='description'/>

Wednesday 30 April 2014

Iktibar dari kisah Nabi Sulaiman dan seekor semut

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Semut dijadikan Allah berbentuk kecil saja, jauh beza dengan diri manusia. Namun di sebaliknya ada iktibar yang boleh kita perhatikan sebagai panduan hidup. Allah jadikan sesuatu itu tidak sia-sia kerana semua dapat diperhatikan dan dikaji selidik buat peringatan manusia. Begitulah dengan kehidupan semut. Cuba kita renungi dengan mendalam bagaimana semut mencari rezekinya dan bagaimana semut meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada pemilik rezeki iaitu Allah. Semoga kita boleh mengambil iktibar dari kisah ini. 

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah‐tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, di angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian Nabi ambil gandum sebiji, diletakkan dalam bekas dan ditutupnya bekas itu. Kemudian Nabi tinggalkan semut itu didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut.

"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah ini adalah semut lebih yakin dengan jaminan Allah ketika di luar bekas itu berbanding 'jaminan' manusia ketika berada di dalam bekas. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu di luar jangkaan, dia mampu bertahan kerana ada baki makanan  yang boleh digunakan.

Semoga bermanfaat!


-------------------------------------------




Beli pelbagai Ebook berinformasi: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://kioskproduksunnah.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:


Dapatkan Sejadah Muka dan Pati Haruman Kasturi Al Mujahid: http://aqnahonlineshoppe.blogspot.com/2014/04/pati-kasturi-al-mujahid.html


Tuesday 29 April 2014

Kuazue Mohd - Ulasan Kelas Akaun

Teks: Kuazue Mohd

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam Kasih sayang buat semua. Beberapa hari tidak bersiaran pula. Ada sahaja perkara/benda yang dikejar dan nak kena kejar pula. Ah dunia, lagi dikejar lagi berkejaran kita mengejarnya, yang pasti tidak akan pernah cukup bila mana kita sendiri tidak pernah tahu dan pasti apa yang patut dan perlu kita kejar sebenarnya dalam kehidupan yang merupakan ujian untuk hari akhirat nanti.

Atas perjanjian, haiihss, lama sudah berjanji pun, ini pula baru cik azue menulisnya.
Maaf ya wahai cikgu-cikgu sekalian, inilah resmi anak murid yang satu ini. Banyak benda nak kena selesai baru boleh menyambuang draft entri yang sudah berkurun tersimpan cantik dalam komputer ini.
Oh kelas apakah itu? Jika anda hendak tahu, ya, di suatu hari yang indah bertarikh 24 Mac yang lalu, cik azue telah pun mengikuti Kelas Asas Urus Akaun Secara Online.
Kenapa pula cik azue mengikuti kelas ini ya? Bukan kerana cik azue tidak tahu langsung tentang asas urus akaun, cuma nya, cik azue ni bukan lah pelajar jurusan akauntan. Jadi segala asas dulu adalah berdasarkan pengalaman kerja dengan orang dahulu. Jadi walau pun tahu, tidak salah kalau cik azue ingin mengambil tahu lagi kan. Dan tersangatlah mengejutnya, bila mana ada benda yang selama ini cik azue ingat betul, rupa-rupanya salah konsep. Wakakakaka! Mari gelak kan diri sendiri. Anda semua jangan gelak tau, nanti cik azue sentap. Hahahaha. Alhamdulillah, Allah gerakan hati ini untuk berusaha juga mengikuti kelas tersebut walau pada mulanya Chenta hati cik azue pernah berkata, "bukankah awak sudah tahu kan..."

Ok, apa yang cik azue belajar dalam kelas ini?

Pertama, beberapa hari sebelum kelas, cik azue dan rakan-rakan sekelas akan dimasukkan ke dalam satu "group" di FB dibawah seliaan satu guru online tetap (Puan Aishah Hussein) akademi bekerja di rumah (ADBR),  dan jumlah pelajar dalam satu kelas adalah lima orang sahaja. Ini kelas cik azue ya, kelas orang lain, ada empat orang, ada lima orang macam kelas cik azue juga. Kemudian, masing-masing kami diberikan bahan bacaan melalui email sebelum kelas bermula. Maksudnya, kena baca dan kaji dulu alat bantu belajar tersebut.

