='description'/>

Sunday 29 October 2017

Masakan emak

Teks: Suhaila Rahim

Alhamdulillah rezeki malam ni. Lepas maghrib, kakak datang rumah bawakan ole-ole dari kampung.

Mak kirim lauk-lauk kegemaran. Gulai cendawan kukur, rendang ayam bersama maman, sambal sotong, mee goreng dan jagung rebus. Semuanya sedap. Tak mampu nak memilih. Makan serba sedikit malam ni. Rasa lepas kerinduan dengan masakan mak. Allahuakbar. Nikmatnya Allah yang tahu. Alhamdulillah :)

Sebelum Maghrib tadi, dah pasang niat nak elak makan malam ini, tapi bila tengok lauk-lauk yang kirim hati tak tenteram. Hancur rancangan diet . ha..ha..

Saya sebenarnya rindu sangat nak makan masakan mak. Maklumlah, dah lama tak dapat balik kampung kerana jadual kerja suami yang tidak menentu. Kalau dulu perancangan balik kampung pastinya sebulan kali. Tapi kali ini tidak lagi. Hanya panggilan telefon  sebagai penganti diri.

Kebiasaannya kalau ada kiriman lauk dari kampung mak memang tak lupa bekalkan nasi. Bukan sikit nasinya tapi satu bekas yang boleh dimakan satu keluarga. Mak memang prihatin. Selalu dia fikir saya mesti tak sempat masak sebab saya kepenatan uruskan anak-anak sendirian. 

Bila mengenangkan bekalan yang mak kirim, teringat ketika saya tinggal asrama. Memang jadi rutin dia bawa bekal nasi dan macam-macam lauk bila ada kelapangan melawat. Maklumlah duduk asrama memang sinonim dengan terma selalunya 'lapar'.

Alhamdulillah.

---------------


ANDA SEDANG BERPANTANG DAN ADA MASALAH BERIKUT?
  • Tak Lalu Nak Makan Jamu?
  • Nak Elak Sembelit Semasa Pantang?
  • Nak Kembalikan Tenaga Untuk Jaga Anak & Bayi?
  • Nak Berpantang Dengan Lebih Mudah Tapi Masih Menjaga Kesihatan Wanita?
  • Nak Banyakkan Susu Badan?
  • Nak Cepatkan Sembuh Luka Bersalin?
  • Nak Elakkan Bayi Demam Kuning?
  • Nak Kuatkan Rahim & Kecutkan Peranakan?
Dapatkan LA MAMMA POSTNATAL





Supplement multivitamin dengan rumusan istimewa khas buat bakal ibu, ibu berpantang dan wanita yang menitikberatkan penjagaan dalaman dan luaran.

Whatsapp ke 0136844409 sekarang!


Sunday 22 October 2017

Cerita aiskrim

Teks: Suhaila Rahim


Hari ini usai urusan 'report day' kakak di tadika, angkut semua masuk kereta untuk balik umah.

Kebetulan cuaca hari sangat panas. Bila buka sahaja pintu kereta masing-masing mengeluh kepanasan,  si kecik pun dah merengek sebab bahang panas dan keadaan aircond kereta yang lambat sejuk. Terlintas dikepala, alangkah nikmatnya kalau dapat makan aiskrim waktu-waktu macam ini.

"Apa kata kita pergi kedai dulu, kita beli aiskrim, mak hauslah" saya bagi cadangan

Masing-masing bersorak setuju. Mak ni lagi lah setujukan. Sekadar senyum sendiri.

Tiba-tiba si abang bersuara dari tempat duduk belakang.

"Mak, Aqil pernah bacakan. Aiskrim tak boleh hilangkan dahaga. Bahan dlm aiskrim banyak protein. Jadi dia perlukan lebih banyak air untuk hilangkan protein dalam aiskrim" Aqil bagi pandangan.

"Ya ke?"

"Betul mak!"

"Kalau macam tu apa kata kita beli air je. Kakak dengan Afiq nak air apa? nanti kita suruh abang turun beli. Belikan mak air cincau!"saya bagi cadangan lain.

Semua angguk setuju.

Huh! terlepas hajat sendiri nak makan aiskrim hari ni  :)

Nasib baik sebelum keluar dah spray Magicblue,  panas berpeluh pun badan tak berbau!

***********************************



ANDA SEDANG BERPANTANG DAN ADA MASALAH BERIKUT?
  • Tak Lalu Nak Makan Jamu?
  • Nak Elak Sembelit Semasa Pantang?
  • Nak Kembalikan Tenaga Untuk Jaga Anak & Bayi?
  • Nak Berpantang Dengan Lebih Mudah Tapi Masih Menjaga Kesihatan Wanita?
  • Nak Banyakkan Susu Badan?
  • Nak Cepatkan Sembuh Luka Bersalin?
  • Nak Elakkan Bayi Demam Kuning?
  • Nak Kuatkan Rahim & Kecutkan Peranakan?
Dapatkan LA MAMMA POSTNATAL





Supplement multivitamin dengan rumusan istimewa khas buat bakal ibu, ibu berpantang dan wanita yang menitikberatkan penjagaan dalaman dan luaran.

