walaupun Allah sahaja yang tahu bila saya mengambil beberapa hari saya mengarang dan mengedit entri hanya untuk entri yang pertama. Realitinya saya bukan mahir sangat dalam penulisan, tetapi untuk berubah saya gagahkan juga. Moga saya terus istiqamah untuk menulis diblog ini dan moga ada kebaikan untuk yang membaca.
Setelah beberapa bulan didunia blog, saya dapati banyak kebaikan yang saya perolehi. Pada peringkat awal, saya hanya menulis dan berkongsi sedikit ilmu pelaburan unit amanah disamping diselang-seli dengan catatan pengalaman harian yang dirasakan menarik dan dapat memberi manfaat kepada pembaca. Alhamdulillah, hasil dari bantuan jemaah di ABDR, jumlah pengunjung diblog meningkat dari hari ke hari. Bila selesai menulis 44 entri, saya ditawarkan sebagai Rakan Niaga di ABDR memandang ketika itu saya tiada apa-apa produk untuk dijual. Dan saya mengambil peluang emas ini sebagai satu usaha untuk menambah pendapatan.
Belajar dari pengalaman sebagai Rakan Niaga di ABDR, saya menjinakkan diri dalam menjual produk sendiri. Dari satu blog saya membina lagi tiga blog untuk mempromosi produk-produk yang berbeza. Alhamdulillah, menambah pendapatan sedia ada. Tambahan pula blog merupakan satu medium yang sangat berkesan untuk usahawan online terutama yang ingin bermula seperti saya. Antara pengalaman manis, bila suatu hari mendapat panggilan dan emel dari Cambodia yang berminat dengan produk yang saya promosikan diblog. Dan ia berlaku setelah beberapa bulan sahaja saya promosi di blog. Alhamdulillah, suatu yang tak diduga, ada juga pembaca blog saya dari luar negara. :)
Saya berazam untuk terus menambah ilmu dalam dunia dalam dunia blog. Adakala buntu juga untuk menulis. Semoga semangat ini tidak berhenti di sini sahaja dan moga terus diberi kekuatan dan kelapangan untuk menulis dan berkongsi. Terima kasih kepada Pengasas ABDR Puan Masayu dan Cikgu Online saya, Kak Aishah kerana terus memberi semangat ini.
Caiyok! :)
---------------------------------------
Saya berazam untuk terus menambah ilmu dalam dunia dalam dunia blog. Adakala buntu juga untuk menulis. Semoga semangat ini tidak berhenti di sini sahaja dan moga terus diberi kekuatan dan kelapangan untuk menulis dan berkongsi. Terima kasih kepada Pengasas ABDR Puan Masayu dan Cikgu Online saya, Kak Aishah kerana terus memberi semangat ini.
Caiyok! :)
---------------------------------------
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa
Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi
ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal
pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang
lagi.
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 860 blog dalam
akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu
bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang
betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan
cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan
usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh
sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk
kelas.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
I love blogging too ;-) tapi suka-suka jer...
ReplyDelete