Kedua, hari kelas. Bila disebut sebagai online kelas, bagi kelas akaun ini, setiap pelajar dan guru akan berada dalam talian pada masa yang sama melalui "group" yang ditubuhkan terdahulu. Di hari ini barulah kami diperkenalkan dengan guru kelas akaun kami, iaitu Puan Khadijah Abdullah.
Cerita di dalam kelas pula.
Ada beberapa bab dalam tempoh pembelajaran campur tolak 3 jam sahaja secara online ini. Cik azue beri serba sedikit kesimpulan mengikut bab berdasarkan diri sendiri sahaja dan tiada kaitan dengan sesiapa melainkan dengan diri cik azue sendiri sahaja.

Bab 1 - Sesi Perkenalan.
Biasalah kan kawan-kawan, di mana-mana pun kan, mesti akan buat sesi perkenalan sebelum mula apa-apa pun kan. Dari sini cik azue berkenalan serba sedikit dengan pengajar dan dengan rakan-rakan yang sama-sama nak belajar. Hebat, masing-masing dengan pengalaman masing-masing. Tahniah sebab menjadikan kelas ini berjaya.

Bab 2 - Pengenalan kepada buku simpan kira-kira dan proses
Banyak lah yang di ajar disini. Tetapi apa yang dapat cik azue simpulkan dari bab ini adalah
a) semua belian yang kita buat kita perlu catat/rekod dalam buku simpan kira-kira
b) semua resit belian perlu kita buat salinan bagi mengelakan ianya pudar dan disimpan
c) setiap rekod perlu dilakukan secara disiplin dan secara harian
d) buat buku catatan kira-kira, satu untuk kegunaan sendiri, satu untuk kegunaan harian.
Buku catatan ini bertujuan bagi mencatat semua wang keluar masuk kita tak kira berapa besar pun atau berapa kecil pun perbelanjaan tersebut. Sila catat perbelanjaan selepas setiap urusan bagi mengelakan kita terlupa. Oleh itu cikgu cadangkan menyimpan buku 555 di dalam beg kita dan dibawa ke mana sahaja.
Dan kerana itu juga, terus petangnya cik azue beli ini

Satu untuk abang hazim, satu untuk adik hazim, satu untuk duit belanja dapur (duit sara keluarga chenta beri) dan satu untuk perniagaan cik azue. Habis budak-budak ni pun diseret sama belajar mengurus kewangan masing-masing. Membiasakan diri mereka sedari kecil, gitu.

e) Setiap hujung minggu (kalau boleh setiap hari) perbelanjaan ini dipindahkan ke dalam buku simpan kira-kira sebagai simpanan rekod bagi tujuan semakan.



Kesimpulan bab 2 adalah; Buku Simpan Kira-kira adalah bertujuan bagi merekod setiap transaksi yang dilakukan secara harian dan tetap dan setiap transaksi walau pun satu sen pun perlu direkodkan juga secara tetap ke dalam buku simpan kira-kira tersebut.

Akhir bulan boleh la kita semak berapa perbelanjaan yang sedar dan tidak sedar yang telah dan sudah kita lakukan, perlu, kehendak atau pembaziran.

*psssssst, di sini cik azue masih selamat, masih dalam garis panduan*

Bab 3 - Modal
Modal adalah sejumlah peruntukan WANG bagi memulakan satu PERNIAGAAN.
Wang PERNIGAAN jangan dicampur dengan wang PERIBADI dan jangan guna duitPERIBADI untuk perbelanjaan PERNIAGAAN.
Nak selamat, daftarkan perniagaan dan buat akaun perniagaan. Apa-apa berkaitan dengan perniagaan, guna wang hanya dari akaun perniagaan sahaja.

*psssssst, di sini cik azue sedikit silap. Oh tidak!*


Teropong-teropong diri, itu dia, sudah tersasar sedikit cik azue kawan-kawan, walau pun sedikit sahaja, namun, melalui perbincangan dengan guru, boleh beri impak besar jika tidak di kawal. Nak tahu?
Dalam kes cik azue, bukan duit perniagaan guna untuk diri sendiri, tetapi duit sendiri guna untuk perniagaan, bukan apa, konon-konon bagi jadi modal, sudahnya, MODAL yang asal berjumlah sedemikian menjadi sedemikian besar pula akhirnya. Sudah, padan la asik tidak boleh untung (maaf bekas bos, saya pinjam tagline anda disini ya)

Bab 4 - Dokumen wajib dalam suatu perniagaan
a) Sebut harga (Qoutation)
b) Invoice
c) Resit
d) Penyata Bank
e) Baucer Bayaran

