='description'/>

Wednesday, 30 April 2014

Iktibar dari kisah Nabi Sulaiman dan seekor semut

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Semut dijadikan Allah berbentuk kecil saja, jauh beza dengan diri manusia. Namun di sebaliknya ada iktibar yang boleh kita perhatikan sebagai panduan hidup. Allah jadikan sesuatu itu tidak sia-sia kerana semua dapat diperhatikan dan dikaji selidik buat peringatan manusia. Begitulah dengan kehidupan semut. Cuba kita renungi dengan mendalam bagaimana semut mencari rezekinya dan bagaimana semut meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada pemilik rezeki iaitu Allah. Semoga kita boleh mengambil iktibar dari kisah ini. 

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah‐tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, di angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian Nabi ambil gandum sebiji, diletakkan dalam bekas dan ditutupnya bekas itu. Kemudian Nabi tinggalkan semut itu didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut.

"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah ini adalah semut lebih yakin dengan jaminan Allah ketika di luar bekas itu berbanding 'jaminan' manusia ketika berada di dalam bekas. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu di luar jangkaan, dia mampu bertahan kerana ada baki makanan  yang boleh digunakan.

Semoga bermanfaat!


-------------------------------------------




Beli pelbagai Ebook berinformasi: http://gedung-ebook-anda.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://kioskproduksunnah.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:


Dapatkan Sejadah Muka dan Pati Haruman Kasturi Al Mujahid: http://aqnahonlineshoppe.blogspot.com/2014/04/pati-kasturi-al-mujahid.html


No comments:

Post a Comment