Whatsapp ke 0136844409 sekarang!



Tuesday 12 September 2017

Rujuk kepada yang ahli

Teks: Suhaila Rahim

Assalamualaikum,

Bismillah.

Maafkan saya sebab sekian lama tidak dapat menulis di sini. Apapun terima kasih kerana ada yang masih menjenguk blog saya yang dah bersawang. ha..ha..

Minat menulis sentiasa berbunga tetapi atas beberapa kekangan saya lupakan sekejap untuk proses penyesuaian masa dan keadaan saya sekarang.

Akhir-akhir ini saya ada menerima beberapa mesej dan whatsapp bertanyakan tentang Sukuk atau juga Bon patuh syariah yang pernah saya kongsikan di blog.

Di sini saya sekali ingin memohon maaf kepada yang bertanya kerana tidak dapat menjelaskan secara lengkap berkenaan denga Sukuk. Apa yang saya kongsikan di blog hanya asas dan bukan maklumat terkini. Saya cadangkan bagi kalian yang mencari maklumat ini boleh merujuk kepada mereka yang pakar dan ahli dalam bidang kewangan Islam. Saya percaya ilmu kewangan Islam Malaysia sentiasa berkembang dari masa ke semasa.

Kalian boleh mendapat maklumat dari buku-buku, laman web institusi berkaitan seperti Bank Negara, atau mengikuti page personaliti kewangan Islam seperti Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR).

Moga membantu. Maafkan saya sekali lagi! :)

-----------------------------------------------------------------------



Terpaksa Guna DEODORANT Walau Tahu Bahaya Bahan Kimia???

 Bau badan disebabkan proses penguraian BAKTERIA terhadap PELUH.
 Ia bertindak MEMAKAN peluh yang terhasil daripada KELENJAR PELUH (apocrice sweat gland), Sel Kulit Mati, Sel Bulu Roma, lalu mengeluarkan sejenis ASID yang menghasilkan BAU yang bukan sahaja tidak digemari malah digeruni.

🤔🤔 Pernah Terfikir tak, Kenapa bila pakai DEODORANT baju akan ada KESAN KUNING di KETIAK..??

Dari mana datangnya kesan kuning tu?
 Garam Aluminium dalam ANTI-PERSPIRANT itulah yang menghasilkan Stains atau kesan kotoran dekat baju.
 Aluminium ni bertindak MENUTUP LIANG PELUH dengan tujuan menghalang ia keluar.

Teringat zaman sekolah asrama dulu, bila nampak kawan sebilik pakai deodorant lain, kita pun nak pakai sama. Sudahnya, macam-macam deodorant yang kita dah cuba tanpa kita sedari.

🤓🤓 Jadi mana satukah yang Lebih Baik & SELAMAT ??

Nak guna atau tak ?? Kalau tak pakai ketiak bau orang nyampah nak dekat.

Ada orang bukan nak guna doedorant sangat, tapi terpaksa. Kerja dah Best, pakai dah Smart, muka dah Comey, Tapi Badan BERBAU.
Kan Spoil tu..

 Pilihan dah tentunya ditangan masing-masing. Pilih yang SELAMAT, BERKUALITI hidup pun CERIA ðŸ˜ƒðŸ˜ƒ

www.wasap.my/60136844409
www.wasap.my/60136844409
www.wasap.my/60136844409

Tuesday 16 May 2017

Hari pertama di SCN

Bismillahirrahmanirrahim

Hari keenam.
Hari ini menunggu jururawat klinik kesihatan datang.

Baru sampai dimuka pintu, ketika belum pun sempat buka kasut salah seorang dah nampak baby atas katil.

"Baby kena kuning tu!" Spontan ayat keluar dari salah seorang jururawat.

Allah.. nak kena ke klinik juga hari ni. Keluh hati ini dalam diam.

Habis sesi pemeriksaan, bersiap-siap ke klinik kesihatan.

Bacaan darah 19. Jadi malam ni kami dua beranak 'check in' lagi kat hospital. Kena tinggal  lagi abang dan kakak yang masih teruja dapat tengok adik baru.

Apapun dapatlah baby rehat dengan aman hari ini, sebab tiada abang atau kakak yang panjat katil berebut nak tidur sebelah. :)

Moga baby cepat sembuh! Ameen.


==============================================

IXORA Laundry  Detergent 4 dalam 1 .
(Jenis cecair pencuci pakaian)


Pilihan 5 jenis warna dan wangian.

1) Biru/Ocean Dynamo
2) Merah Jambu/Garden Fresh 
3) Orange/Floral blossom
4) Ungu/Lavender.
5) Green /Passion.

Power Force / Kuasa Padat (4 dalam 1)
✔ Pencuci
✔ Pelembut Fabrik
✔ Pewangi
✔ Anti-Bakteria

RM28 sebotol dengan isian 10 Liter.

Berminat boleh pm 
📲 http://www.wasap.my/60136844409