*psssssst, di sini cik azue alhamdulillah, semua ada.*



Bab 5 -  Pricing and Costing

Kalau nak tahu harga jual, kena tahu harga costing dulu. Dah tahu harga costing baru boleh tahu harga jual.
Dan harga costing pula mesti mengambil kira semua aspek air, api, internet, petrol, admin dan sebagainya, baru kemudian kita buat pricing atau harga jualan.
Dan disini juga, perlu tahu apa langkah-langkah terbaik bagi memngurangkan KOS dan menambah KEUNTUNGAN

Bab 6 -  Belanjawan / Bajet

"Bajet adalah satu pelan perbelanjaan, iaitu cara untuk mengimbangai wang yang anda miliki dengan wang yang anda belanjakan."

"Pelan Kewangan anda adalah berdasarkan kepada pendapatan dan perbelanjaan."

"Pendapatan pula adalah wang yang masuk dalam poket anda dan perbelanjaan adalah perkara yang memerlukan anda mengeluarkan wang."


Ok. Dah habis ulasan cik azue. Sebenarnya bukan 6 Bab, tapi cik azue kecilkan mengikut pemahaman cik azue jadi 6 bab, mudah otak tua cik azue nak hadam.

Suka tak bila dah baca ni? Teruja tak nak belajar sama agar kita boleh kawal ketirisan akaun kita, tak kisah la akaun sendiri atau pun perniagaan?
Banyak yang kita boleh dapat sebenarnya dalam tempoh 3 jam ni bagi yang baru nak berkenalan dengan asas urus akaun ni. Tapi buat yang sudah master, jangan la, nanti tidak memenuhi KPI anda pula. Ini kelas ASAS ya.

Bagi yang mencari-cari solusi bagaimana nak urus akaun kalian, Akademi ada menawarkan kelas akaun ni secara online dan terbaru, ada juga offline. Hubungi cik azue ya, pada yang berminat nak tambah ilmu akaun ni macam cik azue. Nanti boleh buat ulasan sama-sama, kita semak mana yang kita silap dan betul dan mana yang harus kita lebih baiki.

Oh sudah panjang entri ini. Di harap yang merindui kemunculan entri terbaru cik azue, dapat manfaat dari perkongsian hari ini.
Akhir kalam, semoga anda dan kita semua dalam peliharaan Ilahi selalu hendaknya.
Terima kasih berkunjung ke sini dan

Wasalam

Monday 28 April 2014

Persediaan raya


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah. Bertemu lagi hari Isnin 28 April 2014 bersamaan 28 Jamadilakhir 11435H. Sesekali perlu juga menulis tarikh dalam bulan Islam supaya kita tidak terlupa dengan kedatangan Ramadhan nanti.


Mengenangkan Ramadhan yang semakin hampir, semalam kami ke Kamdar berdekatan rumah untuk membeli kain untuk baju raya. Persiapan kali ini dibuat awal, supaya tidak kelam kabut menjelang puasa nanti. Selain dari keselesaan untuk memilih, perbelanjaan juga dapat dikawal berbanding jika semuanya dibeli secara serentak dalam satu masa.

Alhamdulillah, dapat berbelanja sesederhana mungkin. Tahun ini saya ambil tema kuning. Selalunya tema raya kami, hanya mengikut warna koleksi baju-baju Melayu suami yang ada. Encik Suami jarang menempah baju baru memandangkan dia jarang berkesempatan memakai baju melayu lengkap kerana tugas harian hanya dengan uniform kerja. Jika dipakai pun untuk hari raya atau kenduri kendara. Jadi kebiasaannya, kami akan ‘rotate’ warna-warna baju melayu yang dia ada. Membazir jika ditempah baru, dan boleh juga mengelak bertambahnya muatan almari baju. :)

Usai bershopping semalam, dapatlah kain untuk baju melayu Aqil dan baju kurung Amnah. Untuk saya saya beli dua pasang kain dan tambahan dua pasang lagi untuk Mak dan Ibu Mertua. In shaa Allah, azam tahun ini mahu menjahit baju sendiri dan anak-anak. Alhamdulillah, jahitan telekung yang tersangkut hampir dua minggu yang lalu pun sudah hampir siap. In shaa Allah menjelang Ramadhan nanti bolehlah bersolat dengan Telekung buatan sendiri.

