='description'/>

Tuesday, 16 May 2017

Hari pertama di SCN

Bismillahirrahmanirrahim

Hari keenam.

Hari ini menunggu jururawat klinik kesihatan datang.

Baru sampai dimuka pintu, ketika belum pun sempat buka kasut salah seorang dah nampak baby atas katil.

"Baby kena kuning tu!" Spontan ayat keluar dari salah seorang jururawat.

Allah.. nak kena ke klinik juga hari ni. Keluh hati ini dalam diam.

Habis sesi pemeriksaan, bersiap-siap ke klinik kesihatan.

Bacaan darah 19. Jadi malam ni kami dua beranak 'check in' lagi kat hospital. Kena tinggal  lagi abang dan kakak yang masih teruja dapat tengok adik baru.

Apapun dapatlah baby rehat dengan aman hari ini, sebab tiada abang atau kakak yang panjat katil berebut nak tidur sebelah. :)

Moga baby cepat sembuh! Ameen.