='description'/>

Monday 14 April 2014

Rebut peluang yang ada


Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

 

Bismillah.. Alhamdulillah, bertemu lagi di hari Isnin. Syukur dapat menghabiskan cuti minggu yang padat dengan pelbagai aktiviti berfaedah. Pagi Sabtu lepas ke Shah Alam, belajar pelbagai ilmu di sana. Memandangkan suami bersetuju untuk menghantar saya ke Shah Alam dan menjaga anak-anak sekali, saya rebut peluang belajar apa yang boleh. Maklumlah, peluang macam ini bukan datang selalu :)

Tujuan utama datang kali ini untuk belajar jahit Telekung. Habis Kelas Telekung, sambung dengan kelas SMS dan berakhir dengan kelas cara menjual. Alhamdulillah, habis tiga kelas sekali saya hadam. Tunggu praktikal pula lepas ini. Kalau tak buat memang rugi. Moga Allah beri kekuatan untuk mempraktikkannya. Jika diikutkan hati mahu teruskan beberapa kelas lain di waktu petangnya, tetapi mengingatkan anak-anak yang sudah gelisah, proses belajar hari ini berhenti setakat pukul satu sahaja.

Terasa sangat puas dapat belajar kali ini. Terutama untuk kelas Telekung yang sekian lama saya idam-idamkan untuk belajar. Berazam nak jahit Telekung pula sebagai hadiah hari Raya buat Mak dan Ibu Mertua. Jika diizinkan Allah, berazam pula mahu mengambil tempahan untuk mereka yang berminat untuk dapatkan Telekung ‘Homemade’ ini.  Doakan saya ya!
------------------------------------------------------------

Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) kini membuka peluang kepada mereka ingin menempah blog melalui Pakej Tempahan Membuat Blog ABDR. Terbuka kepada semua terutama bagi usahawan-usahawan yang tidak dapat menghadiri kelas online yang kami tawarkan. Tawaran ini dibuka dengan harga promosi RM200 sahaja. Anda boleh memilih salah satu Pakej Blog berikut:

i.            Satu Blog untuk kegunaan Penulisan/Peribadi
            ATAU
ii.           Satu Blog untuk Bisnes

Hanya RM200 sahaja (JIMAT RM100)

Blog yang ditempah meliputi:
 Borang tempahan
Penambahan gajet - 5 Label
 Link fanpage/facebook
10 foto produk untuk dimasukkan ke dalam blog bersama keterangan produk.

***Bonus juga akan diberikan

Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


No comments:

Post a Comment