----------------------------------------------


Beli pelbagai Ebook berinformasi: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://kioskproduksunnah.blogspot.com/



Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:


Dapatkan Sejadah Muka dan Pati Haruman Kasturi Al Mujahid: http://aqnahonlineshoppe.blogspot.com/2014/04/pati-kasturi-al-mujahid.html


Sunday 27 April 2014

Nor Atiqah Hamidi - Ulasan Kelas Asas Blog Dan Penulisan Kreatif

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Sumber: http://noratiqahamidi.blogspot.com/2014/04/kelas-asas-blog-dan-penulisan-kreatif.html
Setiap manusia dilahirkan berbeza. Walaupun secara zahir nampak sama, namun pemikiran dan cara hidup berbeza. Minat dan kepakaran seseorang itu yang membezakan kita dengan orang lain. Malah dengan minat dan kepakaran itulah dapat menghasilkan sesuatu yang lain dari yang lain. Begitu juga dengan blog. Ada yang suka bercerita mengenai kisah peribadi, kisah suami dan isteri mahupun kisah keluarga. Ada juga yang menjadikan blog sebagai medium perniagaan. Kepesatan teknolgi membuatkan blog antara platform memulakan perniagaan yang senang dan mudah.

Awal tahun 2014, saya berkobar-kobar mahu berhenti kerja. Target saya hujung tahun saya sudah mahu berhenti. Biarlah apa orang mahu cakap. Saya tahu apa yang saya mahu. Saya tahu saya boleh. Bermula detik itu saya sering membaca di internet bagaimana mahu menjana pendapatan dirumah. Adakah dengan duduk dirumah kita boleh menjana pendapatan. Saya juga senaraikan apa yang saya mahu buat selepas berhenti. Hinggalah suatu hari saya terjumpa blog Puan Masayu Ahmad. Beliau banyak memberi idea bagaimana mahu menjana pendapatan dirumah. Ayat yang positif dan santai membuatkan saya suka membaca blog beliau.

Hinggalah suatu hari, saya melihat logo Akademi di blog kak Kizeewatty Zainal. Kami berkerja dibawah satu syarikat yang sama. Bermulalah pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan pada beliau. Segala pertanyaan dijawab dengan berhemah dan mudah difahami. Blog beliau http://kizeewattyzainal.blogspot.com/  amat menarik sekali. Selepas membayar yuran dan membuat pendaftaran. saya dimasukkan kedalam secret group di Facebook. Ianya bertujuan untuk komunikasi dua hala antara guru online dan pelajar. Saya memilih untuk memasuki Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif bagi memantapkan penulisan saya.

Guru online saya adalah Puan Khairunnisa Hamzahra. Blog beliau iaitu Panduan Untuk Kediaman Idaman amat menarik sekali. Selepas itu, saya diberi beberapa soalan analisis bagi mengetahui minat dan kepakaran saya yang boleh diketengahkan dalam penulisan blog. Maka lahirlah blog Susu Ibu Pemangkin Dunia. Tujuan utama blog saya adalah untuk memartabatkan penyusuan susu ibu dikalangan wanita muda terutama mereka yang hamil kali pertama. Bacaan demi bacaan saya lakukan agar segala info dan maklumat yang diberikan tepat dan berkesan dihari pembaca.

Melalui bimbingan Puan Nisa juga, kami diberikan kebebasan untuk menyiapkan tugasan sebelum graduate. Untuk graduate seorang pelajar hendaklah menyiapkan 44 entry. Insyaallah saya akan menyiapkan 44 entry itu sebelum raya. Dalam kelas akan diajar bagaimana mahu menjadikan blog kelihatan menarik dengan penggunaan gajet yang tersusun. Malah pelajar-pelajar juga akan tolong menolong antara satu sama lain bagi menaikkan traffic ke blog masing-masing. Ukhwah terjalin amat rapat antara kami. Kami juga sering berbincang mengenai berbagai masalah disekeliling.

Untuk mereka yang masih teragak-agak untuk berblog, saya sarankan anda kenalpasti minat dan kepakaran terlebih dahulu. Ini bagi memastikan blog berada dilandasan yang betul dan tidak bercampur. Banyakkan info kerana orang mencari di internet untuk mendapatkan info.

Jika mahu bertanya lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui email noratiqah.hamidi@gmail.com atau sms/whatsup ke 0137793014. Insyaallah saya akan membantu anda.

Kita adalah kita,
Bukan dijadikan untuk menjadi orang lain,
Fahami diri kita,
Sayangi diri kita,
Manfaatkan diri kita,
Semoga kita menjadi hamba Allah yang memanfaatkan orang lain..

Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi

----------------------------------------------



Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) kini membuka peluang kepada mereka ingin menempah blog melalui Pakej Tempahan Membuat Blog ABDR. Terbuka kepada semua terutama bagi usahawan-usahawan yang tidak dapat menghadiri kelas online yang kami tawarkan. Tawaran ini dibuka dengan harga promosi RM200 sahaja. Anda boleh memilih salah satu Pakej Blog berikut:

i.            Satu Blog untuk kegunaan Penulisan/Peribadi
            ATAU
ii.           Satu Blog untuk Bisnes

Hanya RM200 sahaja (JIMAT RM100)


Blog yang ditempah meliputi:
 Borang tempahan
Penambahan gajet - 5 Label
 Link fanpage/facebook
10 foto produk untuk dimasukkan ke dalam blog bersama keterangan produk.

***Bonus juga akan diberikan


Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Saturday 26 April 2014

Kenapa ibu tak jadi suri rumah?

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Baru-baru ini, seseorang berkongsi cerita dengan saya perihal anak tunggalnya yang masih bersekolah rendah. Suatu hari beliau disoal dengan satu soalan.

"Kenapa ibu tak jadi suri rumah?" Soal si anak.

Soalan yang sangat ringkas dan saya kira ia lahir dari hati seorang anak yang mungkin cemburu dengan rakan-rakan yang mempunyai ibu sepenuh masa di rumah.

Ibu tadi lantas menjawab dengan nada bersahaja.

"Kalau ayah kamu dah bergaji sepuluh ribu nanti baru ibu jadi suri rumah!" Jawapan ringkas dari si ibu.

Apa diskusi selepas itu saya tidak pasti kerana perkongsian kami itu berhenti setakat itu sahaja.

Saya yang mendengar cuma senyum dan diam, tidak mampu memberi maklum balas mengenainya. Tetapi dalam hati kecil saya, apalah yang anak ini tahu tentang keperluan bergaji beribu-ribu itu. Si anak mungkin berharap hanya ibu yang menyambutnya kepulangannya dari sekolah, menyiapkan keperluannya dan sentiasa dimatanya seperti rakan-rakan lain. 

Secara jujur saya tidak menyalahkan ibunya untuk bekerja, tetapi jawapan kepada anak itu sangat menyentuh hati. Ada kala kita terlupa masa kehidupan untuk anak-anak terlalu singkat. Suatu hari anak-anak ini pasti meninggalkan kita juga. Mungkin dalam umur belasan sahaja, sudah ada yang berjaya ke asrama atau ke menara gading. Ketika itu anak-anak lagi tidak bergantung sepenuhnya dengan mak ayah. Mereka sudah punya kawan-kawan untuk berkongsi rasa dan perasaaan. Saya sayu sekiranya ketika itu kita baru sedar bahawa ketika kita mengejar untuk 'mencukupkan puluhan ribu' kita terlepas saat-saat manis ketika mereka masih kecil. :(

-----------------------------------------------

Ebook - Super WAHM, Super MOM, Urus MASA, Urus TENAGA, Urus RUMAHTANGGA


Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
 

Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah 
2.1 Sudah tidak ada hati bekerja 
2.2 Persediaan asas 
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja2.4 Puan M berkongsi dilema 

Bab 3:  Kisah Inspirasi Wahm Soho 
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique 
3.2 Fauziah Ahmad
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor 
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network 
3.6  Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique 
3.7 Durra Mohamed Jamri
 3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
 3.9 Noor Hidawati
 
 3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community 
 3.11 Nadzura Sabry 

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi 
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu 
4.2 Urus stres dengan super gembira 
4.4 Cabaran bekerja dengan anak kecil 
4.5 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak 
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga 
4.6 Norain Kanafi 

Bab 5: Tips sukses urus masa 
5.1 Pengurusan masa untuk wanita 
5.2  Ibu super sibuk, tips terapi diri 
5.3 Urus masa keluarga 5.3 Sibuk yang fleksibel 

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama 
6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres! 
6.2 Fokus kepada matlamat 
6.3 Rawat dan rehat 

Bab 7:  Tips urus rumah tangga 
7.1 Mengawal semangat yang teruk 
7.2 Perlukah pembantu rumah? 
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga 
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan 

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat 
8.1 Setiap orang ada satu kisah 
8.2 Bekerja dengan jiwa 
8.3 Mengekalkan momentum motivasi 
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman

Harga: RM25


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim